As primeras 200 linias.
Saya rasa kehadiran kami di sini telah menyebabkan banyak masalah.
Justina tak mungkin akan menawarkan diri!
Pak cik tidak pernah mahu dia pergi.
Terselamat daripada enam ofrenda... sungguh bertuah.
Dia rasa bersalah.
Mungkin saya yang bagi idea itu.
Kalau ada sesuatu yang patut diperjuangkan,
bukankah itu dua insan muda yang hanya mahu bersama?
Jadi, untuk ini kita korbankan gadis-gadis kita?
El Alcazar sepatutnya melindungi kita!
Roberto mengambil trak dan melarikan diri.
Kita perlu kejarn dia.
Jadi mereka bersama?
Mereka berpisah di sini.
Nampaknya tiga orang ke arah sana.
Dua orang ke arah itu.
- Los huecos. - Ya. Ayuh.
Awak tiada keberanian, ya?
Kita dah lama biarkan dia tergantung.
Ya, biarkan dia menderita.
Saya bertaruh saya cuma perlukan dua kali cubaan untuk memutuskan tali itu.
Yalah, dua kali.
Paling kurang empat kali.
Tidak, kalau saya berjaya lakukan dalam dua kali,
awak belanja malam ini.
Baiklah.
Yang terakhir.
- Roberto! - Hei!
Hei!
Roberto!
Roberto! Hei!
Roberto!
Roberto!
Dia masih bernafas.
Ayah di sini.
Awak tak apa-apa?
Anak.
Ayah di sini.
Awak selamat.
Maafkan saya, ayah.
Sudah, tenanglah.
Semuanya akan baik-baik saja.
Saya mesti jumpa dia.
Dia bersama mereka, ayah.
Saya jumpa dia, kami melarikan diri.
Tapi kemudian kami dengar mereka mengejar kami.
Tidak!
Tidak! Tidak!
Roberto!
Mereka tangkap dia sekali lagi.
Sekali lagi?
Dia tidak pernah menawarkan diri.
Fede berbohong selama ini.
- Dan menipu. - Menipu?
Apa maksud awak?
Burung gagak itu. Justina tak pernah dipilih.
Bagaimana Fede sanggup melakukan itu?
Justina kata dia akan beritahu semua orang
jika Fede tak menghentikan upacara La ofrenda.
Jangan risau.
Jangan risau.
Begitulah.
Cuba rehat.
Kita mesti bawa Roberto pulang.
Doña Marga akan menyembuhkannya semula.
Saya tak pasti kalau selamat untuk dia pulang,
dengan apa kita tahu.
Mereka ada ubat baharu dari El Alcazar.
Ia boleh membantunya.
- Ayah. - Ya.
Anak, ayah ada di sini.
Dia ada bersama saya
dan kini saya telah kehilangannya.
Ayuh.
Begini, mungkin lebih selamat jika kita tidak tahu.
Kalau kita tidak tahu?
Kita boleh kata dia diserang di jalan atau sesuatu,
dan Fede tak syak apa-apa, jadi Roberto boleh pulih.
Itu yang paling penting, bukan?
Ia mungkin berhasil.
Kita hanya perlukan seorang pembohong yang baik,
dan kita ada seorang.
Apa akan kita buat tentang Justina?
Saya rasa tiada apa kita boleh buat tentang itu.
- Bukan sekarang. - Kita tidak boleh berdiam diri saja.
Seolah-olah kita mengambil kesempatan...
- Bukan mengambil kesempatan. - Terutama mereka berdua.
Setelah segala yang mereka buat untuk kita. Untuk saya.
Saya akan uruskan dia sendiri.
Awak tidak boleh pergi.
Jangan ajar saya apa yang patut atau tak patut.
Kita patut berangkat.
Konvoi itu ke mana selepas ini?
Mungkin ke Barcelona.
Mereka ke situ sebelum ke selatan.
Barcelona? Berapa jauh dari sini?
Beberapa hari melalui jalan darat.
Awak ada peta?
Ya, di dalam kotak sarung tangan.
Saya akan ikut awak.
Awak masih lemah.
Saya lebih pantas sendiri.
