أول 200 سطر.
NETFLIX DAN LEGENDARY PICTURES MEMPERSEMBAHKAN
Nak mula dari mana?
Perkara pertama kamu perlu tahu, ibu namakan saya Enola.
Dia berkeras!
Enola…
Enola.
Ya, ia nama yang pelik, tapi ibu suka permainan perkataan.
- Ke garisan. - Sedia.
Mula!
Dan Enola dieja terbalik, ialah,
"alone".
SENDIRIAN
Ya!
Dia kerap beritahu saya…
Kamu boleh hidup sendiri, Enola.
Tapi kami sering bersama.
- Tidak. - Ya!
Ayah meninggal ketika saya kecil.
Saya tak berapa ingat pasal dia.
Kedua-dua abang saya tinggalkan rumah tak lama kemudian.
Saya tak ingat pasal mereka juga.
Kemudian, tinggallah kami berdua,
dan ia menakjubkan.
Ibu bukan ibu yang biasa.
Dia tak ajar saya ikat siput laut atau berlatih menyulam.
Kami buat perkara yang berbeza.
Membaca,
sains,
sukan,
pelbagai jenis senaman,
fizikal…
dan mental.
Ibu kata kami bebas buat apa saja di Ferndell…
Maaf, datuk.
…dan boleh jadi sesiapa saja.
Ibulah dunia saya.
Tapi bukan semua benda dia kongsi.
Baik, kesimpulannya: pilihan kita. "Bankmen met,"
"entangle herb",
- Ellie Houseman. - Oh, hebat.
- Setuju? - Ya.
- Ya. - Rasanya.
Ellie Houseman.
Tentulah.
Ibu percaya privasi ialah sifat yang terbaik,
dan juga yang sering dilanggar.
Perkara kedua kamu perlu tahu.
Seminggu lalu, pada pagi Julai hari lahir ke-16 saya,
saya terjaga…
Ibu?
…dan mendapati ibu saya hilang.
Dia tinggalkan Ferndell Hall, rumah kami, pada suatu masa malam itu.
Ibu?
Dan dia tak pulang.
Sedikit saja benda yang ditinggalkan, dia suruh Pn. Lane yang beri.
BAHASA BUNGA
Hadiah yang baik!
Dan lihat, dia hasilkan sendiri.
GUNAKAN HADIAH INI SEBAIK-BAIKNYA
Kami gembira.
Bukankah begitu, Pn. Lane?
Bukankah dia yang patut beri kepada saya?
Perkara ketiga kamu perlu tahu, mungkin ada antara kamu yang sudah teka,
menunggang basikal bukanlah kepakaran saya,
tapi ia perlu apabila kita harus cepat.
Perkara keempat kamu perlu tahu, saya mahu jemput abang-abang saya,
Mycroft dan Sherlock,
jika dieja terbalik, masing-masing ialah,
Tforcym dan Kcolrehs.
Mungkin tak perlu fikir sangat idea "alone" itu.
- Terima kasih. - Ya.
Sherlock Holmes.
DETEKTIF MUDA SELESAIKAN KES
Detektif terkenal, cendekiawan, ahli kimia, pemain biola luar biasa,
penembak yang mahir,
pemain pedang, pelawan kayu,
petinju profesional,
dan pemikir deduktif yang bijak.
Abang genius saya.
Dia pasti ada jawapannya.
En. Holmes?
Dan En. Holmes?
Ya.
Kamu panggil saya?
Kamu hantar telegram.
Kamu minta saya jumpa di sini?
Dan perkara kelima kamu perlu tahu
ialah mereka dah lama tak jumpa saya.
Enola.
Oh, Tuhan.
Tengok diri kamu.
Selekehnya.
- Mana topi dan sarung tangan kamu? - Dulu saya ada topi.
Ia buat kepala saya gatal.
- Saya tak ada sarung tangan. - Tak ada?
Nampaknya tidak, Mycroft.
Kami bukan panggil kamu, dungu. Kami mahu pedati.
- Kamu bawa tak? - Pedati?
Ya.
Pedati mana kamu nak? Ada beberapa yang saya fikirkan…
Pedati yang saya bayar.
Betul.
Saya rasa kamu dah keliru dengan rumah yang lain.
- Budak, dapatkan pedati untuk kami. - Cepat sikit!
Apa…
Oh, Tuhan, tengoklah rumah itu.
Menakjubkan, bukan?
Apa yang dia buat?
