Ladies in Black

Ladies in Black

تنزيل الترجمة Malay

معلومات الإصدار

Ladies in Black 2018 NF BluRay H264 AAC-RARBG
تعليق من tedi
Retail NF Resync for BluRay

الوسوم

bluray
نشرت في: 2026-07-31
تنزيلات: 0
ضعاف السمع: No

معاينة ترجمة Malay

أول 200 سطر.

Jaga langkah. Terima kasih. Jaga langkah.

- Selamat pagi. - Selamat pagi. Alamak! Maafkan saya.

Dah sedia untuk minggu ini? Pasti sibuk.

Saya tahu.

- Hai, Patty. Hai, Fay. - Hai.

- Hujung minggu yang baik? - Baik.

Frank bawa keluar?

Dia keluar sendiri. Dia pergi memancing.

Saya akan mulakan di sini.

Aduhai! Tengoklah!

Awak akan bersama wanita-wanita ini. Ikut saya.

Saya harap dia lebih baik daripada pekerja Krismas lepas.

- Pagi, Cik Cartwright. - Pagi, Cik Cartwright.

Cik Baines, Pn. Williams, ini Cik Miles.

- Lisa. - Lisa Miles.

Dia akan bantu kamu dengan kesibukan Krismas dan jualan.

Baiklah, itu saja. Wanita-wanita ini akan ajar awak.

Baiklah. Saya harap awak suka kerja keras.

Gembira jumpa awak di sini. Semoga hari awak indah.

Awak ada senarai?

- Ya! Maafkan saya. - Maaf.

Saya harap awak boleh betulkan lisu itu.

Kami hanya boleh buat kelim sekarang.

- Aduhai! - Letak di rak di sana.

Pastikan awak susun ikut saiz.

Okey.

Awak ada baju ini dalam SW?

Saya tak pasti. Ini hari pertama saya.

Pekerja tak tahu apa-apa kebelakangan ini.

Entah dari mana mereka jumpa.

- Maafkan saya. - Jangan risau, puan.

Lisa!

Cik Miles!

Ambil baldi dan mop, sayang.

Dalam bilik stor.

Di mana awak jumpa dia?

Dia bekerja dengan teman lelaki Myra. Mereka kata dia menawan.

Tunggulah dia tahu keadaan sebenar.

Dia tergila-gilakan saya.

Mereka hanya mahu satu perkara. Mereka semua.

Mungkin bukan semuanya.

Apa maksud awak?

Tak ada apa-apa. Frank cuma...

Tak beri perhatian?

Awak baru tamat sekolah, Lisa? Dah buat peperiksaan kelayakan?

Tak, peperiksaan akhir.

Peperiksaan akhir! Berapa umur awak?

Saya 16 tahun. Februari ini saya 17 tahun.

Saya kerja dua tahun di kilang kasut semasa berusia 16 tahun.

Awak akan jadi guru?

Tak.

Jadi, apa?

Saya akan jadi penyajak.

Penyajak!

Saya tak rasa awak akan dapat banyak duit.

Saya nak cuba jadi penyajak, atau pelakon.

Pelakon!

Seperti di Tivoli, sebagai penari latar?

Tak, maksud saya lebih kepada teater sebenar.

Shakespeare, Eugene O'Neill, Moliere.

Molly apa?

Tak pernah dengar pun.

Hati-hati.

Hei!

Selamat tengah hari, semua.

Hari yang indah, bukan?

Kita bertuah kerana tinggal di tempat seperti ini.

Ya! Awak pasti jeune fille baru itu.

Nanti datang jumpa saya.

Saya perlukan bantuan awak musim ini.

Siapa itu?

Magda! Salah seorang daripada pelarian.

Pelarian, pendatang.

Datang ke sini dan berlagak dengan kita dengan cerita mengarut

tentang kerja fesyen di Paris sebelum perang.

Tapi dia nampak okey.

Tentu dia berusia 45 tahun.

Dia lebih tua daripada ibu saya.

Selain mereka berdua yang mengarah-arah saya

ada seorang wanita bernama Cik Cartwright,

En. Ryder dan seorang pendatang bernama Magda.

Mereka patut dipanggil "rakyat Australia Baru".

- Dua orang lagi tak suka dia. - Kenapa tidak?

Entahlah. Mereka fikir dia suka mengarah.

Suka mengarah. Ayah pergi dulu.

Macam mana kerja kamu, sayang?

Bagus, ayah. Banyak angkat barang.

Baguslah. Bina diri kamu.

Kamu macam burung kenari yang tak cukup makan.

Baiklah! Jumpa pagi nanti.

- Jumpa lagi. - Hati-hati.

Ini untuk kamu.

UNIVERSITI SYDNEY

CIK LESLEY MILES

BORANG PERMOHONAN BIASISWA KOMANWEL

Ayah perlu tandatangan ini. Mak rasa dia akan buat?

Kita akan fikirkan sesuatu. Ia tak mudah,

cuma perlu pilih masa yang sesuai.

