Five Nights at Freddy's 2

Five Nights at Freddy's 2

Descargar subtítols en Malay

Información d'a versión

Five Nights at Freddys 2 2025 WEB-DL
Un comentario de Gabriel_J
⏱️ 01:44:06 | Five Nights at Freddy's 2

Etiquetas

webdl
Publicau o: 2025-12-24
Descargas: 416
Ta personas con problemas auditivos: No

Anvista previa d'os subtitulos en Malay

As primeras 200 linias.

Selamat kembali.

Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin sekalian,

sudah bersedia untuk mulakan persembahan?

Ya!

Sudah bersedia untuk mulakan persembahan?

Ya!

Jangan lupa untuk terus bersama kami hingga ke penghujungnya,

untuk kejutan besar.

Jom kita mulakan!

Kira bersama saya.

Sepuluh, sembilan,

lapan, tujuh, enam,

lima, empat, tiga,

dua, satu.

Masa persembahan!

Okey, yang ini?

- Ayuhlah! - Hampir berjaya!

Menarik!

Hei.

Terima kasih, sayang.

Awak betul-betul nak duduk di sini sampai pintu perangkap terbuka?

Biarkan dia.

Dia memang begitu setiap kali datang.

Mari.

Awak nampak macam seseorang yang perlukan Freddy Fazcola.

Ew. Rasanya macam petrol.

Ia takkan keluar dalam masa terdekat.

Kenapa tak kembali ke meja dan lepak dengan kami?

Mereka tak mahu saya di sana.

Tak ada siapa mahu.

Awak cuma kurang bernasib baik.

Keadaan akan bertambah baik.

Dialah satu-satunya yang saya boleh harapkan.

Dialah satu-satunya yang sentiasa ada untuk saya.

Benda itu di bawah sana

bukan roh penjaga awak atau apa saja yang awak fikirkan.

Ia tetap akan ada di sana

walaupun awak pergi makan sepotong kek dulu.

Selamat hari jadi untuk awak.

Selamat hari jadi!

Maafkan saya.

- Ada budak perlukan bantuan. - Pergi beritahu ibu bapa awak.

Tolong, ada sesuatu tak kena.

Pergi beritahu ibu bapa awak!

Encik, tolong. Ada seseorang perlukan bantuan.

- Bukan sekarang. - Tolong.

Bukan sekarang.

Ada sesiapa boleh tolong saya?

Ada budak kecil perlukan bantuan.

- Tolong saya. - Maaf. Orang dewasa sedang bercakap.

Pergi sana.

Charlotte! Jangan!

20 TAHUN KEMUDIAN

Helo?

Hai, ini saya.

Mike.

Pukul berapa sekarang?

Awal lagi. Maaf.

- Saya kejutkan awak? - Tak.

Maksud saya, ya, tapi...

Saya tidak lena tidur.

Mimpi buruk lagi atau...?

Ada saja yang tak kena.

Ada apa-apa saya boleh bantu?

Tak apa, saya okey.

Bagaimana hari awak?

Abby dah pergi ke sekolah?

Belum lagi. Dia ada di sekitar sini.

Jeremiah dalam perjalanan untuk bantu saya

mengecat rumah baru ini.

Bagus.

Saya cuma nak pastikan kalau kita masih... jadi untuk makan malam nanti.

Ya. Ya.

Sudah tentu.

Bagus juga dapat keluar sekejap.

Saya kena pergi, nanti kita jumpa.

- Selamat tinggal. - Okey. Selamat tinggal.

Jadi, awak dah cium dia?

Belum.

Abs, bukan macam itu.

Kami cuma kawan.

Kalau begitu, kenapa keluar makan berdua?

- Itu bukan temu janji. - Habis kenapa saya tak boleh ikut?

Sebab awak tak boleh.

Itulah yang saya fikir.

Abby!

Abbittyville Horror.

Abbster. Hebat!

Apa cerita? Cepat betul awak membesar.

Saya kena pergi.

Pasti tak nak tinggal dan mengecat?

Kita boleh tukar tempat.

Terima kasih, tapi rasanya pihak sekolah akan perasan.

- Mungkin. - Selamat tinggal.

- Jumpa lagi. - Bryson!

Bryson, tunggu. Awak tertinggal ini.

Dia budak yang baik.

Memang betul.

Dia memang baik hati orangnya.

Jadi, awak masih jadi jumpa Vanessa malam ini?

Itu bukan janji temu.

