Specials

Informace o verzi

초면에 사랑합니다 The Secret Life of My Secretary E25-E26 190617-NEXT-VIU
초면에 사랑합니다 The Secret Life of My Secretary E27-E28 190618-NEXT-VIU
Komentář od SapickeD
Eps 25-26

Tagy

other
Zveřejněno: 2019-09-17
Stažení: 43
Pro sluchově postižené: No

Náhled titulků v jazyce Malay

Prvních 200 řádků.

Apabila kepercayaan antara bos dan setiausaha musnah,

awak tahu akibatnya.

Jeong Gal Hee.

Awak dipecat.

Rahsia yang tidak boleh diberitahu.

(Episod 13: Rahsia Yang Tidak Boleh Diberitahu)

Pernahkah saya beritahu awak...

sebab kenapa saya membantu awak?

Awak tahu tentang arowana?

Ya. Saya arif tentang arowana.

Orang kata ikan ini membawa tuah.

Ikan ini peninggalan mendiang ayah saya.

Terdapat seseorang...

yang menghargai ikannya lebih daripada setiausahanya.

Berapa kali saya beritahu awak?

Saya kata saya akan beri ikan ini kepada Min Ik.

Jadi, awak perlu jaga dengan elok!

- Maaf, tuan. - Maaf, tuan.

Pastikan ikan ini terus hidup.

Jika ikan ini mati, awak berdua juga akan mati.

Selamatkan ikan ini!

Oh Tuhan.

(Pengerusi Rangkaian TnT, Do Wan Bae)

Ya, tuan. Kami dalam perjalanan sekarang.

Ya, di simpang...

Hei.

Pastikan ikan ini terus hidup.

Jika ikan ini mati, awak berdua juga akan mati.

Oh, tidak!

Setiausahanya mati menyelamatkan seekor ikan,

tapi syarikat tidak anggap itu sebagai kemalangan perindustrian.

Sebab jika ia dilaporkan sebagai kemalangan perindustrian,

itu akan dedahkan setiausahanya yang dipaksa bekerja lebih masa...

dan ikan bernilai 100,000 dolar yang diterimanya sebagai rasuah.

Jadi, saya ganti ikan itu...

dengan ikan lain yang bernilai 10,000 dolar.

Dan, dengan duit itu...

Eul Wang.

Dari mana awak dapat duit ini?

Saya bayar yuran anak lelaki setiausahanya,

memandangkan setiausahanya tidak dapat sebarang pampasan.

Pada ketika itulah saya tubuhkan persatuan bernama Euldoguk.

Kami ambil duit haram daripada orang atasan...

dan pulangkan duit itu kepada mereka yang dilayan dengan tidak wajar.

- Tidak. - Kami ganti lukisan yang...

mereka terima sebagai rasuah dengan lukisan palsu.

Dan, kami kumpul sejumlah duit takziah yang besar...

yang menyalahi undang-undang rasuah sebagai dana.

Kita, pekerja kontrak rangkaian TnT...

langsung tidak dapat berehat sebentar.

Tapi, kita akhirnya berjaya menyediakan bilik menunggu!

Setiap sen yang kami kumpul...

digunakan untuk memperbaiki layanan yang diterima oleh pekerja kontrak.

Itulah caranya kami mampu sediakan bilik menunggu untuk pemandu.

- Jadi, apa? Oh Tuhan. - Sebab itu saya tidak boleh...

- Saya akan telefon awak semula. - biarkan bila dengar kisah awak.

Letak telefon sekarang.

Oh Tuhan, tidak guna.

Hei.

Berapa kali saya beritahu awak supaya jangan makan di dalam kereta?

Tidak, tuan. Saya tidak pernah makan di dalam kereta...

kerana saya tahu awak tidak suka.

Jadi, ini bau apa?

Mungkin alat pemanas.

Mengarut. Hei, dungu.

Awak fikir saya tidak boleh bezakan bau makanan dan alat pemanas?

Awak fikir saya dungu? Hei!

Hei!

Hei! Hei!

Apa maksud awak?

Kenapa syarikat tidak laporkan ini sebagai kemalangan perindustrian?

Presiden Sim naik angin...

dan dia kata dia akan saman awak atas cubaan membunuh.

Saya baru menerima panggilan dari pusat perkhidmatan,

dan nampaknya dia kata awak sengaja menyebabkan kemalangan itu...

untuk balas dendam terhadapnya kerana mencederakan leher awak.

Apa?

Jadi, siapa...

Siapa yang akan bayar kecederaan lutut saya?

Helo?

Encik Eun Jung Su?

Siapakah awak?

Saya Lee Eul Wang.

Saya datang kerana Setiausaha Mo beritahu saya tentang awak.

Euldoguk melaporkan kemalangan awak sebagai kemalangan perindustrian,

dan ini 10,610 dolar untuk enam bulan gaji.

Saya tidak pasti...

jika saya boleh ambil duit ini.

Ambillah.

Sememangnya inilah tujuan saya tubuhkan persatuan ini.

Sebagai balasan,

biarlah saya bantu...

Euldoguk dengan apa cara sekalipun.

Saya tidak pasti.

Saya akan buat-buat apa yang boleh untuk bantu awak.

Kalau begitu, boleh awak jaga lejar kami?

Saya rasa tidak selesa menyimpan ia di syarikat.

