As primeras 200 linias.
Sebelum ini di Dexter...
Maaf, Dexter bukan orang yang awak sangka.
Saya pun pernah alami benda sama.
Kami jumpa kulat hitam dalam almari biliknya.
Itulah punca serangannya.
Tuan rumah tak layan panggilan saya.
Dia lewat bayar sewa.
Dia takkan bayar selagi awak tak baiki kulat di bilik Dante.
Saya tak nak baiki apa-apa untuk penyewa yang tak bayar sewa.
Dexter ada seorang anak. Harrison Morgan.
Saya kenal Harrison Morgan.
Harrison Morgan bunuh Ryan Foster
dengan cara yang diajar ayahnya.
Kemudian Dexter Morgan letak jam Ryan
di rumah Mia Lapierre untuk menuduhnya
dan membersihkan nama anaknya.
Saya hanya perlu tunjuk gambar Dexter kepada Mia.
Terima kasih kerana buat polis berhenti ganggu saya.
- Sama-sama. - Tapi saya bukan seperti ayah.
Ayah tahu.
Awak ada hati nurani, sesuatu yang ayah takkan ada.
Awak akan guna rasa keadilan itu
untuk betulkan keadaan.
Cari jalan sendiri.
Ayah akan bantu awak.
Majlis makan malam untuk pembunuh bersiri.
Lowell dah hilang, Mia dah mati.
Gareth! Dialah pembunuh Gemini.
Dan Gareth dah jadi abu dalam relau kegemaran saya.
Mereka akan tahu itu kerja saya.
Kalau mereka sanggup bunuh Mia, mereka takkan teragak-agak
buat benda sama kepada awak.
Pembunuh Gemini.
Kembar.
Tak guna.
Seolah-olah diburu oleh zombi.
Gareth tak akan mati.
Sekarang saya faham perasaan Harrison semasa saya muncul.
Saya sewa istana ini untuk sehari. Cukup masa untuk kita.
Kita tak tahu siapa yang memerhati,
lagi-lagi dengan tetamu kita di sini.
Kalau awak tak mampu, balik saja ke bandar.
Tempat terbuka macam ini tak selamat.
Dan tugas saya untuk tunjukkan masalah itu.
Dan saya kata, buat saja apa yang saya suruh.
Kalau awak beritahu saya satu hari nanti
saya akan berada di istana dengan seorang jutawan,
saya akan kata awak gila.
Lagi cepat ini selesai, lagi bagus.
Baiklah, si muram.
Red, awak selalu habiskan masa di alam semula jadi?
Kalau memancing dikira.
Dan buang mayat.
Kita akan mula sebentar lagi, tuan-tuan.
Hei, mana Lowell?
Awak hantar helikopter lain untuk dia atau...
Dia tak dapat dihubungi. Saya tak pasti samaada
dia sibuk dengan kawan tatunya atau apa,
tapi saya tiada masa untuk kerenah dia.
Ini masa yang sukar.
Semalam, Mia bunuh diri dalam penjara.
Mamma Mia… Dia dah tiada?
Insiden baru-baru ini cukup merisaukan,
sekurang-kurangnya.
Sudah tentu, tiada siapa mahu ia berakhir begini.
Kita pernah habiskan sehari di istana ini
semasa tahun pertama Mia bersama kita.
Dia suka kemewahannya.
Segelas wain mewah di tangannya.
2012 Château Haut-Brion.
Kuat, unik, kompleks.
Sama seperti Mia.
Tak hairanlah itu arak anggur kegemarannya.
Mari bersama-sama angkat gelas.
Untuk Wanita Pendendam.
Dia tinggalkan kita terlalu awal.
Tapi adakah dia pilih untuk pergi, atau pun dia dibunuh?
Udara segar betul-betul membantu asma dia?
Ada apa?
Masalah dengan tuan rumah saya jadi makin teruk.
Dia langsung tak jawab mesej atau panggilan saya.
Tak kisahlah. Lagi dia mengelak,
lagi kuat kes saya nanti.
Dia memang kurang ajar.
Maaf awak terpaksa hadap dia.
Awak pun ada masalah dengan ayah awak.
Sebenarnya, kami dah okey.
Kami keluar bersama dan berbual panjang.
Dan kali ni saya rasa ayah betul-betul ada untuk saya.
Harrison, baguslah begitu.
Dia juga buat saya terfikir tentang masa depan saya.
Jadi, bukan bidang hospitaliti?
Jenis khidmat yang lain.
Mungkin dalam bidang keadilan jenayah.
Maksudnya awak nak sambung belajar?
Ya.
Rasanya, ya.
Awak patut pertimbangkan Kolej Kriminologi Collings.
Sepupu saya ambil bidang keselamatan siber,
tapi ada banyak program lain juga.
