أول 199 سطر.
Siapa kamu?
Babak 02 Saya Rindu Kamu
Siapa yang datang tadi?
Salah alamat.
Mengapa begitu lama awak bercakap denganya?
Saya perlu beritahu yang orang itu sudah berpindah.
Saya dengar wanita itu bercakap bahasa Indonesia.
Kebetulan! Salah alamat, tetapi dia boleh bercakap bahasa Indonesia.
Jadi kenapa?
Bahasa apa juga sama. Bukan urusan awak, bukan?
Beritahu saya awak mahu ke mana. Saya mahu berjumpa Troy di galeri.
Okey?
Mengapa ibu hantar Raina ke sini?
Untuk kamu. Kamu akan rasa lebih baik.
Nama kamu Raina?
Kenapa, kamu rasa pelik?
Tidak.
Kamu tak apa-apa? Maaf tanya soalan itu.
Jika semuanya baik, kenapa pula kamu menangis, bukan?
Saya mahu bertanya...
... jika ada kamu ada masalah, saya sudi mendengarnya...
... tetapi itu memang bukan urusan saya...
Saya mahu berterima kasih kerana payungkan saya.
Terima kasih. Saya gembira dapat bertemu orang Indonesia di sini.
Tak mengapa.
Saya perlu pergi dahulu.
Jaga diri. Ini bukan Jakarta.
Nampaknya kamu perlukannya lebih daripada saya.
Kamu akan basah jika hujan nanti.
Tak ada masalah. Saya suka hujan.
Masalah saya seperti hilang dalam hujan.
Okey?
Sekejap.
Jika kamu perlukan bantuan...
... kamu boleh cari saya di sini.
Tak perlu rasa malu.
Jumpa lagi.
Saya harus ke mana sekarang?
Pada mulanya, saya fikir...
... hari-hari saya akan sama seperti kali pertama saya berjumpa Dimas.
Saya runsing. Mengapa Rangga tidak gembira melihat saya?
Saya tahu dia bukan Dimas.
Tetapi saya tak tahu dia rasakan begitu terhadap saya.
Saya masih dapat rasakan cintanya sebelum dia pergi ke New York.
Adakah ini caranya dia menolak cinta saya?
Saya tak suka berada di sini.
Boleh saya bantu?
- Boleh saya bergambar dengan kamu? - Sudah tentu.
- Terima kasih. - Sama-sama.
Apa khabar? Mengapa begitu serius?
Bawa bertenang. Jangan terlalu fokus.
Perlu serius.
Saya yakin pameran ini pasti akan berjaya.
Saya akan dapat tempat sebagai pelukis dan awak sebagai pelabur...
Buat buit.
- Ia milik saya. - Jangan begitu. Kita bahagikannya.
Saya percayakan awak. Hasil kerja awak sangat hebat.
Jangan sampai kerja keras rosakkan percutian awak.
Itu mutahil. Awak tak ingat?
Setiap hari adalah percutian.
Betul. Saya percayakan awak.
Awak bergurau?
Ini Mitha?
Mari duduk sini.
- Sejak bila awak melukis dia? - Mari duduk.
Lihat.
Hebat, bukan? Saya lukis untuk awak.
- Saya kawan awak, bukan? - Untuk apa?
- Untuk apa? - Lihat.
Mitha, buah hati awak.
- Sudah! - Ayuh!
Saya mahu ke mana sekarang?
Buaian adalah pemainan yang menyeronokkan.
Ketika saya kecil...
... saya kerap bayangkan bermain buaian ketika menutup mata.
Rasa seperti saya terbang.
- Mari lakukannya bersama. - Ayuh.
Satu, dua...
Awak selalu bersama saya, Dimas.
Saya harap awak berada di sini.
Saya gembira kerana awak berada di tempat yang lebih baik.
Tunggu saya di sana.
Maafkan saya.
Awak berikan mata ini supaya saya boleh melihat saat magis dan tersenyum.
Bukannya menangis.
Mana telefon saya?
Telefon saya...
- Ya? - Maafkan saya.
Kamu nampak telefon saya dicas di sini?
Maaf, saya tak nampak.
- Tak ada? - Maafkan saya. Tak ada.
Awak bertuah. Raina sayangkan awak.
Siapa yang tidak sayang kepada makcik Flora yang cantik.
Dia sangat cantik.
Dia tidak hantar gambar bersama Rangga.
Dia ada hantar kepada awak? Gambar dia dan Raina?
- Cuba periksa. - Belum lagi. Dia tidak hantar apa-apa.
- Belum? - Ya.
Pastinya mereka sibuk.
Sudah tentu. Sudah sekian lama. Pasti banyak yang mereka bualkan.
- Saya akan minta dengan Rangga. - Hantarkan kepada saya.
