Série 1

Informace o verzi

Marry My Husband S01 WEBRip Amazon ms-my
Komentář od Van73

Tagy

webrip
web
BRip
Zveřejněno: 2024-02-20
Stažení: 144
Pro sluchově postižené: No

Náhled titulků v jazyce Malay

Prvních 200 řádků.

Angin sejuk tak baik untuk awak.

Ji-won.

Awak masih sangat cantik.

Kalau awak pergi, saya takkan maafkan.

Jangan lupa, awak ada saya.

Awak kena hidup lama dengan saya.

Terima kasih.

Saya tak bernasib baik dalam perkahwinan, tapi saya ada awak.

Kenapa awak cakap begitu?

Min-hwan suami yang hebat.

- Dia curang dengan saya. - Apa?

Dia hantar pesanan teks, "Saya cinta dan rindu awak."

Kemudian, dia terus padam.

Pasti dia tersilap hantar.

Jangan sensitif sangat.

Awak nak saya bercakap dengan dia?

Tak apalah. Saya cuma perlukan awak.

Saya juga cuma perlukan awak.

Mari fikirkan yang baik-baik saja. Okey, teman sejiwa?

Cik Kang Ji-won, masa untuk pergi ke bilik transfusi.

Ubat ini langsung tak menyakitkan.

Kalau dah siap, awak rasa lebih baik.

Jangan sesekali berputus asa.

KEMOTERAPI

12 APRIL 2023

Saya tak ingat kali terakhir saya rasa gembira.

Kenapa saya sangat rindukannya?

Saya ada masa selama enam bulan.

Kalau ada keajaiban pun, 12 bulan.

Semuanya dah tak berguna.

Bagus. Awak nampak sangat cantik hari ini.

Cantiknya kamu.

Mak pilih gaun yang sesuai untuk kamu.

Sudahlah. Kamu sebahagian daripada keluarga kami sekarang.

Kamu anak mak.

Kasihannya kamu.

Bukan salah kamu sebab tak dapat didikan keluarga yang sewajarnya.

Sebagai seorang ibu, mak akan ajar kamu sekarang.

Kasihan betul gadis ini.

Min-hwan anak lelaki tunggal generasi ketiga keluarga.

Tiga generasi!

Berani kamu putuskannya?

Maafkan saya.

Mak terima gadis tak berguna macam kamu. Kenapa kamu tak hamil-hamil?

Kamu tahu buat apa-apa kerjakah?

- Mak, biarlah dia. - Lepaskan.

Membazirnya. Duduklah. Kenapa mak marah sangat?

DUGA HOLDINGS

Apa? Awak berhenti kerja?

Saya nak main saham.

Awak ingat Roijental? Tengok ini.

Kalau buat lagi dagangan, ia boleh ubah hidup kita.

Tapi kalau kerja, saya tak dapat buat dagangan.

Ini tak boleh jadi.

Tapi kita ada bayaran pinjaman bulanan!

Kita patut bincangkan hal ini.

Hei! Awak cari pasal dengan saya?

Kenapa saya kena bincangkan ini dengan awak?

Mak!

Mak rasa saya akan berjaya? Saya akan untung besar?

Mestilah. Anak mak boleh buat apa-apa sahaja.

Masalah di rumah? Awak ingat awak seorang saja?

Semua orang ada masalah di rumah.

Sebab itulah wanita berkahwin tak patut bekerja.

Apa awak buat ini?

Maafkan saya.

Awak kata nak baiki kunci hari ini.

Awak ingat saya pemalas?

Awak bukannya pandai buat kerja

walaupun kerja lebih masa tiap hari.

Awak sibuk berlari-lari sebab awak teruk buat kerja.

Sedarlah diri.

Dengar tak bunyi mesin basuh itu?

Saya masukkan baju,

- jadi awaklah keluarkan... - Aduhai.

Hei!

Saya bekerja seharian dan baru nak berehat.

Buat sendiri.

Kanser gastrik tahap empat.

Keadaan awak tak begitu baik.

Kasihannya kamu.

Aduhai, anak mak.

Kenapalah kamu kahwin dengan dia?

Sebab itulah kena hati-hati cari pasangan.

Saya ingatkan keadaan baik-baik saja. Kenapalah saya tak bernasib baik?

Mak, kalau Ji-won menghidap kanser,

siapa nak masak untuk saya?

Baik betul kamu ini! Kenapa nak risaukan tentang itu?

Orang perlu bekerja untuk atasi penyakit.

Teknologi sekarang dah canggih. Dia takkan apa-apa.

Betul tak?

Jangan beritahu syarikat kamu. Kerja selagi mampu.

