There Will Be Blood

There Will Be Blood

تنزيل الترجمة Malay

معلومات الإصدار

There Will Be Blood 2007 Semua BR
تعليق من din1705
[Malaysia Subbers Crew] Dilarang resync ke versi lain atau reupload; kecuali oleh team MSC. Sila sokong MSC dengan klik adlink ini: http://lynk.my/Gy3x. Untuk laman web streaming yang link subs ini, sila link pada adlink kami untuk menyokong hasil kerja k

الوسوم

other
نشرت في: 2016-11-02
تنزيلات: 169
ضعاف السمع: No

معاينة ترجمة Malay

أول 200 سطر.

Sarikata BM oleh din1705 - Malaysia Subbers Crew -

Tidak!

Itu dia. Itu dia.

Itu dia.

Tuan dan puan,

Saya sudah berjalan jauh untuk ke sini malam ini.

Saya tak boleh pergi lebih awal kerana perigi minyak saya baru siap...

di Coyote Hills dan saya perlu pergi melihatnya.

Perigi minyak itu sekarang menghasilkan minyak sekitar 2,000 tong...

dan memberi saya pulangan $5,000 seminggu.

Saya juga ada 2 perigi minyak sedang digali dan saya ada 16 perigi lagi di Antelope,

jadi, tuan dan puan, jika saya anggap diri saya seorang tauke minyak, awak akan setuju.

Sekarang, awak memiliki peluang yang luar biasa di sini,

tapi ingatlah awak boleh kehilangan semuanya jika tidak berhati-hati.

Dari semua orang yang meminta peluang untuk menggali minyak di tanah awak,

mungkin 1 dari 20 adalah tauke minyak.

Selebihnya akan jadi orang tengah,

yang berusaha untuk jadi pengantara untuk awak dan tauke minyak...

untuk mendapat sebahagian duit, yang sepatutnya milik awak.

Bahkan jika awak berjumpa dengan salah seorang yang ada modal dan alatan menggali,

dia mungkin tak tahu apa-apa tentang menggali minyak.

Dia kena membuat kontrak,

dan kemudian awak akan bergantung pada seorang kontraktor,

yang akan membuat pekerjaan yang tergesa-gesa...

agar dia boleh mendapat kontrak lain secepat yang dia boleh.

Inilah cara mereka bekerja.

Apa tawaran awak? Kami hanya membuang masa.

Tolong!

Saya menggali minyak sendiri.

Dan orang yang bekerja dengan saya, mereka orang yang saya kenal.

Saya akan berada di sana untuk melihat pekerjaan mereka.

Saya tak kehilangan peralatan saya di lubang dan menghabiskan berbulan-bulan mencarinya.

Saya tak rosakkan proses penutupan...

dan membiarkan air masuk ke dalam lubang dan merosakkan semua tahanan air.

Saya orang yang pentingkan keluarga.

Saya menjalankan bisnes keluarga. Ini anak saya dan rakan sekerja saya, H.W. Plainview.

Kami menawarkan pada awak ikatan kekeluargaan yang tak ramai tauke lain boleh memahaminya.

Kepakaran saya tak seperti syarikat lain di bidang ini,

kerana hasil perigi minyak Coyote Hills saya.

Saya ada peralatan yang boleh segera digunakan.

Saya boleh bawa alat penggali ke dalam lori dan ia boleh sampai di sini dalam masa seminggu.

Saya ada kenalan bisnes, dan saya boleh gunakan kayu untuk membina menara minyak.

Ini pentingnya kenalan untuk perkara yang segera seperti ini.

Dan kerana inilah mengapa saya boleh beri jaminan untuk segera mula menggali,

dan memberikan duit untuk menyokong janji saya.

Saya boleh jamin, tuan dan puan,

tak peduli apa janji orang lain,

ketika kerja akan bermula, mereka tak akan ada di sana.

Duduklah! Duduklah, awak tak ada hak...

Mari kita bincangkan apa yang dikatakan oleh dia.

- Prescott, awak percaya dia? - Mari bincangkan apa yang dia janjikan.

- Ada logik juga atas kata-kata dia. - Bagaimana dia tahu? Tanah saya terlibat!

2 atau 3 tahun, ia boleh jadi 10 tahun!

