Prvních 200 řádků.
Membesar dan bekerja dalam tentera. Sentiasa diarahkan untuk berpindah.
Kini pandangan saya pada negara berbeza.
Motel, wang tunai, nama palsu, jangan bawa banyak barang.
Awak akan terbiasa.
Cap jarinya membuktikan dia bersih namun perkara lain ditemui.
Tiada lesen memandu, gadai janji, tuntutan insurans.
Langsung tiada profil dalam talian.
Satu-satunya bukti Jack Reacher wujud ialah dia berada dalam bilik itu.
Membunuh beberapa orang semasa bertugas.
Semuanya dianggap wajar.
Ketua Unit Siasatan Khas ke-110
dalam Polis Tentera.
Beberapa ratus ribu tahun dulu,
ada orang yang tunggu di unggun api dan ada yang merayau.
Pasti saya keturunan orang yang suka merayau.
Inilah diri saya.
PERGUNUNGAN CATSKILL, NEW YORK DUA JAM DI UTARA MANHATTAN
Apa saya nak buat dengannya?
Cuci dan jual. Awak kedai jimat cermat.
- Awak nak beli apa-apa? - Pakaian yang saya pakai.
Seluar jean, kemeja-T, jaket, stoking, seluar dalam.
Semuanya $22.
DISKAUN 50% SEMUA BARANGAN
Sebelas dolar.
Doug patut turunkannya beberapa hari lalu. Harganya $22.
Kalau dia tak buat kenapa awak tak turunkan?
Sebab itu kerja Doug.
Ada ATM di seberang jalan.
Ini pasport saya sebagai jaminan saya takkan lari.
Saya tak kisah jika awak lari. Kerja ini memang teruk.
Maaf, saya kena buat satu lagi pengeluaran.
Jangan pusing belakang. Saya boleh bantu awak.
Keluarkan lagi wang.
Van mini di sebelah kiri itu milik awak?
Ya.
Untuk dapatkan penjelasan, awak disamun, bukan?
- Anak saya di tempat duduk belakang. - Ada pistol?
Ya.
Tunggu di sini. Sekejap saja.
Cepatlah.
Mak awak patut cepat. Kalau tak keadaannya buruk untuk kita berdua.
Hai. Nak jumpa mak awak?
Semuanya okey, sayang.
Semuanya okey. Mak ada di sini.
Dia akan pengsan buat seketika.
Masuk ke dalam bank, telefon polis dan berikan ini kepada mereka.
Pistolnya di dalam kereta.
Sekejap. Awak siapa?
Orang yang lebih suka tak masuk campur.
Ambil $30. Saya perlukan jaket baharu.
Apa masalah jaket ini?
Sudah terkena darah.
Boleh pinjam telefon?
Saya baru dapat mesej daripada kawan.
Tammi Cates?
Biar saya teka. Jurubank, pelayan restoran, juruwang kedai jimat.
Tekaan ketiga. Saya dapat mesej awak.
110, 10-30.
Panggilan kecemasan.
Panggilan kecemasan dan tambang.
- Datang ke New York segera. - Kenapa?
Calvin Franz dibunuh.
Saya telefon apabila mendarat.
ROCK CREEK, VIRGINIA
Mejar Reacher.
Helo, tuan.
Panggil saya Reacher saja. Saya tak suruh bawa apa-apa.
Ini cuma bekalan pejabat kalau-kalau ada kertas kerja.
Saya benci kertas kerja.
Saya tak kisah buat kerja-kerja kerani, tuan.
- Reacher. - Ya, Reacher.
Harapnya awak tak kisah saya tanya. Apa tugas saya di sini?
- Awak dah nak tarik diri, Franz? - Tak, tuan... Reacher.
Tidak, saya tak nak tarik diri. Cuma nak tahu.
Saya nampak awak beberapa minggu lalu di berek.
Awak halang beberapa askar berebut pakej penjagaan dari rumah.
Sebenarnya, rebut biskut terakhir.
Satu biskut?
- Ya. - Lagilah dungu.
Apa-apa pun, awak berjaya berunding,
buat sedikit lawak dan redakan konflik.
Awak agak bijak. Mungkin berguna nanti.
Saya nak tanya.
Unit jenis apa yang Mejar Reacher tubuhkan di sini?
Ada tukang kira kacang daripada perakaunan.
Pelayan pam minyak daripada Bulk Fuel.
Ada Dave Matthews.
Moses Tua dan beberapa orang daripada...
Awak semua dari mana? Kita jumpa di bahagian perolehan, bukan?
Kami ada nama.
Sanchez dan Orozco.
Mana satu Orozco?
Awak pula siapa, selain budak banyak mulut?
David O'Donnell.
Jangan terasa, pak cik, tapi kenapa awak di sini?
Bukankah awak terlepas drama CBS?
Lowrey menang pertandingan Kemahiran Menembak enam kali.
Dalam kelas pistol dan refal.
Saya ada peraturan.
Rancangan tak berguna sebaik saja tembakan pertama.
Jadi tembakan pertama mestilah yang terbaik.
