The Murder of Rachel Nickell

The Murder of Rachel Nickell

Stáhnout Malay titulky

Informace o verzi

The Murder of Rachel Nickell 2026 NF WEB H264-EDITH
Komentář od tedi
Retail NF | 1:36:07

Tagy

webdl
Zveřejněno: 2026-06-04
Stažení: 35
Pro sluchově postižené: No

Náhled titulků v jazyce Malay

Prvních 200 řádků.

Ayah?

Ya?

Ayah ada di atas?

16 JUN 1993

Ayah, boleh tolong lukis mak pada kertas ini?

Alex, pandang ayah.

Orang jahat itu depan kamu macam ayah sekarang?

Atau di sebelah sini atau di sebelah sana?

- Di depan saya. - Dia di depan kamu?

- Ya. - Mak nampak dia?

Saya tak rasa mak nampak.

Tidak? Kamu nampak dia dulu?

Ya, saya nampak dia dulu.

Dia ada beg?

Ya.

Dia buka beg atau beg dah terbuka?

Dia buka.

Apa dia keluarkan?

Pisau.

Apa dia buat?

- Tolak saya! - Dia tolak kamu?

Ya.

Lelaki jahat itu cucuk mak.

Dia cucuk dengan apa?

Pisau. Itu pisaunya.

Kamu nampak?

Ya, saya nampak pisau.

Kamu nampak setiap kali?

Saya nampak. Saya nampak semuanya.

Anak saya menyaksikan pembunuhan ibunya.

Tapi tiada siapa tahu berapa lama diperlukan

untuk cari pelakunya.

SATU TAHUN SEBELUM

Ayah pegang apa?

- Ayah pegang kamera. - Untuk apa?

Ambil gambar kamu.

Peluk.

Kita tak suka, betul tak, Alex?

Rachel dan Alex, mereka satu unit.

Alex tumpuan Rachel setiap hari.

Dia tak tertarik kepada kemewahan.

Dia bahagia dengan kesederhanaan

dan luang masa bersama orang tersayang.

Hal kecil pun boleh jadi menyeronokkan bagi dia.

Tak sabar.

Tidur.

Usap Molly. Baring dan usap.

Waktu itu saya bekerja sebagai penghantar lima hari seminggu

dan pergi merata negara.

Saya keluarkan motosikal pada hari itu.

Walaupun dah ucap selamat tinggal, mereka tiba-tiba muncul.

Mereka turun tangga dan melambai.

Itu memori abadi bagi saya, mereka tersenyum.

Berdiri di tangga, berpegangan tangan.

Alex kelihatan tenang dan Rachel nampak cantik.

15 JULAI 1992

Mereka selalu pergi ke Wimbledon Common.

Tempat itu terkenal selamat.

Alex perlukan senaman seperti anjing peliharaan kami.

Jika tidak, dua-dua tak tentu arah.

Pada hari itu, saya di London.

Saya dihantar ke pinggir bandar.

Ia era sebelum telefon bimbit.

Saya telefon beberapa kali sehari untuk periksa keadaan.

Pagi itu saya berhenti,

jumpa telefon yang berfungsi,

dan dail nombor rumah.

Suara lelaki jawab panggilan.

Saya terus terkaku.

Saya terus tahu berlaku musibah.

Dia kata dia polis.

Saya tanya mana Rachel?

Dia kata berlaku kemalangan.

Saya tanya jika Rachel mati.

Dia kata dia tak boleh beritahu. Jawapan itu mengesahkannya.

Saya tanya, "Mana Alex?"

Dia kata, "Alex selamat. Dia di hospital."

Dia suruh tunggu kereta polis untuk jemput saya.

Sebaik saya letak telefon, Saya rebah dan menangis.

André, saya menghadap perut awak.

Hentikan sekejap.

Hei, saya tak…

Saya tak tahu apa ayah cakap.

Kami suka bahagian itu.

- Awak suka? - Ya.

Keyakinan saya pada realiti yang kononnya stabil terus lenyap.

Keadaan saya boleh digambarkan sebagai hampir hilang akal.

11.20 PAGI

Pada 15 Julai 1992,

saya diberitahu ada mayat ditemui

oleh seorang penjaga anjing di Wimbledon Common.

Memang jadi tugas kami menangani situasi seperti ini secara profesional.

Mengetepikan emosi dan tahan diri daripada terkesan.

Saya merentasi kawasan rumput,

kemudian belok ke kanan ke sebuah kawasan lapang.

Ia lokasi kejadian jenayah paling teruk.

Ia nampak macam amukan ganas.

Mangsa diserang, diseret,

ditikam 49 kali di sekitar leher dan dada.

Dia terbaring dengan tangan terangkat di depan mukanya,

seolah-olah masih cuba melindungi diri.

Ia mengerikan.

Detektif beritahu saya yang Rachel diserang dari belakang.

Dia ditikam beberapa kali dan dirogol.

Alex ditemui berpaut pada tubuh ibunya.

