Liam dan Laila

Liam dan Laila

تنزيل الترجمة Malay

معلومات الإصدار

Liam dan Laila 2018 Malay
تعليق من kikywebsite

الوسوم

other
نشرت في: 2019-05-26
تنزيلات: 13
ضعاف السمع: No

معاينة ترجمة Malay

أول 200 سطر.

"Senarai 100 Manusia Paling Berpengaruh Dalam Sejarah"

- Emily di mana? - Dia di dalam.

Terima kasih.

Ada dua kotak di sini. Ada banyak lagi dalam trak.

Tapi biasanya saya ambil banyak ini.

- Awak faham? - Ya.

Okey.

Baiklah. Jumpa lagi, Thomas.

Saya pasti akan rindukan Rouen.

- Berapa lama awak akan pergi? - 30 hari.

- 30 hari? - Ya.

Sebenarnya, saya nak duduk lebih lama. Tapi visa saya tahan 30 hari saja.

Tapi jangan risau.

Semasa saya tak ada, abang saya akan pastikan bekalan daging...

... dari ladang kami dijual di semua pasar raya di sini.

Okey. Faham.

- Ini untuk awak, Liam. - Okey.

- Terima kasih, Emily. - Selamat jalan.

- Baiklah. Jumpa lagi. - Jumpa lagi.

Assalamualaikum, kakak.

Waalaikumussalam.

Mil, bakal suami Laila dah sampai.

Alhamdulillah.

Lelaki dari Makassar itu, kan?

Itulah masalahnya.

Dia bukan dari Makasar, tapi dia dari Perancis.

Perancis?

Janganlah bergurau, kakak.

Apa singa-singa itu buat?

Melindungi saya.

Singa-singa itu ingat saya nak campak awak masuk sangkar?

Awak memperkecilkan kami, ya?

Awak berniat jahat, ya?

Lebih baik saya campak saja dia masuk sangkar singa itu.

Hai.

Saya Liam.

Alexandre William.

Jamil.

Silakan.

Jadi, awak tinggal di mana?

Keluarga saya memiliki kandang lembu di Perancis...

... dan kami bekalkan daging ke beberapa pasar raya.

Ada sebarang dokumen yang awak nak tunjuk kepada saya?

Ya. Ini dia, tuan.

Dah pandai bahasa Indonesia rupanya, ya?

Ya, sejak kenal Laila, saya belajar bahasa Indonesia.

Tapi bahasa Minangkabau belum lagi.

Saya ada dua agenda. Pertama, saya nak memeluk Islam di sini.

Kedua, kami nak segera berkahwin.

Berkahwin?

- Dengan Laila? - Ya.

Agama tak boleh dipermainkan.

Ya, saya tahu.

Saya kenal Laila dari Facebook 3 tahun lalu...

... kerana waktu itu, saya sedang cuba mengenal Islam,...

... bukan sedang mencari jodoh.

Banyak kegiatan jenayah bermula dari media sosial.

Itu bukan saya, Tuan Jamil.

Sekarang, harap tuan boleh bantu saya jadi Muslim...

... dan bantu kami berkahwin.

Tak semudah itu, anak muda.

Tolonglah, tuan. Saya dah sediakan semua dokumen.

Ada sijil tingkah laku yang baik,...

... sijil menyatakan saya bujang.

Tuan juga boleh periksa dalam talian tentang saya.

Tapi, yang pasti, tuan...

Visa saya hanya 30 hari di sini.

Sebagai seorang Muslim,...

... saya wajib membantu awak memeluk Islam.

Tapi tentang perkahwinan,...

... ia tak semudah itu di negara kami.

Saya perlu berbincang dengan keluarga saya.

Selepas itu, baru saya maklumkan awak.

"29 hari sebelum pengusiran"

Mustahil untuk Laila berkahwin dengan orang berlainan akidah.

Tapi dia sedang belajar tentang Islam dan nak memeluk agama Islam.

Dia belajar sebab nak cari kelemahan Islam...

... supaya dia boleh diterima sebagai Muslim.

Selepas kahwini anak saudara kita, dia akan dibawa lari.

Itukah yang awak nak?

Awak belajar tinggi-tinggi.

Awak jadi pegawai kerajaan.

Tapi pemikiran awak singkat.

Tak lama lagi, adalah cawan dan pinggan terbang keluar dari rumah gadang.

Ros senang hati tengok orang bertengkar.

Hei,...

... esok pagi, kita akan tahu siapa yang akan diceraikan,...

... bergaduh sebab harta pusaka atau perkahwinan terlarang.

Astaghfirullah.

Mak!

Pokoknya, saya tak mahu dia masuk ke rumah gadang.

Ke rumah kamu semua pun tak boleh.

Kalau sempat saya tahu,...

... kita dah boleh putus saudara.

