Victoria

Victoria

Descargar subtítols en Malay

Temporada 2

Información d'a versión

Victoria (2017) Season 02 Episode 02-09 Malay
Un comentario de kikywebsite

Etiquetas

other
Publicau o: 2019-06-29
Descargas: 24
Ta personas con problemas auditivos: No

Anvista previa d'os subtitulos en Malay

As primeras 200 linias.

Victoria

Anak perempuan 2 saya, awak tahu siapa ayah awak?

Lihat? Dia sudah faham Bahasa Jerman.

Dia pintar, seperti ayahnya.

Dan kuat seperti ibunya.

Victoria,...

...saya tak sabar nak didik anak-anak kita.

Aku ingin mereka bersinar seperti suar kebahagiaan domestik melalui kabut...

...London.

Anak-anak?

Sudah tentu.

Saya nak sangat bilik bayi ini penuh.

Saya rasa Vicky dah cukup buat masa sekarang.

Ke mana awak nak pergi? Bukankah kita akan periksa dokumen bersama?

Saya ada temu janji dengan pakar matematik Royal Society.

Tapi kalau awak nak, saya boleh bantu awak.

Tidak, saya boleh uruskan.

Ayah nak bercakap sekejap dengan kamu.

Tanpa kehadiran wanita.

Ramai orang datang ke Coburg...

...untuk melawat tempat kelahiran Raja England,...

...tapi ayah tak boleh nak tunjukkan mereka Hall of Giants...

...kerana atap bocor dan ayah tak mampu nak membaikinya.

Saya bukan Raja England, ayah.

Tapi kamu tetap berasal dari Coburg, Albert.

Kamu nak rasa malu dengan tempat kelahiran kamu?

Kalaulah bukan kerana "hobi" ayah,...

...saya tak perlu rasa malu.

Saya mengganggu awak?

Maafkan pak cik. Pak cik tahu kamu ambil serius tentang tugas kamu.

Itulah sebabnya kita perlu berbincang tentang masa depan.

Pak cik menantikan saat ruangan bayi ini penuh.

Itu kemungkinan yang menarik.

Tapi sekarang pak cik nampak...

...kamu dan Albert berpeluang untuk merealisasikan kemungkinan tersebut.

Kamu ahli keluarga Coburg yang sejati, sayang,...

...dan sangat subur, sama seperti wanita dalam keluarga kita

Negara kita akan selamat...

...jika kamu melahirkan Putera Wales.

Pak cik tak perlu beritahu kamu betapa pentingnya perkara itu.

Tidak, pak cik.

Pak cik tak perlu beritahu.

Mesin yang dapat buat semua pengiraan ini?

Ya, tuanku. Ia lebih cepat dari otak manusia.

Lady Lovelace, boleh awak tunjukkan kepada Putera?

Jika tuanku ingin mengira nombor utama,...

...tetapkan gigi roda di sini dan mesin ini...

...akan mengiranya.

Ia...

Ia sangat bagus.

Patik rasa ada seni di dalamnya.

Muzik dari roda.

"Menurut pemerhatian pakar ekonomi yang diiktiraf, Reverend Malthus,..."

"...apabila tidak diperiksa, nisbah geometrikal populasi meningkat.

Nisbah geometri.

Saya tak akan tanya dia.

Ya, dia pasti tahu,...

...tapi saya takkan tanya dia.

Nampaknya, Cik Cleary tidak dapat kain bersih sejak dia sampai.

Saya tertanya-tanya jika awak tahu sebabnya, Encik Penge.

Saya nampak seperti tukang cuci bajukah, Puan Skerrett?

Awak nampak seperti lelaki pendendam.

Apa? Tapi saya baik dan pemurah.

Jadi, Cik Cleary, dari mana awak datang?

- Institut Chiswick, tuan. - Tidak, maksud saya,...

...di mana tempat asal awak?

Daerah Cork, tuan.

Jangan sampai saya tangkap awak pegang tasbih.

Istana Diraja bukanlah tempat untuk penganut Katolik.

Tidak, hanya untuk lelaki tua perengus, En. Penge.

Ayuh, Cik Cleary.

Ya, hal ini rumit.

Mungkin beta patut tulis sendiri surat kepada Sultan...

...tentang pemuliharaan Holy Land.

Putera juga fikir perkara yang sama semasa tuanku kurang sihat.

Maafkan saya kerana lambat.

Saya berada di Royal Society.

Saya pergi lihat rekaan enjin Charles Babbage.

Patik gembira tuanku ke sana.

- Ia eksperimen yang menarik, bukan? - Ya.

Apabila Lady Lovelace menjelaskan kepada beta...

...bahawa mesin ini boleh digunakan untuk buat pengiraan yang paling rumit,...

...beta akui, sukar untuk percaya ia dicipta oleh manusia.

Pakar matematik wanita?

Seorang saja, tuanku, di Royal Society,...

...tapi Lady Lovelace memang wanita yang luar biasa.

Model yang mereka bina ada banyak potensi.

Jika kata-kata Babbage itu benar, maka suatu hari mesin pengkomputeran...

...mampu melakukan tugas manusia.

Kita perlu buat yang terbaik untuk memajukan hasil kerja mereka.

Ia sangat penting untuk masa depan negara ini.

Kita patut anjurkan minum petang...

...di istana untuk meraikan kebijaksanaan mereka.

- Apa pendapat kamu, Sir Robert? - Idea yang bagus, tuanku.

