Prvních 200 řádků.
SEBUAH SIRI NETFLIX
PASUKAN JUALAN
LANGIT BARAT 2
Apa khabar, tuan? Saya malaikat baru, Kwon Sang-su!
Relakslah.
Ini bukan kem tentera. Tak perlu tabik hormat.
Betul.
Sebenarnya, saya mati semasa menjadi tentera…
Begitu rupanya.
Ini maklumat klien kita seterusnya, Cik Pang Man-nyeon.
Pang Man-nyeon.
Mesti ini kali pertama awak masuk ke dalam mimpi.
Ya. Betul, tuan.
Dah tahu caranya?
Ya, tuan.
Pasukan Jualan bergerak dalam dua unit.
Seorang akan masuk ke dalam mimpi orang yang nazak
dan minta mereka tandatangan kontrak berkenaan tarikh hidup dan mati
di Jumadeung sebelum mereka dilahirkan semula.
Sekian daripada saya!
Mari.
STAF SAHAJA
Mana…
Oh, ya.
Awak kenal Choi Jun-woong?
Maaf, saya tak kenal.
Tak apa.
Mesti bagus kalau gabungkan kamu berdua.
Selamat jalan, tuan.
NAMA PANG MAN-NYEON
SEDANG DIPROSES
Cik Pang Man-nyeon.
Kita jumpa nanti.
PROSES SELESAI
Mak memang lain daripada yang lain.
Tak kisahlah anak lapar atau tak,
mak tetap beli pakaian dan kereta.
Mengarut.
Mak cakap mak takkan hidup macam orang biasa sampailah mak mati.
Mak tak kisah kalau jadi hantu asalkan dapat hidup 100 tahun.
Tapi tengoklah ini.
Terlantar sakit macam orang lain. Tak hebat langsung.
Susah ini.
Oh? Apa pula ini?
Cik Pang Man-nyeon?
Boleh berhenti sekejap?
Cik Pang Man-nyeon.
Saya malaikat maut dari alam selepas mati.
PASUKAN JUALAN PENOLONG PENGURUS LIM RYUNG-GU
Malaikat maut?
Saya kena mati?
Ya.
Baca kontrak ini betul-betul, kemudian tandatangan.
Malaikat dari Pasukan Pengiring akan datang jemput awak.
Kadangkala, ada orang yang ingat mimpi ini bila mereka terjaga.
Jadi kalau ingat, jangan lupa fikirkan
apa yang awak nak keluarga dan rakan awak tahu.
Contohnya geran bangunan, tanah atau kod keselamatan akaun bank.
Sekarang, tolong tandatangan.
Mak.
Mak dengar tak?
Mengarut.
Hiduplah ikut hati kamu tanpa ada penyesalan.
Itu saja caranya.
Mak.
Aduhai. Pernah dengar pepatah, "jauh di mata, dekat di hati"?
Susahlah apabila En. Lim tak ada.
Awak yang suka dia tak ada sebab dah tak perlu dengar leteran.
Masalahnya, laporan disiplin dah semakin banyak nak kena tulis.
Sebelum nak guna kuasa, puan kena laporkan dulu. Dah lupa?
En. Lim, kenapa asyik masuk ke dalam badan Jun-woong?
Kenapa? Keluarlah.
Tak kelakarlah.
Tak kelakar.
Paras gula saya menurun.
Nak makan apa?
Puan nak pergi beli? Saya nak jeli.
PESANAN KEDAI SERBANEKA
PESANAN SELESAI
Ini dia.
Sila mulakan pemanduan.
Terima kasih.
LIM YU-HWA, UMUR 30 INDEKS KEMURUNGAN 87%
Apa?
Lim Yu-hwa. Umur 30.
Pekerja kedai pakaian sukan di tingkat enam Pusat Membeli-Belah Hanguk
dan berselang-seli syif pagi dan tengah hari.
Kedai itu dan kedai sebelah sedang cari pekerja sambilan.
Jadi, saya dah uruskan supaya kita boleh mula kerja esok.
Baik.
Mungkin kita patut beritahu dia.
Tak perlu.
Tapi ini mak dia.
Dia pindah pasukan sebab yakin yang Lim Yu-hwa hidup bahagia.
Lebih baik kalau dia tak tahu.
Lebih tepat lagi,
itu bukan mak En. Lim.
