أول 200 سطر.
Letak kad.
- Dua. - Apa pertaruhannya?
Cincin awak?
Berjudi lagi, Poldark. Beritahu saya kenapa awak tersenarai?
Menyelamatkan diri daripada hukuman gantung, tuan.
- Apa kesalahan awak? - Bergaduh. Perdagangan bebas, tuan.
Menyerang pegawai kastam.
Kamu semua pemalas dan pencuri.
Kelak, kamu boleh tebus maruah dengan berkhidmat kepada raja dan negara.
- Awak meragui tujuan perjuangan kita? - Apa perjuangan kita, tuan?
Kebebasan atau kezaliman?
Kamu nak tinggalkan tempat ini? Atau mati di sini?
Bangun, semua! Bangun!
Jangan bertindak sembarangan.
Saya doakan kepulangan awak.
- Saya takkan pergi lama. - Awak akan lupakan saya.
Saya takkan lupakan awak!
Mak pasti?
Mak betul-betul yakin dengan bukti yang mak nampak sendiri.
Bukankah dia dah dilaporkan terbunuh?
Lebih baik dia mati! Ada juga kebanggaan buat keluarganya.
- Ayah dia pun seorang penyangak. - Buaya darat.
- Nama keluarganya masih dihormati. - Kini, dia yang akan mewarisinya.
- Ayah saya dah mati? - Tuan! Maafkan saya!
- Kami sangka tuan tidur. - Bila dia mati?
Kira-kira 6 bulan lalu?
Tuan tak dengar berita?
Saya tak ada dengar sebarang berita.
Macam mana peperangan itu, tuan?
Macam peperangan lain, puan.
Membunuh orang yang baik.
- Tuan tak nak balik ke Nampara? - Saya nak ke rumah Pak Cik Charles.
Memandangkan ayah saya dah mati, terpaksalah saya ke sana.
Silakan, Verity. Jangan separuh jalan!
- Saya dah terlalu kenyang. - Mengarutlah, kamu kurus macam hantu.
- Kami mesti menggemukkan kamu! - Mungkin Francis boleh pujuk dia.
Saya sukakan dia seadanya.
- Ada orang ketuk pintukah? - Kamu tunggu seseorangkah, sayang?
Dia terlalu berharga di sini untuk fikir tentang lelaki!
Saya harap saya tak mengganggu.
Ross!
- Kami dah putus harap. - Oh, Tuhan. Kamu terselamat!
Gembira dapat berjumpa lagi, sepupu! Tapi, kami betul-betul sedih.
- Betul tak, Elizabeth? - Ya.
Elizabeth!
Saya tak sangka awak akan berada di sini.
- Ross, macam mana kita boleh tewas? - Dengan memilih pihak yang salah.
Saya takkan harapkan kepulangan yang lebih baik.
- Saya nak cakap dengan awak. - Ya, dah tentulah.
Apa kamu nak buat sekarang?
- Nampara bukan macam dulu. - Tak guna!
Kalaulah kami tak terfikir yang kamu dah mati!
Nenek, saya bersyukur sebab nenek masih hidup.
- Kami tak dengar berita, jadi saya... - Duduklah, Ross. Awak mesti penat.
Elizabeth.
Ambilkan selendang mak.
Ya, mak.
Nampaknya saya dah mengganggu. Ia sempena keamanan atau perang lagi?
Taklah.
Sebenarnya...
Ia bersempena...
Sesuatu yang jauh lebih menyeronokkan.
Anak pak cik akan berkahwin.
Baguslah!
Siapa bakal isterinya?
Elizabeth.
Elizabeth?
Elizabeth?
Kami sangat teruja sebab kedua-dua keluarga ini akan disatukan.
Teruk sangatkah penderitaan ayah saya, pak cik?
Penghujung yang menyedihkan.
Segala-galanya musnah.
- Tak ada apa-apa untuk kamu warisi. - Kami tak terfikir kamu akan kembali!
Kamu kembali ke Cornwall yang mundur. Cukai naik mendadak,...
- ...kadar upah rendah. - Lombong ditutup selang seminggu.
Seteruk kamu! Berparut seumur hidup...
- ...dan miskin! - Saya mesti balik.
Saya cuma datang untuk beritahu kepulangan saya.
Saya terpaksa pinjam seekor kuda.
Sebelum itu, minum ucap selamat.
Untuk Elizabeth dan Francis.
Semoga mereka hidup bahagia bersama-sama.
Elizabeth dan Francis.
Jud?
Prudie?
- Bangun sekarang! - Oh, Tuhan!
- Tuan Ross? - Bangkit dari kubur!
Kamu berdua ialah pembantu rumah peribadi ayah saya!
- Kamu ditinggalkan dengan amanah. - Tolonglah, apa kami boleh buat?
- Ditinggalkan tanpa bimbingan tuan? - Saya akan bimbing kamu dengan kaki!
- Khabarnya, tuan dah mati. - Mungkin awak yang mereka-reka cerita?
Tuan Ross tak patut salahkan kami. Tak betul, tak adil, tak patut.
Saya akan "mesra" kalau lantai ini masih kotor sekejap lagi!
- Ross nampak sihat. - Betul itu!
- Lebih sihat daripada yang dijangka. - Sebab seseorang fikir dia dah mati?
Elizabeth akan jadi cik puan Trenwith yang hebat.
Dalam tempoh 3 bulan lagi, mak cik.