- Okey. - Okey?

Ayah kamu okey saja. Kadangkala dia perlu...

Dilayan dengan cermat?

Ya.

SELAMAT HARI KRISMAS DARIPADA GOODE'S

SELAMAT HARI KRISMAS DARIPADA GOODE'S

Boleh tolong saya, cik?

Zipkan untuk saya, boleh?

Ia...

Saya rasa ia tak muat.

Mengarut. Saya selalu pakai saiz ini.

Saya tak...

- Buka balik zip! - Saya tak...

- Apa yang awak buat? - Saya...

GAUN MODEL

Cik Wentworth, cuba jangan bergerak.

Awak pergilah, kami selesaikan.

Maafkan saya!

Saya boleh nampak masalahnya.

Cik Wentworth, kami ada masalah dengan zip kebelakangan ini.

Ia dibuat di Melbourne, Jepun atau di mana-mana.

- Dah siap! - Terima kasih!

- Apa yang berlaku? - Pembantu baru itu.

Saya tahu ia mungkin agak tak adil,

tapi mungkin kita patut pecat gadis muda itu.

Pn. Wentworth akan marah.

Keluarga dia ada saham dalam Goode's.

Saya rasa dia takkan marah, En. Ryder.

Dia akan jadi bahan ketawa jika berita

tersebar tentang saiz gaun yang dia cuba pakai.

Berita boleh tersebar, Cik Cartwright?

Mungkin boleh, En. Ryder. Mungkin.

Awak tak suka bilik rehat?

Tak begitu suka. Di luar lebih cantik.

Itu tentu buku yang bagus.

Ya, ia sangat hebat.

Saya dah nak habis baca. Awak boleh pinjam kalau nak.

Ia agak besar, entahlah.

Apa tajuknya?

Anna Karenina.

Ia kisah cinta? Saya suka kisah cinta.

Lebih kurang.

- Ayuh, kita kena sambung kerja. - Ya.

Ia karya Tolstoy. Bertempat di Rusia.

- Rusia? - Ya!

- Awak tahu baca bahasa Rusia? - Tak, ia terjemahan.

- Begitu rupanya! - Ya!

Maaf, tetapi apabila saya bawa ia pulang

dan cuba, ia bukan warna yang saya suka.

Ia tak sesuai dengan saya.

Saya faham. Lisa, letak itu di tepi lif.

Macam mana dengan buku jualan saya suruh periksa itu?

Tambah jumlah setiap halaman

dan bandingkan dengan resit.

Ya, saya dah buat.

- Okey. - Cik? Gaun saya?

Ya, awak boleh tukar, puan, tetapi tidak jika ia telah dipakai.

Ia belum dipakai.

Baiklah. Tingkat tiga untuk pertukaran, puan.

- Penipu. - Sudah tentu.

Hati-hati. Ratu Cantik Croatia 1938 datang.

Puan-puan.

Hari ini saya nak curi budak sekolah baru itu

- untuk beberapa jam. - Tak boleh.

Awak tak nampak kami sedang sibuk?

Betul, tapi kita semua sedang sibuk.

Cik Cartwright kata Lisa untuk kami.

Saya dah bincang dengan Cik Cartwright.

Ayuh, Lisa. Saya akan tunjukkan cara kami bekerja di Gaun Model.

Ayuh!

Tak guna.

Dia tahu kita perlu bantuan minggu ini.

Tipikal. Dia fikir dia tuan kedai.

Ya. Tipikal.

Kamu ada ini dalam warna lain?

Sudah tentu, puan.

Semua gaun-gaun ini unik

dan hanya dihasilkan oleh pereka terbaik.

Contohnya, ini Hardy Amies.

Seorang pelanggan yang pakai salah satu rekaan ini tahu

dia tak akan jumpa orang lain dengan gaun sama

dan itu amat teruk jika berlaku kepada seorang wanita.

Kita mungkin jumpa gaun sama di Georges di Melbourne

tapi siapa yang pergi ke Melbourne?

Kenapa kita tak simpan saiz berbeza daripada model yang sama?

Supaya gaun itu jadi unik?

Betul.

Ini sesuai untuk wanita sosialis kita yang lebih muda

mungkin untuk menghadiri majlis tari-menari di Trocadero.

Dibuat oleh Elizabeth Arden. Orang Amerika sangat moden.

Saya mahu yang ini untuk diri saya, potongannya sangat bagus.

Lihat perinciannya.

Tapi saya tak begitu pandai gaya Inggeris.

Saya tak faham,

tapi gaya wanita Inggeris dibuat dalam bentuk pear.

Perancis pula ada Jacques Fath, Chanel, Dior yang hebat,

dipotong ikut bentuk dada dan pinggul wanita,

tapi wanita akan nampak kurus, itu satu seni.

Saya rasa gaun-gaun ini sangat mahal.

Mahal?

Ia sangat mahal.

Kos begitu, seperti awak akan hargai satu hari nanti,

التعليقات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left