Dexter: Resurrection

Dexter: Resurrection

Descargar subtítols en Malay

Temporada 1

Información d'a versión

S1 E9 Touched By An Angel WEB-DL
Un comentario de Gabriel_J
⏱️ 00:47:04 | Episode 09

Etiquetas

webdl
Publicau o: 2025-09-08
Descargas: 115
Ta personas con problemas auditivos: No

Anvista previa d'os subtitulos en Malay

As primeras 200 linias.

Sebelum ini di Dexter...

Untuk rekod rasmi,

ini Kapten Angel Batista.

Saya sedang mengumpul bukti

untuk membuktikan bekas rakan sekerja saya, Dexter Morgan,

sebenarnya ialah Penyembelih Bay Harbor.

Jauhkan diri daripada saya dan anak saya.

Awak ingat saya akan berundur?

Bukan sahaja keadaan jadi huru hara sejak Red menyertai.

Saya rasa tak sedap hati.

Apa teori besar awak sebenarnya, Charley?

Dia menyusup masuk ke kumpulan kita...

Ronald Schmidt.

Dia lebih suka dipanggil Red.

...membunuh Lowell...

menyebabkan Mia ditangkap...

dan merancang pergaduhan

dengan Gareth yang hampir membunuhnya?

Saya tahu rahsia awak. Awak ada kembar.

Itukah teori besar awak?

Awak perlu percaya saya dan biarkan saya jalankan tugas saya.

- Kalau begitu, jalankan tugas awak. - Hai, bakal pelajar.

Saya akan jadi pemandu lawatan petang ini.

- Saya Gigi. - Awak mahu keluar bersama saya?

Bagaimana kalau malam ini?

Kami jumpa kulat hitam dalam almari biliknya.

Tuan rumah tak jawab panggilan saya.

Saya akan uruskan bila sampai waktunya.

Saya cuba membantu Elsa,

pujuk tuan rumah dia yang bodoh,

Mungkin ayah boleh bercakap dengannya. Ayah pandai memujuk.

Apa ini? Jangan bunuh saya!

Dexter berada di lokasi sama lebih satu jam.

Ke tepi, celaka!

Inilah bilik bunuhnya. Masih baru.

Saya sampai dulu sebelum dia sempat mengambilnya.

Saya tidak tipu.

Dexter, dia bijak.

Sentiasa cari jalan untuk melepaskan diri.

Unit Jenayah Berat Miami Metro. Leftenan Quinn bercakap.

Saya bertemu kapten anda. Angel Batista.

Dia bekas kapten, tapi dia sudah bersara.

Dia tiba-tiba berhenti. Memang pelik.

Serius, ayah, terima kasih banyak.

Red.

Saya tak tahu awak ada anak lelaki.

Walau sekuat mana saya cuba memisahkan

kehidupan keluarga saya daripada keperluan gelap saya,

kedua-duanya tetap bertembung.

Leon Prater.

Ya, saya tahu.

Bagaimana kalian kenal satu sama lain?

UrCar. Betul tak, Red?

Ya, ayah hantarkan dia. Kami terus jadi rapat.

Itu gila.

Saya tonton setiap TED Talk anda.

Saya paling suka tentang

melabur pada perkara yang dicintai...

...bukan pada keperluan.

Cerita tentang kisah Prater.

Epifani sederhana itu mengubah siapa saya.

Red tak pernah sebut dia ada anak di sini.

Awak buat apa sekarang? Masih di sekolah?

Tidak. Um...

Saya ada kerja di Empire Hotel.

Sebagai pembantu hotel.

Tapi, saya rancang untuk...

Ya, dia ada impian besar.

Hai, Leon.

Boleh kita bercakap sekejap? Di luar?

Sudah tentu, Red.

Tapi mari pastikan awak dan saya...

Saya tak tahu nama awak.

- Harrison. - Harrison.

Satu langkah lagi mendekati kebenaran

tentang siapa saya sebenarnya.

Kalian patut datang ke rumah saya selepas gala ini selesai,

dan kita boleh berkenalan lebih dekat.

- Saya suka itu. - Hebat.

Saya lebih kalau suka musuh saya tidak mempunyai pembantu.

Atau "pembantu wanita"?

Jadi, awak kini mengintip saya?

Red, saya tidak suka kejutan.

Apabila seseorang dijemput ke dalam lingkaran dalaman saya,

biasanya saya tahu semuanya tentang mereka,

tapi awak penuh dengan kejutan.

Oh, awak tak tahu apa-apa.

Awak berhenti kerja IT, pindah dari rumah awak

tanpa beritahu saya.

Sekarang saya tahu awak ada anak.

Jauhkan diri awak daripada anak saya.

Sudah tentu.

Saya takkan pernah ganggu hubungan ayah dan anak.

Tapi saya perlu tanya...

...adakah Harrison tahu siapa awak sebenarnya?

