Magic Hour : The Series - Second Season

Magic Hour : The Series - Second Season

تنزيل الترجمة Malay

الموسم 2

معلومات الإصدار

Magic Hour Season 2 Episode 06 Malaysia
تعليق من kikywebsite

الوسوم

other
نشرت في: 2019-04-15
تنزيلات: 8
ضعاف السمع: No

معاينة ترجمة Malay

أول 188 سطر.

Tak kiralah siapa pun Dahlia yang mengaku dia melahirkan saya.

Saya tak peduli.

Sebab saya cuma ada seorang ibu, iaitu mak cik.

Mak cik tiada gantinya.

Terima kasih.

Terima kasih, sayang. Mak cik sangat sayang kamu.

Sekarang saya keliru, mak cik.

Boleh Rangga sembuh?

Rain, kamu harus percaya pada keajaiban, ya?

Mak cik percaya keajaiban memang wujud.

Yang penting, kamu mesti sentiasa beri Rangga semangat.

Okey?

Troy ada di rumah?

Dia baru saja keluar.

Maaf, nombor yang anda dail...

Ayah dah uruskan hal pentadbiran.

Mari pergi.

Kamu okey?

Saya risaukan Tegar, ayah.

Semalam, dia kata dia akan jemput saya hari ini.

Tapi tiba-tiba dia hantar mesej, kata tak boleh datang.

Saya dah cuba hubungi dia tapi dia tak jawab.

Kamu terlalu risaukan dia.

Dia pasti akan singgah nanti.

Ayuh.

Keluar dari kereta!

Saya dah cakap saya takkan kotorkan tangan saya lagi,...

... tapi bukan kali ini.

Awak dah bunuh anak awak sendiri!

Ini untuk apa yang awak dah buat pada Mitha!

"Satu Mesej Dari Dahlia"

"Awak tahu yang saya dah berjumpa anak saya, kan?"

"Dia tahu yang sayalah ibu kandungnya."

"Saya menang, Flora."

Selamat pulang, Mitha tersayang.

Selamat pulang.

Ayah nak letak beg kamu di bilik dulu.

Baiklah.

Surat itu perlu disimpan oleh Raina.

Dan satu hal lagi.

Jangan ingat saya tak tahu apa-apa tentang apa yang kamu cakapkan tadi.

Tentang surat ini, kan?

Surat yang awak berikan kepada Tegar.

Mak cik nampak segalanya yang berlaku di hospital semalam.

Ini untuk apa, mak cik?

Setelah apa yang berlaku,...

... akhirnya mak cik sedar...

... yang keajaiban yang mak cik nantikan selama ini...

... masih wujud dan muncul juga akhirnya.

Memang ia tidak menyembuhkan anak mak cik,...

... tapi...

... kamulah keajaiban itu, Raina.

Kamulah keajaiban yang wujud antara Rangga dan Dimas.

Itu adalah tiket penerbangan ke Bali untuk kamu dan Rangga.

Mak cik dan Mak Cik Flora dah bersetuju,...

... mungkin dengan menghabiskan waktu bersama,...

... Rangga mungkin akan membuka pintu hatinya semula.

Ini surat rujukan dari Doktor Surya.

Sebelum itu, saya minta maaf, mak cik.

Rangga tahu tentang semua ini?

Saya yang minta mak saya uruskan semua ini.

Kenapa awak ada di sini?

Awak tak nak pergi ke Bali bersama saya?

"Awak di mana?"

"Boleh awak datang ke rumah saya sekarang?"

Sementara awak di sini, awak mesti cepat-cepat sembuh, ya?

Awak mesti berehat.

Ya, saya perlu berehat.

Awak masih boleh bergurau, ya?

Budak ini mesti awak dan yang ini ialah Dimas.

Sebab awak nampak aktif dan selekeh.

Dimas pula nampak lebih kemas.

Salah, tapi sebaliknya.

Susah nak bezakan sebab kami kembar.

Ini pula ayah saya.

Di sini.

Lihatlah.

Awak nampak mirip ayah awak.

Mestilah, sebab saya anaknya.

Kalau tak serupa, siapa pula dia?

- Ikut saya. - Kita nak ke mana?

Ikut sajalah, jom.

Dulu,...

... ibu bapa saya selalu bawa saya dan Dimas ke sini untuk makan angin.

Udara laut bagus untuk paru-paru kita.

Lebih-lebih lagi, dulu Dimas menghidap asma.

Jadi dia perlu kerap menghirup udara laut...

... supaya pernafasannya sihat.

Ayah, sebenarnya, ada sesuatu yang saya nak bincangkan.

