Shrek the Third

Shrek the Third

Stáhnout Malay titulky

Informace o verzi

Shrek the Third 2007 1080p BluRay x265-RARBG
Komentář od AzwanHussin
Resync dari ahmad yoshiki

Tagy

BluRay
1080
x265
Zveřejněno: 2021-09-11
Stažení: 103
Pro sluchově postižené: No

Náhled titulků v jazyce Malay

Prvních 200 řádků.

Mara, Chauncey!

Ke puncak menara tertinggi...

...di mana puteri ku menanti putera Charming yang kacak!

Ini lagi teruk dari cerita "Love Letters". Aku benci teater makan malam!

Aku pun.

Berhenti, Chauncey!

Putera Charming yang berani sedang menghampiri.

Jangan takut, gadis cantik. Aku akan bunuh raksasa yang mengawal kau...

...dan mengambil tempat ku sebagai raja.

Apa dia kata?

Itu Shrek!

Whoo, Shrek, yea!

Bersedialah, raksasa...

...untuk merasai kesakitan yang kau tak pernah rasa!

Selamat Hari Jadi. Selamat Hari Jadi.

Boleh tak jangan kacau?

Boleh tak jangan kacau? Boring!

Bersedialah, raksasa...

Suatu hari nanti kamu akan menyesal.

Kami dah pun menyesal!

Ibu...

Betul kata ibu. Aku tak boleh biarkan ia berlaku.

Tak boleh!

Aku raja Far Far Away yang paling layak.

Dan aku janji pada ibu...

...aku akan kembalikan maruah dan takhta ku.

Dan kali ini,

tiada siapa akan halang aku.

Selamat pagi.

Selamat pagi.

Bau nafas pagi.

Aku tahu. Ia sungguh indah, kan?

Selamat pagi, selamat pagi.

Matahari sedang bersinar

Selamat pagi, selamat pagi pada kau

Dan kau! Dan kau!

Sungguh cepat mereka membesar.

Tak cukup cepat.

Kamu akan menggantikan Raja dan permaisuri.

Ada beberapa acara perlu kau hadiri.

Bagus! Mari kita mulakan.

Ayuh, si berat tulang. Masa untuk bergerak!

Kau kena beli seluar pendek.

* Aku tidur sekejap dan aku perlukannya *

* Tak banyak, cuma sedikit saja *

* Seseorang selalu menghalang ku tidur *

* Ia sungguh memalukan *

* Ia menyakitkan hati *

Aku anugerahkan kau.

Kau menggantikan Raja, jadi kau mesti nampak macam Raja.

Boleh tak sesiapa tolong kerjakan Shrek?

Aku akan buat apa yang termampu.

Yea, wau.

Perlu ke semua ini?

Memang perlu, Fiona.

- Aku Shrek, bodoh. - Apa sajalah.

Ini bukan latihan. Mari kita beraksi!

Senyum, semua! Senyum!

Tak tahu berapa lama lagi aku boleh bertahan.

Maafkan aku, tapi boleh tak kau senyum dan bersabar?

Sabarlah sampai ayahanda sembuh.

Shrek?

Kau nampak kacak.

Mari sini, kau.

Punggung aku gatal gila tapi aku tak boleh garu kerana pakaian ini.

Hei, kau! Mari sini. Apa nama kau?

Fiddlesworth, tuan.

Bagus.

Tuan-tuan dan puan-puan...

...Puteri Fiona dan Tuan Shrek!

Ahh! Di situ.

Ke kiri sikit.

Di situ! Sedapnya.

Oh, yeah! Garu lagi! Tepat pada sasaran.

Shrek!

Mata aku!

Apa yang kau buat?

Fiona!

- Kau tak apa-apa? - Ya. Aku okay.

Udang! Kegemaran ku!

- Cukup! Mari kita balik! - Bawa bertenang.

Bertenang? Siapa kita nak perdayakan? Aku ni seorang ogre.

Aku tak sesuai untuk semua ini, Fiona, dan aku takkan sesuai.

Aku rasa semua berjalan lancar.

Donkey!

Ayuh, Shrek!

Sesetengah orang memang suka mengacau.

Cuba fikir. Beberapa hari lagi kita akan pulang ke rumah...

...dalam pondok kita yang dipenuhi tikus dan kulat...

...dan diselimuti bau lumpur dan pengabaian.

Aku cukup tergoda dengan ayat "dipenuhi tikus" tadi.

Dan mungkin beberapa kaki kecil berlari di lantai.

Betul tu, tikus paya akan membiak.

Uh, bukan.

Apa yang aku fikirkan, besar sedikit daripada tikus paya.

Donkey?

