Prvních 193 řádků.
AKU TAK TAKUT
22 PANGGILAN TAK DIJAWAB - HANNAH
BOLEH KITA BERCAKAP?
PANGGILAN DITAMATKAN
Sarikata Oleh : Kun Ajero
KEBENARAN
Winden. Kes orang hilang kembali mengemparkan seluruh pekan.
Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dilaporkan hilang pagi ini.
Pihak polis belum memberikan keterangan berkaitan perkara tersebut.
Namun ia boleh dianggap, bahawa kes ini...
...juga berkait dengan kehilangan dua kanak-kanak lain di Winden.
Kes terakhir kanak-kanak hilang dilaporkan adalah tiga hari yang lalu.
Kamu tahu apa yang berlaku dengan Erik dan Mikkel?
Mereka hilang.
Yasin juga hilang.
Yasin saya?
Hari ini dia pergi ke sekolah sendiri, kemudian hilang dalam perjalanan.
Kalau kamu tahu sesuatu,...
...kamu perlu beritahu Ibu.
Noah ini..
Bagaimana rupanya? Boleh kamu jelaskan?
Boleh kamu jelaskan?
Dia tinggi. Setinggi Ayah.
Dia memakai topi.
Matanya berwarna biru.
Adakah Noah menculik Yasin?
Mak tak tahu.
Mak akan panggil seseorang.
nanti kamu jelaskan kepadanya bagaimana rupa Noah.
Faham?
Secara terperinci.
Kenapa? Kau tak boleh cakap begitu dengan budak 8 tahun!
Kau ada di mana semasa Mikkel menghilang?
Di pejabat.
Kan aku dah cakap. - Berapa lama?
Sehingga kau telefon aku. Pukul 11 malam.
Aku tahu kau tak berada di pejabat.
Jika kau terlibat dengan kes Mikkel,...
...atau Erik atau Yasin, baik beritahu aku sekarang.
Aku tak nak tahu kau pergi mana,...
...buat apa, atau dengan siapa.
Aku cuma nak kau pandang mata aku sekarang...
...dan yakinkan aku yang kau tak terlibat dalam semua ini.
Kau dah gila.
Ini untuk kamu.
Kamu masih tak mahu bercakap dengan saya?
Mungkin saya perlu beritahu yang kamu tak apa-apa?
Ibubapa kamu, mereka..
Mereka pasti risau.
Kamu tak perlu ceritakan apa yang berlaku, tapi..
Jika kamu mahu,...
...walau apa pun, kamu boleh ceritakan kepada saya.
Rahsia kamu akan selamat.
Saya janji.
DI MANA (BILA) MIKKEL BERADA?
Hei, ini Martha. Tinggalkan pesanan selepas nada.
KOD SALAH - SATU BAKI PERCUBAAN
PEMANGGIL TIDAK DIKENALI
Helo?
Helo, Bartosz.
Nama aku Noah.
Bagaimana kau tahu nama aku?
Helo, Martha. - Helo.
Saya nak bagi Katharina..
Hannah.
Aku tahu kau tak bersemangat untuk memasak sekarang.
Gara-gara masalah ini.
Jadi..
Aku..
Terima kasih.
Kau nak masuk?
Martha dan Magnus apa khabar?
Dan Ulrich?
Entahlah.
Mana Ulrich?
Sedang mandi.
Hannah.
Kau buat apa di sini?
Aku..
Hannah bawakan kita makanan.
Aku perlu ke balai.
Boleh aku tumpang?
Aku datang naik motor.
Hujan ini agak lebat.
Kalau kau tidak.. - Ulrich akan tumpangkan kau.
Marilah.
Hannah?
Terima kasih untuk makanan ini.
Sama-sama.
Jika perlukan sesuatu, hubungi aku.
Ya. Aku faham.
Untuk notis pendek, kami perlu kenakan caj pembatalan penuh.
Maafkan saya. Selamat tinggal.
Boleh tolong hantarkan ini?
Kepada seorang penduduk sini. - Kau dah nak pergi?
Aku perlu keluar selama beberapa hari.
Tapi aku masih mahu menyewa bilik itu kalau boleh.
Tak ada masalah. - Bungkusan ini perlu dihantarkan malam ini.
Ini penting. - Ya, baiklah.