Mereka cuma berkongsi wajah dan nama yang sama,
tapi mereka orang berbeza.
Sepatutnya dia paling gembira sebab dia dapat anak,
tapi kenapa…
Dia memang nampak bahagia.
Tak semestinya.
- Hei. - Hai.
Saya beli gopchang-jeongol yang awak suka. Awak belum makan lagi, bukan?
Maaf. Saya dah makan dulu sebab lapar. Lepas itu, saya duduk termenung saja.
- Yakah? - Awak makanlah dulu.
Tinggalkan sikit, nanti saya makan.
Yalah.
Saya masuk tidur dulu. Saya letih.
Dah nak tidur?
Ya.
Dah lama tak kerja, letih pula rasanya.
Yalah. Pergilah tidur.
Terima kasih.
Cantiknya anak mak.
Lim Yu-hwa.
Berumur 30 tahun.
Sukan…
LIM YU-HWA, UMUR 30 INDEKS KEMURUNGAN 30%
Apa?
Nanti.
Betulkah bacaan ini?
LIM YU-HWA, UMUR 30 INDEKS KEMURUNGAN 30%
Saya tak pasti.
Kenapa angkanya menurun?
Tandakan dulu.
Baik.
Lebah Madu.
Suka tengok drama ini pula?
Ada apa datang ke sini?
Awak buat hal?
Mana ada.
Piza kedai ini sedap.
Saya beli satu untuk awak cuba.
Ini dah macam menipu.
Kalau dah tukar topik ini, maksudnya betullah buat hal.
Tak adalah!
Teruskan. Saya cabar.
Okey.
Mengaku salah saja dan minta maaf.
Okey?
Terima kasih belikan piza.
Aduhai.
Aduh, lapar betul!
Tengoklah udang di atas piza ini.
Mungkin sedap sebab saya yang beli. Ya. Sedap.
Buka mulut.
Sedap.
Sedap.
Cinta?
Okeykah kerja dengan Pasukan Jualan?
Macam yang awak nampak. Saya ada masa untuk tengok drama dan makan piza.
Seronok.
Macam mana kalau ada orang curi masuk ke dalam mimpi?
Tak ada siapa boleh masuk tanpa nombor staf Pasukan Jualan.
Macam mana kalau mimpi itu mimpi ngeri?
Sebab itulah, sebaiknya jangan masuk banyak kali.
Sebab kita mungkin akan jumpa benda
atau kehidupan lepas orang itu atau sebelumnya.
Apa akan jadi kalau dapat tahu?
Tahu itu tak apa,
tapi yang jadi masalahnya bila awak dedahkan apa yang awak tahu.
Kenapa saya buang masa jelaskan hal ini kepada awak?
Apa dia? Apa yang awak dah buat?
Saya cuma…
"Saya cuma…"
Apa dia?
Tak ada apa.
Tengoklah drama itu dan makan piza.
Selamat datang.
Pakaian ini elok sebab fabriknya menyerap peluh dengan baik
dan cepat kering.
Saya tengok-tengok dululah.
Boleh. Datanglah lagi.
- Ya. - Selamat jalan.
Yu-hwa, betulkah awak tak apa-apa?
Kalau letih, beritahulah.
Kedai tak sibuk hari ini, jadi awak boleh balik awal.
Saya langsung tak penat.
Saya nak ke bilik stor dan ambil saiz yang dah habis.
Yang mana? Biar saya ambilkan. Apa yang tak ada?
Aduhai.
Saya tak apa-apa, puan.
Baiklah kalau macam itu. Hati-hati.
Baik.
Kenapa itu? Pn. Lim tak sihatkah?
Tak, bukan begitu.
Sebenarnya,
anak dia baru meninggal dunia.
- Apa? - Aduhai.
Mesti dia tengah susah hati. Badan pun sakit.
Sebab itu kami ambil pekerja sambilan. Tolonglah dia sebanyak mungkin.
Ya. Jangan risau.
Saya beritahu ini supaya awak berhati-hati bila bercakap dengan dia.
Tapi jangan beritahu dia pula, ya?
Baik.
LIM YU-HWA
Saya rasa belum sampai sebulan dia kehilangan bayinya.
Lebih kurang sama dengan waktu En. Lim pindah ke pasukan lain.
No comments yet. Be the first to leave one.