Lightyear

Lightyear

Stáhnout Malay titulky

Informace o verzi

Lightyear 2022 DSNP ALL BluRay
Komentář od Qu_Zx
Retail Disney Hotstar ALL BluRay

Tagy

BluRay
Zveřejněno: 2022-08-24
Stažení: 83
Pro sluchově postižené: No

Náhled titulků v jazyce Malay

Prvních 200 řádků.

Pada 1995, seorang budak bernama Andy mendapat Buzz Lightyear pada hari jadinya.

Ia watak filem kegemarannya.

Inilah filem itu.

RUANG ANGKASA YANG BELUM DIPETAKAN 4.2 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI

KAPAL PENEROKA SC-01 STAR COMMAND 1200

Log misi Buzz Lightyear, tarikh bintang 3901.

Sensor mengesan unsur yang mungkin hidupan

di planet yang belum dipetakan.

Jadi, kami akan menyiasatnya.

Renjer angkasa akan buat penilaian awal

sebelum memutuskan sama ada kami patut mengejutkan kru sains

daripada tidur hiper mereka.

Sementara ERIC mengambil sampel teras,

saya akan terus meneroka keanehan planet pelik ini.

Muka buminya agak kurang stabil.

Belum ada keputusan sama ada udaranya selamat.

Nampaknya, tiada tanda kewujudan makhluk pintar.

-Awak cakap dengan siapa? -Tiada sesiapa.

Awak bercerita lagi.

Taklah. Saya rakam log misi.

Tiada sesiapa yang akan dengar log itu.

Saya tahu, tapi ia membantu saya fokus.

-Peka. -Ya.

Tapi kalau awak tak suka, Komander Hawthorne,

saya boleh tunggu di lobak kita.

Janganlah panggil ia lobak.

Tapi rupanya memang macam itu.

Ya. Awak dah beritahu kami semasa penilaian rekaannya.

Sejak bila awak tahu saya bercerita?

Dah lama. Sejak kita masih lagi kadet.

Oh, ya. Awak lupa bawa renjer baru itu.

Komander Hawthorne, awak tahu perasaan saya tentang mereka.

Ia macam perasaan saya terhadap juruterbang auto.

"Boleh saya bantu? Ada apa-apa saya boleh buat, tuan?"

Mereka tak membantu dan menyukarkan keadaan.

Lebih baik saya buat sendiri.

Sebab itulah saya bawa dia.

Helo.

-Tidak. -Buzz, protokol kata kita kena bawa dia.

-Dia akan buat muka sedih. -Buzz.

Saya tak sampai hati tengok muka itu.

-Tengoklah, Buzz. -Tak nak.

-Tengoklah... Tengok. -Tak nak.

-Lightyear. -Tak nak.

-Tengoklah dia. -Jangan harap.

-Tengoklah. -Tak nak.

-Tengoklah. Tengoklah renjer baru ini. -Tak nak.

Baiklah. Awak menang.

Dengar sini, Feather... Featherings...

Featheringhamstan, tuan.

Dengar sini. Jangan cakap melainkan awak ditanya.

-Ya, tuan. -Awak bercakap.

Kedua, hormati sut ini.

Sut ini penting.

Ia bukan saja melindungi badan, tapi juga alam semesta.

Sut ini lambang janji awak kepada dunia yang awak akan mengutamakan satu perkara.

Sempurnakan misi ini walau apa jua yang berlaku.

Awak takkan mengalah walau apa jua halangan yang tiba.

Tolong hentikan muzik!

Mudahnya nak usik awak.

Awak persendakan saya, ya?

Ya, tapi dari segi yang membina.

Kesimpulannya, komander, kita boleh sempurnakan misi ini sendiri.

-Tuan. -Dia cakap lagi.

Saya sentiasa tahu fikiran awak atau lokasi awak.

Tapi dengan renjer ini, saya tak tahu.

Ke mana dia pergi?

Tengoklah, inilah yang saya maksudkan.

Dia tak bantu, tapi pergi merayau pula.

Pokok menjalar!

Serangga!

Kapal kita makin tenggelam.

Semua orang, kembali ke lobak!

Sekarang, awak pun panggil lobak.

Mulakan mod halimunan. Ia akan beri kita masa tambahan.

Kita takkan sempat.

Sikit lagi!

Okey, rancangan B. Sedia?

Mula!

-Tak guna! -Saya boleh ubah haluannya.

Tunggu sebentar.

Mana...

Tolong!

Renjer baru itu.

Tolong!

Log misi Buzz Lightyear. Planet tak selamat untuk didiami.

Malah, berbahaya.

Dedaun peka rasa telah menangkap Kadet Furth-Feathering...

Featheringston... Feather...

Mereka tangkap renjer baru yang saya dah kata tak patut ikut kami...

Tak guna.

-Buzz! -Sekarang!

