Magic Hour : The Series - First Season

Magic Hour : The Series - First Season

تنزيل الترجمة Malay

الموسم 1

معلومات الإصدار

Magic Hour Season 1 Episode 06 Malaysia
تعليق من kikywebsite
Babak 6: Untuk mencintai atau dicintai

الوسوم

other
نشرت في: 2019-04-15
تنزيلات: 5
ضعاف السمع: No

معاينة ترجمة Malay

أول 200 سطر.

Saya tahu segala-galanya.

Sekarang saya sudah tahu segala-galanya.

Rain...

Hei.

Saya tak faham. Apa yang awak tahu?

Saya tahu saya bersalah.

Tapi saya tak faham. Apa maksud awak?

Raina, cakaplah.

Pasti ini bukan tentang Mitha. Tentu ada perkara lain.

Saya tahu segala-galanya.

Saya tahu kenapa awak berubah.

Saya tahu kenapa awak tak mencintai saya sejak dulu.

Dan kenapa awak mungkir janji pada Dimas.

Bukannya kerana awak tak mencintai saya.

Awak tahu apa?

Saya bersyukur yang Mak awak minta saya datang ke sini untuk menemani awak.

Rain, saya tak faham apa maksud awak.

Tapi, dia tak patut suruh awak datang ke sini.

Saya telefon dia setiap hari untuk putuskan hubungan kita.

Sebab itulah saya kecewa bila awak tetap datang ke sini.

Adakah Mak awak tahu?

- Tahu apa? - Jawablah, Rangga.

Apa maksud kamu yang kamu ubah fikiran?

Dan mahu putuskan hubungan dengan Raina?

Mak...

Saya hanya tunaikan janji saya pada Dimas untuk menjaga Raina.

Sekarang kami sudah teruskan hidup masing-masing.

Jadi, di mana silap saya?

Kamu tak boleh buat begitu, Rangga.

Kamu tak boleh buat ikut suka kamu saja.

Rangga.

Mak kenal kamu.

Kamu bukan begini.

Cakaplah.

Apa masalah kamu?

Siapa itu, sayang?

Siapa itu, Rangga?

Tiada siapa.

Jadi, itulah masalahnya?

Kamu ada kekasih lain di sana?

Jangan tipu mak.

Mak, bukan begitu.

Apa yang penting...

... kamu tak boleh putuskan hubungan dengan Raina.

Kamu harus teruskan.

Bukan sekadar untuk tunaikan hajat Dimas.

Tapi ini tentang kamu dan Raina.

Mak tak akan benarkan kamu putuskan hubungan dengan Raina begitu saja.

Maknanya Mak cik Cindy tak tahu?

Sebab itulah dia minta saya datang ke sini.

Saya tahu segala-galanya.

Saya tahu segala-galanya.

Helo.

Boleh saya bantu?

Adakah ini anak-anak awak?

Cantiknya mereka.

Ya.

Mereka anak-anak saya.

Terima kasih.

Saya pasti...

... awak cam saya.

Saya Dahlia.

Saya rasa...

... tiada siapa yang boleh lupakan...

... punca penderitaan dia dulu.

Betul?

19 tahun.

Awak musnahkan hidup saya.

Amat melukai hati saya.

Masih sakit lagi sehingga kini.

Apa yang awak mahu?

Awak bukannya ke sini untuk beli bunga dari Flora.

Biar saya berterus-terang.

Saya ke sini untuk mencari awak.

Sebab saya mahu jumpa anak saya, Kinara.

Kinara?

Anak awak?

Ya.

Sudah 19 tahun saya tak jumpa anak saya.

Kenapa tiba-tiba saja awak tanya saya tentang anak awak?

Di mana awak tinggalkan anak awak dulu?

Saya tinggalkan Kinara bersama ayah dia.

Semasa saya berpisah dengan Surya.

Saya juga yakin.

Sebelum Surya meninggal dunia...

... dia serahkan Kinara kepada awak.

Dalam erti kata lain, awak anggap anak itu sebagai objek, bukan?

Awak merampas suami saya.

Awak ada anak bersama dia.

Dan sekarang, tiba-tiba saja awak muncul.

Awak tanya saya tentang anak awak?

Lebih baik awak pergi jumpa pakar psikiatri.

Supaya cepat sembuh.

Saya sudah sedar.

Tiada gunanya saya minta maaf atau melutut pada awak.

Surya sudah tiada.

Saya merayu pada awak.

Walau apa pun, saya tetap mak kandung Kinara.

Saya berhak tahu di mana dia berada.

Saya juga yakin yang awak menjaga dia selama ini.

Adakah awak tahu apa ertinya menjadi seorang ibu?

