Alchemy of Souls

Alchemy of Souls (환혼)

Stáhnout Malay titulky

Série 1

Informace o verzi

Alchemy of Souls S01E10 220717 HDTV H264-NEXT
Komentář od bobkaka
Not my subtitle, just resetting the time for NEXT (01:13:09). No subtitle for previous episode in early part. Enjoy~!

Tagy

HDTV
hdtv
HD
Zveřejněno: 2022-07-18
Stažení: 58
Pro sluchově postižené: No

Náhled titulků v jazyce Malay

Prvních 200 řádků.

ALCHEMY OF SOULS

Bilik ini akan kosong buat sementara waktu kerana tuan muda dah masuk Songrim.

Susun buku-buku dan pakaiannya.

- Baik, puan. - Baik, puan.

Tuan Muda pergi belajar sebanyak 12 kali dan dihalau sebanyak 12 kali juga.

Dia mungkin balik semula. Mari tunggu beberapa hari.

Kali ini berbeza.

Tuan Muda Uk sudah berubah.

Bilik ini mungkin menjadi bilik pengantin baru.

Jadi kita perlu kemas dulu.

Ada berita dia akan bertunang lagi?

Susah untuk dia berkahwin jika dia batalkan pertunangan lagi.

Kali ini berbeza.

Ada seorang wanita yang Tuan Muda Uk simpan di dalam hatinya.

Betul tak, Mu-deok?

Ini berkenaan telur yang dimaksudkan Tuan Muda Uk.

Saya yakin orang yang dimaksudkannya ialah gadis yang saya jumpa di Songrim.

Telur yang terletak di puncak pokok

bermaksud dia tak rapat dengan orang

dan buat orang mahu melindunginya.

Dia pasti seorang gadis ibarat bangau.

Seperti saya.

Entahlah.

Mungkin telur yang ingin dilindunginya bukannya terpisah mahupun bangau,

tetapi seekor helang yang liar.

Betulkah?

Helang liar menakutkan.

Belatuk dan cuckoo pula memeningkan kepala.

Jangan risau.

Dia akan terbang jauh selepas telur itu menetas.

Bolehkah ia terbang dengan mudah jika hati sudah terpaut?

Jika ia dipeluk dengan erat, adakah ia berharga kepada Tuan Muda saja?

Telur itu juga pasti merasa yang sama.

Saya suka Cik Puan Yun-ok.

Dia seiras Puan Besar Do-hwa.

- En. Lee! - Ya?

Jangan alih buku itu. Itu buku Tuan Jang Gang.

Cepat.

Apa yang saya kongsi dengan Jang Uk

ialah tekanan untuk terus hidup.

Perasaan terdesak kami untuk mencari siapa diri kami.

Selepas impian kami tercapai,

kami berjanji untuk buang satu sama lain tanpa sesalan.

Perasaan yang disebut oleh Kim Do-ju…

akan menjadi tidak bermakna

dan akan dibuang meskipun ia wujud dalam hati kami.

Awak dah hafal semua ini?

Ya. Tuan boleh soal saya. Saya takkan salah walaupun satu.

Tapi

paling cepat pun sebulan untuk hafal semuanya.

Saya pernah memiliki 12 orang guru. Saya baca buku sama untuk 12 kali.

Menghafal buku ini

adalah sangat mudah untuk saya.

Saya ingatkan dia akan patuh peraturan tanpa melawan,

tapi ada sebab dia cakap begitu.

Disebabkan saya boleh keluar dari sini, saya mahu balik ke rumah.

Belum lagi.

Kenapa tak boleh?

Menurut peraturan, saya boleh keluar selepas tamat pendidikan asas.

Saya bukan sekadar meminta awak

untuk menghafal peraturan itu,

tapi untuk ia dijadikan tabiat.

Disebabkan awak menipu saya,

jadi saya tak anggap awak sudah lulus pendidikan asas.

Adakah peraturan Songrim

boleh diubah oleh tuan sesuka hati tuan?

Nah.

Baca sebuah buku lagi.

Selepas awak baca buku ini,

saya akan benarkan awak keluar dan masuk dari sini dengan bebas.

Jangan!

Saya boleh keluar…

selepas baca buku ini?

Ya.

Awak harap membaca buku ini

adalah satu lagi tugas mudah untuk awak.

Habislah.

Nampaknya, Mu-deok takkan jumpa Uk untuk tempoh yang lama.

Apa? Ini buku kosong.

Itu bukan buku kosong. Ada tulisan dalam buku itu.

Tidak ada.

Tuan nampak apa-apa?

Awak yang tak nampak.

Ini ialah buku Kata-Kata Hati yang ditulis Tuan Guru Seo Gyeong

yang boleh dibaca jika awak fokuskan tenaga awak.

Begitu rupanya.

Maksudnya, mereka boleh nampak tulisan di sini?

Saya sahaja yang tak nampak?

Dang-gu. Nampaknya kawan awak, Uk,

tak tahu tentang buku itu.

Dia tak pernah terima latihan formal. Itu sebabnya dia tak tahu.