Tuan-tuan, selamat pulang.
Sudah sekian lama.
Apakah ini?
Tenis?
Ibu kata saya semakin cekap.
Perlawanan dah tamat.
Di manakah dia?
Saya rasa ini berjalan lancar, bukan?
Katilnya tak dikemas.
- Bunga kekwa. - Bajunya tak disimpan.
- Laurustinus, renda Ratu Anne. - Sudahlah pasal bunga, Sherlock!
Tapi ia bukan perbuatan khianat.
Bagaimana? Kamu pasti?
Pensel lukisannya hampir habis.
Jelas sekali dia tak mahu gantikannya,
dan mangsa penculikan jarang sekali merancang kehilangan mereka.
Dia takkan pulang,
tapi dia sembunyikan hasratnya dengan sempurna.
Itu berita baik, bukan?
Bergantung sama ada nak dia balik atau tidak.
Oh, Tuhan! Feminisme.
Mungkin gila, atau nyanyuk.
Tapi gila dalam keluarga kita? Mustahillah.
Saya andaikan daripada cara dia hilang tanpa sebarang klu,
dia masih berfikiran waras.
Orang gila takkan boleh susun akaun sejak sepuluh tahun lalu.
Sangat jelas dan teratur, termasuk bilik air…
- Ia tak wujud. - …dan tandas…
- Sama juga. - …dan gaji yang asyik naik
untuk kundang, pembantu rumah dan dapur,
- tukang kebun… - Kamu fahamlah.
…dan untuk Enola, guru muzik, guru tarian dan pengasuh.
Enola, kamu ada pengasuh, bukan?
Dia tak suka kamu masuk ke sini. Ini ruang peribadinya.
Setidaknya dia pastikan kamu ada pendidikan, bukan?
Dia pentingkan pendidikan.
Dia sendiri yang ajar saya.
Saya baca semua buku di perpustakaan Ferndell Hall.
Shakespeare, Locke,
ensiklopedia,
Thackeray dan esei daripada Mary Wollstonecraft.
Saya baca tanpa disuruh.
Untuk pembelajaran saya.
Ibu kata, ia cara terbaik untuk jadi seorang…
wanita.
Dia nak kamu jadi begini?
- Mycroft. - Apa?
Entahlah dia nak saya jadi apa.
Dia tinggalkan saya juga.
Dia akan pulang, bukan, Sherlock?
Bukan?
Apa yang dia buat, Sherlock?
Dia dah tua untuk kahwin lagi, tiada minat atau cita-cita.
Dia cuma perlu pastikan kehidupan Enola baik,
dan habiskan hidupnya dengan bermaruah.
Ini rumah saya sejak kematian ayah, bukan rumah dia.
Dia nak tinggal 16 tahun di sini untuk besarkan Enola.
Saya dah beri. Untuk itu, saya ditipu?
Saya bukan penjahat.
Mungkin dia perlukan duit.
Kamu tak perlukannya, atau kerajaan potong gaji kamu?
Selalu begini, bukan? Selalu begini.
Sekian lama kita tak jumpa, kamu muncul
sesuka hati dan kutuk saya dengan kata nan indah kamu.
- Tanya saja. - Kamu menilai.
Kamu menilai sesuatu yang kamu tak nak ambil tanggungjawabnya.
Kamu tak ambil berat tentang keluarga ini.
Saya tak berniat untuk menilai.
Pada pandangan saya, ada dua masalah.
Pertama: cari sekolah berasrama
yang sanggup terima Enola
supaya dia tak gagal dalam hidup.
Saya sedang selesaikannya…
dengan bantuan seorang rakan lama.
Dan kedua: cari ibu.
Yang pertama ialah masalah saya, yang kedua kamu punya.
Sayangku!
Biar saya ambil.
Motokar. Mengagumkan, Cik Harrison.
Saya pendidik, En. Holmes.
Saya mesti ikut peredaran zaman.
Enola mungkin lebih suka di sini.
Carilah seorang pengasuh.
Dia perlu didikan yang tegas, Sherlock.
Di mana dia?
Di dalam, tapi saya perlu beritahu, dia tak pernah dididik.
Kita lihatlah bagaimana nanti.
Kita perlu patahkan dan bina dia semula.
Berdiri tegak, cik.
Lebih baik.
Sepanjang ibu tiada, dia jagaan saya, bukan kamu.
Pinggang: 24 inci.
No comments yet. Be the first to leave one.