Pagi tadi kau pergi mana? Aku telefon banyak kali.
Terapi.
Martha apa khabar?
Dia tak telefon aku balik.
Aku tak tahu apa yang dia mahu, semuanya berserabut.
Dia akan telefon balik bila dia dah sedia.
Ya, mungkin kau betul. Jom kita main.
Kau di atas? - Ya, perhatikan skrin di atas.
Boleh aku percayakan kau?
Kalau aku beritahu satu rahsia.
Boleh aku percaya yang kau takkan bocorkan rahsia ini?
Ya, pasti.
Aku berhubung dengan pengedar dadah Erik.
Dan aku akan jumpa dia malam ini.
Apa? - Tembak! Segitiga! Tidak!
Tidak!
Aku akan ke sana malam ni.
Dan aku nak kau teman aku.
Boleh aku harapkan kau?
Ya, sudah pasti.
UNTUK CHARLOTTE
Saya Noah.
Saya paderi dari gereja Santo Christopher.
Ines menghubungi saya.
Kamu percayakan Tuhan?
Bagaimana kamu percaya dunia ini terbentuk?
Siapa yang menciptakan semua perkara terindah ini?
Dunia terbentuk kerana Big Bang.
Sejak 13.8 bilion tahun lalu.
Begitulah ruang, waktu dan perkara terbentuk,...
...termasuk Bumi.
Selebihnya adalah evolusi.
Kemudian apa yang ada sebelum Big Bang?
Sesuatu tak boleh muncul dengan sendirinya.
Mungkin Big Bang tak lebih dari ciptaan Tuhan.
Ayah saya cakap, agama adalah teknik pembasuhan otak masyarakat.
Saya tahu ayah kamu tahu banyak perkara,...
...tapi bukan semua perkara.
Itu bagus, dia membesarkan kamu untuk tanya sesuatu.
Tapi sesekali,...
...ada baiknya tanya orang-orang yang mempersoalkan sesuatu.
Tuhan ada perancangan untuk setiap manusia.
Termasuk kamu.
Aku nak kau berhenti telefon aku.
Faham? Berhenti.
Aku tak boleh teruskan lagi. - Kau anggap aku begitu?
Kekasih gelap?
Ini bukan sesuatu yang boleh ditamatkan begitu saja.
Aku tak boleh.
Kau pun sama.
Pandang aku.
Padang aku!
Sekarang katakan tiada apa-apa di antara kita.
Perkara ini tak bermakna untuk kau.
Apa saja yang kau perlukan, aku akan ada disamping kau.
Apa yang aku perlukan?
Jangan hubungi aku. Jangan jumpa aku. Jangan ganggu kami.
Okey?
Berambus!
Jangan ingat aku akan lepaskan kau begitu saja.
Kemudian dia cakap, "Bila kau dah dewasa, hati kau mati."
Ayat itu makan dalam! Betul-betul menusuk kalbu.
Akhir sekali, aku ingat mereka akan berkawan...
...kerana itu membentuk ikatan di antara mereka.
Tapi kenyataannya, mereka terperangkap di tempat mereka masing-masing.
Kau nak tengok sekali lagi dengan aku?
Hei!
Kau dengar tak?
Ya.
Kita sambung nanti, ya?
Hei, apa khabar?
Kau pasti?
Kita tak perlu buat kalau kau tak nak.
Lebih baik buat dengan kau daripada dengan orang lain.
Tapi kau perlu pakai kondom.
Aku tak nak kena AIDS dan tak nak mengandung.
Tak nak, faham?
Ya. - Aku tak bergurau.
Tak nak mengandung.
Sesekali.
Aku janji. Takkan mengandung.
Jabatan Kebajikan mengambil alih hak penjagaan untuk sementara.
Sehingga kita jumpa keluarganya dan menilai situasinya lebih baik...
...dia akan tinggal di rumah anak yatim.
Rumah anak yatim?
Tak boleh dia tinggal di hospital untuk sementara?
Malangnya tak boleh.
Aku jamin dimana pihak di rumah anak yatim...
...akan sanggup menyediakan keperluannya.
Ini yang terbaik untuk dia.
Kau ada anak?
Tidak.
Aku ada anak lelaki yang mati selepas dilahirkan.
Maafkan aku.
No comments yet. Be the first to leave one.