Dengarnya dia tak boleh keluar

selagi tak baca buku itu.

Kasihan dia.

Dia akan terkurung selama enam bulan.

Dengan tahap Uk, dia perlu lebih masa.

Dia berada di tahap Ryusu, tapi tak pernah belajar ilmu sihir.

Pasti akan ambil lebih dari setahun.

Bagaimana awak tahu sedangkan tak pernah dapat buku itu?

Saya tahu ia boleh dibaca selepas terima latihan tertentu.

Ingat yang Uk lebih terlatih daripada awak.

Uk dah terima buku itu,

tapi bukan awak.

Jangan cakap ikut sedap mulut kalau tak tahu apa-apa.

Saya pergi dulu.

Tak guna.

Kenapa pak cik beri Uk buku Kata-Kata Hati ?

Saya pun tak pasti.

Dia akan terkurung dan tak boleh buat apa-apa selagi tak baca buku itu.

Saya tak berniat

untuk melatih Jang Uk.

Saya akan biar dia berada di bawah pemerhatian saya

agar dia tak boleh keluar dan menimbulkan masalah.

Awak tidak terima dia belajar di sini, tapi awak mengurungnya dalam Songrim.

Uk diterima di Songrim dalam kekecohan.

Ayahnya pasti akan datang.

Ayah? Maksud awak, Jang Gang?

Perkara yang paling Jang Gang risaukan adalah

tenaga anaknya mengalir dan dia dikenali semua.

Jika dia tahu,

dia pasti akan datang.

Untuk menjatuhkan Jin Mu, Jang Gang sebagai Gwanju, perlu kembali.

Jang Gang perlu pulang

agar semua permasalahan selesai.

Kasihan Uk.

Dia tak belajar sebarang ilmu

dan bersusah payah untuk diterima di Songrim.

Mustahil dia dapat baca

buku Kata-Kata Hati .

Dia tidak baik pun, tapi kenapa nak beri snek?

Saya dengar khabar angin mengenainya

dan sejarah keluarganya rumit, tahap sihir rendah

- dan dia tak baik hati. - Tidak.

Dia baik.

Kenapa cik puan cakap begitu?

Disebabkan dia sangat cerewet,

dia hanya ada seorang orang suruhan sahaja yang bernama Mu-deok.

- Mu-deok? - Ya.

Dia ialah orang suruhannya yang sentiasa ada di sisinya.

Mu-deok.

Dengarnya awak yang menemani saya semalam.

Saya ingatkan awak Mu-deok. Maafkan saya.

Itu sebabnya dia ingatkan saya Mu-deok pada malam itu.

Selamat sejahtera.

Kami dari Sejukwon.

Silakan, cik puan.

Nanti. Api itu…

Bagus.

Baca lagi satu buku.

Saya tertipu.

Dia sengaja menyusahkan saya!

Kita berjumpa lagi.

Ya. Awak nak keluar?

Ya. Saya perlu jumpa seseorang di luar sana.

Tapi kenapa perlu ikut tingkap?

Saya keluar sorok-sorok.

Kita anggap awak tak nampak juga.

Aduhai. Kenapa dia tergesa-gesa? Kami patut naik bersama-sama.

Aduhai. Entah kenapa dia jalan cepat sangat.

Kenapa cik puan tergesa-gesa?

Jang Uk tiada dalam kelas?

Tidak! Dia ada di dalam.

Mari naik.

Saya mahu berbincang sesuatu dengannya secara peribadi.

Saya nak kami berdua-duaan.

Kami akan berbual untuk masa yang lama. Tunggu di luar.

Mu-deok, ada tuan muda dari Songrim datang.

Dia cari awak.

Tuan Muda Yul.

Awak ingatkan Uk yang datang?

Susah untuk awak jumpa dia buat masa ini.

Dia diberi satu tugasan yang sukar.

Dia pasti akan bertahan.

Dia perlu bertahan dan tak dihalau.

Apa yang penting ialah untuk dia perbaiki kemahiran.

Saya risau melihat awak pada hari itu, tapi awak nampak sihat.

Awak buat apa tanpa Uk di sisi?

Saya orang suruhan di sini, jadi saya buat kerja rumah seharian.

Cik Kim tiada di rumah.

Tuan boleh tunggu di dalam.

Saya ke sini untuk jumpa awak.

Saya?

Kenapa tuan mahu berjumpa dengan saya?

Sebenarnya…

Payung.

Saya nak ambil payung yang saya pinjamkan tempoh hari.

Payung?

Saya dah buang kerana ia terkoyak ditiup angin.

Betulkah?

Jom keluar.

Apa?

Kita perlu beli payung.

Pulangkan payung saya.

PAYUNG

Ini payung yang sama tuan pinjamkan kepada saya.

Ini ada satu lapisan saja…

Ia payung pakai buang daripada kertas kualiti rendah.

Payung saya daripada buluh dan kulit kambing berkualiti.

Berkualiti, ya?

Kenapa beri saya payung mahal begitu?

More Malay subtitles for Alchemy of Souls

Komentáře

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left