As primeras 200 linias.
SIRI ASLI NETFLIX
DITERBITKAN OLEH FILMIZION
Sekolah ialah tempat kegemaran saya.
Saya suka ke sekolah setiap hari.
Saya pernah ada ramai kawan.
Hidup memang indah.
Apa awak dah buat?
Lari sebelum ada orang nampak kita!
Tapi, tidak lagi.
Sekarang…
sekolah hanyalah mimpi ngeri.
KARYA TIMA SHOMALI DAN SHIRIN KAMAL
ARAHAN TIMA SHOMALI
Saya terjumpa dia telah pengsan dan cuba dapatkan bantuan.
Tiada orang lain dengannya.
Saya tak nampak sesiapa semasa saya lalu.
Mungkin ada orang lain nampak?
Tak adil kejadian yang menimpa Mariam
dan ia buat saya sedih.
Tapi, saya tak peduli apa orang macam dia buat.
Kami bukan kawan.
Dia anggap dirinya yang terbaik.
Suasananya tegang di sini.
Macam rancangan TV tapi CSI: Rawabi.
Kenapa saya disoal?
Mariam kawan baik saya.
Satu-satunya kawan saya.
Kenapa mereka sanggup buat begini? Saya tak faham.
Jika semua orang bercakap benar
DUA MINGGU LALU
Api akan semarak di bumi
Cakap yang benar
SEKOLAH PEREMPUAN ALRAWABI - 1973
Padamkan api Tutup semua pintu
Masih ada orang hidup di zaman silam
Hidup di zaman silam Tiada siapa punya masa senggang
Kalau ada pun yang lapang
Merekalah jadi hakim
Kerana sang hakim juga Mahu menegakkan kebenaran
Pergilah hidup di gurun
Yang tiada siapa tahu
Tiada tempat berlindung untuk kau dan aku
Hatta sebungkus gula-gula getah Pun tidak ketemu
Selamat pagi, Cik Lamia.
- Selamat pagi. - Hei, tomboi.
Saya cakap dengan awak.
Apa masalah awak?
Awaklah.
Memang awak bangun setiap pagi cuba kelihatan seperti lelaki
atau memang semula jadi?
Entah. Setiap pagi awak memang bangun
cuba jadi jahat
atau itu memang semula jadi?
Tolonglah.
Duduk.
Awak memang hebat.
Maaf, tak dapat tonton wayang semalam.
Saya ralit buat kerja rumah.
Macam biasa.
Bagaimana? Apa yang saya tertinggal?
Ya! Otot perut Zac Efron.
Menggoda betul.
Jangan risau,
saya sekat nombor sekolah pada telefon mak.
Sekolah dah tak boleh nak telefon mak lagi.
Layan, awak patut jadi ejen CIA.
Apa yang tak kena?
Awak nak pakai baju apa?
Gaya seksi hari ini? Saya suka.
- Sangat menarik. - Diam.
Awak dah sedia?
Dah tiba masanya.
Saya dilahirkan bersedia.
- Hentian berikut? - Ya.
Awak makan apa? Awak ini pengisar makanan?
Cukup-cukuplah.
Maaf.
Awak nak satu?
En. Abu Hamdi, boleh tukar muzik?
Pergi duduk.
Hei, bangun dan mula bergerak.
Lekas.
Saya tak nak bangun.
Dia dah suruh bangun, bangunlah.
Jangan kacau, okey?
Anak-anak, tolonglah duduk.
Jangan pedulikan mereka.
Layan, apa masalah awak?
Lain kali, dengar.
Sekarang baju saya dah basah!
Saya dah cakap, Encik Abu Hamdi. Cik Lamia nak lagu lain.
Ya Tuhan, Cik Lamia!
Tolong. Dina tertumpah teh.
- Habis kotor… - Bukan saya yang buat!
Anak-anak! Tolonglah duduk!