- Ayah kamu nak percepatkannya. - Betulkah?
Dia berpendapat, kalau dua orang muda nak berkahwin, kenapa bertangguh?
Betulkah ini?
- Awak bukan hantu? - Periksalah sendiri!
- Kami dengar yang tuan ditembak! - Saya mengelak beberapa kali!
Tuan dapat gelaran?
Kapten Poldark! Macam mana dengan perang itu?
Satu pengajaran, Jim.
Baiklah.
Apa yang berlaku di sini?
Dah lama kerja pembaikan tak dibuat sejak ayah tuan mati.
Saya akan baikinya. Sekarang, awak penyewa saya.
Ross, masalah awak dah cukup banyak. Rumah terbiar dan tanah tandus.
- Saya ada tangan, penyodok, bajak. - Kami boleh tolong awak.
- Saya tak mampu bayar upah. - Saya tak harapkan pun.
Pak cik saya beri gaji rendah. Saya tak nak awak kerja percuma.
Ross?
Apa yang berlaku di luar sana?
Saya bertambah matang.
En. Poldark nak jumpa awak, Cik Elizabeth.
Sayang, saya ada berita baik!
Ayah awak tak tinggalkan banyak harta.
Rumah itu,...
...dua lombong terbiar...
...dan beberapa buah kotej usang.
- Saya rasa tanah itu dah terbiar? - Keseluruhannya.
Jadi, awak datang untuk buat pinjaman?
Sebagai kawan, saya akan sokong awak.
Sebagai pegawai bank, saya terpaksa hampakan awak.
Ayah awak banyak hutang.
Harta awak dah digadai janji.
Tanah awak tak keluarkan hasil.
- Saya dah jatuh miskin. - Nampaknya begitu.
Saya tak boleh tolong penyewa saya?
Saya tahu awak pentingkan mereka.
Menyara diri sendiri pun awak tak mampu, apatah lagi mereka.
- Jadi, awak nasihatkan saya... - Lihatlah keadaan awak sendiri.
- Berhijrahlah ke mana-mana saja. - Pengemis tak boleh memilih?
Saya harap awak boleh harapkan saya sebagai seorang kawan,...
- ...kalau bukan sebagai pegawai bank. - Saya pun harap macam itu.
Sebab saya perlukan semua kawan yang saya ada.
Ross Poldark masih hidup.
Si pemalas itu?
Saya agak mengagumi dia di sekolah.
- Dia seorang yang semberono. - Tengoklah apa dah jadi dengan dia?
Dia ramai pengikut.
Sesuatu yang kita sering gagal perolehi.
Saya tertanya-tanya sama ada dia berguna kepada kita?
Ayah dia dah mati. Dia dah tak ada sumber pendapatan.
- Kalaulah dia boleh sertai kita. - Untuk apa?
Keluarga dia ada nama. Peluang yang tertutup untuk kita...
...mungkin terbuka untuk dia.
Apa yang kita boleh tawarkan?
Dia tentu dalam keadaan terdesak sekarang.
- Awak nak beli persahabatan dia? - Lebih baik dia sendiri yang beri.
Pak cik dapati manusia sangat peramah...
...apabila mereka tak mampu nak bersikap angkuh.
Elizabeth.
Kamu nak ke mana?
- Saya mesti jumpa Ross, mak. - Untuk apa?
Untuk jelaskan, tanya dia.
- Apa kami patut buat? - Tak ada apa-apa.
Kamu dah bertunang dengan Francis.
- Tapi saya dan Ross... - Di mana dia sekarang?
Dia ada datang jumpa kamu? Dia cuma boleh tawarkan kemiskinan...
- ...dan reputasi buruk. - Saya tak peduli tentang reputasi.
Kamu patut rasa risau.
Francis sukakan kamu. Kamu akan jadi Puan Trenwith.
Kalau Ross tak balik, adakah kamu akan teragak-agak?
- Tapi dia dah balik. - Kalau dia masih cintakan kamu,...
...bukankah dia patut berada di sini sekarang?
Saya menebas lalang, Tuan Ross.
Pemandangan yang menceriakan dan diperlukan!
Kita perlu kerja keras kalau nak makan.
Kerja keras?
Nampaknya awak tak faham konsep itu. Biar saya jelaskan.
Kita tak ada makanan selain hasil titik peluh sendiri.
Kita perlu ikat perut.
Dari beberapa aspek, ada juga kebaikannya.
Verity!
Awak tentu terkejut apabila tahu...
...tentang Elizabeth.
Saya tak boleh buat apa-apa.
Memang pelik situasinya.
Sebelum ini, dia langsung tak hiraukan Francis.
- Tiba-tiba... - Dia nampak lombong, rumah dan estet?
Saya tak sengaja.
Perkahwinan mereka akan berlangsung 2 minggu lagi.
Secepat itu?
- Saya harap saya boleh membantu. - Saya mesti cari jalan sendiri.
Prospek yang membimbangkan, bukan?
Sehidup semati dengan saya!
Saya tak boleh janji untuk mempesonakan awak macam orang lain.
Seberani atau...
...semberono.
Tapi saya boleh janjikan satu perkara.
Cinta abadi saya...
...dan penghargaan.
Tapi, ada...
...sesuatu yang masih mengganggu awak?
Ada sesuatu yang awak nak beritahu saya?
Ada.
Saya nak beritahu...
No comments yet. Be the first to leave one.