Antrum

Antrum

تنزيل الترجمة Malay

معلومات الإصدار

Antrum - The Deadliest Movie Ever Made (2019) - Malay Subtitle
تعليق من Bryan_R
⭐ Terjemahan Manual ⭐ ❤ Sila rate ya jika berkenan di hati ❤ Tahap Bahasa Malaysia tidaklah susah sangat untuk difaham mahupun terlalu literal terjemahannya dari bahasa asalnya, namun makna asalnya masih tetap terpupuk. #LovefromSabah

الوسوم

other
نشرت في: 2021-01-18
تنزيلات: 35
ضعاف السمع: No

معاينة ترجمة Malay

أول 200 سطر.

Terjemahan oleh: Bryan Roland @ Victor

Sejak...

...permulaan pawagam

kita sudah sering membikin wayang

mengenai neraka dan syaitan.

Dan selalunya...

...ia berbentuk filem,

maka ianya selamat.

Antrum tidak selamat.

Pada 1988 sebuah pawagam kecil di

Budapest, Hungary habis terbakar dijilat api.

Para saksi yang melihat kejadian tersebut menggambarkan seakan

bangunan itu tiba-tiba sahaja meletus menjadi monumen api.

Membunuh 56 orang yang menonton sebuah filem.

Filem yang ditayangkan tersebut dipanggil "Antrum".

Selalunya api kebakaran berawal dari bilik projektor

disebabkan sifat filem yang mudah terbakar.

Tapi menurut siasatan, melibatkan bomba dan pihak forensik berbulat suara,

mengatakan bukan cuma satu tapi kebanyakkan dari api tersebut

datangnya daripada penonton itu sendiri

AJ Bond: Ia pertamakali disiarkan di satu pawagam dan ia terbakar habis.

Ia umpama sebuah filem mazhab haram menggerunkan yang

belum terlihat sesiapa,

kecuali oleh sekelompok pengaturcara di

festival filem yang kini sudah mati.

Dan khabar angin mengatakan bahawa filem itu disumpah

Dan sesiapapun yang menontonnya akan mati.

Nathan Fleet: Kamu mengenal kisah "Ringu" oleh Nakata.

"The Ring" oleh Verbinski,

Tayangan TV Carpenter "Cigarette Burns",

semuanya tentang filem yang boleh membunuh orang.

malangnya Antrum adalah salah satunya.

Nathan Fleet: Dari yang saya dengar-dengar,

sebab saya belum menontonnya,

ceritanya tentang seorang budak lelaki, dan seorang gadis muda di hutan,

menggali lubang untuk ke neraka.

Pada 1983 filem itu telah dihantar ke festival filem

serata Amerika Syarikat.

Dikenal pasti bahawa ia dihantar paling kurang ke

7 festival, yang mana ia ditolak

dan tidak pernah mendapat tayangan kepada umum.

AJ Bond: Ia diibaratkan sebuah karya syaitan.

Rasanya seperti syaitan yang menghantar

sebuah filem ke festival filem.

Beberapa dari pengaturcara festival telah

mengalami maut atau...

...insiden hampir maut selepas...

...menonton filem tersebut.

Senarainya termasuk Janet Hilberg dari Jones Park Festival

yang meninggal akibat sawan 24 jam setelah tayangan Antrum.

Beliau dikatakan berbincang mengenai penolakannya

atas filem itu bersama rakan sekerja, sebelum jatuh tak sedarkan diri

di sebuah kedai kopi tempatan.

Asen Gadjalov: Dan mustahilkah untuk sebuah karya seni

mengubah sifat fizikal manusia?

Ini sejak lama dulu, sejak zaman Yunani, ketika teater

dan hospital dibuat bersebelahan,

dan orang-orang pergi ke hospital, lalu menonton pertunjukkan untuk berubat.

Jadi mustahilkah untuk sebuah seni membawa kemudaratan?

Boleh sama sekali.

Tom Stylum dari Colorado Film Festival terkena

renjatan elektrik yang membunuhnya keesokan

pagi di dapur beliau.

Robert Kayle: Tak, saya bukan jenis orang yang

"Saya takut kerana ia seram", Atau juga sebab ada orang mati

dalam tempoh-tempoh sekian.

Tapi ia tiada kaitan pun dengan filem tersebut.

- Adakah awak percaya, sebuah filem mampu membunuh?

Nathan Fleet: Saya mempercayai bahawa sesuatu

dapat memporak-randakanmu, selamanya.

Dan yang paling menghairankan, Joe Barringer dari

La Jolla Film Festival

sewaktu berada di pantai terjatuh diatas seekor ikan batu

lalu tertusuk sengatan berbisa dekat abdomennya.

Antara ikan-ikan paling berbisa,

ia jarang sekali ditemui disekitar pesisiran pantai

sekitar Amerika Syarikat.

Kemalangan Joe berlaku hanya sejam

selepas tayangannya.

AJ Bond: Dari filem yang dibikin saya ini pun,

tidaklah seram sangat, rasanya awak tak akan terlompat

dari tempat duduk sebab terkejut.

Ia cuma...

akan menghantui awak.

Kejadian maut terakhir sebelum filem tersebut

hilang secara misterious.

Terjadi di San Francisco

pada November 1993.

Filem itu semakin dikenal sebagai "filem yang membunuh" sehingga

ditayangkan di sebuah pawagam tempatan.

Para penonton sudah sedia maklum akan kepercayaan bahawa filem itu disumpah,

sebelum mereka masuk ke dalam pawagam.