Sudah tentu. Apa-apa sahaja awak perlukan, bos.

"Bos"?

Ini pisau kecemasan.

Saya sentiasa membawa ia sejak saya mula...

bekerja sebagai pemandu pada usia 20 tahun.

Saya boleh menyelamatkan diri saya...

jikalau berlaku apa-apa di dalam kereta.

Seorang bos pernah tarik rambut saya...

kerana dia tidak suka saya sentiasa mematuhi lampu isyarat.

Dan, seorang bos...

pernah campak puntung rokok ke arah saya...

kerana saya beri laluan kepada sebuah kereta lain.

Saya mahukan bos yang saya boleh hormat,

bukan hanya seseorang yang berpangkat tinggi.

Ha Ni cakap dia tinggalkan lejar di pejabat.

Awak tunggu di sini sekejap.

Ke mana dia pergi?

Di mana pemacu USB?

Oh Tuhan, saya sudah beritahu dia yang fail ini sulit.

Ya, bos.

Saya rasa Pengarah Do sudah ambil lejar itu.

Kita tidak boleh benarkan dia lihat fail itu.

Bukankah awak kata awak tahu ke mana dia mahu pergi?

Saya rasa dia akan pergi berjumpa Dae Ju di Sungai Han.

Kalau begitu, tolong pastikan Pengarah Gi tidak pergi ke sana.

Saya akan dapatkan lejar itu.

Hei, awak sudah sampai.

Siapa...

- Kalaulah... - Siapakah awak?

Kalaulah saya tidak berkeras ke sana untuk dapatkan lejar itu.

Saya akan menyerah diri.

- Apa? - Saya mahu membantu,

tapi akhirnya saya buat keadaan jadi lebih buruk.

Memandangkan Pengarah Do sudah melihat lejar itu,

menunggu masa sahaja sebelum dia dapat tahu tentang Euldoguk.

Biarlah saya menyerah diri...

dan mengaku saya bertanggungjawab ke atas lejar...

dan kemalangan yang menimpa Pengarah Do.

Tidak.

Syarikat dan Presiden Sim yang patut dihukum.

Kenapa awak pula yang mahu menerima hukuman?

Tapi, bagaimana jika...

semua orang dalam Euldoguk dipecat?

Pengarah Do...

tidak dapat melihat wajah orang disebabkan saya.

Kenapa pula itu menjadi salah awak?

Salah ayahnya yang cuma mengambil pekerja kontrak...

untuk mengurangkan perbelanjaan pekerja syarikat.

Dan, ia juga salah Presiden Sim kerana melayan pemandunya...

seperti hamba.

Saya akan pastikan tiada apa-apa menimpa Euldoguk.

Encik Eun, pergilah bercuti di tempat menarik selama beberapa hari.

Saya akan telefon awak sebaik sahaja keadaan menjadi lebih baik.

Kita akan sewa sebuah kereta lama di Havana...

dan memandu sepanjang Pantai Malecon.

Jadi, kita akan pergi ke kelab salsa...

dan menikmati mojito.

Kenapa awak tiba-tiba mahu pergi ke Cuba?

Kalau awak mahu pergi juga, bawalah teman wanita awak.

Awak tidak dengar cerita saya tadi?

Empat jam saya beritahu awak tentang kisah cinta yang menyedihkan.

Dua wanita yang saya jatuh cinta itu...

merupakan wanita yang sama.

Awak mahu saya tinggalkan pesakit dan teman awak pergi ke Cuba?

Awak mahu saya pergi dengan siapa?

Setiausaha saya menipu saya.

Saya meragui kawan saya. Dan, keluarga...

Sebenarnya...

saya tidak pernah ada keluarga.

Beginilah.

Saya tidak dapat teman awak ke Cuba, tapi saya boleh periksa leher awak.

Seperkara lagi,

jika dua wanita yang awak cintai merupakan wanita yang sama,

bukankah itu bagus?

Bagus?

Awak pun tahu itu bukan masalahnya!

Saya pasti dia ada alasan yang kuat.

Awak menyebelahi siapa?

Oh Tuhan. Okey, baiklah.

Oh Tuhan, perempuan tidak guna! Perempuan jahat!

Jahat betul dia! Awak gembira sekarang?

Tapi, nampaknya awak tidak lupa makan ubat.

Disebabkan itu, ia tidak jadi lebih teruk.

Kalau tidak, keadaan awak tentu teruk.

Apa-apa sahajalah. Saya pergi dahulu.

Ada tempat lain yang saya perlu pergi juga!

Saya tidak sangka...

saya tiada tempat lain untuk pergi selain ke sini.

Ini. Ambillah.

Saya sudah bosan main dengan bot ini.

Ya, Encik Park.

Bagaimana dengan nombor Encik Eun yang lain?

Okey.

Jika awak dapat telefon dia, tolong beritahu saya.

Selamat tinggal.

Siapa itu?

Saya sudah dengar semuanya di balai polis.

Pertama kali bertemu Encik Eun, dia tidak seperti lelaki jahat.

Dae Ju, memandangkan awak sudah serahkan surat peletakan jawatan,

bagaimana kalau kita ke Cuba dan belajar tarian salsa?

Kenapa awak mahu pergi ke Cuba?

Tinggal tiga hari sebelum pemilihan presiden. Awak tidak tahu?

Saya tidak tahu.

Komentáře

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left