Jangan bertindak dengan emosi hanya kerana kamu sakit.

Menyusahkan!

Tak bolehkah mereka buang saja?

Tak apa-apa. Teknologi dah canggih.

Kanser zaman sekarang bukan masalah besar.

Terapi awak dah selesai.

EPISOD 1

Usah risau tentang hubungan sulit suami awak.

Lebih baik hidup tanpa dia apabila dah tua nanti.

Awak tak sihat. Jangan fikir yang bukan-bukan.

Awak ada kawan yang hebat.

Dia cantik dan menyenangkan.

Betul itu. Kawan saya hebat orangnya.

Dia juga pekerja yang baik.

Dia pengurus di U&K.

Syarikat tempat saya bekerja.

Sejujurnya, saya banyak kelemahan.

Sayang!

Tapi Su-min saja yang menemani saya.

Dia selalu

dan sentiasa menemani.

Cik Kang Ji-won?

Sebenarnya...

Kalau awak nak teruskan rawatan, penjaga awak mesti datang.

Mereka perlu datang untuk bayar atau bawa awak pulang.

Maafkan saya.

Tolong selesaikannya hari ini juga.

Orang yang anda hubungi...

Jawablah.

Orang yang anda...

Awak ambil depositnya?

Jawablah telefon.

Jawablah telefon. Saya merayu.

Awak berhenti kerja selepas kita berkahwin,

jadi saya kena tanggung, tapi tak apalah.

Tapi setidaknya, bayarlah bil hospital.

Jawablah telefon.

PUSAT PERUBATAN PYEONGAN

TEKSI TIADA PENUMPANG

Vila Haeyeong, Heungma-dong.

Aduhai. Mesti awak sangat sakit.

Awak akan sembuh.

Musim bunga dah tiba.

Saya takkan sembuh.

Saya dah tenat.

Jangan kata begitu.

Jangan cakap benda bukan-bukan.

Doktor beritahu saya.

Memang benar.

Tiada bagusnya kalau hidup.

Kenapa awak cakap begitu?

LESEN PEMANDU TEKSI CHOI NAM-HYEON

Ayah saya meninggal di usia muda.

Saya tiada adik-beradik.

Suami pun macam tak wujud.

Tidak.

Lebih baik kalau tak bersuami.

Kalau begitu...

saya takkan ada hutang dan mampu bayar bil hospital.

Awak kena ikut laluan hingga ke akhirnya untuk pastikan.

Maaf. Laluan ini salah.

Saya akan bawa awak ke laluan yang betul. Percayakan saya.

Lihat? Kita dah sampai.

Saya dah kata.

Laluan yang awak tahu bukan ada satu saja.

Ada lagi laluan lain.

Laluan itu mungkin lebih baik.

VILA HAEYEONG

9,600 WON

Terima kasih.

Tunggu sekejap.

Cik?

Ini hari terakhir saya sebagai pemandu teksi.

Ambillah. Anggap saja ini wang saku daripada ayah awak.

Awak pasti akan sembuh.

Awak akan sibuk dan jana banyak wang.

Awak akan jumpa seseorang

yang sanggup mati untuk awak dan jalani kehidupan yang baik.

Encik tak perlu buat begini.

Jangan begitu!

Lenguh tangan orang tua ini!

Tapi saya rasa awak sangat bijak, sayang.

Macam mana awak fikirkan insurans kanser?

Ayahnya mati kerana kanser.

Dia pula semakin kurus.

Saya rasa itulah masanya, jadi saya beli polisi.

Mengagumkan. Awak buat dengan baik.

Nilainya satu bilion won?

Ya, kalau dia mati.

Saya dah terima insurans diagnostik dan belikan awak beg berjenama.

Selebihnya, saya laburkan dalam saham untuk belikan beg lebih mahal.

Baiknya awak.

Apabila Ji-won mati, mari kita beli rumah.

Boleh juga.

Tapi si jalang ini bertahan lebih lama daripada jangkaan.

Saya tak suruh dia pergi jumpa doktor lepas saya beli polisi itu.

Dia gigih orangnya.

Mungkin saya akan bawa dia jalan-jalan ambil angin dan tolak dia di mana-mana.

Jangan. Macam mana kalau awak pun terjatuh?

Kenapa pula? Saya boleh tolak dengan lembut.

Orang takkan tahu.

Apa yang dia makan? Kenapa dia begitu kuat?

Awak patut makan apa yang dia makan.

Tak perlu pun. Saya memang dah kuat.

Si tak guna yang gila!

Ji-won?

Sayang, awak tak apa-apa?

Muntahkan!

Komentáře

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left