أول 200 سطر.
Custer County Nebraska
Ia cantik, bukan?
Seperti yang saya janjikan.
Awak cubalah.
Ada 499 seperti ini. Sedia untuk penghantaran.
Mari sini.
Ini bagus. Ia tak tercemar.
Tanaman di seluruh dunia bermasalah.
Tak ada orang boleh bertani.
Ramai orang mati kelaparan.
Dan biji sawit Afrika purba...
...mempunyai rahsia untuk memberi seluruh dunia makanan...
...di dalam DNAnya.
Ia kelakar, kan?
Tak tahu pula awak ini saintis, Mahmoud.
Saya seorang pencuri, tetapi saya pandai berniaga.
Saya tahu nilai biji ini.
Semua orang nak apa yang Omar curi dari kilang itu.
Dan awak bekerja untuk Omar.
Kenapa awak curi daripada dia?
Saya tak percayakan Omar.
Itu perkara biasa dalam puak.
Lagipun, Tuan Fletcher ini buat tawaran yang lebih baik.
Baiklah, Mahmoud. Kita ada perjanjian.
Pasukan Vulture, dah tiba masanya. Bersedia untuk bergerak.
Green, sedia.
Taylor, sedia.
Miller, sedia.
Di mana benih yang lain?
Di suatu tempat dekat di hati saya.
-Kita perlu berunding dulu. -Tidak.
Tidak, Tidak, Tidak.
Kami dah berikan tawaran kepada awak.
Pembeli Omar bersedia untuk menanam makanan hari ini.
Siapa pembeli Omar?
Mahmoud.
Pedulikan Omar.
Saya fikir tentang Mahmoud.
Nanti dulu. Nampaknya mereka sedang tawar-menawar.
Mereka akan buat seperti penawar biru, bukan?
Beri orang kamu makan dulu.
Amerika, UK.
Apa yang awak nak, Mahmoud?
Saya nampak dia. Arah jam 12!
Tolong sedar, Mahmoud!
Mother, ini Vulture! Kita diserang.
Saya ulang, ada ramai penyerang!
Arahkan susup keluar kecemasan!
Berita diterima. Pegawai Waran?
Pasukan SCAT dan peninjau dah bersedia.
Gator?
Tuan, saya cadangkan laluan 2-4-5...
...untuk kedudukan di darat dan RHIB.
Baiklah. Helm, pergi ke laluan 2-4-5. Gunakan kelajuan maksimum.
Baiklah.
-Pergi ke 2-4-5 dengan kelajuan maksimum. -CIC, maklumkan GFS dan penyelamat.
Pindahkan RHIB ke Exfil Bravo. Waspada dengan tembakan musuh.
Nampak apa-apa di atas atau di dalam air?
Tidak. Tak ada musuh.
Sunshine. Mother, kawasan selamat.
Terbang rendah dan pergi ke Exfil Alpha sekarang.
Ini Sunshine. Dua minit dari Exfil.
Masa untuk pergi, Nolan.
Arahan diterima.
Halsey, hentikan!
Bagus.
Pasukan Vulture, ini Sunshine. Saya di Exfil kamu.
Akan mendarat dalam 30 saat. Ayuh.
Mari kita pergi! Mari pergi!
Mahmoud, pandang saya. Itu perbuatan Omar?
Mereka orang dia?
Dengar sini, Mahmoud. Di mana biji itu?
The Last Ship
Pantai Greece
Saya rasa kita buat dewa marah hari ini.
Kita tangkap banyak ikan.
Mereka akan lupakannya.
Awak ambillah ini.
-Untuk kerja hari ini. -Ini saja?
Lautan ini milik saya.
Kenapa awak mencuri daripada saya?
Saya cuma ambil hak saya.
Mari pergi.
Gambar terbaru dari Amerika.
Laporan mengatakan karat merah itu dah merebak kepada 90% populasi jagung.
Beras dan gandum hampir 100 peratus.
Saya pernah lihat orang yang terkena virus itu.
Darah keluar dari mata dan hidung mereka.
Sama seperti ini.
Kalau awak ingat, saya pernah alaminya.
Karat merah itu merupakan virus tanaman, Pegawai Waran.
Ia kembali menyerang tanaman...
...apabila manusia menghasilkan imuniti.
Sangat bijak.
Ya. Bijak.
Virus itu tersebar lebih cepat daripada jangkaan kita.
Serangga pemakan tanaman merupakan vektor hiper cekap untuk karat merah.
Sekarang ia dah merebak kepada tebu dan kebanyakan padang rumput.
Dengan kadar ini, kita tengah lihat kemusnahan biosfera bumi.
Dalam masa setahun, semua manusia akan mati.
