أول 200 سطر.
Pada zaman dahulu,
raksasa bernama Nergal timbul dari Laut Abu
dan membinasakan segalanya di sekelilingnya.
Digeruni sebagai Raja Abu,
Nergal dicabar berkali-kali oleh pahlawan perkasa,
namun semuanya kecundang.
Sudah berapa lama masa berlalu
sejak manusia menyerah kalah?
Namun di sini hari ini, seorang lagi pahlawan akan bangkit.
Puteri Sapphire!
Puteri Sapphire!
Puteri Sapphire!
Puteri Sapphire!
Puteri tak apa-apa?
Puteri Sapphire!
Tangan puteri!
Saya okey, Zirco.
Apa semua ini?
Semuanya dah musnah.
Bonda?
Bonda! Saya datang!
Hati-hati, puteri!
Pintu tersekat kerana runtuhan.
Bonda!
Saya akan buka pintu ini! Bertahanlah!
Sapphire,
tiada gunanya.
Apa maksud bonda?
Saya akan tewaskan Nergal!
Saya jauh lebih kuat!
Saya akan tamatkan bala ini!
Tak guna! Bukalah!
Saya akan lindungi bonda, ayahanda,
dan semua rakyat negara ini!
Bukalah!
Buka!
Buka!
Buka!
Tiada gunanya melawan dunia ini.
Takkan kamu tak sedar lagi?
Kita dah kalah…
Kalah sepenuhnya.
Apa?
Bonda…
Kenapa? Saya akan tetap di sini.
Saya akan lawan Nergal hingga ke akhirnya!
Sapphire…
Kamu tak dapat buat apa-apa.
Terimalah hakikat itu.
Orang yang lemah hanya akan selamat
dengan melarikan diri daripada yang kuat.
Walaupun dunia ini hancur binasa,
bonda mahu kamu teruskan hidup.
Tidak!
Tidak!
Bonda!
Buka pintu!
- Buka pintu ini, bonda! - Puteri…
Puteri harus pergi!
Lepaskan saya!
Lepaskan saya!
Lepaslah!
Nergal…
Puteri Sapphire!
Aduhai, habis basah baju saya!
Itu dia!
Awak buat apa, Zirco?
Saya sediakan sesuatu. Barang baik.
Barang baik?
Sesuatu yang boleh mengembalikan semangat puteri.
Saya tak nak buat apa-apa.
Bonda selalu pesan, jangan cari nahas.
Saya harap ratu ampunkan saya,
tapi ini senjata baru untuk Puteri Sapphire.
Senjata yang puteri perlukan untuk teruskan hidup.
Boleh guna untuk ambil barang, angkut barang, atau pegang orang.
Untuk teruskan hidup, puteri mesti bekerja dan cari makan.
Jari saya…
Apa?
Tiada gunanya melawan dunia ini.
Takkan kamu tak sedar lagi?
Apa yang bising di luar ini?
Puteri Sapphire!
Apa?
Puteri Sapphire!
Mujurlah puteri selamat!
Zirco…
BABAK 1
Sama-samalah kita berdoa
semoga Dewa Harapan membimbing kita.
Semoga Dewa Harapan membimbing kita.
Ambillah.
Terima kasih.
Terima kasih.
Saya nak sebuku.
Ini dia.
Maaf, boleh kurangkan harga sikit?
Kerja kurang kebelakangan ini, duit pun tak cukup.
Maaf…
Makanan…
Tolonglah…
Nanti… Apa?
Apa nak buat?
Kamu tak apa-apa?
Sedapnya bau…
Sedapnya bau!
Sedapnya bau…
Kalau nak beli… Harganya 50 syiling emas satu…
Tak ada… duit…
Yakah?
Apa nak buat sekarang?
Mereka betul-betul kebulur nampaknya.
Kenapa bawa mereka ke sini?
Kenapa tak beri sisa makanan saja?
Maaf.
Saya tak tahu nak buat apa.
Dah lama betul kami tak makan masakan panas.
Terima kasih!
Sama-sama!
Susah sangatkah nak cari makan?
Kami diusir dari tempat tinggal kami tujuh tahun lepas.
Kami tak dapat kerja di mana-mana,
jadi kami berkelana ke merata tempat, kais pagi makan pagi.
Ramai yang hidup begitu, tapi apa pun, malangnya nasib kamu.
Perempuan tua berdua saja dengan anak gadisnya. Tentu sukar hidup kamu.
Wah, sedapnya! Apa ini?
Tikus Emas, stik bertulang.
Juadah istimewa dari Tanah Emas.
Stik Tikus Emas!
Saya nak lagi! Tambah lagi!
Maaf, saya tak boleh beri secara percuma.
Kami pun orang susah.
Okey…
Saya faham.
Saya sanggup buat apa saja. Biar saya kerja di sini.
Kami tak cari pekerja.
Tahu tak di mana kami boleh cari kerja?
Kalau orang luar nak dapat duit cepat…
Boleh cuba kerja di lombong.
Tak payahlah kerja di sana.
Saya dah jemu meratapi nasib sendiri.
Saya nak kerja.
Bawa saya ke sana.
Apa? Sekarang?
Awak nak pergi dalam keadaan begini?
Pine, biar mereka mandi dulu.
Baik!
Saya Sapphire. Selamat berkenalan!
Saya Pine.
Comelnya nama awak!
Comelkah?
Saya dari Tanah Perak.
Tapi…
Keadaan agak mencabar sekarang.
Yakah?
Tapi mujurlah awak nampak lebih ceria sekarang.
Selamat datang ke Tanah Emas!
Terima kasih.
Walaupun malapetaka besar yang melanda Tanah Perak
sudah reda dan kesannya berjaya dikawal,
Raja Abu mula aktif semula baru-baru ini.
Akibatnya, operasi melombong terbantut.
Apa status
sumber tenaga kristal yang ditemui tempoh hari?
Ia telah dikedap dan sedang disiasat.
Awasi tindak-tanduk Raja Abu.
Baiklah.
Harga kristal mencanak naik,
jadi kewangan negara kita agak goyah.
Perdagangan haram juga masih berleluasa.
Tempoh hari, seruan untuk menewaskan Raja Abu
memuncak dalam kalangan pendatang dan pelombong
dan mencetuskan rusuhan.
Ambil tindakan tegas terhadap mereka.
Mereka kata Dewa Harapan saja yang mampu menewaskan Raja Abu.
Tanggapan itu bahaya.
Sesiapa yang mencetuskan rusuhan
atau menyebarkan dakyah berbahaya mesti segera ditangkap,
disebat dan dijadikan iktibar.
Baiklah.
Kita tak boleh menentang Raja Abu.
Kita mesti terima kesengsaraan ini demi melindungi nyawa kita.
Semoga Dewa Harapan membimbing kita.
Semoga Dewa Harapan membimbing kita.
Saya berjaya daftar nama.
Terima kasih.
Semoga berjaya esok!
Ya!
Saya ada hal sikit.
Kamu berdua baliklah dulu.
Hal apa?
Jumpa lagi!
Hei, mana adil, Zirco!
Saya tahu! Ada sesuatu yang lebih menarik di sana!
Apa?
- Nak pergi tengok? - Ya!
Ibu!
Saya dapat kawan pertama dalam hidup saya!
Kenapa?
Apa? Tak ada apa-apa…
No comments yet. Be the first to leave one.