- Kita tak dapat apa-apa dengan bertengkar! - Lihat perigi yang di luar sana!

Tak ada siapa yang bertengkar.

Awak tak ada urusan di sini!

Suruh perempuan itu duduk!

Awak boleh duduk.

En. Plainview! Tolong, En. Plainview.

Tidak, En. Plainview! Tidak, awak nak pergi kemana?

Saya tak perlukan kontrak itu. Terima kasih.

Tapi kami memerlukan awak.

Terlalu banyak kebingungan. Terima kasih untuk masa awak.

Tidak, tidak, tak ada kebingungan.

Saya tak akan ambil kontrak itu walaupun awak berikan pada saya sebagai hadiah.

En. Bankside, saya tak akan membazirkan masa awak.

Saya pasti akan menghargainya jika awak tak membazirkan masa saya.

Sekarang, jika awak nak khidmat saya, kami akan melakukan penggalian dalam 10 hari.

Tanah awak lebih ke utara dari perigi di sini.

Itu bererti, kita mungkin kena menggali lebih dalam.

Dan jika ada banyak minyak di sini seperti yang saya fikirkan,

penggalian akan susah sikit, tapi bila kita menjumpainya, kita boleh terus dapatkan minyak.

Kita kena bergerak cepat, kerana tak lama lagi simpanan minyak ini akan kering.

Saya nak awak tahu apa yang awak akan lakukan.

Sekarang, kerana jarak dari tempat penemuan minyak lebih jauh,

saya akan bayar royalti awak lebih sikit daripada yang awak dapat di sana...

tapi saya akan bersedia memberi awak bonus $1,000 pada bahagian awak.

Royalti apa yang awak cakapkan?

1/6, ditambah dengan jaminan untuk memulakan penggalian dalam 10 hari.

Sekarang, itu satu tawaran yang awak tak akan dapat dari siapa pun.

Berapa umur anak-anak awak, puan?

10 dan 12 tahun.

En. Plainview, satu soalan, tuan. Di mana isteri awak?

Dia meninggal ketika bersalin, Pn. Bankside.

Jadi sekarang hanya saya dan anak saya.

Dah datang, bos!

Dengar itu?

En. Plainview?

Ya?

Awak Daniel Plainview ke?

Ya.

Apa yang saya boleh lakukan untuk awak?

Awak mencari minyak.

Betul.

Berapa awak bayar untuk tanah yang ada minyak?

- Ya, itu tergantung. - Bergantung apa?

Pada banyak hal.

Jika saya beritahu awak,

saya tahu sebuah tempat yang ada minyak dan tempat itu boleh dibeli murah,

awak rasa berapa harganya?

Saya rasa awak kena beritahu saya apa yang awak tahu,

dan kemudian kita boleh buat perjanjian.

- Saya boleh duduk? - Silakan.

Awak pengikut gereja apa?

Saya...

saya ikut semua gereja. Saya tidak termasuk ke dalam mana-mana gereja tertentu.

Saya suka semuanya. Awak berasal dari mana?

Nanti awak akan tahu. Itu yang saya nak jual pada awak.

Apa yang awak buat di Signal Hill?

Kami ada minyak dan ia dah naik ke permukaan.

Awak nak bayar saya untuk mengetahui di mana lokasinya?

Hanya kerana ada sesuatu di permukaan tanah,

tidak bererti ada sesuatu di bawahnya.

Mengapa Standard Oil membeli tanah?

Ia di California ke?

- Mungkin. - Berapa banyak tanah yang mereka beli?

Saya lebih suka jika awak tak menganggap saya ini bodoh.

Mengapa awak datang pada saya?

- Awak baru saja membeli perigi ini. - Awak betul.

Ya, jadi jika awak beri saya $500 tunai sekarang juga,

dan saya akan beritahu di mana tempat itu.

Ini yang saya akan buat. Saya akan beri awak $100 sekarang,

dan jika ia terbukti menjanjikan, saya akan memberi awak bonus $1,000.

$600.

Beritahu satu perkara yang menolong keputusan saya. Apa perkara lain yang awak ada di sana?

Apa yang awak tanam?

Kami ada sebuah ladang yang besar, tapi kebanyakannya batu.

