As primeras 200 linias.
Anak buah saya telah diserang,
dan ditinggalkan untuk mati.
Salah seorang anak buah saya terselamat.
Malam tadi, dia hilang bersama dua orang lagi.
Dia masih bernafas.
Saya mesti jumpa dia.
Mungkin lebih selamat jika kita tak tahu.
Fede tak syak apa-apa, jadi Roberto boleh pulih.
Mereka ada ubat baharu dari El Alcázar.
Konvoi itu ke mana selepas ini?
Mungkin ke Barcelona.
Daryl pergi kejar mereka, untuk selamatkan Justina.
Apa awak buat di sini?
Saya juga boleh tanya soalan yang sama.
Awak mungkin perlukan pemandu arah di Barcelona.
Tak sangka awak ini jenis yang rabun dekat.
Suka hati awaklah.
Mari kita pergi.
Saya dulu suka ke sini
bersama sepupu-sepupu saya semasa kami kecil.
Saya tak sangka Barcelona sebesar ini.
Di sana...
Itulah Ciutat Vella, kawasan lama bergaya Gothic.
Konvoi itu akan ke sana.
Baiklah, tunjukkan jalan.
Kita takkan mampu ke sana hanya kita berdua.
Tak apa, kita boleh uruskan.
Saya kenal orang di sini. Mereka boleh bantu.
Kita tak perlukan mereka.
Masa semuanya baru bermula, saya ke sini dengan kawan saya, Nerea.
Ada satu komuniti pelarian di sini.
Mereka mengambil kami.
Dia jatuh cinta dengan seorang lelaki
dan memutuskan untuk tinggal.
Tapi awak teruskan perjalanan?
Saya sedang mencari seseorang.
Kita patut bergerak. Mari cari kawan awak itu.
Ikut saya.
Berapa lama awak tinggal di Barcelona?
Empat tahun sebelum La Caída berlaku.
Saya betul-betul mahu jadi pembikin filem.
Rupanya awak lebih daripada sekadar peminat filem.
Saya habiskan duit perjamuan suci saya untuk beli kamera Super 8.
Ibu saya menangis.
Ayah pula pukul saya dengan tali pinggang.
Tiada siapa yang faham.
Kemudian saya jumpa Maria.
Dia orang pertama yang percaya bahawa impian saya bukan sekadar...
Apa ungkapan yang sesuai? Angan-angan Mat Jenin?
Boleh saya masuk?
Doña Marga.
Bagaimana dia malam tadi?
Dia tidur nyenyak.
Dia ada bangun pagi tadi
tapi masih tak mampu bercakap...
Selamat petang. Buenas tardes.
Saya dengar Roberto dah makin pulih.
Dia ada cakap apa-apa?
Kita cuma perlu biarkan rawatan Doña Marga berjalan seperti biasa.
Bagaimana dengan kawan awak?
Dia bekerja siang malam di atas kapal.
Langsung tak berehat.
Begitulah Daryl.
Dia memang kuat bekerja.
Sudah tentu.
Fede.
Sergio ingin bercakap dengan awak.
Dia di pintu pagar.
Saya akan ke sana.
Maklumkan saya apa-apa nanti.
Orang-orang di sini berhak tahu apa yang berlaku.
- Ya? - Ya.
Baiklah.
Baunya sangat busuk.
Saya benci tempat ini.
Kenapa awak mahu saya ke sini?
Awak ingat tiga pengawal
dari El Alcázar yang telah hilang?
Satu,
dua,
dan tiga.
Itulah orang-orang Alcazar.
Jadi bagaimana dengan tugas awak?
Dah berhari-hari tiada sesiapa di bot itu.
Jelas sekali wanita Amerika itu berbohong.
Dan Dixon sedang merancang sesuatu.
Mari pergi dari tempat busuk ini.
Tidak.
Sekejap lagi saya siap.
Ya Tuhan.
Saya tak apa-apa.
Saya sedang mencari pemutar skru...
untuk bot itu.
Kucing awak lapar.
Ia jantan atau betina?
Banyak betul peralatan.
Maaf, saya tak biasa menerima tetamu.
Tapi air masih panas kalau awak mahu mandi.