Budak itu. Comel betul.
- Saya ke tandas dahulu. - Okey.
Ya, mak...
Kenapa tidak telefon mak? Kamu jumpa dengan Raina, bukan?
Ya, sudah. Mengapa hantar dia ke sini?
Kenapa?
- Dia berada di mana? - Sudah pergi.
Pergi? Pergi ke mana?
Entah.
Saya minta di pulang ke indonesia.
Oh, tuhan!
Rangga, kenapa buat begitu? Dia berseorangan di Amerika.
- Mak yang minta dia... - Itu Rangga?
Saya mahu bercakap dengan Raina. Saya rindukan dia.
Raina sudah tidur.
- Tidur? - Ya.
Mungkin masih penat.
Begini, telefon semula esok selepas Raina bangun.
Hubungi mak.
Ingat, jaga Raina baik-baik.
Okey?
Sayang kamu. Selamat tinggal.
Siapa Raina?
Siapa itu? Gadis baru?
Cantik juga.
Turunkan saya di sini sahaja.
Toby tak ada mesej apa-apa kepada saya.
Langsung tak ada.
Saya bukan mahu tanya tentang itu.
Awak bukan mahu bertanya tentang Toby?
Maaf, saya fikir begitu. Raina banyak bertanya tentang Toby.
Semua yang berada di dalam juga bertanya tentang dia.
Saya pula tak tahu Toby ke mana.
Saya pula perlu bertanya kepada siapa?
Ada dia beritahu mengapa dia tak ada tinggalkan pesan untuk saya?
Awak perlu sensitif, perlu faham...
Awak wanita yang Toby cintai.
Saya pasti dia takkan tinggalkan awak.
Tapi, dia ada berhubung dengan Raina.
Mungkin dia anggap Raina kawan baik.
Mungkin dia rasa lebih selesa bercakap dengan dia.
Awak lebih tinggi.
Teman wanita Toby.
Orang yang dia cintai.
Jangan samakan dengan yang lain.
Jika itu sebabnya, awak juga kawannya, bukan?
- Ada dia tinggalkan pesan? - Tak ada.
Mungkin Toby ada perasaan terhadap Raina bukannya saya.
Lihat!
Sama ada Raina atau Gwenny. Wanita sekarang memang begini.
Patutlah teman lelaki mereka lari.
Malangnya, dari yang lain, hanya awak yang tidak dipilih Toby.
Zaman sekarang, wanita perlu luahkan perasaan mereka kepada lelaki.
Katakan sesuatu!
Saya juga runsing. Saya juga bingung memikirkannya.
Banyak wanita jatuh hati kepadanya. Tetapi, kenapa...
Dia hanya fikirkan tentang Raina. Dia jatuh hati kepadanya.
Begini.
Jika saya tahu, saya sudah pecat dia.
Kecewakan wanita, sakiti perasaan mereka.
Dia berikan harapan palsu kemudian tinggalkan mereka.
Bukan sahaja perempuan...
...lelaki lembut juga berhenti kerja kerana dia.
Saya tak faham.
Hidup awak masih panjang. Awak masih muda.
Perlu teruskan hidup.
Buka hati awak. Cari lelaki yang lebih bertanggung jawab.
Seseorang yang bersedia dan boleh buat awak gembira.
Awak perlu cari lelaki begitu.
Masalahnya...
... masih ada lagi lelaki begitu?
Hai, Big Boy?
Awak apa khabar? Baik?
- Saya baik. - Bagus.
Kita sudah tiga bulan begini.
Jadi?
Awak kata Rangga akan mencari saya, tetapi nampaknya dia tak peduli.
Saya suka dia begitu. Itu bermakna awak akan berjumpa dengan saya.
Bukan begitu?
Awak sudah lupa? Dia kawan baik awak, bukan?
Jadi? Ayuh. Saya lelaki. Ada wanita cantik...
... datang kepada saya, adakah saya akan biarkan sahaja?
Saya mahu tahu satu pekara.
Mengapa awak mengejar dia?
- Awak mahu tahu? - Ya.
Saya suka lelaki yang penuh cabaran.
Awak suka lelaki yang penuh cabaran?
Pameran itu pada bulan hadapan.
Kami sudah ada 15 lukisan baru.
Seorang pelukis Indonesia dan yang lain, pelukis tempatan.
- Apa pendapat awak? - Ia hebat.
Sempurna, kita perlu lakukannya.
- Maafkan saya. - Tak mengapa.
Ibu saya.
Ya, mak.
Rangga, mak sangat risau.
Raina hingga sekarang tidak hubungi mak.
Mak cuba hubunginya tetapi ia seperti dimatikan.
No comments yet. Be the first to leave one.