Kita tak perlu tunggu setahun.
Di Amerika Syarikat, dah 200,000 orang mati.
Berjuta-juta mati di Amerika Selatan.
Tuan Fletcher, awak dah uji benih kelapa sawit ini.
-Ia boleh digunakan? -Elaeis virilis.
Benih sawit Afrika purba itu satu-satunya tumbuhan...
...yang ada imuniti terhadap karat merah.
Orang Mahmoud dah curi semua sampel itu.
Kami hampir dapatkannya. Ia ada dalam genggaman saya.
Pembeli misteri itu,...
...orang yang upah orang Mahmoud untuk rompak kilang benih,...
...dia tahu cara masukkan imuniti benih ke dalam tanaman kita?
Itu yang Mahmoud kata tapi saya tak rasa begitu.
Jadi, dia cuma gunakan benih itu untuk dapatkan keuntungan.
Dia buatkan seluruh dunia membayarnya dengan mahal.
Sementara itu, kemanusiaan kebuluran.
Satu-satunya orang yang tahu di mana benih itu...
...dalam keadaan koma di hospital.
Okey. Kita akan bekalkan semula di Rota.
Jika tawanan kita nak terus hidup,...
...kita perlu yakinkan dia beritahu kita...
...di mana benih itu.
Itu sahaja.
Dia berjalan hampir ke puncak dan ia sangat menakutkan.
Cuma ada batu dan air. Saya fikir,...
...saya takkan naik ke atas.
Kemudian, Yaya pergi sendirian...
...untuk tunjukkan ia tak menakutkan. Kemudian, dia...
Tidak. Yaya tak pernah jatuh.
-Hampir jatuh. -Saya bersedia untuk terbang.
Itu betul. Dia boleh terbang. Saya pernah tengok.
Seperti Pallas Athena, Bentuk saya seperti helang laut.
Saya teringin nak terbang.
Okey, terbanglah jauh.
Cali, beritahu saya...
...apa salah kami?
Apa dia, Alex?
Dia tinggal di rumah Greek, bekerja untuk orang Greek,...
...awak mencintai gadis Greek tapi...
...awak tak menghargai muzik kami.
Cali, awak patut ajar dia.
Saya tengah cuba.
Saya lebih suka muzik blues.
Sudah tentu awak suka muzik begitu sebab ia ceritakan kisah yang bagus.
Orang Greek bercerita melalui muzik sejak zaman purba lagi.
Seperti penyair.
Contohnya Homer, "The Odyssey."
Ikan ini sedap, ayah.
Tak banyak ikan hari ini, Ash.
Ayah akan buat lebih baik esok.
Mari, anak-anak. Mari berjalan-jalan.
Mari ke sini.
Kamu suka lagu ini?
Dia nyanyi tentang apa?
Kisah purba lain tentang polutropos ,...
...lelaki dan kapten yang hebat.
Dia menyelamatkan dunia dari musuh.
Kemudian, dia menghilang.
Sejak bila awak tahu tentang saya?
Sebelum ini saya tak pasti.
Saya curigai awak.
Cali tahu?
Ia bukan urusan saya.
Awak nak menghilangkan diri dan itu yang awak buat.
Tapi dunia dalam masalah lagi.
Awak sendiri nampak.
Saya tak nak jadi hero lagi, Alex.
Mengarut.
Awak tak boleh lari dari takdir, Tom.
Itulah diri awak sebenar.
Malam yang sibuk.
Alex...
Macam mana dengan perniagaan awak?
Sangat baik.
Saya dengar awak tak suka syarat baru.
Kalau awak ambil semua tangkapan saya, apa saja yang saya dapat?
Kalau awak tak setuju, awak takkan dapat apa-apa langsung.
Giorgio,...
...awak kawal seluruh laut.
Apa yang penting tentang saya?
Alex.
Setiap orang perlu bayar cukai. Kalau tidak, tak ada siapa akan bayar.
Jangan ganggu saya.
Jangan ganggu saya.
Saya tak pernah nampak awak.
Siapa awak?
Dia bukan sesiapa.
Kita dah dapat semuanya, bos.
Selamat memancing, Alex.
Mainkan lagu lain, orang tua.
Stesen Nawal A.S. Rota, Sepanyol
Kapten.
Blazes Boylan, enam minggu tiada di sini. Awak nampak enam tahun lebih muda.
Diet kebuluran.
Awak nampak teruk.
Sayang awak juga.
Selamat kembali ke Rota.
Kami akan bekalkan keperluan untuk awak dan hantar ke mana saja awak nak pergi.
Kalaulah saya tahu ke mana saya perlu pergi.
Itu dia.
No comments yet. Be the first to leave one.