Bukan, Shrek. Macam mana, kalau aku kata...

...ia kaki ogre yang kecil?

Sayang, cuba fikir betul-betul.

Kau pernah nampak bayi kebelakangan ini?

Mereka cuma makan dan berak, kemudian menangis...

...lepas tu mereka menangis bila berak dan berak bila mereka menangis.

Bayangkan pula bayi ogre.

Mereka menangis lebih banyak dan berak lebih banyak.

Shrek, kau tak pernah terfikir nak ada keluarga?

Sekarang, kau adalah keluarga aku.

Aku harap kerana ada orang nak mati.

Aku dah nak mati.

Harold?

Jangan lupa bayar gaji tukang kebun, Lillian.

Sudah tentu, sayang.

Fiona.

Ya, ayahanda?

Ayahanda tahu ayahanda banyak buat silap pada kau.

Tak apa.

Tapi cinta kau pada Shrek telah...

...mengajar ayahanda banyak perkara.

Anak lelaki ku...

...ayahanda bangga memanggil kau anak.

Saya pun bangga memanggil ayahanda katak...

...ayah mertua.

Sekarang ada urusan perlu diselesaikan.

Raja Katak... dah mati.

Pakai topi semula, bodoh.

Shrek...

...tolong datang dekat.

Ya, ayahanda?

Kerajaan ini memerlukan raja baru.

Kau dan Fiona adalah waris tahkta terdekat.

Tengok, pasal inilah rakyat sukakan ayahanda.

Walau pun dah hampir mati, ayahanda masih buat lawak.

Tolonglah ayahanda. Seorang ogre menjadi raja?

Itu bukan idea yang bagus.

Mesti ada orang lain. Sesiapa saja!

Selain kau, ada seorang lagi perwaris.

Betul ke? Siapa dia, ayahanda?

Nama dia adalah...

...adalah...

Apa nama dia?

...adalah...

Ayahanda!

Nama dia adalah Arthur.

Arthur?

Ayahanda tahu kau akan buat...

...perkara yang betul.

Harold?

Ayahanda? Ayahanda!

Ayahanda?

Buatlah benda tadi.

* Semasa kau muda dan semasa hati kau *

* Bagai buku yang terbuka *

* Kau berkata nikmatilah hidup ini *

* Kau nikmatinya, Kau nikmatinya, Kau nikmatinya *

* Tapi jika dunia tak menentu ini *

* Buat kau mengalah dan menangis *

* Maka hidup dan matilah *

* Hidup dan matilah*

* Hei, perempuan Kau, perempuan *

* Menyumpah hidup kau *

* Kau ibu yang dibenci *

* Dan isteri yang disisih *

Berapa harga untuk dapatkan satu minuman di sini?

Ah, Mabel!

Aku tak faham kenapa mereka panggil kau kakak tiri yang hodoh.

Mana Doris? Ambil cuti ke?

Dia tak dialu-alukan di sini, begitu juga kau.

Apa kau nak, Charming?

Tak banyak. Cuma peluang untuk membalas.

Dan minuman Fuzzy Navel.

Dan Fuzzy Navel untuk semua kawan aku!

Kami bukan kawan kau.

Ini bukan tempat kau.

Betul tu, tapi, bukankah kita semua begitu?

Buat nombor pada muka dia.

Tunggu, tunggu, tunggu! Kita sebenarnya sama.

Ahli sihir! Tujuh orang kerdil selamatkan Snow White, kemudian apa jadi?

Oh, apa kaitan dengan kau?

Mereka tidak pedulikan kau.

Sekarang kau di sini, kais pagi makan pagi.

Macam mana rasanya?

Agak tidak adil, rasanya.

Dan kau!

Boneka kau meninggalkan pertunjukan kerana nak cari ayah dia.

Aku benci boneka kayu tu.

Dan Hook.

Perlukah aku sebut?

- Dan kau, Frumpypigskin! - Rumpelstiltskin.

Mana anak sulung yang dijanjikan pada kau?

Mabel. Ingat tak semasa kaki besar kau...

...tak muat nak masuk dalam kasut kaca?

Cinderella berada di Far Far Away sekarang...

...makan bonbon, menari dengan semua makhluk cerita dongeng...

...yang pernah menghina kau!

Pada suatu masa dahulu, seseorang telah memutuskan bahawa kita ni orang yang gagal.

Ada 2 kisah bagi setiap cerita...

...dan kisah kita belum diceritakan!

Jadi siapa nak sertai aku? Siapa ingin berada di puncak?

Siapa nak penghujung cerita yang...

..."bahagia selama-lamanya"?

Ikut sini, semua.

More Malay subtitles for Shrek the Third

Komentáře

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left