Trap

Trap

Stáhnout Malay titulky

Informace o verzi

Trap (2024) WEB
Komentář od Sanzoryu
SUBS MALAY PENUH --- WEB --- "Kini tak perlu kerut dahi." | Durasi 01:45:07 | Manual translated | Rate kalau suka 🙂 Kini di telegram t.me/sanzoryu

Tagy

webdl
trap
concert
lady_raven
m_night_shyamalan
Zveřejněno: 2024-09-01
Stažení: 352
Pro sluchově postižené: No

Náhled titulků v jazyce Malay

Prvních 200 řádků.

JERAT

Jalanlah, Ayah.

Kita tak akan melanggar undang-undang, Riley.

Kita akan sampai sana waktu yang awak mahu.

Ayah janji.

Percayalah.

Mungkin saya akan jadi penyanyi.

Ya, mungkin.

Lekas. Cepatlah, cepat.

Tunggu. Nanti, nanti, nanti. Ayah kena ikat tali kasut.

Janganlah bergurau. Ini serius. Marilah.

Maafkan Ayah.

Maafkan Ayah!

Tak. Tak. Tak. - Ya. Ya.

Tak, tak, tak...

Tak adil. Saya 12 tahun.

Juara! - Apa-apalah.

Kita lewat. Ini menghampakan, Ayah.

Kita patut datang awal tadi.

Ya, ini paling awal Ayah boleh balik kerja, Riley. Maaf.

Mari sini, mari sini.

Bahu? - Ya.

Dia datang ke tak?

Keluarlah! Keluarlah!

Whoo!

Turunkan saya.

Ya, ratu!

Mantap!

Lady Raven!

Ya Tuhan!

Dia lambai pada aku.

Saya rasa saya dapat gambar yang cantik.

Tadi agak mengujakan.

Saya gembira sangat yang dia tambah

konsert petang ini selepas tiket habis dijual.

Tiket, saya ada tiket barisan kesepuluh.

Tak apalah. - Barisan kesepuluh?

Itu bukan betul, sayang. Jangan biarkan orang perdayakan awak.

Tempat duduk kita dah bagus. - Kita barisan 44.

Atas lantai! Bam!

Jadi, cerita pada Ayah.

Ada apa dengan kawan-kawan awak di sekolah?

Tiada apalah.

Tiada apa?

Saya tak mahu bercakap tentangnya.

Baiklah. Mari sini.

Awak.

Ayah, lihat.

Riley.

Ya, sayang. Ayuh!

Mereka tak kacau saya lagi. Mereka cuma tak libatkan saya.

Mereka asyik hantar gambar bersama-sama.

Begitu ya.

Mesti susah melihat apa semua orang buat setiap masa.

Kalian sangat terhubung walaupun tak begitu rapat.

Apa kata kita bergambar bersama bila kita dah masuk dalam?

Awak dan Ayah awak.

Jody mesti jelly (cemburu) nanti.

Itu idea yang sangat teruk.

Dan jangan sebut jelly , Ayah.

Tempat duduk ini baguslah, Ayah.

Terima kasih. Terima kasih.

Ini memang hari yang terbaik dalam hidup saya!

Ini usaha awak. 4A 1B. Ayah dah kata akan dapatkannya.

Ayah tak pernah dapat gred sebegitu.

Janji tetap janji.

Tapi Ayah bertuah betul dapat tempat duduk ini, bukan?

Saya tahu, saya tahu.

Ia telah ditakdirkan.

Kamilah Papa's Boots.

Jadi apa maksud "rangup"?

Maksudnya sesuatu itu bagus.

Cuba guna dalam ayat.

Mat, rumah kau memang rangup.

Begitu ya.

Jadi kalau Ayah datang ke rumah seseorang dan kata,

"Yo, rumah kau memang garing."

Jangan kata begitu langsung.

Kenapa? Garing lebih baik daripada rangup.

Hentikan. Saya tak akan ajar Ayah perkataan lagi.

Whoo-hoo! Whoo!

Apa khabar semua, ratu-ratu dan raja-rajaku?

Ya Tuhan!

Ya Tuhan! Ya Tuhan! Ya Tuhan!

Ya Tuhan. Ya Tuhan! Ya!

Hei, Ayah nak ke tandas.

Sama ada awak boleh duduk di sini

atau ikut Ayah dan tunggu di luar tandas lelaki.

Saya tak ikut, Ayah. Saya tak mahu pergi.

Awak tinggal di tempat duduk ini.

Janji? - Saya janji.

Riley, Ayah serius.

Saya tak ikut, Ayah. Saya tak mahu pergi.

Oh, hei! Cooper!

Hai. Kau datang sini dengan Riley?

Yep.

Aku datang dengan Jody.

Aku tak, uh...

tak jumpa kau sejak mesyuarat PIBG...

...itu.

Gembira jumpa kau.