Jamil, awak faham?

Ya, kakak.

Kamu jangan risau sangatlah, Pian.

Baguslah kamu peduli tentang kakak kamu.

"Sayang, keputusan dah dibuat."

"Mak saya cakap kalau awak tak melamar selepas Hari Raya,..."

"... saya kahwin dengan Ori. Dia gemuk, tapi dia ambil berat tentang saya."

Jadi,...

... bantulah Pak Engku kahwinkan Laila dan lelaki itu.

Kalau bagus budi pekerti orang putih itu,...

... semuanya jadi mudah.

Kalau tak,...

... dia sendiri akan berundur.

Kita tengok saja...

... sejauh mana kesungguhan dia.

Macam mana?

Terima kasih banyak.

- Maaflah menyusahkan awak. - Tak apa.

- Assalamualaikum. - Wa'alaikumussalam.

Tapi saya ada di Bandung selama 10 hari, En. Jamil.

- Terima kasih banyak, En. Jamal. - Sama-sama, En. Jamil.

- Assalamualaikum. - Wa'alaikumussalam.

"28 hari sebelum pengusiran"

"Apa dah jadi?"

"Apa dah jadi?"

"Tak ada khabar daripada pak cik awak."

Helo.

Ini saya, Laila.

Betulkah? Awak suka?

Ini semua hitam, tapi ada lagi.

Warna merah pun cantik juga. Awak nak mana satu?

Warna hitam?

Nak jumpa Pak Engku sekejap.

Assalamualaikum, Pak Engku.

Ada apa?

Saya nak tanya, boleh?

Ada tak orang kampung kita...

... yang kahwin dengan orang luar negara?

Ada, tapi dah lama dulu.

Namanya Nurhaida.

Dia berkahwin dengan pensyarahnya dari Mesir.

Jadi, bolehlah sebenarnya?

Tentulah boleh.

Tapi kita kena tahu lebih lanjut tentang pilihan kita itu.

Apa agamanya.

Lebih penting lagi,...

... bolehkah dia sesuaikan diri dengan adat istiadat di sini.

Lagi satu, suku mana dia akan ikut nanti.

Sedangkan lembu jantan pun fikir dulu nak mengawan dengan betina mana.

Apatah lagi manusia.

Mak!

Nak! Terkejut mak. Kamu pergi mana?

Saya dengan dia tadi.

Hai, Pian.

Lamarlah si Ibet, Pian.

Nanti dia diambil orang, awak juga yang gigit jari.

Nak setengah cawan kopi, boleh?

Saya ada banyak urusan esok.

Urusan apa?

Berilah kopi saya dulu.

Hei, Pian.

Ingatkan kakak awak si Laila yang dia dah 31 tahun.

Jangan terlalu cerewet, umur dia semakin senja.

Saya dulu dilamar ketika umur 18 tahun...

... oleh ayah dia.

Baiklah. Menyibuk saja.

Fikirlah apa saya cakap.

Kepala.

Itu mata saya.

"Pejabat Nikah"

"23 hari sebelum pengusiran"

Semua keperluan dah lengkap. Semoga bertemu di hari perkahwinan.

- Alhamdulillah. Terima kasih, puan. - Sama-sama.

Puan, kalau...

... ada kawan saya yang nak masuk Islam di sini,..

- ... boleh tak? - Boleh.

Alhamdulillah.

Niat baik itu harus disegerakan.

Ya, ya.

En. Ridwan ada di situ.

Dia ditugaskan kerajaan untuk uruskan hal itu di sini.

Baik.

Betul itu.

Bawa kawan awak ke sini.

Baik, encik. Hari ini saya akan bawa dia.

Terima kasih, puan.

Pian, sebentar, ya?

"Awak buat apa di Pejabat Nikah?"

"Dengan siapa awak nak berkahwin?"

"Bukan dengan sesiapalah!"

"Jangan tipulah. Saya nampak motosikal buruk awak."

Jom, saya dah siap.

Itulah kawan saya yang nak masuk Islam, tuan.

Di sini tak boleh buat.

Mesti ada dokumen lengkap dari negara awak dulu.

Tetap tak boleh buat di sini.

- Kenapa pula? - Tak boleh.

- En. Ridwan. - Ya, tuan.

Kalau syarat dah lengkap, proses saja, En. Ridwan.

Tapi bahaya, tuan.

Kita tak tahu asal-usul dan untuk apa dia datang ke negara kita.

Tiba-tiba, dia sesuka hati saja nak bertukar agama.

Kalau ada apa-apa terjadi, saya tak mahu bertanggungjawab,...

... sebab dalam sijil Islam dia nanti ada nama saya.

Saya juga tak mahu dituduh bersubahat dengan pengganas...

... dan fahaman radikal.

Liam dan Laila subtitles in other languages

التعليقات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left