Maksud saya...
- Dah jumpa. - Selepas saya habis mandi.
Alamak.
Skala vernier itu tunjuk apa?
Tiga persepuluh minit lengkok.
Baik.
Jadi, dengan darjah dan minit itu,
awak buat pembetulan untuk biasan, paras laut,
ketinggian matahari...
Dan begitulah jadinya.
Awak akan sentiasa tahu di mana awak berada.
Awak dah cuba?
Apa?
Mencuba wain tempatan?
Aduh, awak memang teruk.
Lihat ini.
Ini mungkin boleh bantu.
Tak apa. Kami akan berangkat.
Betul. Awak tak ada banyak masa.
Baiklah. Mari kita lihat.
"Satu racun merawat racun yang lain"?
Racun? Apa ini? Buku motivasi Sepanyol?
Tidak, maksudnya kadang-kadang...
kadang-kadang awak perlukan sesuatu yang...
peligroso.
Risiko, bahaya.
Seperti arak atau seks...
Cinta.
Ibu baru selesai periksa pesakit.
Luka bakar Rodrigo sembuh dengan baik.
Air ketuban Gemma sudah pecah...
dia ada beberapa jam sebelum bayinya lahir.
Entah bagaimana kami tanpa ibu di sini.
Baiklah.
Ibu akan periksa keadaan Roberto buat sementara waktu.
Tidak.
Tidak. Kekal bersama Gemma.
Dia yang cari masalah. Dia perlu belajar daripadanya.
Baiklah.
Dulu awak pun sama.
Ibu ingat betapa bersungguh-sungguhnya awak demi seorang gadis.
Awak tak pernah beritahu siapa gadis itu.
Itu cerita lama.
Awak selalu sibuk bekerja,
menjaga pekan ini.
Adakah salah mencari seseorang untuk menjaga awak?
Ibu jaga saya.
Betul tak?
Hanya itu saja yang saya perlukan.
Awak tahu maksud ibu.
Awak kacak, berkebolehan.
Berhentilah bermain Calestina.
Pergilah kepada Gemma, dia perlukan ibu.
Saya akan hantar Doña Lupe untuk jaga Roberto.
Ucapkan hai kepada ayah.
Ucapkan hai kepada ayah.
Dia akan tangkap saya!
Tolong saya!
Mari kita ke dataran.
Menakutkan. Adakah naga masih wujud di sini?
Tidak, naga hanya wujud di luar bandar.
Biar ayah letakkan ini
dan ceritakan satu kisah.
Mari sini.
Pada suatu masa dahulu, seekor naga yang garang menakutkan sebuah pekan.
Dia terlalu lapar hingga terpaksa tinggal di luar tembok.
Penduduk itu memutuskan untuk memberinya seekor haiwan setiap hari.
Apabila mereka tiada lagi haiwan,
mereka terpaksa mengundi seseorang untuk dikorbankan,
dan yang terpilih ialah sang puteri.
Naga itu datang, menghembuskan api.
Puteri yakin masanya telah tiba.
Sehinggalah akhirnya Santo George muncul.
Dengan pedangnya,
dia membunuh naga itu.
Daripada darahnya, tumbuh sekuntum mawar.
Buang masa betul.
Itu 13 atau 14 tahun lalu, bukan?
Kita perlu cari kawan-kawan saya.
Harap mereka ini bukan kawan awak.
Awas!
Cepat!
Masuk ke dalam!
Pergi!
Masuk ke dalam!
Tutup pintu pagar!
Tutup!
Tenang.
Bergerak, dan awak mati.
Laia?
Paz?
Adakah itu awak?
Busur silang yang cantik.
Dulu hanya ada belasan gadis yang melarikan diri daripada La Ofrenda.
Ada yang membesar, membina keluarga sendiri,
dan kami terus menerima mereka menyelamatkan mereka daripada El Alcazar.
Sebab itulah kami di sini.
Kami perlu kejar mereka.
Kami ialah komuniti pelarian.
Kami tak ada sumber untuk melancarkan serangan.
Tapi awak masih boleh mempertahankan diri.
Untuk terus hidup.
No comments yet. Be the first to leave one.