Magic Hour : The Series - First Season

Magic Hour : The Series - First Season

تنزيل الترجمة Malay

معلومات الإصدار

Magic Hour Season 1 Episode 03 Malaysia
تعليق من kikywebsite
Babak 3: Kamu Masih Mencintai Saya?

الوسوم

other
نشرت في: 2019-04-15
تنزيلات: 4
ضعاف السمع: No

معاينة ترجمة Malay

أول 200 سطر.

Yang lebih indah daripada jatuh cinta adalah...

Jatuh cinta untuk selamanya.

Bab 3 Kamu Masih Mencintai Saya?

- Selamat pagi. - Selamat pagi.

Kita akan bersarapan sebentar lagi, okey?

Selepas itu, saya akan hantar kamu ke alamat yang kamu cari.

Saya tidak boleh teruskan perkahwinan ini.

Apa maksud kamu tidak boleh teruskan perkahwinan ini?

Saya ada pilihan sendiri, mak.

Siapa gadis itu?

Gadis yang saya cinta...

... adalah Raina.

Akhirnya.

Saya sangat penat dan mengantuk.

Aduhai.

Di mana Raina? Tiada berita tentangnya.

Tidak ada panggilan telefon daripadanya. Di manakah dia?

Lebih baik tidur sahaja.

Tidur dengan nyenyak.

Mari berehat. Relaks.

Tuhan!

Tuhan!

Saya sudah selesa baru ia berdering! Siapa ini?

Helo? Raina? Helo? Siapa ini?

Makcik Flora bercakap. Raina? Ini Raina, bukan?

- Helo? - Makcik Flora, ini saya! Raina!

Ya! Makcik tahu! Nombor ini dari luar negara.

Kamu di mana?

Kenapa baru hubungi makcik sekarang?

Kamu tahu kamu buat makcik sakit kepala?

Makcik sangat bimbangkan kamu.

Kamu baru hubungi makcik sekarang. Makcik sedih.

Ya, makcik. Maafkan saya.

Sebenarnya, telefon bimbit saya hilang!

Apa? Hilang? Oh, tuhan!

Raina, kenapa dengan kamu?

Makcik sudah beritahu, tidak boleh cuai di luar negara!

Berhati-hati! Kenapa dengan kamu?

Bagaimana dengan pasport kamu? Adakah ia selamat?

Tuhan. Tolong hati-hati, cik.

Okey, baiklah. Di mana dia? Bagaimana dengan Rangga?

Dia sihat? Ya?

Makcik mahu bercakap dengannya. Makcik mahu bercakap dengannya sebentar.

Makcik mahu bercakap dengannya sebentar.

Rangga...

Ya, makcik.

Rangga sedang tidur. Saya keluar untuk membeli sarapan pagi.

Jangan risau, makcik. Saya okey sahaja di sini.

Pasti Gwenny sudah tidur, bukan?

Oh, Tuhan!

Kami sangat rindukan kamu. Kamu tahu, Raina?

Makcik harap kamu akan pulang segera.

Baliklah segera, okey?

Rumah ini sangat sunyi tanpa kamu.

Ia seperti tanah perkuburan. Sangat berbeza.

Sangat berbeza. Ia sangat sunyi.

Ya. Saya harap saya dapat pulang segera.

Saya juga sangat rindukan makcik.

- Okey. Selamat tinggal, makcik. - Hati-hati, okey?

- Sayang kamu! - Selamat tinggal.

Dia sangat comel.

Telefonnya hilang. Patutlah dia tidak hubungi saya.

Nasib Raina yang juga anak angkat...

... seperti nasib Cinderella, bukan seperti kamu.

Dari rumah anak yatim, akhirnya dia tinggal di rumah kamu.

Kemudian, dia disayangi mak kamu. Dia dapat kekasih yang kaya.

Apa pun, kenapa mak kamu sayangkan anak yatim itu?

Ini dia. Terima kasih, Tegar.

Kamu simpannya sahaja.

Jika kamu masih perlukannya, tiada masalah.

Kenapa dengan kamu tadi?

Kamu nampak tegang semasa kamu bercakap dalam telefon.

Makcik saya tanya tentang Rangga.

Saya perlu berbohong. Saya tidak tahu apa saya perlu katakan.

Betul. Tegar...

... tak mengapa kamu tinggalkan kerja untuk temankan saya?

Saya boleh pergi sendirian.

Tiada masalah.

Apa yang kamu cakap sebelum ini...

Ada sesuatu yang lebih indah daripada jatuh cinta.

Apa pendapat kamu?

Saya tidak sangka kamu masih ingat apa yang saya cakap.

Setiap orang pasti ada pendapat yang berbeza.

Jika mereka cakap jatuh cinta adalah sesuatu yang paling indah...

... saya percayakan mereka.

Tetapi bagi saya...

... ada sesuatu yang lebih indah daripada jatuh cinta.

Tetapi ia hanya kerana saya ada jawapan yang berbeza.