Cuma dua orang dewasa

makan malam bersama, itu saja.

Dengar sini, saya doakan kebahagiaan untuk awak berdua.

Saya cuma nak cakap, pandangan matanya agak pelik, Mike.

Dia bukan pelik, okey?

Oh, cakap pasal pelik.

Sejak mak cik awak sibuk

bercerita pasal patung beruang pembunuh,

satu bandar ini jadi tak tentu arah.

Saya akan lega bila hujung minggu ini berakhir,

semua urusan festival selesai,

dan orang boleh kembali hidup seperti biasa.

Ya. Orang terlalu taksub dengan pizzeria lama itu.

Saya dengar mak cik awak dimasukkan ke hospital mental.

Itu memang menyedihkan.

Ya, memang sayang sekali.

Awak pasti mak cik awak cuma mereka cerita itu,

macam, secara tiba-tiba?

Apa kata kita simpan saja antara kita yang Abby ada kaitan dengan dia?

Abby dah lalui banyak perkara, dan dia tak suka perhatian begitu.

Lepas itu Chica cuba masukkan saya ke dalam sut springlock.

Kemudian Mike muncul dengan taser,

dan dia tembak muka Chica dengannya.

Saya lari ke ruang makan,

tepat ketika Foxy turun dari pentas dan mula kejar saya.

Nasib baik Vanessa datang selamatkan saya.

Tapi kemudian Arnab Kuning muncul dan serang kami.

Dia tangkap Vanessa.

Dia tikam Vanessa.

Vanessa dah okey sekarang.

Jadi, apa yang berlaku kepada Arnab Kuning?

Mekanisme springlock aktif dalam sutnya sendiri,

dan menghancurkannya hidup-hidup.

Orang kata mayatnya masih ada di Freddy's,

disembunyikan dalam bilik rahsia yang tak pernah dilihat sesiapa.

Awak gila.

Nak makan tengah hari bersama?

Boleh.

Adakah awak akan kembali ke sana?

Maksud saya, ke Freddy's.

Saya nak, tapi...

kawan-kawan saya...

animatronik itu rosak.

Mike kata dia akan baiki semua itu suatu hari nanti, tapi...

dah lama dia cakap begitu.

Tunggu, jadi awak betul-betul percaya apa yang saya cakap?

Sebab saya rasa semua orang fikir saya mereka-reka cerita ini.

Saya percaya UFO.

Dan hantu.

Jadi, kenapa tidak animatronik berhantu?

Anak-anak, mari bergerak.

Ya.

Semua, pandang ke sini.

Saya cuma mahu ingatkan

pembentangan robotik kita di pameran sains

akan berlangsung Sabtu ini.

Sebahagian daripada awak sudah terikut-ikut

dengan kebodohan yang dipanggil Freddy Fest ini.

Sebenarnya, Encik Berg, namanya Fazfest.

Saya tak peduli apa namanya.

Ini menconteng arang pada nama robotik.

Kita bina robot sebenar di sini.

Saya mahu setiap seorang daripada awak

hadir ke pameran sains Sabtu ini,

sama ada awak menyertai atau tidak.

Atau awak boleh bersedia terima gred “F”.

“F” untuk “Fazfest”?

Tidak.

“F” untuk “gagal”.

Jangan buang masa.

Mari kita mulakan.

Cik Schmidt.

Menurut rekod ini, awak bercadang untuk mempamerkan

apa sahaja benda ini pada hari Sabtu di pameran sains.

Pastinya saya tak perlu ingatkan awak

betapa pentingnya acara ini kepada pihak sekolah.

Kita mempertahankan rekod menang tiga tahun berturut-turut.

Saya akan bersedia.

Ya, itulah masalahnya.

Saya rasa awak tidak akan bersedia.

Cik Schmidt, robotik bukan untuk semua orang.

Tak ada salahnya awak berundur

demi kebaikan pasukan.

Tengok, apakah moto sekolah kita?

“Berang-berang saling membantu.”

Betul.

Betul.

Jadilah berang-berang yang baik.

Dia memang keras dengan semua orang. Jangan ambil hati.

Saya hairan awak tak cuba baiki rakan-rakan awak sendiri.

Saya rasa awak mampu.

- Abs, itu awak? - Ya.

Baik. Tepat pada masanya.

Boleh tolong saya?

Memang tak boleh diharap.

Macam mana hari awak?

Okey saja.

Ada apa-apa yang menarik berlaku?

Tak juga.

Comentarios

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left