Kerabat Diraja patut menunjukkan minat dalam kemajuan ilmiah negara.

Saya setuju.

Mungkin kita patut tunjukkan bakat lain...

...untuk menghiburkan para saintis itu. Lord Alfred?

Mungkin La Taglioni boleh buat persembahan untuk kita?

Ya, bagus.

Boleh kamu pilih saintis untuk diundang, En. Drummond?

Dengan senang hati, tuanku.

Awak sukakan Chopin, Cik Coke.

Itukah lagu yang tuan mainkan?

Ia kedengaran seperti cahaya bulan.

Indah tapi melankolik.

Awak pandai main piano?

Saya tahu lagu rancak country...

...untuk menghiburkan tetamu selepas makan malam.

Lain kali, kita perlu mainkan lagu duet bersama.

Wilhelmina, kenapa kamu melepak saja?

Saya cuma dengar lagu, mak cik. Chopin.

Yang nampaknya memberi kesan kepada kulit kamu.

Muka kamu merah macam strawberi.

Ratu nak tahu jika awak boleh buat tat strawberi untuk majlis malam ini.

Baginda sangat mengagumi mereka buat masa ini.

Yakah?

Baiklah.

- Ratu gembira awak dah kembali. - Saya tak ada banyak pilihan, kan?

Abang Lord Alfred beritahu jawatankuasa kelab itu,...

...hantar saya balik ke Istana adalah tanggungjawab sebagai rakyat.

Saya minta maaf. Saya tak tahu...

Apa? Ratu buat saya dipecat?

Menjunjung titah.

Tapi, ia boleh jadi lebih buruk.

Menjadi orang yang Ratu sukai..

Itu pasti ada kelebihan.

Saya rasa awak lebih dari itu, En. Francatelli.

Ke hadapan Lord M, sudah tiba masanya untuk kamu kembali ke Istana.

Tak bolehkah kamu ketatkan lagi?

- Tidak, jika tuanku ingin bernafas. - Beta tak faham.

Tuanku, mungkin tuanku mengandung lagi?

Jangan mengarut, Lehzen.

Beta baru saja melahirkan anak.

Selamat tengah hari, Encik Drake.

Selamat datang, tuan.

Kenalkan, ini Lady Lovelace dan En. Charles Babbage.

Tuanku.

Beta tak pernah jumpa pakar matematik wanita sebelum ini.

Patik pun sama, tuanku.

Beta rancang nak mula ajar puteri kami.

Tak salah mula dari awal, tuanku.

Lady Lovelace sangat cantik.

Sangat penting untuk jemput tetamu yang pelbagai, bukan?

Lord M.

Beta gembira kamu datang.

Tuanku pun tahu betapa patik sukakan perkembangan budaya.

Kamu dah tamatkan pengajian di St Chrysostom?

Ingatan tuanku memang bagus. Tidak.

Malangnya, mungkin lambat lagi patik tamat pengajian.

- Patik mudah hilang tumpuan. - Beta tahu.

Usaha tangga kejayaan.

Ya, patik rasa itu benar.

Kehadiran tuanku diperlukan di dewan utama.

Beta minta diri sebentar.

Beritahu beta, Lord M,...

...kamu rasa beta banyak berubah?

Perubahan yang lebih baik.

Dia ada kawan?

Boleh patik tanya tentang puteri, tuanku?

Dia sama seperti ayahandanya.

Tapi lebih lantang.

Mesin yang selesaikannya untuk kita. Itu sangat luar biasa.

Putera kelihatan sangat teruja malam ini, tuanku.

Adakah wanita yang bercakap dengan baginda itu Lady Lovelace?

Ya. Mereka selalu berbincang tentang matematik bersama.

Begitu.

Nampaknya, dia mewarisi ibunya,...

...wanita pintar yang diberikan gelaran Puteri Empat Segi Selari.

Hasil kajian kami menunjukkan Enjin Analisis...

...boleh mengira 125 titik Pi atau mungkin lebih.

Patik percaya, tuanku...

Beta rasa dia rasa menikmati majlis ini.

Dalam aspek itu, dia menyerupai ayahnya.

Dia selalu berlagak seolah-olah dia memiliki semuanya.

Ayahnya?

Dia anak Byron, tuanku.

Patik fikir tuanku tahu.

Persamaan yang paling rumit juga boleh dikira dengan cara ini.

Melalui surat ini, aku berdoa...

...apabila kamu memilikinya,...

...nasib malang akan bertamu.

Beritahu perkara yang benar tentang diri ku,...

...jangan ditokok tambah atau jadikan ia bahan umpatan.

Bicaralah tentang orang yang mencintai dan menggunakan akal...

...dengan baik.

Seseorang yang tak dikaburi rasa cemburu dan berpendirian teguh...

...yang mampu mengharungi apa jua cabaran...

...seperti Indian asli...

...membuang mutiara yang lebih berharga dari puaknya.

Persembahan kamu sangat menarik, En. Aldridge.

Ia penghormatan besar untuk persembahkan Othello kepada tuanku.

En. Aldridge, mari saya kenalkan sahabat baik saya.

Beta tak faham kenapa Othello perlu membunuh Desdemona.

Itu kerana tuanku tak pernah alami perasaan itu.

Cemburu adalah emosi yang sangat remeh.

Remeh? Saya fikir ia lebih dari itu.

Beta minta diri.

Putera Ernest.

La Taglioni hebat, bukan?

More Malay subtitles for Victoria

Comentarios

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left