Apa pendapat awak?

Saya tak pasti apa-apa tentang awak, Red.

Tapi awak ada janji saya,

Saya takkan dedahkan identiti awak kepada Harrison.

Sejujurnya, Charley yang agak risau.

Dia ada rasa curiga bahawa awak adalah punca

kenapa perkara-perkara jadi salah kebelakangan ini.

Awak ingat saya sebodoh itu?

Kalau saya nak buat sesuautu dengan perjumpaan kecil awak,

awak takkan pernah nampak saya datang.

Saya faham.

Tapi awak perlu belajar percaya saya, Red.

Saya berkongsi lebih tentang sejarah peribadi saya dengan awak

daripada sesiapa pun,

pembunuh bersiri atau tidak.

Entahlah, awak ada sesuatu yang...

berbeza daripada yang lain...

...tapi awak hidup dalam rahsia.

Saya ingin jadualkan masa untuk kita berjumpa.

Saya nak awak ceritakan tentang sejarah peribadi awak.

Saya nak tahu tentang zaman kanak-kanak, ibu bapa awak.

Kenapa awak buat apa yang awak buat.

Saya hanya ingin tahu.

Dan kalau awak terbuka kepada saya,

mungkin saya tak perlu lagi mengintip awak, bukan?

Baiklah.

Tapi sekali lagi, jauhi anak saya.

Kepercayaan...

...berlaku dua hala.

Awak tak tahu betapa gembiranya awak buat saya, Red.

Awak kini sebahagian daripada dunia saya.

Sebahagian dunianya?

Mengarut.

Saya bukan sebahagian dunianya.

Begitu juga anak saya.

Ayah tak beritahu saya yang ayah kenal Leon Prater.

Dia ada nama panggilan untuk ayah? Red?

Mari. Kita pergi.

Tapi kita belum habis makan.

Kami nak bayar.

Encik Prater sudah uruskan tadi,

dan dia juga bayar untuk sebotol wain.

- Sangat mahal. - Tak mahu.

- Mari. - Apa... Hei.

Apa yang berlaku? Apa yang ayah buat?

Saya tak faham.

Awak perlu percaya ayah.

Saya tak faham.

Kenapa ayah jadi macam ini?

Adakah ini tentang Leon Prater?

Dia ugut ayah?

Serius, apa yang berlaku?

Ayah janji tak ada lagi rahsia.

Prater bukan seperti yang dia tunjukkan.

Apa maksud ayah?

Prater ada kelab khas...

untuk pembunuh bersiri.

Apa, dia pembunuh bersiri?

Tidak.

Dia mengumpul mereka.

Apa, jadi dia kumpul ayah?

Bukan saya, Dexter Morgan.

Dia fikir saya Red Schmidt,

pembunuh bersiri yang dipanggil Penumpang Gelap oleh media.

Sebab itulah dia panggil ayah Red?

Kenapa dia fikir ayah Red?

Kerana ayah jumpa dia, Red Schmidt,

semasa dia membunuh pemandu di bandar ini.

Sebab itulah ayah jadi pemandu e-hailing.

Kerana lebih mudah memburunya.

Red menyakiti seorang kawan Blessing yang tunjukkan ayah video

tentang pengalamannya hampir mati,

- dan kemudian ayah... - Buat apa yang ayah buat.

Dan selepas itu, ayah jumpa sebuah jemputan dalam beg Red,

dari Prater, untuk "individu sehaluan".

Jadi ayah menyamar sebagai Red untuk menyusup ke kumpulan itu.

Itulah cara ayah jumpa Wanita Pendendam.

Dia sebahagian kumpulan itu?

Ya.

Jadi, ayah selama ini keluar bersama

dengan pembunuh bersiri lain.

Seperti siapa?

Adakah ayah buat apa ayah selalu buat dengan mereka?

Ayah selesaikan beberapa daripada mereka.

Seperti siapa?

Salah seorang yang dipanggil Pengumpul Tatu,

seorang lagi dipanggil Pembunuh Gemini.

Gemini yang itu?

Dia dah membunuh orang bertahun-tahun, dan ayah selesaikan dia begitu saja?

Mereka. Kembar.

- Ayuh. - Ya.

Tunggu.

Ini seperti yang berlaku dengan ibu. Adakah...

Ayah terlalu rapat dengan Pembunuh Tiga Kali

dan dia membunuh ibu.

Dia boleh saja bunuh saya.

Hei. Awak selamat.

Semua ini akan berakhir, ayah janji.

Prater dan Charley hanya risau tentang ayah.

Awak perlu percayakan ayah.

Ayah uruskan. Ayah akan lindungi awak.

Ayah keluar dulu, takut ada orang ikut ayah.

Adakah kita akan okey?

Ya.

Kerja seperti biasa. Ayah akan hubungi nanti.

More Malay subtitles for Dexter: Resurrection

Comentarios

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left