Prvních 200 řádků.
Hai, nama saya Jill.
Hai, nama saya Joan.
Nama saya…
DESIRE
KELAB LOMAS
SEBULAN LALU
Selamat pagi.
Mak, minyak wangi apa sesuai? Boleh pinjam mak punya?
Ikut suka awak, sayang. Ya, tapi jangan banyak.
Gaun tadi lebih cantik.
Ya, terima kasih, sayang. Awak nak pakai kemeja putih ini?
Saya tukar untuk kelainan. Tak suka? Nak tukar?
- Awak nampak kacak. Mari. - Yakah? Awak pasti?
- Mungkin jemputan terlalu ramai. - Awak pasti akan seronok.
Awak nampak sangat kacak, sayang!
Kemas dan sangat kacak.
Wah! Tak sangka kita ada pertalian darah.
Apa awak merepek ini? Kita nampak seiras.
Hei…
Terima kasih banyak kerana buat semua ini.
Kita sepasukan.
- Sepasukan. - Sepasukan.
- Itu pun mereka! - Tahniah!
Terima kasih!
Terima kasih!
- Terima kasih. - Bagus!
- Mereka tak malu? - Memalukan.
Awak sangat cantik! Memukau!
Terima kasih.
Ya, awak nampak cantik!
Saya gembira dapat jumpa kamu semua. Terima kasih kerana datang.
Hari ini ulang tahun perkahwinan kami ke-20.
Selain momen-momen indah
dan dikurniakan dua anak yang hebat,
kami juga pernah hadapi hari dan detik yang mencabar.
Sebab cinta
tak sempurna
dan tak mudah.
Cinta sejati bermaksud kekal bersama
dan sentiasa memilih satu sama lain.
Sayang, terima kasih kerana tak berputus asa
dan sentiasa ada di sisi saya.
Saya pilih untuk bersama awak
untuk bertahun-tahun lagi dan seumur hidup saya.
Terima kasih.
Syabas!
Hidup cinta!
Ya! Syabas!
- Sayang awak. - Sama.
Hei!
Di mana mak awak?
Di sana.
- Lucero, kawanku. - Beritahu saya akan telefon dia.
Tahniah! Tengoklah awak.
Kamu berdua harapan terakhir untuk cinta. Awak berseri-seri! Kita perlu bercakap.
Awak pula nampak teruk. Apa berlaku?
Ya, betul.
Saya sedang lalui masa sukar.
Saya tahu. Boleh kita bincang lain kali?
Ini parti saya.
Lucero, saya pendakwa raya Bandar Raya Mexico.
- Saya perlukan bantuan awak. - Ya, tapi bukan sekarang.
- Kita bincang esok di rumah awak. - Tak guna. Rumah apa?
Malena halau saya dari rumah.
Dah tiga hari saya tak tidur. Saya tinggal di hotel.
- Saya perlukan bantuan awak. - Ya, saya akan bantu.
- Tahniah! - Tahniah, Fernando. Apa khabar?
Baik, terima kasih.
Tolong beri saya champagne dan wiski.
Bagaimana?
Almita.
Apa rahsia untuk cinta kekal lama?
Tiada rahsia.
Kesabaran.
Memahami
ada perkara yang tak perlu dibahaskan lebih daripada sekali.
Sentiasa ada apabila diperlukan.
Bantu dia selesaikan apa saja masalah dia.
Berusaha sehabis baik untuk bantu dia capai impian dia,
tanpa kira apa pun halangannya.
Di mana nak cari lelaki seperti awak?
Ia berjaya.
Seperti tak berpenghujung.
Situasi ini semakin sukar bagi saya.
Apa maksud awak? Awak berbakat.
Awak dah pandai senyum.
Awak pelajar yang hebat.
Sebab saya ada guru terbaik.
Alma nampak cantik, bukan?
Dia nampak cantik.
Saya rasa dia ada rahsia.
Atau setidaknya nampak begitu.
Dia tak segan-segan pandang awak sepanjang tengah hari tadi.
Dia suka awak.
Dia begitu dengan semua orang.
Awak pula?
Awak suka Alma?
Awak nak bersama dia?
Saya bersama awak.
Ya, tapi…
Awak nak?
Apa kata kita ajak dia?
Jangan kata awak tak pernah terfikir.
Saya rasa awak yang nak perkara begitu.
