أول 200 سطر.
Ia hanya salah faham, sebenarnya.
Bahawa orang buta tak boleh
benar-benar memahami makna keindahan.
Tidak, orang buta seperti saya,
kami banyak memikirkan tentang apa orang
anggap sebagai keindahan.
Bertahun saya habiskan mencari keindahan itu,
mengembara merentas negara, ziarah kubur dan batu peringatan,
menyentuh dan menemukan keindahan
yang ditinggalkan nenek moyang kita.
Banyak yang telah awak lalui.
Sudah tentu.
Tapi ada sesuatu
yang saya ingin tahu.
Tangan awak sangat halus.
- Tangan saya? - Ya.
Saya menjangka orang yang mengukir
tangannya kasar, tapi tangan awak sungguh lembut,
adakah awak buat apa-apa untuk menjaganya?
Saya menjaga tangan saya dengan cermat.
Tangan ini...
Ia seperti mata saya,
awak tahu?
Saya melihat dan merasa melaluinya.
Bagaimana dengan parut itu?
Oh, ini?
Saya pernah cedera ketika kecil...
Bagi kami, mempelajari satu tugas boleh jadi sukar.
Orang biasa macam kami tak boleh bayangkan pun
betapa sukarnya itu...
Mari kita tukar topik sebentar.
Awak tukang ukir cop,
dan juga seorang ayah tunggal
kepada anak lelaki awak, yang kini mengendalikan.
Cheongpung Engraving.
- Hm? - Ya.
Saya rasa penonton kita tentu ingin tahu
tentang bahagian kehidupan awak yang itu.
Kenapa mereka ingin tahu tentang itu?
Membesarkan anak bersendirian sudah cukup sukar,
apatah lagi bagi seseorang yang kurang upaya penglihatan.
Setiap orang akan cuba jaga anak dengan baik,
walaupun dalam kesusahan.
Kanak-kanak sebenarnya boleh jaga diri semasa membesar
jika awak membenarkannya.
Kanak-kanak tidak membesar sendiri,
awak besarkan mereka!
Itulah yang kami ingin tahu.
Tentang kesukaran awak dan apa yang awak fikirkan...
Ia memang sukar.
Ya.
Apa gunanya mengenang kesusahan?
Ambillah masa awak.
Masa sekarang ialah 3:04 pm.
Dong-wan, Ayah mahu berehat sebentar.
Ayah, mereka sibuk.
Maaf, sebentar ya.
- Maaf. - Kita patut sambung sikit lagi...
Maaf, saya tak sedar betapa cepat masa berlalu.
- Ia sungguh menakjubkan. - Maaf tentang itu.
Kita rehat sebentar, maaf.
- Rokok, Ayah. - Rehat 5 minit, semua!
Di sini pintunya.
Dong-hwan, ayah awak hebat betul.
Saya tak layak dapat ayah sebaik dia.
Lihat ini!
Im Yeong-gyu ialah bukti
bahawa keajaiban itu wujud.
Tajuk utama yang hebat.
Apa ini?
Oh, itu?
Ia gambar lama
ketika dia buka gerai ukiran buat kali pertama.
Ia satu-satunya gambar lama yang kami ada.
Awak kelihatan sama seperti dia.
Sebenarnya,
saya juga fikir begitu, jadi, satu waktu dahulu,
saya beritahu dia betapa saya kelihatan serupa dengannya.
Apa dia kata? Adakah dia gembira mendengarnya?
Dia hanya berdiri dengan senyap, berfikir.
Saya rasa
mungkin dia sedang memikirkan
tentang idea keserupaan,
memandangkan dia buta sejak lahir.
Itu benar.
Wajahnya sendiri pun dia tak pernah lihat,
saya tak pernah memikirkannya seperti itu.
Di mana awak letak bekas abu rokok itu?
Sini, berikannya kepada saya.
- Tuan dah cukup rehat? - Oh, ya.
- Boleh kita teruskan? - Boleh.
Mari kita teruskan penggambaran!
- Kamera. - Saya datang.
- Maaf tentang itu. - Tak apa.
Mari kita ambil paparan dekat untuk tangannya.
Beres.
Mari kita buat perlahan-lahan.
Ayah.