Sejurus Antrum dimulai, suasana para penonton berubah

dari rasa riang teruja

ke rasa gelisah teramat.

Perasaan takut dikalangan penonton memicu kepada berlari beramai-ramai

menuju pintu keluar pawagam.

Yang tanpa diduga pintunya telah dikunci.

Ini mencetuskan kepanikkan pada semua orang, lalu menjurus

kepada berlakunya perusuhan dan pergaduhan besar antara sesama.

Menyebabkan lebih daripada 30 kecederaan

dan seorang wanita mengandung mati dipijak.

Ujian makmal kemudiannya mendedahkan bahawa majoriti

dari penonton telah mengkomsumsi lysergic acid diethylamide.

Atau LSD.

Namun setiap yang hadir menekankan

mereka tidak mengambil dadah tersebut.

Setelah siasatan lebih lanjut, Richard Samy,

merupakan pekerja, mengakui sudah membubuh sebilangan besar

dadah kedalam bertih jagung mentega pada malam itu.

Setiap yang hadir pada tayangan Antrum masa itu menolak

ditemu-bual untuk filem ini.

AJ Bond: Natijahnya, filem itu sudah bertahun hilang.

Sesetengah orang beranggapan ia tidak wujud.

yang lain mengaku pernah melihatnya dan masih selamat,

dan kini tampaknya...

Kamu sudah menemuinya.

Para penerbit filem ini berjaya menjejak

sebuah salinan persendirian filem Antrum di lelongan harta tanah Connecticut.

Dari tampak luar terlihat seperti filem biasa yang dirakam pada

hujung 1970 menggunakan stok 35mm berserta beberapa keanehan

terlihat dijumpai pada gambar dan suara filem itu.

Penelitian mengatakan bahawa keanehan ini disengajakan dan

dibuat agar memberikan rangsangan fizikal dan minda

kepada para penonton.

Terdapat juga andaian yang mengatakan memandangkan

cetakan filem ini sudah berkali-kali beralih tangan

ada pihak tidak bertanggungjawab sudah mengubahnya ibarat

terdapat kejadian berulang yang tampak tidak berkait...

...dalam paparan grafik dimuatkan kedalam filem.

Memandangkan para penerbit juga kurang pasti akan

asal-usul benda ini.

Mereka merasakan bahawa para penonton patut waspada

berkenaan isi kandungannya

Untuk pertama kalinya ditayang kepada umum setelah 20 tahun lebih

kami mempersembahkan Antrum,

Filem Paling Memautkan Pernah Dibikin.

ANTRUM "Filem Paling Memautkan Pernah Dibikin"

*NOTIS UNDANG-UNDANG* Dengan meneruskan menonton filem ini, anda bersetuju bahawasahnya penerbit filem ini telah menyedarkan anda tentang sejarah dan bahaya yang berkait dengan Antrum

Penerbit, pengedar, pemain, kru, kesatuan pekerja dan pengurusan pawagam

pada semua peringkat, bebas dari segala tanggungjawab jika sebarang

kejadian berlaku kepada anda semasa atau selepas tayangan termasuk,

tetapi, tidak terhad kepada penyakit, kecederaan, bahaya atau kematian.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan notis ini Sila tinggalkan pawagam ini sekarang.

Terjemahan oleh: Bryan Roland @ Victor

Mak?

Dimana dia, mak?

Mak?

Mak?

Maxine, adakah dia sekarang berada di syurga?

Tak, Maxine bukan di syurga, sebab dia nakal.

Mimpo buruk lagi?

Sebentar lagi.

Kita akan jumpa dia lagi.

Adik masih ingin ke bawah situ?

Baik.

Ingat, tiada cara untuk bawa ia balik.

Adik tahu.

Cuma jiwanya.

Apa itu?

Mari lihat.

Tolong berikan kakak buku itu.

Oh.

Apa itu?

Itu semua persembahan.

Itu semua melindungi tempat ini.

Untuk menghalang benda jahat daripada masuk?

Untuk menghalang benda jahat daripada keluar.

Ike kata, itu semua adalah benda

yang pernah seseorang sayang.

Untuk masuk kedalam hutan, kau kena bagi persembahan.

Sesuatu yang sungguh istimewa bagi adik.

"Hidupmu adalah cenderahati teristimewa dari ibu bapamu.

Fikirkan tentang ibubapa, adik-beradik, dan anak-anakmu.

Jangan berdiam diri, luahkan masalahmu kepada seseorang."

- Pertubuhan Pencegahan Pembunuhan Diri

Lebih berani?

Adik nak kencing.

"Tiada orang dapat keluar hidup-hidup"

Oralee!?

Oralee?

Nate.

Kakak disini.

Adik tengah...

Adik tengah cari kakak, kemana kakak tadi?

Kakak tadi, dekat sana.

Jom jalan.

- Tapi... - Tak apa-apa. Mari...

Kita nak ke mana?

Sebelum itu, adik ingat tak ayatnya?

Ya, "Didalam dirimu yang dipenuhi lekang kesenangan,

engkau dipenuhi keganasan.

Dan kau berdosa.

Maka ku usir kau sebagai makhluk terkutuk dari Gunung Tuhan.

Dan ku hancurkan dikau oh Kerub Pelindung masuk kedalam

batu-batu api."

Bagus.

Inilah hutan tempat si syaitan jatuh ketika

dia diusir dari syurga.

Dan tepat di tempat dia jatuh, akan kita temukan jalan masuk ke neraka.

التعليقات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left