Kenapa? Ada yang tidak kena dengan apa yang saya cakap?

Tidak!

Kamu...

... kamu selalu ingatkan saya pada seseorang.

Tegar! Hujan!

Tegar, hujan! Kamu tidak takut terkena hujan?

Apa?

Sebenarnya, saya juga tidak takutkan hujan.

Rangga, masih tiada berita tentang Raina sehingga hari ini.

Kamu perlu mencarinya, okey?

Di mana kamu, Raina?

Ya, ayah?

Helo, Mitha sayang. Apa khabar?

Saya sihat.

Bagaimana dengan ayah?

- Ayah sihat, bukan? - Ayah sihat. Bagaimana?

Kamu masih tidak pulang musim cuti ini?

Kami semua sangat rindukan kamu.

Ayah tahu, bukan?

Saya tidak akan balik jika isteri ayah masih ada di rumah.

Okey? Selamat tinggal!

Mitha masih tidak mahu pulang?

Kerana saya, bukan?

"Flip-flop"!

Apa?

Kamu tidak tahu tentang "flip-flop"?

Tidak.

Saya dan kawan baik saya selalu main "flip-flop".

Peraturannya adalah...

... salah seorang daripada kita cakap "flip" dan "flop"...

... hajat kita akan jadi kenyataan!

- Kamu tidak faham? - Tidak.

Jadi, secara serentak, kita buat hajat.

Selepas buat hajat, seorang daripada kita...

... akan sebut "flip" atau "flop".

Jika kita cakap "flip-flop", impian kita akan jadi kenyataan!

- Okey? - Okey. Saya tidak takut.

Buat hajat!

Buat hajat terlebih dahulu.

Ya. Marilah.

Satu, dua, tiga!

- "Flip"! - "Flop"!

Hei!

- Hajat saya akan jadi kenyataan! - Mereka melihat kita.

Ya!

Jadi, apa lagi kita perlu buat?

Kita sudah cari merata tempat, tetapi tidak berjaya.

Kamu sendiri tidak mahu tunjukkan gambarnya pada saya.

Jadi? Bagaimana saya mahu bantu kamu?

Saya tahu, kawan!

Mungkin saya perlu laporkan pada polis. Failkan orang hilang.

- Bagaimana? - Kamu pasti?

Apa lagi saya patut buat?

Saya bimbang! Saya tidak tahu di mana dia tidur selama dua hari ini!

Okey. Terpulang pada kamu.

Okey. Selamat tinggal.

Kenapa dengan kamu? Kenapa kamu demam?

Saya tidak tahu.

Mungkin saya demam.

Begitu ramai.

Okey, baiklah. kamu buat pesanan dahulu, saya akan cari tempat duduk.

Maafkan saya?

Tempat ini ada orang?

- Tidak. Sila duduk. Ya. - Ya?

Terima kasih.

Boleh saya bantu kamu, cik?

Silakan.

Saya akan hantar dokumen sekarang, Encik Bos.

Okey, terima kasih. Selamat tinggal.

Esok pagi saya akan ke Singapura.

Kamu mahu ikut, sayang?

Tidak. Saya akan tinggal di rumah sahaja, okey?

Peliknya.

Sayang, sampai bila Mitha tidak boleh terima saya?

Adakah kamu sedar...

... kamu tanya tentangnya setiap hari.

Saya tidak akan berhenti bertanya pada abang...

... sehingga saya dapat jawapannya, sayang.

Tetapi kamu tidak boleh sentiasa begini.

Ya, Encik Charlie. Apa khabar? Apa?

Kamu mahu yang itu, bukan?

- Ya. Bagus bunyinya. - Ya.

Berapa?

- Kita sudah dapat tempat duduk? - Ya. Di sana.

Tetapi kita akan berkongsi dengan seseorang.

- Di sini? - Ya.

Hei, di mana dia?

Saya tidak tahu.

- Selamat menjamu selera. - Selamat menjamu selera juga.

Kenapa? Tidak enak?

Ia enak.

Saya cuma fikirkan sesuatu.

Jika saya kembali ke sana dan dihalau sekali lagi...

... saya tidak tahu apa saya patut buat.

Pergi sahaja ke apartmen saya.

Tetapi ada syarat.

Kamu perlu sediakan sarapan...

... basuh pinggan kotor, basuh pakaian, mop lantai.

Apa kakak saya akan cakap jika dia tahu...

... saya datang ke New York hanya untuk jadi pembantu rumah?

Bagaimana dengan kekasih kamu?

Kenapa dengan kekasih saya?

Jika saya perlu kembali ke apartmen kamu...

... kekasih kamu tidak kisah?

Tiada masalah.

Sebenarnya, saya mahu kamu berkenalan.

Jadi, kamu boleh rapat dengannya.

Kekasih kamu pandai bercakap bahasa Indonesia?

- Dia orang Indonesia? - Ya.

Jangan bimbang.

Kami boleh jadi kawan rapat.

Jangan bimbang.

التعليقات

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left