Melodate

Melodate

Stáhnout Malay titulky

Informace o verzi

ㅡMelodate AMZN-RT-01:38:36
Komentář od DD_Movie

Tagy

other
Zveřejněno: 2024-02-21
Stažení: 18
Pro sluchově postižené: No

Náhled titulků v jazyce Malay

Prvních 200 řádků.

Kisah dalam filem ini adalah fiksyen semata-mata.

Sebarang persamaan dengan cerita, nama atau peristiwa adalah kebetulan.

Seseorang takkan bahagia sehingga akhir hayat mereka diketahui.

Apa yang mereka ambil berat dan untuk apa mereka berkorban...

...siapa yang mereka cintai, dan siapa yang membalas cinta mereka.

Selamat pagi Melody. Awak naik bas menghala ke Blok M, turun di hentian Pasar Kembang,

...dan kemudian jalan 100 meter ke Jalan Griya Asri nombor 12A.

Aduh!

Gila.

Biar betul?

Ya?

Kaki awak.

Apa yang tak kena dengan kaki saya?

- Ia di atas kaki saya. - Oh...

Saya tak sengaja. Maaf.

Baru saya tahu penghibur jalanan dibenarkan di atas Transjakarta sekarang.

Awak tahu beg pakaian siapa yang awak baru alihkan?

Beg saya.

Cik, ini kemudahan awam.

Jika awak nak berpindah bawa banyak barang, guna kereta persendirian.

Jangan buat gangguan di kemudahan awam.

Ini bukan bas awak juga.

Tak nak diganggu? Jangan naik bas.

Saya tiada masa untuk terangkan konsep kemudahan awam.

Maaf, saya tak datang ke Jakarta untuk dengar ceramah awak.

Oh, awak baru turun dari gunung?

Atau awak baru keluar dari hutan?

Tak hairanlah rupa awak seperti singa!

Awak cakap benda mengarut.

Pulanglah saja ke hutan.

Kotor.

Buku saya!

Berat betul buku ini, apa di dalamnya?

"Bicaralah saat malam tenggelam dalam keheningan.

Memahami dirimu yang sebenar.

Jiwamu akan menerangi malam yang gelap.

Jujurlah dengan orang yang tanganmu genggam hingga ke akhir hayat."

"M."

Mia... Manda...

- Maria... - Di mana ia?

Kenapa begitu rumit nak cari alamatnya?

Asrama Puteri Mahadewi

Tata Tertib Dan Peraturan Asrama Puteri Mahadewi

Masa makan: 6:00-7:00 pagi, 12:00-1:00 petang, 6:00-7:00 petang.

Masa tidur: 2:00-3:00 petang, 9:00 malam-5:00 pagi

Masa mandi: 5:00-6:00 pagi, 5:00-6:00 petang Masa belajar: 7:00-9:00 malam

Lampu perlu dipadamkan tepat pukul 9:00 malam.

Dilarang keluar dari asrama selain untuk pergi ke ke sekolah, kuliah, atau bekerja.

Dilarang menerima tetamu lelaki.

Tetamu hanya dibenarkan pada minggu ketiga setiap bulan, dan ahli keluarga sahaja.

Tidak dibenarkan menghadiri pesta. Hanya boleh gunakan telefon pada hari Ahad.

Hanya boleh mencuci pakaian pada hari Sabtu. Jimat air, elektrik dan sabun pencuci.

Gunakan bahasa Indonesia yang baik dan betul. Dilarang berpacaran.

Sila isi borang ini.

Saya tak dihantar ke sini untuk disoal siasat.

Jika awak tak sukakannya, sila pergi.

Masih ada ramai yang mahu masuk ke sini.

Dan biasanya, hanya gadis seperti awak yang dihantar ke sini.

Jangan terlalu serius, puan.

Antara kamu berdua, siapa yang bos?

Awak fikir ini lucu?

- Ini tak lucu. - Oh.

Peraturan dibuat dan dikuatkuasakan di sini.

Tak guna.

Saya nak telefon ayah saya.

Bukankah awak dah telefon ayah awak tadi?

Kelihatan seperti awak tiada pilihan lain.

Jika awak ada pilihan, awak takkan dihantar ke sini dari luar negara.

Isi borang itu.

Awak mula kelas esok. Ambil semua fail daripada saya.

Melody: Biar betul, ayah?

Melody: Tolong jawab telefon. Kita perlu berbincang.

Biar betul?

Biar betul?Melody: Saya tahu saya salah.

Melody: Tapi ayah tak beri saya peluang untuk memilih.

Melody: Tolonglah beri saya satu peluang lagi.

"Jika kau ingin hidup dalam keindahan pelangi, kau harus mencintai hujan.

Tidak memusuhi kilat.

Atau mencemuh langit yang gelap.

Begitu juga saat kau memilih untuk jatuh cinta.

Bersedia untuk menangkap hatimu sendiri di saat hatinya tidak bersedia untuk menangkap."

"M."

Bermisteri.

Apa pula...

Siapa tutup air? Saya sedang cuci rambut dan saya belum bilas lagi!

Puan!

Cik Pengawal Keselamatan!

Cik, kenapa air ditutup? Saya sedang cuci rambut. Saya belum bilas lagi!

Masa madi: 5:00-6:00 pagi, 5:30-7:00 petang. Masa belajar: 7:00-9:00 malam.

Tunggu dulu! Beralih!

Tak sampai 24 jam awak berada di asrama ini, dan awak dah cetuskan masalah!

Secara logik...

...seseorang buat peraturan ikut keadaan.

Dan puan sepatutnya mempertimbangkan semua risiko yang puan sedia terima...

