أول 200 سطر.
Saya sudah fikir masak-masak.
Saya mahu awak pulang sekarang.
Saya akan bincang dengan mak saya.
Apa yang penting, awak akan pulang mengikut rancangan.
Untuk pengetahuan awak.
Sikap awak ini yang membuat saya tertanya-tanya.
Saya tak akan berganjak sehingga saya tahu apa punca awak berubah.
Awak memang degil.
Rangga, saya masih ingat semasa kita berada di Kawah Ijen.
Saya dapat rasa yang awak mencintai saya.
Bukan hanya kerana janji awak pada Dimas.
Sebab itulah saya perasan yang awak sudah berubah.
Saya bukan Dimas.
Saya sudah cuba mencintai awak, tapi tak boleh.
Hanya sebab itu?
Awak pasti tiada apa-apa yang awak rahsiakan?
Berapa lama yang awak perlukan untuk mencintai saya?
Saya boleh tunggu.
Rain, bukan itu masalahnya.
Saya mahu awak pulang.
Dan jangan hubungi saya lagi.
Faham?
- Helo? - Hai, Rangga.
Apa khabar? Ini Gwenny.
Raina ada?
Boleh saya bercakap dengan dia?
Gwenny!
Hei, Rain.
Gwen, bagaimana awak tahu nombor Rangga?
Mak yang beritahu saya.
Dia kata telefon awak hilang...
... dan awak guna nombor ini buat masa sekarang.
Gwen, saya harap awak ada di sini.
Ya, saya juga begitu Rain.
Rain, saya perlu cakap dengan awak sendirian.
Boleh awak jauhkan diri dari Rangga sebentar?
Baik, sebentar.
Hei, mana awak mahu bawa telefon saya?
Helo, Gwen?
Saya sudah jauh dari Rangga. Kenapa awak terlalu serius?
Saya mahu beritahu awak sesuatu.
Sebenarnya, saya mahu beritahu bila awak pulang nanti.
Tapi saya tak boleh tunggu.
Saya harus beritahu awak kerana awak berhak tahu.
Gwen, apa yang berlaku? Awak buat saya risau.
Ada apa-apa berlaku pada awak dan Mak cik Flora?
Tidak, ini bukan tentang dia.
Ini tentang awak. Tentang kita.
Apa maksud awak?
Saya tahu segala-galanya, Rain.
Saya tahu siapa ibu bapa kandung awak.
Saya tahu nama sebenar awak.
Satu lagi, ...
Awak ialah adik saya. Kita adik-beradik, Rain.
Gwen, saya tak faham. Kita memang adik-beradik.
Saya adik awak dan awaklah keluarga saya.
Sejak Mak cik Flora mengambil saya dari rumah anak yatim...
... saya sudah anggap dia sebagai mak saya.
Ya, Rain.
Betul.
Tapi itu hanya sebahagian daripada apa yang mak ceritakan.
Selama ini, saya sangat cemburu pada awak.
Saya cemburu kerana saya rasa Mak lebih sayangkan awak.
Gwenny!
Jadi saya menyiasat tentang awak.
Saya pergi jumpa Mak cik Cindy, tapi tiada jawapan, Rain.
Jadi saya kumpulkan keberanian...
... untuk tanya Mak tentangnya.
Rupa-rupanya ia benar, Rain.
Kita mempunyai ayah yang sama.
Kita berdua adik-beradik, Rain.
Sebelum ayah kita meninggal,...
... dia serahkan awak ke rumah anak yatim.
Mak ambil awak sebagai anak angkat.
Sebab itulah dia sayangkan awak seperti anak sendiri.
Rain.
Nama sebenar awak ialah Kinara Renata.
Mak namakan awak "Raina".
Mustahil.
Itu mustahil, Gwen.
Awak adik saya, Rain.
Demi Tuhan, awak memang adik saya.
Tapi bagaimana boleh jadi begini, Gwen?
Bagaimana dengan mak kandung saya?
Saya akan tunjukkan sesuatu bila awak pulang nanti.
KEBENARANNYA
Awak boleh hantar saya ke lapangan terbang sekarang.
Apa yang berlaku, Rain?
Awak mahu saya pulang, kan? Jadi, saya akan pulang sekarang. Ayuh.
Hei, tunggu. Beritahu saya apa yang berlaku?
Saya tak akan hantar awak selagi awak tak ceritakan.
Rain...
Raina, jangan menangis.
Mari sini.
Rangga, saya harus memilih.
Saya memang mahu berada di sini dan bertahan untuk awak.
Tapi saya harus tahu apa yang berlaku dengan keluarga saya.