Hanya saya ahli bukan Marin pemenang Menembak Seribu Ela.
Namun, Lowrey tetap berikan tembakan pertama terbaik.
Awak rasa unit ini akan sering dikritik?
Mungkin.
Kenapa ambil orang tanpa pengalaman penguatkuasaan, Mejar Reacher?
- Reacher saja. - Reacher.
Maaf.
Tentera mahu satu unit untuk urusan rumit yang berlaku.
Jadi, saya perlukan penyiasat khas, bukannya askar biasa.
Kalau kami istimewa, kenapa letak di tempat kotor ini?
Kenapa dengan tempat ini?
Beberapa tahun dulu, kerajaan membida tanah di hujung jalan.
Mereka tulis alamat terbalik
dan jadi pemilik bangunan ini dan kandungannya yang dah rosak.
Agensi Insurans Callahan.
Betul kata awak. Tempat ini boleh dijadikan lebih baik.
Susun kotak-kotak ini
dan alihkan meja buruk ini ke tengah-tengah bilik.
Ayuh.
Tak perlu panggil saya mejar,
tapi awak perlu bergerak apabila saya suruh. Lekas.
Undur.
Awak nak saya undur?
- Saya yang undur. - Undurlah.
- Angkat dengan kaki. - Siapa angkat dengan kaki?
Satu, dua, tiga. Angkat.
Cara awak salah.
Saya buat macam yang awak suruh.
Awak rasa kami boleh bekerjasama?
Angkat dengan kaki.
Entahlah.
Saya nak minum bir.
Saya belanja.
Reacher.
Neagley.
Terima kasih pesankan makanan. Minumannya masih berasap.
Saya jejak pesawat dalam talian. Nampak mendarat awal.
Awak tak daftar masuk beg dan saya ambil kira trafik.
Kopi baru dituang 90 saat lalu.
Makanan baru tiba tiga minit.
Terima kasih.
Dari mana awak dapat?
Saya penyiasat persendirian. Saya dapat barang.
Kita tak jumpa sejak Margrave.
Sudah dua tahun, tujuh bulan dan 19 hari.
Awak nampak elok.
Saya masih sama.
Awak nampak elok dua tahun, tujuh bulan dan 19 hari lalu.
Jadi, masih sama.
Awak nampak letih mengembara.
Ya.
Ceritakan serba sedikit tentang kes Franz.
Hilang selepas meninggalkan rumahnya di Brooklyn kira-kira seminggu lalu.
Mayatnya ditemui di Pergunungan Catskill.
Polis di situ cuma ada 20 anggota.
Oleh kerana Franz hilang di bandar, NYPD mengetuainya.
- Macam mana awak tahu? - Angela telefon.
- Balu Franz. - Franz dah kahwin?
Ya, majlisnya seronok. Ada air pancut coklat.
Dia ada anak lelaki.
Apa? Kehidupan berlalu apabila awak tiada di sini.
Apa lagi?
Dia ada mesej saya beberapa hari sebelum hilang.
Nak berbincang dengan saya tentang kes yang dia siasat.
Saya sibuk dengan kerja dan memang nak hubungi dia semula,
tapi sebelum sempat, Angela beritahu saya dia dibunuh.
Bukan salah awak.
- Saya tahu. - Dia bukan saja dibunuh.
Dia juga diseksa.
Cuma ada mukus di dalam perutnya. Ternyahhidrat. Tiada makanan dan air.
Dicampak dari pesawat.
Bukan dari pesawat.
Dia di tempat terpencil.
Kecederaannya konsisten dengan terjatuh 900 meter.
Berapa laju pegun pesawat? 120 hingga 160 kilometer sejam?
Dia dicampak secara mendatar ke dalam arus gelincir.
Pasti langgar sayap atau ekor.
Pasti ada kecederaan sebelum mati, tapi tiada.
Dia dicampak dari helikopter.
- Kaki patah bukan sebab jatuh. - Sebab apa?
Tengok ujian darahnya.
Penuh dengan histamina akibat tindak balas kesakitan.
Arasnya tinggi untuk kecederaan berterusan semasa mati.
Kakinya sudah patah beberapa hari.
Sebab itulah serbuk ferus oksida ditemui pada fabrik seluarnya.
Dia dipukul dengan bar besi karat.
Pasti sangat sakit.
Ya. Dia diseksa untuk balas dendam atau dapatkan maklumat.
Selepas selesai, mereka campak dia dari langit untuk elak balistik.
Beberapa budak kolej merayau di denai berjalan kaki dan nampak mayat.
Kalau tak, entah bila dia akan ditemui.
Jadi, apa langkah seterusnya?
Kalau dia telefon awak, mungkin dia hubungi ahli unit lain.
Mungkin dia gagal.
Saya telefon O'Donnell, Dixon, Sanchez dan Orozco.
Seorang pun tak jawab.
Saya tiada nombor Swan. Pejabat saya pun tak menemuinya.
Dia memang suka menyendiri. Macam mana dengan Lowrey?
Terbunuh dua tahun lalu. Kemalangan kereta di Montana.
No comments yet. Be the first to leave one.