Adakah saya salah?
Saya nak bersama awak.
- Tapi dah berapa lama kita tak… - Awak ingat saya tak tahu?
Betulkah awak nak bincang hal itu sekarang?
Bila lagi?
Patutkah kita jadualkan semasa cuti?
Okey, bagus.
Mari bincang.
Awak cadangkan kita cari orang lain?
Awak nak bersama orang lain?
Betul, hari ini memenatkan.
Kita bincang esok.
Mak, jangan lupa esok kami ada ujian masa renang.
- Okey. - Sekejap.
Sayang.
Tolong isikan ubat titis mata saya? Saya tak sempat ke farmasi.
Saya tambah air.
Saya tak sempat minum. Boleh simpan untuk nanti?
- Saya tak nak bergaduh… - Saya kena pergi.
- Awak tak… Ya. - Awak dah nak pergi?
- Saya nak bincang. - Malam ini. Pergi dulu.
Pelanggan menunggu.
Anak-anak, mak pun nak pergi. Jumpa nanti, okey?
Jangan lupa jemput saya dari kelas renang. Jumpa lagi.
Saya tunggu di bar hotel.
Pintu masuknya agak tersembunyi. Tempatnya tertutup.
Tanya di kaunter depan. Jumpa di sana.
Ya, semuanya. Dengan tempahan encik…
Cik, maaf.
Cik.
- Maaf. Di mana bar? - Sekejap.
Jangan risau, cuba bertenang.
Maaf, di mana bar?
Di sana. Jalan terus.
Maaf, saya sesat. Saya nak ke bar.
Ya.
Belok sini, turun ke dewan dan ke kiri.
Bagus. Terima kasih.
Hei!
Maaf.
Peliknya tempat ini. Susah nak cari.
Apa khabar? Awak nampak tak terurus.
Yakah? Kenapa agaknya? Beri kami dua minuman sama.
Satu saja.
- Ayuh. - Tak.
Awak bawa dia ke sini?
- Awak layak dilayan dengan teruk, celaka! - Yakah?
Dah berapa tahun awak kahwin?
- Dah 20 tahun. - Dua puluh tahun.
Jadi, kehidupan seks awak memuaskan selama 20 tahun ini?
- Ya. - Yakah?
Jangan begitu, Lucero!
Awak perlu hidup.
Awak tak boleh habiskan hidup dengan pergi kerja, balik rumah
dan ke rumah mentua hari Ahad.
Awak perlu makan, minum, bercinta, menari dan berasmara.
- Itu yang lelaki perlukan. - Tidak! Wanita pun sama juga.
Tepat sekali! Lelaki dan wanita perlukannya.
Cuma saya melampaui batas dan silap langkah.
Silap langkah?
Kenapa? Awak cari siapa?
Tiada apa-apa. Cuma…
Saya rasa seperti masih diekori.
Awak terlalu gementar.
Bertenang! Semuanya akan okey.
Lucero, mereka akan rampas anak-anak saya.
Jangan risau, saya akan bantu awak.
Awak akan dapat mereka semula.
Dia tak pedulikan awak, dia cuma nak rumah itu.
Jadi? Dia memang kejam dan kemarahannya berasas sebab…
Begini, percayalah saya.
Saya percayakan awak.
Tunggu. Maaf.
Maaf, saya perlu pergi. Saya diperlukan di pejabat.
Jangan risau, biar saya uruskan. Awak nampak teruk.
- Pergi bercukur dan mandi. - Ya, terima kasih. Jumpa lagi.
Encik, kamera keselamatan dah dipasang semalam.
- Nak muat turun aplikasi pantauan? - Ya.
Terima kasih, Lau.
Saya dah gantikan dan bacaan fotometer…
Maaf. Cami!
Tolong alihkan pasu bunga di koridor.
Klorin dan pH seimbang.
Injap juga ada tekanan untuk sedut bahan api.
Kita dah sedia?
- Ya. - Bagus.
Tiga puluh tahun.
Selesai.
Selesai.
KAMERA SATU
KAMERA DUA
Masuklah.
Tolong, teruskan…
Berundur sikit, beri mereka ruang. Sekarang giliran senior pula.
Awak datang tepat pada masa.
- Saya terlepas apa-apa? - Tak, jurulatih baru dah pun sampai.
No comments yet. Be the first to leave one.