Mereka terpaksa tarik dia

untuk merawatnya.

Alex dibawa ke hospital ini.

Apabila tiba,

mereka nak saya bercakap dengan pakar psikologi

sebelum berjumpa Alex.

Pakar psikologi kata, kanak-kanak berdaya tahan.

Mereka boleh lalui dugaan berat.

Dia kata mereka perlu faham yang ia kekal.

Ibunya takkan kembali.

Alex keluar didukung jururawat dan dia diam saja.

Ada luka di bawah matanya. Ada lebam pada pipinya.

Pandangan matanya tajam.

Seperti orang tua dalam tubuh anak kecil.

Saya dukung dia dan ulang kata-kata pakar psikologi.

Ada kemalangan,

mak dah mati, dia takkan kembali.

Dia asyik tenung saya. Dia tak tanya apa-apa.

Tapi itu cara dia beritahu saya, "Saya dah tahu.

Itu sesuatu yang tak perlu dijelaskan kepada saya."

Alex, pusing dan lambai kepada mak.

Lambai.

Dia tak tanya lagi di mana ibunya. Sekali pun tidak.

Polis tutup Wimbledon Common

selepas mayat separuh bogel ditemui oleh orang yang lalu lalang.

Detektif kata mangsa dibunuh dengan ganas,

dan disaksikan anaknya yang berusia dua tahun.

Editor berita telefon saya dan kata mereka dapat tahu

ada kejadian tikaman maut di Wimbledon Common.

Dia suruh pergi dengan kru segera.

Wimbledon sebuah kawasan mewah dengan rumah-rumah cantik.

Wimbledon Common

ialah kawasan tanah lapang seluas 1,100 ekar

betul-betul di pinggir London.

Pembunuhan berlaku pada waktu siang,

dan polis yakin pembunuhnya berlumuran darah.

Eve Richings, Sky News.

Polis di lokasi kelihatan sangat terkesan.

Orang yang lalu di situ temui dia dalam keadaan separuh bogel,

dan seorang budak lelaki sedang berpaut pada mayatnya.

Superintenden Bassett ketua siasatan kes itu.

Dia yang beri taklimat pertama.

Budak kecil itu berlumuran lumpur dan darah.

Darah itu mungkin darah ibunya.

Saya sarjan detektif dan pada masa siasatan,

saya orang kanan John Bassett.

Apabila kami tiba di lokasi kejadian,

ternyata dia terseksa dalam serangan itu.

Kami memeriksa mayatnya dan dapati kedudukan mayat tak normal.

Pakaiannya dikoyak.

Ada kelembapan pada tubuhnya.

Itu menunjukkan kemungkinan ada unsur seksual.

Menakutkan memikirkan penjenayah begitu masih bebas.

Kalau dia sanggup buat perkara itu sekali,

ada kemungkinan dia akan mengulanginya.

Tekanan bertambah untuk buru dia sebelum ia berlaku lagi.`

Ini hari kedua polis menyisir Wimbledon Common seluas 1,000 ekar

mencari bukti pembunuhan kejam itu.

Saiz Wimbledon Common buat saya sedar yang ini tugas yang berat.

Biasanya apabila berlaku pembunuhan,

cuma ada dalam 10, 15 pegawai.

Untuk kes ini ada 40 pegawai.

Dari awal lagi sudah jelas kes ini akan jadi kes yang besar.

Ibu yang terbunuh dinamakan secara rasmi sebagai Rachel Nickell.

Mayatnya dikenal pasti hari ini oleh ayah kepada anak kecilnya.

Melihat gambar Rachel Nickell,

melihat rupanya,

dia kelihatan hidup dan ceria.

Orang boleh bayangkan diri mereka dalam hidupnya.

Mereka ingat masa umur mereka 23 tahun

atau ingat masa mereka baru jadi ibu bapa.

Gambar-gambar yang disiarkan umpama kisah cinta.

Kami terus serasi.

Saya tak pernah mengalaminya, dan tak pernah alaminya sejak itu.

Kami tak boleh dipisahkan. Ikatan kami amat kuat.

Ia pengalaman yang orang impikan.

Jatuh cinta sepenuhnya dan rasa lengkap dengan seseorang.

Kami rasa amat bertuah.

Apabila Rachel hamil, ia satu kejutan.

Saya 25 tahun dan Rachel 19 tahun.

Dia sepatutnya tamatkan pengajian,

bina kerjaya, bekerja.

Tapi apabila dia nampak komitmen saya, dia percaya hubungan kami boleh berjaya.

Jadi, kami teruskan saja.

Pertama kali dukung anak

dan lihat dia bernafas,

ia ajaib.

Ia satu keajaiban.

Sesiapa yang pernah melihat kelahiran anak pasti percaya pada keajaiban.

Rachel ibu semula jadi.

Dia mengagumkan.

Mereka berdua amat sayang satu sama lain.

Mereka saling melengkapi.

Itu tindak balas manusia.

Kita harap ia jadi pada kita dan bukan pada mereka.

Komentáře

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left