Ya. Dengar sini, aku cuma harap

yang mereka masih boleh berkawan, tahu?

Kau tahulah macam mana anak gadis di usia ini.

Dan aku dah bercakap dengan Jody dan dia akan berusaha

untuk libatkan Riley dalam apa-apa, jadi...

Riley sangat terluka dengan semua ini.

Sebagai Ayah, sedih aku melihatnya.

Yalah.

Aku kena balik ke tempat duduk.

Baik. Beritahu saja dia yang Jody dan Sarah dan Sarah C

duduk di seksyen 107, dan mereka nak jumpa dia.

Jumpa nanti.

Ya, gembira jumpa kau.

Hai.

Jody dan Ibunya ada di sini.

Di mana?

Bukan dekat dengan kita.

Lupakan mereka.

Ayah saya tinggalkan saya waktu saya tujuh tahun.

Saya pendam kemarahan itu buat masa yang lama.

Itulah diri saya dulu.

Kemudian satu hari, saya putuskan yang saya mesti maafkannya,

kalau tidak saya tak akan dapat teruskan hidup.

Saya pura-pura macam dia ada di depan saya, lalu saya berkata,

"Ayah tak bertanggungjawab menyakiti saya.

Saya bebaskan Ayah."

Segalanya lebih baik selepas itu.

Saya mahu anda bayangkan orang yang menyakiti anda.

Saya mahu anda cuba memaafkan mereka.

Kata pada diri anda, "Saya bebaskan kamu."

Dan kalau anda rasa anda telah memaafkan,

saya mahu anda nyalakan lampu telefon anda.

Kita kena cepat sementara mereka siapkan pentas untuk lagu seterusnya.

Hai. - Hai.

Um, boleh saya dapatkan yang itu bersaiz kecil?

Uh, saya mahukan itu juga.

Umm...

Tinggal sehelai saja, adik-adik.

Saya berdiri di sini sebelum dia. Dah lama sangat.

Tak apa, Riley, bagilah dia. Dia memang mahukannya.

Kita boleh cari yang lain kemudian.

Ya? - Baik, Ayah.

Baiklah.

Kalian keluarga yang baik. Ada nilai-nilai murni.

Percayalah, jarang saya nampak.

Dengar sini. Saya tambah lagi nanti. Saya akan simpankan sehelai untuk awak.

Datang jumpa saya dalam... 10 minit. Baik?

Baiklah. - Baik.

Psst!

Cooper. - Jamie.

Hei, ada apa dengan trak polis di luar

dan kamera merata tempat, Jamie?

Ada sesuatu berlaku?

Saya tak sepatutnya beritahu. Jangan bocorkan nama saya.

Saya tak akan bocorkan.

Awak kenal si Butcher ?

Orang tak siuman yang berkeliaran memotong tubuh orang?

Ya.

FBI ke apa entah dengar yang dia akan berada di sini hari ini.

Jadi mereka pasang jerat untuk dia.

Seluruh konsert ini, ianya satu perangkap.

Wah. Di sini?

Ya. Ya, mereka mengawasi semua jalan keluar.

Mereka memeriksa semua yang tinggalkan tempat ini.

Tiada cara untuk keluar dari sini, kecuali belakang pentas rasanya.

Tapi tiada siapa boleh masuk belakang pentas.

Ya. Nampak?

Agak hebat, bukan?

Ya. - Ya.

Jangan beritahu sesiapa. Kalau tidak... habislah saya nanti.

Tak.

Baiklah... Uh, saya kena kembali ke sana.

Tapi datanglah jumpa saya untuk baju T itu nanti.

Semestinya, Jamie.

Ayah baru dengar tentang satu gerai kuih corong.

Ayah rasa ia di bawah sana.

Ayah agak mengidamkannya.

Tunggu.

Biar Ayah fikir sekejap di mana letaknya.

Jomlah, Ayah. Lagipun itu tak baik untuk Ayah.

Sebenarnya, ayah rasa ia di belakang sana tadi.

Boleh kita ke sana?

Dia dah mulakan lagu seterusnya. Jomlah balik ke tempat duduk kita.

Ugh...

Ayah ingatkan di sini tadi.

Ayah, jomlah.

Ada pelanggan cedera.

Apa yang terjadi?

Ayah rasa wanita itu terlebih minum alkohol, dia hilang keseimbangan.

Mari pergi dari sini dan bagi dia ruang.

Hei. Apa kata kita keluar sebentar?

Selepas itu kita boleh masuk semula.

Kenapa? Apa yang berlaku, Ayah?

Sekejap, bukankah ini lagu yang awak selalu mainkan?

Mm-hm.

Kalau begitu jangan buang masa lagi di sini dan balik ke tempat duduk kita.

Baiklah. - Mari.

Whoo!

Bagaimana semua? Anda berseronok?

More Malay subtitles for Trap

Komentáře

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left