أول 200 سطر.
Starvision mempersembahkan...
Beratus-ratus tahun yang lalu, manusia dan harimau hidup harmoni...
... di Gunung Kendeng.
Tempat itu dilarang. Awak tak boleh pergi ke sana.
Manusia dan harimau tinggal di wilayah masing-masing...
... tanpa mengganggu satu sama lain.
Seolah-olah nenek moyang mereka telah membuat perjanjian bertulis.
Sehingga pada suatu hari...
Khinzir itu di sana! Bunuh!
Harimau yang marah itu minta manusia menyerahkan orang yang membunuh anaknya.
- Nyawa dibayar dengan nyawa. - Saya tak boleh mengorbankan dia.
Dia tak berniat membunuhnya. Tolong maafkan dia.
- Tolong tinggalkan kampung kami. - Jangan harap!
Sejak itu, manusia dan harimau saling bermusuhan.
Manusia mula membunuh harimau.
Harimau pula melawan balik dengan menculik anak-anak manusia.
Awak ini! Syukurlah saya tak kena serangan jantung.
Jadi, apa yang berlaku kepada anak-anak yang diculik itu?
Mereka hilang. Tiada siapa yang tahu perkara yang berlaku kepada mereka.
Itu sebabnya harimau di Gunung Kendeng...
... dipanggil nenek atau datuk.
Orang ramai percaya bahawa mereka adalah anak-anak...
... yang telah diculik dan berubah menjadi harimau.
Yash, lekas ambil wuduk sebelum habis waktu Subuh.
Saya akan bawa awak melihat memerang selepas awak solat. Cepat.
Saya kata pergi solat dahulu dan kemudian belajar.
- Tapi saya sudah bijak. - Awak perlu bersungguh-sungguh.
Ia adalah kunci kejayaan. Berapa kali saya harus katakannya?
Baik, kakak. Kami akan belajar.
Lihatlah Dali. Tanpa diberitahu, dia pasti akan belajar sebelum solat Subuh.
Dia seorang profesor. Dia akan jadi botak tak lama lagi.
Jaga mulut awak. Lekas pergi solat.
Awak sudah mengambil wuduk?
Apa yang menyeronokkan melihat anak memerang?
Ya. Melihat harimau lebih seronok.
Semalam, saya dan Ikanuri ternampak seekor harimau di Gunung Kendeng.
Betul. Ia ada enam ekor anak. Sangat comel.
Harimau sebenar?
Wibisana. Ikanuri.
Ibu, kami pergi dahulu.
- Salam sejahtera. - Salam sejahtera.
Ayuh, Profesor.
Laisa! Jaga adik awak dengan baik.
Baik, ibu.
- Selamat pagi, Pak Cik Burhan. - Selamat pagi.
- Selamat pagi, Pak Cik Burhan. - Ya.
Pak cik, apabila mangga masak, boleh berikan kepada saya sedikit?
Pak cik memang mahu berikannya kepada Yashinta yang cantik ini.
- Terima kasih, pak cik. - Baiklah. Mari kita lari.
- Kami pergi dahulu, pak cik. - Berhati-hati. Jangan berlari.
- Okey. - Jaga adik-adik kamu.
Hei, perlahan-lahan.
Anak-anak Lainuri sangat kacak dan cantik. Seperti ayah mereka.
Kecuali Laisa. Dia pendek dan berkulit gelap.
Hei, perlahan-lahan!
Lekas ke sekolah atau kamu akan terlambat. Selepas sekolah, terus pulang ke rumah.
- Baiklah. - Jangan ponteng. Dengar cakap kakak.
- Ikanuri. Wibisana. - Ayuh, Laisa.
- Tunggu. - Hei, berhenti.
Ke mana kamu mahu pergi? Laisa kata, kita perlu ke sekolah.
Kami mahu bekerja. Cari wang untuk ibu.
Jalan, Encik.
Profesor, ke mana awak mahu pergi? Sekolah di sana.
Saya juga mahu bekerja.
- Kita sudah hampir? - Tak.
Sejauh mana lagi? Lima atau sepuluh minit?
Laisa.
- Di mana? - Senyap.
- Laisa? - Apa pula sekarang?
Terima kasih.
Kakak cantik apabila senyum. Malangnya, kakak jarang tersenyum.
Saya berjaya!
Saya berjaya!
Dali!
Dali!
Apa yang awak buat di sini? Awak patut berada di sekolah.
- Saya selesema. - Tapi awak bermain air.
Mari sini!
Awak anak lelaki, Dali! Apa yang awak akan jadi jika awak tak pergi ke sekolah?
Pengumpul kumbang? Penoreh getah?
Awak mahu makan ubi setiap tahun jika belalang menyerang ladang kita?
Ibu menyimpan wang sedikit demi sedikit supaya kamu boleh pergi ke sekolah.
Apa yang awak berikan sebagai balasan?
Awak ponteng sekolah! Awak main air!
Betul?
Pulang ke rumah!
Dali, awak pasti tentang ini?
Kincir angin ini akan mencipta elektrik untuk menghidupkan penjana ini.
Bagaimana jika ia tak berkesan?
Ia pasti berkesan.
- Siapa yang boleh menjamin perkara itu? - Tiada sesiapa.
Tapi sampai bila kita mahu lakukan sesuatu tentang batuan itu?
Sudah bertahun-tahun kita melakukan pertanian tadah hujan.