Sedikit hidangan pembuka selera, tuan-tuan.
Dan tentu saja, sajian istimewa untuk rakan vegan kita.
Selamat menjamu selera, tuan-tuan.
Biar betul.
Ada masalah?
Sejujurnya, semuanya nampak sedap,
buat saya teringat kenapa saya dulu bukan vegan. Boleh saya?
Awak pilih masa yang tepat untuk menikmati. Makanlah.
Daging ini saya ambil sendiri dari Maison Verot di Paris.
Tapi permata sebenar di sini ialah beluga Iran.
Katakan apa saja tentang politik mereka.
Kaviar buatan orang Parsi memang tiada tandingan.
- Silakan. - Ya ampun.
Makanan ini sangat luar biasa.
Tengoklah semua makanan ini.
Pernah nampak ham diiris setipis ini?
Tak masuk akal.
Harrison sedang fikir tentang masa depan,
seperti remaja biasa.
Dan dia mahu saya terlibat, seperti ayah normal.
Saya boleh buat begitu.
Saya kena pastikan apa saja yang berlaku
di kem pembunuh ini selesai awal supaya saya dapat bersama Harrison.
Awak sembunyikan sesuatu daripada saya.
Atau mungkin percutian ini akan berakhir lebih awal dari jangkaan.
Trofi dan peralatan awak.
Charley ada suruh awak bawa, bukan?
Saya harap awak selesa berkongsi dengan kumpulan hari ini.
Jadi, begitu rupanya, sesi tunjuk dan kongsi.
Sudah tentu.
Semuanya ada di sini.
Maaf, pemberitahuan agak lewat.
Saya sebenarnya cuma rancang Al saja berkongsi hari ini.
Tapi, dengan keadaan sekarang,
saya rasa lebih baik kalau kita dengar daripada awak juga.
Sesi tunjuk dan kongsi. Alamak.
Ini hadiah Krismas daripada anak-anak saya.
Ini dia.
Okey.
Ini cara yang lebih mudah untuk menilai mangsa-mangsa saya.
Masa untuk dengar kisah Rapunzel.
Harap awak suka filem kecil saya.
Menyeramkan.
Saya pasang kamera pada topi keledar basikal saya.
Keselamatan diutamakan.
Rambut ekor kuda. Kegemaran Al.
Keperluannya.
Dia akan bunuh wanita ini depan kamera,
dan saya terpaksa duduk bersama raksasa-raksasa ini
sementara mereka menikmati setiap saat.
Hei, di sebelah kiri awak!
- Ya. - Hei.
- Terima kasih. - Tak ada hal.
Tolong!
- Ada orang. - Ya ampun.
- Tolong saya! - Awak okey?
Tayar depan saya terlanggar sesuatu.
- Kaki saya. - Saya tak nampak apa-apa.
Saya rasa berdarah.
Di mana sakitnya?
- Di sini… - Mana?
Di sini!
Tiba masanya untuk potong rambut.
Mereka semua mesti mati.
Saya kena putuskan semua hubungan dengan kumpulan ini secepat mungkin.
Tapi sekarang…
Saya kena yakinkan mereka
yang saya penggal kepala orang tak bersalah.
Bagaimana nak yakinkan sekumpulan psikopat
yang saya sama seperti mereka?
Pernahkah tengok seorang lelaki merayu demi nyawanya
sambil tercekik darahnya sendiri?
Mereka beritahu saya apa saja yang saya nak tahu.
Perkara yang mereka tak pernah beritahu sesiapa.
Paling menarik ialah betapa rawaknya ia.
Awak suka, Prater? Suka?
Awak gila!
Ayah dah agak ini idea yang buruk,
sertai kelab sosial raksasa ini.
Saya tak sertai kelab mereka.
Jadi kenapa awak nak beri porno pembunuhan itu untuk dinikmati oleh mereka?
Saya hanya ikut naluri saya, ayah.
Saya pun raksasa. Ingat?
Awak tak sama seperti mereka.
Kita dah berusaha keras
untuk salurkan keinginan awak ke arah yang betul.
Tapi kemudian ayah berpaling daripada saya.
Kita ada saat sukar, tapi ayah tak pernah…
Punca ayah bunuh diri.
Ayah tak boleh terima siapa saya yang sebenarnya.
Tidak selepas ayah nampak sendiri apa yang berlaku.
Ayah takut.
Ayah salahkan diri ayah atas penderitaan awak.
Tapi ayah kenal hati awak.
Awak ada tujuan yang lebih besar.
Red hanyalah haiwan tanpa moral.
Tapi itu bukan awak,
dan awak tak perlu berpura-pura begitu.
Ada masalah?
Tak. Tiada masalah.
No comments yet. Be the first to leave one.