...kerana puan buat semua peraturan itu.

Cukup!

Kalau orang lain boleh berdisiplin, kenapa awak tak boleh?

Awak patut buat kaji diri, kenapa awak dihantar ke asrama ini?

Semuanya memang tentang saya?

Puan juga perlu buat kaji diri apa sebab saya dihantar ke asrama ini.

Saya begitu menyusahkan semua orang sehingga saya perlu berada di tempat ini?

Apa yang sedang berlaku? Ada kebakaran?

- Mengikut peraturan asrama, sarapan pagi hanya... - Yalah.

Alamak.

Hei!

Di mana buku saya?

- Maaf, saya tak kenal awak. - Awak tak kenal saya?

Mengarut. Di mana buku saya?

Buku apa?

Buku yang saya baling pada awak!

Oh, buku itu.

Tapi awak dah beri kepada saya.

Apa yang awak cakapkan ini?

Jijiknya.

Awak pernah gosok gigi tak? Mulut awak berbau!

Kenapa awak hidu? Orang aneh.

Aduhai.

Helo?

Apa?

Dah siap?

Okey. Saya akan datang ke bengkel nanti.

Okey. Selamat tinggal.

Hei.

Bukankah awak patut turun di sini?

Saya tak tahu.

Bagaimana awak tahu saya biasa turun di sini?

- Awak menghendap saya? - Jangan berangan!

- Langkau. - Berbau busuk!

Apa-apa sajalah, saya nak tukar tempat.

Pergi sajalah!

Saya dah agak.

Sebelum Pertunjukan Seni, kamu semua perlu bersedia.

Ingat, pertunjukan itu dalam masa beberapa minggu lagi.

Itu sahaja, semua. Sekarang kamu boleh pergi.

Kecuali Zahra.

Maaf.

Itu guru muzik?

Ya, namanya Cik Susan.

Pada pendapat saya, apa yang Cik Susan cakap tadi agak tidak tepat.

Sebab pada pendapat saya, setiap blok muzik perlu dirasai.

Bukan dihafal.

- Boleh saya cuba? - Boleh.

Cik Lusi, En. Heru. Kamu dengar, bukan?

Ini Zahra, pelajar kita.

Kemampuan dia belajar sangat cepat. Dia juga menyempurnakan kebolehan muziknya dengan pantas.

Gila! Itu memang hebat.

Awak dalam kelas apa?

Pengajian Sosial 12. Awak?

Pengajian Sosial 12.

Melody.

Cikgu harap, mulai esok awak pakai uniform dengan betul.

Ada sesuatu yang tak kena dengan uniform saya, cikgu?

Jelas sekali. Lihat kawan-kawan awak yang lain.

Uniform mereka semuanya kemas.

Baju dimasukkan, lengan tak dilipat, stoking putih.

Skirt awak juga terlalu pendek.

Cikgu, dengan segala hormat, saya ada satu soalan.

Apa yang kita gunakan untuk belajar? Skirt kita atau otak kita?

Sekolah ini ada peraturan yang mesti dipatuhi.

Dah beribu kali saya dengar ayat itu dalam dua hari kebelakangan ini, cikgu. Ya.

Terima kasih kerana cikgu ingatkan saya sekali lagi, ya?

Duduk.

Okey, anak-anak, mari kita teruskan.

Awak sungguh hebat.

- Selamat datang. - Terima kasih.

Awak nak ke mana selepas ini? Tak pergi ke mana-mana, bukan?

- Temankan saya, okey? - Boleh, tapi ke mana?

Awak akan lihat nanti. Ayuh. Mari ikut saya.

Kenapa awak beli Pilox, Mel? Nak buat mural?

Awak ada bawa duit, bukan?

- Ya. - Bayarkan dulu untuk saya, okey?

Jatuh cinta adalah hak asasi manusia.

Bebas untuk bersuara. Boleh berjimat, jangan kedekut.

Bebas untuk menghadiri pesta. Bebas menerima tetamu pada bila-bila masa.

Bebas untuk keluar dari asrama. Bebas untuk menghidupkan lampu bilik.

Bebas untuk makan pada bila-bila masa.

Saya rasa awak cukup bijak untuk tahu kesalahan awak kali ini.

Dan saya pasti awak sedar tentang kesalahan awak.

Saya gembira puan akhirnya sedar yang peraturan itu tadi adalah satu kesalahan.

Puan tak perlu berterima kasih pada saya, sebab saya rasa ia...

...kewajipan saya sebagai budak baru di asrama ini untuk membetulkan perkara yang salah.

Awak memang angkuh!

Awak fikir awak siapa?

Awak tiada hak untuk ubah peraturan di sini.

Puan mungkin anggap saya sebagai debu kepada meteor.

Tapi mungkin bagi sesetengah orang, saya...

...udara segar yang mereka hirup kerana asrama ini pengap.

Maaf, saya petik ia daripada...

...buku kegemaran saya.

Saya takkan berikan awak pentas di sini.

Saya rasa cukuplah awak buat perangai dan cari perhatian.

Sekarang bersihkan apa yang awak dah buat itu.

Saya dengan gembira akan bersihkan apa yang saya buat, puan.

Jika perlu, saya boleh keluar dari asrama ini. Tapi dengan satu syarat.

Kita perlu buat undian untuk ubah peraturan.

Jika saya menang, puan tak dibenarkan atau tak lagi berhak mengawal saya...

...apa saja yang saya lakukan di asrama ini. Setuju?

"Mencipta harapan yang berlebihan...

...akan menimbulkan kekecewaan.

Berdamailah dengan realiti.

Melodate subtitles in other languages

Komentáře

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left