- Daryl. - Mereka perlukan awak.
Kedua-dua mereka.
Saya akan kembali dalam beberapa hari.
Baik?
Hot dog.
Ramuan itu dipanggil queimada.
Ramuan brendi khas yang Meiga tahu cara sediakannya.
- Meigas? - Penyembuh tradisional.
Ilmu turun-temurun daripada ibu kepada anak perempuan.
Seperti... seperti ahli sihir?
Tidak.
Mungkin juga.
Burung hantu, katak dan ahli sihir.
Iblis, jembalang dan syaitan.
Roh-roh dari lembah berkabus.
Burung gagak, salamander dan ahli sihir.
Mantra penyembuh tradisional.
Jauhi anak kami, Roberto.
Kalau ini tak menyembuhkan dia, sekurang-kurangnya sakit dia kurang.
Ibu saya akan buat yang terbaik untuk Roberto.
Dia ada calendula, epazote, berberis...
Saya tak tahu perkataan itu dalam Bahasa Inggeris.
Semua herba itu dibawa oleh El Alcazar.
Sekarang hidup di kampung ini memang sukar.
Kumpulan Los Primitivos itu adalah satu kejutan.
Terlalu banyak pengorbanan.
Tapi kami akan harungi ia.
Kita akan harunginya dengan peluru dan bekalan
yang diberikan oleh El Alcazar.
Ya, banyak pengorbanan.
Duduklah.
Keluarga sepupu saya Raul pernah tinggal di kawasan pekan ini.
Dua rumah dari sini.
Kami panggil awak “Toneti” waktu itu. Ingat?
Kami selalu panggil dia Toneti.
Ingat tak?
Saya masih ingat.
Raul akan datang setiap malam hanya untuk makan pencuci mulut.
Seolah-olah ia hanya kebetulan.
Awak tengah makan pencuci mulut...?
Maria pembuat roti terbaik di Solaz.
Maria?
Ibu Roberto.
Toneti memang bertuah.
Dia tahu itu. Dia tahu.
Jadi, beritahu saya, apa berlaku di luar sana?
Bila awak jumpa Roberto, bagaimana dia boleh jadi begitu?
Kami tak pasti sepenuhnya.
Nampaknya dia telah ditangkap oleh perompak.
Serang hendap dia, tinggalkan dia separuh mati.
Masa kami temui dia, dia hampir tak sedarkan diri.
Bagaimana dengan kereta itu?
Sudah hilang.
Mesti mereka yang ambil.
Awak fikir itu kerja Los Primitivos?
Ya. Kami fikir begitu.
Saya tak rasa begitu.
Mereka pasti dah bunuh dia.
Tiada tanda-tanda El Alcazar?
Tiada.
Mungkin itu yang terbaik.
Untuk semua pihak.
Fede.
Saya tahu anak saya telah buat silap besar.
Tapi dia akan berubah, bukan?
Saya akan berbincang dengannya bila dia dah sembuh.
Kita akan perbaiki semuanya selepas ini.
Ya, baguslah begitu.
Bagaimana dengan rakan awak?
Dia pergi periksa bot itu.
Baiklah.
Kalau dia mahu masuk ke kampung pada waktu malam,
beritahu kami supaya dia boleh masuk dengan selamat, ya?
Baiknya awak,
tapi saya rasa dia akan bermalam di sana.
Di pantai?
Ya.
Dia jenis yang suka aktiviti luar.
Ya, dia memang nampak begitu.
Baiklah.
Baiklah.
Selepas Roberto sembuh, kita akan bincangkan langkah seterusnya.
Supaya kita boleh lupakan semua ini dan maju ke hadapan.
El Alcazar yang buat Roberto begini, betul?
- Paz. - Tak apa. Kita boleh percayakan Paz.
Bagaimana dengan konvoi itu dan Daryl?
Daryl pergi kejar mereka, untuk selamatkan Justina.
Air...
Air, saya mohon...
Air.
- Air. - Di sini.
Air, mohon.
Air.
Ini dia.
Hei, hei.
Hei!
Pemakan bangkai.
Mereka sedang menunggu saya.
No comments yet. Be the first to leave one.