Saya kesuntukan masa. Saya mesti ke lapangan terbang sekarang.
Jika awak tak mahu hantar saya, saya boleh pergi sendiri.
Apa yang terjadi?
Rain! Raina!
Oh Tuhanku!
Saya tak pernah sangka yang kejadian hari ini akan berlaku.
Akhirnya, teka-teki selama ini sudah terjawab.
Entah apa yang Gwenny mahu tunjukkan kepada saya.
Teka-teki apa yang dia miliki.
Apatah lagi...
... saya belum tahu punca Rangga berubah.
Oh Tuhanku...
Benarkah sesetengah perkara lebih baik dirahsiakan...
... kerana kebenaran itu menyakitkan?
Oh Tuhanku!
Tegar telefon.
- Helo? - Helo, Raina. Ini Tegar.
Tegar, minta maaf. Saya terlupa pulangkan telefon awak.
Tak mengapa. Simpan sajalah, okey?
Tujuan saya telefon bukan sebab itu.
Awak di mana sekarang?
Saya dalam perjalanan ke lapangan terbang. Saya harus pulang ke Jakarta.
Awak mahu pulang ke Jakarta? Tapi kenapa?
Rangga ada bersama awak?
Tidak, dia tiada bersama saya. Dia ada di rumah dia. Kenapa?
Rain, sebenarnya saya ada di depan pangsapuri Rangga sekarang.
- Awak ada di pangsapuri dia? - Ya.
Sudah banyak kali saya ketuk pintu, tapi tiada jawapan.
Sebentar, kenapa awak ada di sana? Kenapa awak cari dia?
Rain, saya tahu segala-galanya.
Saya tahu mengapa dia asyik suruh awak pulang ke Jakarta.
Semuanya sudah jelas sekarang.
Jika awak mahu tahu, kita harus berjumpa.
Kita bertiga harus berjumpa.
Tegar...
... apa maksud awak ni?
Kenapa awak cakap begitu pasal Rangga?
Apa yang awak anggap tentang dia? Pelik lah awak ni.
Tiba-tiba awak ada di pangsapuri Rangga dan mengutuk dia.
Rain, saya tak perlu kenal dia untuk tahu dia orang yang bagaimana.
Semuanya sudah jelas bila dia menghalau awak.
Percayalah pada saya, okey?
Kita harus berjumpa secepat mungkin.
Saya...
"Di mana awak? Kita mesti berjumpa sekarang."
Maaf, encik. Boleh berhenti di sana?
Wah...
Mujurlah awak hamil, kan?
Troy, awak sudah gila kah?
Mith, inilah peluang awak. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Dan inilah jalannya.
Jalan apa?
Awak kata awak mahu singkirkan kekasih awak...
... dan awak mahukan Rangga.
Memandangkan awak sudah hamil,...
... pasti Rangga akan bertanggungjawab.
Inilah masanya.
Tapi...
Jangan ubah fikiran. Jangan.
Rangga tak boleh buat apa-apa sekarang.
Dia sudah terjerat.
Dia tak akan lari dari awak lagi.
Awak masih mahukan Rangga, kan?
Bukankah begitu?
Jadi, inilah peluang awak.
Awak akan miliki dia. Percayalah, ingat kata-kata saya.
Rangga.
Rangga.
Rangga?
Rangga!
Maaf.
Saya telefon kawan saya tadi.
Saya terdengar bunyi telefon dia di dalam.
Saya risau jika ada apa-apa berlaku pada dia.
Boleh awak tolong saya? Awak ada..
Kunci induk?
Ya, tapi...
Dia kawan saya. Saya tinggal di sini selama beberapa hari.
Saya sangat risau tentang dia.
- Okey. - Terima kasih banyak.
Rangga?
Rangga?
Rangga, apa yang berlaku pada awak?
Tolong. Tolong saya!
Rangga!
Encik, boleh dengar suara saya?
Encik?
Pil yang mana?
- Saya rasa awak harus hubungi doktor. - Baik.
Rangga?
Rangga, bangun!
Rangga, bangun! Awak mesti bangun!
Rangga, bangun!
Awak tak apa-apa? Apa awak rasa sekarang?
Apa yang tak kena dengan awak?
Awak terjatuh di sana? Mari kita pergi ke hospital, okey?
- Awak mahu makan ubat? - Rain...
Saya tak apa-apa, okey?
Saya cuma pening kepala. Saya tak apa-apa.
Baik, tapi minum dulu.
Adakah ini ubatnya?
Nah, makanlah.
Tidak, tak mengapa.
No comments yet. Be the first to leave one.