SEKOLAH PEREMPUAN ALRAWABI
Kami, pelajar AlRawabi
Ke puncak kami tuju
Pelajar AlRawabi
Di ufuk kami menyinar
Kamilah pelopor dan pembaharu
Kami yakini sains
Kami cerah masa depan dan beraspirasi
Etika kami unggul
Kami pelajar AlRawabi
Ke puncak kami tuju
Pelajar AlRawabi
Di ufuk kami menyinar
Kami pelajar AlRawabi
Ke puncak kami tuju
Di ufuk kami menyinar
Membina masa depan
Kami serius dan rajin
Hormat dan komited
Nilai sejati kami
WANITA
"Kalaulah saya boleh bangun suatu hari
dan dapati saya dapat bebas bercakap menyatakan betapa saya dambakan cinta…"
Maaf. Tumpang lalu.
Hai.
Tak berjaya?
Takkanlah awak tak nampak?
Adalah sikit.
Kalau awak tak buta.
Kenapalah mereka satu laluan dengan kita?
Mereka sangka mereka mafia, sedap-sedap mengarah orang?
Diam!
Guru-guru, periksa pelajar.
Bagus.
Bagus.
- Apa dalam poket kamu? - Tiada apa.
Kamu tahu peraturannya,
macam orang lain.
Telefon tak dibenarkan ketika waktu sekolah.
- Keluarkan. - Saya terlupa.
Beri kepada cikgu.
Puan ada masalah?
Tak guna.
Mariam. Hebat.
Sentiasa kemas.
Dina.
Kamu kenapa?
Cik Abeer, teh saya tertumpah di dalam bas.
Pergi ke pejabat dan dapatkan baju lain.
- Lekas. - Sia-sia saja.
Masukkan baju ke dalam.
Baik, puan.
Di mana Layan?
Dia tak hadir, sakit.
Kasihan Layan, selesema. Puan patut dengar suaranya.
Okey, saya faham.
Dia demam.
Suruh dia bawa surat daripada ibu bapanya.
Baik, cik.
Tunjuk. Bagus.
Kenapa awak pilih tempat ini?
Sayang, ini saja tempat yang dibuka seawal ini.
Awak risau ada orang nampak kita, bukan?
Lagipun, di sini lebih selesa.
Jangan risau.
Saya tahu tempat ini menyeramkan, tapi saya ada.
Tempatnya tak penting.
Yang penting, akhirnya kita dapat berjumpa.
Apa-apa pun, awak berbaloi.
Awak tak nak datang ke rumah saya.
Harap-harap rumah awak cantik lagi.
Awak terpaksa tengok sendiri.
PELOPOR DAN PEMBAHARU
Selamat pagi.
Selamat pagi, Cik Abeer.
Saya kenalkan ini Noaf.
Dia mula bersekolah di sini
dan akan sertai kelas kita.
Kenapa pindah tengah tahun?
Awak buat hal?
Ceritalah.
Apa kisah awak?
Ruqayya, tak payah berlagak.
Sila alu-alukan Noaf
dan dia bantu sesuaikan diri.
Mariam, mungkin kamu boleh tolong Noaf
mengejar semula pelajarannya.
Nerda.
Pergi ambil tempat duduk kamu.
Mulai esok, cikgu nak awak pakai seragam sekolah.
Cikgu tak nak tengok kamu pakai semua benda ini.
Faham?
Pergi duduk.
Itu meja Layan.
Cari meja lain.
Awak boleh duduk di sini.
Hai.
Saya Dina.
Selamat berkenalan.
Kita akan ke makmal sekejap lagi
untuk kerja berkumpulan.
- Nak tahu mak saya masak apa? - Apa?
Masakan Korea, shabu shabu.
- Sedap bunyinya. - Awak patut singgah dan cuba.
- Helo, En. Abu Hamdi. - Helo, En. Abu Hamdi.
No comments yet. Be the first to leave one.