Sementara Tegar ada di sini bersama kita semua.

Saya dan Tegar nak balik ke New York segera.

Balik ke New York?

Ya, ayah.

Saya nak sambung belajar di sana.

Saya nak berjaya.

Saya nak betulkan semua kesalahan saya.

Saya nak ayah bangga dengan saya.

- Sayang... - Ayah,...

... janganlah risaukan saya. Saya takkan apa-apa.

Sekarang, saya cuma nak minta kebenaran ayah.

Saya nak jadi anak yang boleh buat ayah rasa bangga.

Tolonglah.

Apa pun keputusan kamu,...

... ayah sentiasa sokong.

Ayah yakin, selagi Tegar ada bersama kamu,...

... kamu akan selamat.

- Mari makan. - Ya, mari makan.

Mitha, ayah kamu dan mak cik akan rindukan kamu.

Merepeklah.

Saya kasihankan mak cik.

Raina takkan terima mak cik sebagai ibunya.

Kenapa?

Sebab dia tak cari mak cik pun.

Saya rasa dia tak peduli pun siapa ibu kandungnya.

Sebab bagi dia, Mak Cik Flora adalah ibunya.

Bukannya mak cik.

Nak makan lagi?

Boleh awak hulurkan ayam?

Ini dia.

Bilik yang saya dah sediakan untuk awak.

Baiklah.

Bilik yang ada pemandangan...

... supaya awak boleh menikmati "magic hour" kegemaran awak.

Bilik ini memang sengaja direka dan dihias begini...

... supaya awak boleh mencari inspirasi untuk menyiapkan novel baru awak.

Betul kata Dimas.

Mimpi awak cuma mainan.

Hanya untuk melihat "magic hour" setiap hari.

Dengan keadaan saya sekarang, semuanya mustahil.

Tapi...

... kami yakin yang matahari terbenam di Bali adalah yang terindah.

Jadi, saya harap awak boleh dapat banyak inspirasi di sini.

Awak silap, Rangga.

Itu bukan sekadar mimpi.

Tapi ia akan jadi masa depan kita.

Saya akan lihat "magic hour" di Bali bersama awak.

Kita akan menikmatinya bersama, okey?

Saya tahu awak bersembunyi di sana, Rangga.

Awak buat apa? Menghendap saya?

Awak buat apa?

Kenapa lama sangat?

Sekejap lagi siaplah.

Tapi walaupun novel ini dah siap,...

... nanti akan ada novel yang seterusnya.

Kalau awak nak yang itu...

Kalau awak nak ia berlaku, awak mesti berhenti ganggu saya.

- Apa masalahnya? - Jangan!

Awak tak nak saya teman awak?

Tak nak!

- Tolonglah, kali ini saja. - Tak boleh!

- Awak pasti? - Ya, saya pasti.

Rangga! Jangan!

- Rangga! Jangan... - Saya nak...

Sudah, pergilah tidur.

Berehatlah.

- Rangga. - Ya?

Saya rasa ada sesuatu yang awak perlu tahu.

Apa dia?

Mak Cik Flora kata Mitha mengalami keguguran.

Dia kehilangan bayi dalam kandungannya.

Dan...

... suami kepada kawan baik Mitha,...

... yang bernama Sarah,...

... ialah Troy.

Troy yang menyebabkan Mitha keguguran.

Jadi, siapa yang patut saya kasihankan?

Mereka bertiga?

Mitha? Dia tak setia.

Tegar? Dia tak tepati janjinya untuk melindungi awak.

Apatah lagi Troy.

Pokoknya, saya tak peduli tentang mereka semua.

Saya anggap semuanya tak pernah berlaku.

Sekarang, saya cuma fikirkan awak.

Saya rasa saya dah bersedia untuk habiskan...

... seluruh hidup saya bersama awak di sini.

Bukan kerana langit atau lautnya yang indah.

Tapi kerana saya berada di sisi awak.

Tempat terindah bagi saya adalah di sisi awak.

Terima kasih.

- Rain... - Ya?

Ini bukanlah perkara yang awak nak lihat.

Bukan ini yang saya nak tunjuk pada awak.

Tapi awak perlu tahu tentang keadaan saya sekarang.

Saya cuba berikan yang terbaik untuk orang yang saya cintai.

Di sini tertulis yang awak pernah menjalani kemoterapi sebanyak dua kali...

... dengan Profesor Suroto sebelum ini.

Kenapa awak tak teruskan dengan yang ketiga?

Sepatutnya awak dah tahu apa kesan kemoterapi ke atas badan awak selepas ini.

التعليقات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left