- Dah tiba masa minum petang? - Ya.
Ia panas.
Faham.
Ayah boleh buat.
Adakah sukar melakukan temu bual ini?
Sudah berhari-hari mereka ganggu Ayah,
berlagak seolah-olah ini urusan yang penting.
Segmen berita yang terakhir
hanya ambil separuh hari untuk dirakam.
Bersabarlah sedikit lagi, ya?
Ia publisiti hebat untuk studio ini,
dan bukan mudah untuk tampil dalam TV.
Ayah tahu,
jika ia baik untuk awak, tak apa.
Tapi penerbit muda itu
menyusahkan betul.
Kenapa dia layan Ayah seperti budak kecil?
Sentiasa mengarah-arah Ayah,
'Buat ini' atau 'Buat itu!'
Semua penerbit memang begitu,
jangan biarkan itu mengganggu Ayah.
Awak betul.
Pada usia Ayah, menjana pendapatan...
Ayah bersyukur
kerana diberi pengiktirafan.
Awak tahu betapa cemburunya Gyu-chil kepada Ayah?
Lelaki itu sudah pokai,
tapi dia asyik keluar mengembara.
Apa? Dia belum pulang dari Asia Tenggara?
Belum.
Saya sungguh kecewa.
Dia boleh bawa Ayah bersamanya,
kenapa dia pergi sendirian?
Untuk apa? Tiada apa untuk Ayah lihat.
Sudah berdekad Ayah berkawan,
mengembara bersama tentu menyeronokkan.
Dia bukan kawan Ayah.
Jangan cakap perkara yang Ayah tak maksudkan.
Baiklah, saya ada panggilan, sebentar ya.
Baik.
Helo?
Ini En. Im Dong-hwan?
Ya, siapa ini?
Ini Balai Polis Namil.
Balai polis?
Kami buat panggilan tentang.
Jung Young-hee.
Siapa itu?
Awak tak kenal Jung Young-hee?
Dia ibu awak.
Apa?
Awak kata dia ibu saya?
Itulah yang kami andaikan.
Kami jumpa kad pengenalan pada rangkanya.
Jasadnya ditemui ketika mengorek gunung
untuk sebuah tapak pembinaan,
dan kami temui barangan peribadi.
Menilai dari keadaan rangka ini,
ia telah berada di situ sekitar 40 tahun.
Keadaan jasadnya membuatkannya
sukar untuk menentukan sebab kematian.
Apa yang kami tahu ialah dia mati 40 tahun yang lalu,
dan dikuburkan di pergunungan.
Sukar untuk mengatakan sama ada ia satu kemalangan atau tidak,
tapi mengikut cara mayatnya dikuburkan,
ada kemungkinan ia angkara perbuatan jahat.
Walaupun begitu, tempoh had masa dakwaan
sudah lama tamat.
Jangan bekerja terlalu kuat, lagipun tiada orang di sini.
Adakah itu awak?
Ya.
Baik.
Ada sesiapa dari persatuan itu dah tiba?
Belum lagi, namun mereka hantar karangan bunga takziah.
- Ayah. - Ya?
Bukankah...
Ibu cuma melarikan diri, meninggalkan kita?
Itulah yang Ayah fikirkan juga.
Ayah pulang dari kerja,
dan hanya ada awak di dalam bilik,
dia tiada di sana.
Dan... itu saja.
Tiada siapa cari dia atau apa-apa seumpamanya?
Tidak sama sekali.
Kita tiada ahli keluarga...
Dia tiada musuh, bukan?
Sudah tentu tidak.
Ibu awak orang yang sungguh baik hati.
Ayah tahu...
Kenapa awak cakap begitu?
Tiada apa-apa.
Cuma
selepas 40 tahun, tiba-tiba mendengar
bahawa dia sudah meninggal dunia,
saya cuma ingin tahu, jangan risau tentang itu.
Maafkan saya.
Kita ada tetamu, Ayah. Penerbit itu.
Sila masuk.
Saya sepatutnya sudah sediakan ini.
Oleh kerana ini berlaku ketika dalam penggambaran,
saya tak tahu nak cakap apa.
Minta maaf sangat tentang ini.
No comments yet. Be the first to leave one.