Cepat, renjer!

Kami sedang menuju ke kapal.

Ayuh, Buzz!

Cepat!

Saya akan pergi ke bilik enjin.

-Saya akan pandu. -Saya...

Duduk diam-diam. Saya uruskan.

Boleh saya bantu?

Juruterbang auto.

- Ada apa-apa saya boleh buat, tuan? -Tiada!

Ini bukan simulasi.

Komander, status!

Bahan api sedia.

Semua sistem sedia.

Amaran. Trajektori pelancaran meragukan.

Terbanglah.

Pelanggaran akan berlaku.

Batal. Batal...

Kapten Lightyear, tuan perlukan bantuan?

-Negatif. -Tuan pasti?

Saya Buzz Lightyear. Saya sentiasa pasti.

Teruk keadaannya, Buzz.

Kristal kelajuan hiper kita musnah sepenuhnya.

Pendek kata, kita terkandas.

Entahlah.

Apa awak buat?

Saya hukum diri sendiri.

Mengarutlah.

Komander Hawthorne, saya gantung diri saya daripada menjalankan tugas.

Ini salah saya dan semua orang ini perlukan renjer lebih baik.

Awak boleh penjarakan saya.

Sempurnakan misi awak, Buzz.

Itu tugas kita.

Tugas kita belum selesai selagi mereka belum pulang.

Tapi kristal bahan api dah tiada.

Kita akan cari bahan itu di planet ini. Cipta kristal baru.

Pelakuran kristal sangat tak stabil.

Kita akan uji dulu.

Tidak, ia terlalu berbahaya.

Menghasilkan kristal yang membolehkan kelajuan hiper

ibarat menangkap matahari.

Kemudian, kita perlu pasang matahari pada kapal angkasa

dan kapal itu perlukan juruterbang yang dapat mengelak daripada meletup.

Mana ada orang yang sanggup...

Log misi Buzz Lightyear, tarikh bintang 3902.

Selepas setahun terkandas,

kru pakar kami telah memanfaatkan sumber planet ini dengan amat baik.

Akhirnya, penerbangan ujian kelajuan hiper kami sedia untuk dilancarkan.

Sedia, Kapten Lightyear?

Ya, Komander Hawthorne.

Menuju infiniti.

Dan jauh lagi.

-Buzz! -Kawasan kita telah diceroboh.

Tolonglah, saya baru...

Kapten Lightyear!

Prebet Díaz.

Aduh, pokok menjalar agak ganas hari ini, bukan?

Kita dah boleh berlepas?

Bila-bila masa saja, tuan.

Kerja setahun untuk penerbangan empat minit. Tak sangka, bukan?

Ya.

Mari kita lihat sama ada bahan api kelajuan hiper ini stabil

supaya kita boleh tinggalkan planet ini.

Saya hampir terlupa. Ini I.V.A.N., tuan.

Semuanya lengkap.

Juruterbang auto.

Ini pula XL-01.

Ia kapal yang hebat.

Mari kita ambil bahan api kristal itu.

Selamat pagi, Kapten Lightyear.

Ini sebatian bahan api berasaskan formula khas.

Jadi, inikah bahan api yang boleh mencapai kelajuan hiper itu?

Kebarangkaliannya 87.6%.

Saya berani ambil risiko itu.

Selamat berjaya, kapten.

Kami mengharapkan tuan.

Prebet.

XL-01 menghubungi pusat kawalan. Awak terima?

Kami terima, XL-01.

Saya akan beri awak empat minit untuk meninggalkan planet,

tapi selepas itu, awak perlu pulang.

Itu satu arahan.

Baik.

Kelajuan hiper, saya datang sekarang.

Sepuluh saat sebelum pelancaran,

sembilan,

lapan, tujuh,

enam,

lima, empat,

tiga, dua,

satu. Berlepas.

I.V.A.N., paparkan rancangan penerbangan.

Helo.

Juruterbang auto.

Helo, saya Pengemudi Dalaman Diaktifkan Suara. Nama saya I.V.A.N.

Sediakan pelan penerbangan, I.V.A.N.

Sudah tentu.

Misi anda adalah untuk memecut merentasi angkasa lepas,

melanting keliling Alpha T'kani,

kemudian, merentasi gelung nyahpecut untuk pulang ke T'kani Prime.

Tempoh penerbangan, 4 minit, 28 saat.

XL-01, awak boleh memulakan pelancaran hiper.

Baik, pusat kawalan. Memulakan pelancaran hiper.

Menghampiri 50 peratus kelajuan hiper.

Bahan api stabil.

Meningkatkan kelajuan kepada 0.6 kelajuan cahaya.

60 peratus kelajuan hiper.

Meningkatkan kelajuan kepada 0.7 kelajuan cahaya.

More Malay subtitles for Lightyear

Komentáře

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left