Ada tanaman. Tak ada yang mahu tumbuh kecuali rumput liar.

Apa yang membuat awak fikir ada sesuatu?

Ada sulfur tak di sekitarnya? Atau endapan alkali?

Ada alkali berdekatan. Saya tak tahu sulfur.

Itu anak awak ke?

Ya.

- Hai. - Hai.

- Siapa awak? - Saya Fletcher Hamilton.

Gembira berjumpa awak, nak. Siapa nama awak?

Apa yang awak lakukan?

Saya bekerja dengan En. Plainview.

Nah $500, nak.

Awak memberitahu saya sesuatu yang berharga untuk di dengar, duit ini milik awak.

Saya datang dari bandar yang dipanggil Little Boston di Isabella County.

Ini kami, di sini. Stesen Spur di sini di Little Boston.

Yang awak cari adalah ladang Sunday.

Ada satu lorong jalan kaki yang membawa awak ke sana.

Ia 1 batu di luar bandar menuju ke barat, tak jauh.

Hanya melalui lorong kecil di sini dekat kaki bukit.

Awak akan melepasi sebuah gereja dan ikut saja lorong itu.

- Tanah mana yang Standard beli? - Di sini dan di sini.

- Nama keluarga awak Sunday, ya? - Betul.

Berapa ramai anggota keluarga awak?

Ayah saya dan mak saya dan adik perempuan dan adik lelaki saya, Eli.

- Berapa ramai adik awak? - 2.

- Siapa nama awak? - Paul.

Siapa lagi keluarga awak yang tahu tentang minyak di sana?

Saya tak tahu.

Pakcik saya selalu kata ada minyak di sana,

tapi saya tak tahu apa yang mereka dengar atau apa yang mereka fikirkan.

Apa yang awak tanam di sana?

Kambing. Ia sebuah ladang kambing.

Saya beritahu awak, tak ada yang tumbuh kecuali rumput liar.

- Di sana ada air? - Airnya masin.

Awak menggali sebuah perigi minyak, tak susah untuk dapat air garam.

Ada minyak di sana. Saya beritahu awak.

- Saya akan pergi sekarang, jadi... - Awak boleh tidur di sini malam ini.

- Tidak, saya nak pergi sekarang. - Dengar, Paul.

Jika saya ke sana dan saya dapat tahu awak berbohong,

saya akan pergi mencari awak

dan saya akan mengambil lebih banyak duit dari yang awak ambil.

Awak faham?

- Ya, tuan. - Baiklah.

- Semoga berjaya. Semoga Tuhan memberkati. - Sama-sama.

- Ada orang datang. - Terima kasih, Mary.

- Selamat petang. - Selamat petang.

Nama saya Daniel Plainview. Ini anak saya, H.W.

- Awak sedang berburu? - Berburu burung puyuh.

Kami beritahu di sana ada tempat bagus untuk berkhemah dekat ladang Sunday.

Ini ladang Sunday. Awak boleh berkhemah di sini.

- Terima kasih. Awak ada air? - Ya.

Kami dengar ada gempa bumi di sini beberapa hari yang lalu.

- Betul ke? - Ya.

- Keluarga awak bagaimana? - Ya, semua okey. Terima kasih.

- Kami ada susu kambing, jika awak nak. - Tak mengapa.

Sekarang,

jika kami memasang khemah kami jauh di sana, kami tak akan mengganggu awak.

Tak mengapa.

Ruth! Tolong orang ini dan bawakan mereka air.

Tidak! H.W.

En. Plainview, awak nak susu sekarang?

- Itu bagus. Terima kasih. - Mary! Bawakan mereka susu.

Keluarga saya akan menolong awak memasang khemah.

Tidak, tak apa. Kami sendiri yang nak mengembara.

Kami sendiri yang akan memasang khemah.

Cepat!

- Awak ada roti? - Kami ada kentang.

Kentang bagus juga, terima kasih.

Saya akan tolong rebuskan beberapa kentang.

Tak mengapa. Saya rasa kami akan membuat api.

Saya ingin mengajar anak saya untuk membuat api.

Baiklah. Anak saya, Eli, akan ambilkan beberapa kayu.

Terima kasih banyak atas kebaikan awak, En. Sunday.

التعليقات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left