Seorang ibu akan rasa lebih sakit bila anak dia sakit.

Dia akan tanya sama ada anak dia sudah kenyang, supaya anaknya makan lebih banyak.

Dia akan buat apa saja demi anaknya.

Bukannya meninggalkan anaknya begitu saja.

Perempuan seperti awak tak layak digelar sebagai seorang ibu.

Atau bercakap tentang erti seorang ibu.

Saya bukan perempuan yang baik.

Saya bukan ibu yang baik.

Saya juga tak layak dipanggil ibu.

Tapi Kinrara ialah darah daging saya.

Ya. Awak yang mengandungkan dan melahirkan dia.

Betul, dia darah daging awak. Tapi awak tinggalkan dia begitu saja.

Tolonglah, saya merayu pada awak.

Biar saya tebus semua kesilapan saya dulu.

Memang benar cakap Surya.

Awak memang seorang wanita yang dihormati.

Dan awak baik hati.

Jangan sebut nama suami saya.

Dia tenang bersama Tuhan.

Saya tahu.

Atas kebaikan hati awak,...

... awak sanggup menjaga Kinara.

Jadi, saya pasti...

... awak akan benarkan Kinrara berjumpa saya.

Jika dia mahu membenci saya...

... mencerca saya, atau membalas dendam...

... biarkan saja.

Sebab dia berhak buat begitu pada saya.

Jadi, tolonglah beritahu saya.

Antara mereka berdua itu,...

... yang mana satu ialah Kinara?

Mereka berdua ialah anak-anak saya.

Saya sedar...

... yang hidup ini adalah satu pilihan.

Dan kita hanya ada dua pilihan.

Untuk mencintai...

... atau dicintai.

Andainya saya boleh memilih,...

... saya tak akan buat pilihan.

Sebab saya mahu mencintai dan dicintai.

Saya mahu kedua-duanya.

Saya mahukan kedua-duanya, jadi saya sedar yang ia bukan lagi pilihan.

Tapi ia merupakan anugerah yang terindah.

Sebab itulah saya masih bersama awak, Rangga.

Dan...

Akhirnya, hari ini...

... saya temui jawapannya.

Jawapan yang menghantui saya...

... sejak kali pertama saya sampai di New York.

Jawapan yang saya tak akan dapat daripada awak.

Kepingan teka-teki yang menghalang saya terus berada di sisi awak.

Tapi mujurlah...

... awak berubah bukan kerana awak tidak mencintai saya lagi.

Atau kerana awak menghamilkan Mitha.

Sebaliknya,...

... saya bertanya pada diri sendiri.

Adakah lebih baik jika sebabnya adalah awak tidak mencintai saya lagi?

Sebenarnya, apa yang awak tahu tentang saya, Rain?

Jawapan apa yang awak maksudkan?

Seperti yang dijanjikan, saya akan pulang.

Tapi alasan itulah yang membuat saya terus tinggal di sini.

Saya tak kisah. Saya sanggup merasai kesakitan itu lagi.

Asalkan saya boleh berada di sisi awak.

Dan awak sentiasa ada bersama saya.

Sehingga masa yang menentukan sebaliknya.

Kenapa awak datang?

Ingatkan awak tak mahu jumpa saya lagi.

Walaupun kita sudah berpisah,...

... tak bolehkah kita tetap berkawan?

Dan, tak bermakna yang...

... saya berhenti mengambil berat tentang awak.

Kenapa?

Perbuatan saya terhadap awak sangat dahsyat.

Saya curang pada awak, saya lukai hati awak.

Kenapa awak masih ambil berat tentang saya?

Adakah ia...

... kerana awak masih mencintai saya?

Cinta?

Mitha.

Dalam hidup ini,...

... kita tak boleh anggap semua perkara yang berlaku adalah sebab cinta...

... benci, suka, tidak suka...

Dalam hal ini,...

... saya pernah menjadi kekasih awak.

Saya pernah berjanji pada diri untuk sentiasa menjaga awak.

Tapi saya hamil.

Dan ia bukan anak awak.

Sekarang, awak bercakap tentang tanggungjawab. Saya...

Mitha, tanya diri awak.

Adakah awak buat begini kerana awak tak mencintai saya?

Sebab awak membenci saya?

Jika benar awak tak pernah mencintai saya,...

... kenapa awak tak berpisah dengan saya?

Sebelum awak bersama Rangga?

Apa alasan awak?

Mitha.

Saya tak boleh ubah apa yang telah berlaku dan...

... bukan ini yang saya mahukan. Tapi ini ialah pilihan awak.

Dan saya berhak memilih.

التعليقات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left