Apa salahnya mencuba?
Pak cik?
Lais, di mana Ikanuri dan Wibisana?
Di mana mereka berada?
Semua orang di sini bekerja. Tapi mereka tiada di sini.
- Mereka memalukan kita. - Ibu perlukan mereka?
Lekas, Lais. Pergi cari mereka.
Saya pergi dahulu, ibu.
Ikanuri! Wibisana!
Mangga ini sudah masak, bukan?
- Laisa ada di sini. Lekas turun! - Tunggu. Kaki saya tersangkut.
Wibisana! Ikanuri! Apa yang kamu buat di sana?
- Kami mengira mangga Pak Cik Burhan. - Lekas turun!
Walaupun kita miskin, tapi tiada ahli keluarga kita yang menjadi pencuri.
Kamu mahu jadi apa? Jika ibu dapat tahu, dia pasti marah.
- Pulang ke rumah sekarang! - Tak mahu!
- Awak bukan kakak kami! - Apa maksud awak?
Kami tahu perkara sebenar. Awak bukan kakak kandung kami.
Awak berbeza daripada kami. Kulit awak gelap, kami cerah.
- Rambut awak kembang. Awak hodoh! - Cukup.
Kami takkan patuh kata awak lagi. Awak bukan kakak kami.
Ibu...
Laisa, ke mana kamu pergi?
Di mana Ikanuri dan Wibisana?
Saya jumpa mereka.
Mereka kata, mereka akan pulang.
Bagaimana jika mereka pergi ke hutan dan sesat?
- Apa yang sedang berlaku? - Ikanuri dan Wibisana hilang.
Oh, Tuhan.
Kita akan berkumpul semula di sini dalam masa sejam.
Jika kita tak dapat cari mereka, kita akan masuk ke dalam hutan, okey?
Mari pergi.
- Tolong jaga ibu saya. - Baiklah.
Laisa, ke mana awak mahu pergi?
Dali, tunggu di rumah. Jaga ibu dan Yashinta.
Saya nak ikut.
Ke mana pun kakak pergi malam ini, saya nak ikut.
Dia bukan kakak kita. Kenapa dia perlu beritahu ibu?
Lebih baik kita pergi daripada dihukum.
Mari kita cari pekerjaan di bandar. Kita akan melalui puncak Gunung Kendeng.
Ia hanya lapan kilometer dari sini.
Tapi di manakah puncaknya?
Kita sudah lama berjalan di dalam hutan ini.
Saya penat dan takut.
- Dengar kata, harimau... - Diam, Wibi.
Ikut sini! Lekas!
- Kenapa, kakak? - Mereka berada di sini tadi.
Ikanuri!
Wibisana!
Jangan makan mereka!
Dali, bawa mereka pergi dari sini.
Beritahu ibu, kakak takkan kembali.
- Ikanuri, Wibisana, lekas. - Kakak, jangan pergi.
Oh, Tuhan.
Ayah!
Jangan menangis.
Ayah!
Lekas! Lari! Laisa! Ayuh!
Ikanuri! Wibisana!
Dali!
- Lari! - Lekas, kakak!
- Wibisana! Ikanuri! - Lari, Dali!
Lekas!
Kakak!
Kakak!
Kakak tak apa-apa?
Kakak tak apa-apa. Bagaimana dengan kamu semua?
Kamu tak apa-apa?
Kamu belajar...
... dan bekerja keras bukan untuk ibu.
Bukan juga untuk kakak.
Kamu belajar dan bekerja keras untuk masa depan yang lebih baik.
Ya!
Saya ada guru baharu di sekolah.
Mereka dari Perkhidmatan Pelajar. Mereka semua baik.
Yash, jangan terlalu banyak cakap.
- Awak tak apa-apa? - Saya baik-baik sahaja.
Minum sedikit air, sayang.
- Semua, Minum dahulu. Lais, minum. - Ya, ibu.
Ibu, tadi Pak Cik Burhan cari ibu. Saya beritahu yang ibu tak dapat datang...
- ... kerana Yash sakit. - Suhu badannya semakin panas, Lais.
Oh, Tuhan. Sebentar, ibu. Saya pergi tukar air.
Kamu pergi tidur.
Ibu pergilah tidur. Biar saya yang menjaga Yash.
Ibu pasti keletihan.
- Jika keadaan semakin teruk, kejut ibu. - Baiklah.
Yash!
Ibu!
Kenapa, Lais?
Yash...
- Oh, Tuhanku. - Jaga dia.
Panggil Pak Cik Burhan. Oh, Tuhanku.
- Ibu! - Laisa.
Masuklah.
Saya terserempak dengan pelajar fakulti perubatan...
... yang melakukan Perkhidmatan Pelajar.
Tolonglah, doktor. Tolong anak saya.
Ya, Tuhan.
Tolong berikan aku kekuatan.
Yash perlukan bantuan aku.
Udara di sini masih segar.
Ia seperti udara ketika musim sejuk.
Jika mereka mahukan kejayaan. Contohnya, ladang strawberi.
Strawberi boleh tumbuh dengan baik dalam tanah dan udara begini. Ia juga mahal.
Strawberi itu buah jenis apa?
Saya juga tak pernah mendengarnya. Tapi Lais paksa saya menanamnya.
Ia jenis buah yang mahal, pak cik. Ada banyak permintaan di bandar.
No comments yet. Be the first to leave one.