Specials

Informace o verzi

아름다운 세상 A Beautiful World E05-VIU
Komentář od SapickeD
viu version [WEB-DL] 720p/1080p

Tagy

other
Zveřejněno: 2019-04-20
Stažení: 27
Pro sluchově postižené: No

Náhled titulků v jazyce Malay

Prvních 200 řádků.

(Semua watak, organisasi, tempat, kes, dan insiden ...)

Perkara yang awak katakan itu,

betulkah ia?

Tentang apa?

Saya cuba hentikan mereka?

Tidak.

Awak kata...

perkara yang berlaku pada hari itu adalah kemalangan.

Betulkah begitu?

Betulkah?

Saya sudah beritahu awak.

Jadi, ia perkara sebenar?

Kenapa itu penting?

- Apa? - Kenapa itu penting?

Joon Seok.

Apa yang awak buat?

Ada apa?

Ia bukan kemalangan?

Awak boleh fikirkan apa yang awak mahu.

Joon Seok.

- Ia berbeza. - Apa yang berbeza?

Apa yang awak cakapkan?

Seon Ho tidak mengikatnya.

Mereka akan terbuka semula. Ikat dengan betul.

Cara begini lebih mudah untuk membuka kasut.

Saya fikir mengikat reben akan lebih ketat.

Mahu saya ikat untuk awak?

Saya lebih suka cara ini. Lagi pula, reben bukan cita rasa saya.

Cita rasa awak pelik.

- Cepatlah, Soo Ho. - Cepatlah.

- Saya datang. - Cepat.

Awak sentiasa lambat.

- Jumpa nanti. - Selamat tinggal.

Seon Ho kata...

dia tidak suka mengikat tali kasut seperti reben.

Lihatlah.

Kasut yang ini, dan ini juga.

Ikatan mereka, semuanya sama.

Hanya yang ini sahaja berbeza.

Kasut yang dia pakai hari itu diikat dengan cara berbeza.

Seon Ho...

tidak bersendirian pada hari itu. Dia bersama seseorang.

Orang itu yang mengikatnya.

Kenapa? Untuk apa?

Supaya ia kelihatan seperti kes bunuh diri.

Jangan buat kesimpulan melulu.

Mungkin Seon Ho mengikatnya secara berbeza pada hari itu.

Kasut ini sememangnya terikat dengan cara yang sama pada pagi itu.

Seon Ho...

tidak mahu mati.

Seseorang mahu jadikannya seolah-olah dia bunuh diri.

Joon Seok. Buka pintu.

Mari berbincang.

Bukalah pintu. Tolonglah.

Saya hanya mahu membantu awak.

Saya bukannya mahu salahkan awak.

Izinkan saya masuk, Joon Seok.

Ada masalah yang berlaku di akademi?

Tidak.

Kenapa awak dalam angin yang tidak baik?

- Saya tidak begitu. - Wajah kacak awak jelas tertulis,

"Saya sedang risau".

Saya baik-baik sahaja.

Lihat? Awak seperti sedang marah.

Saya tidak marah.

Baiklah.

Awak mahu pergi makan ais krim?

- Ayah dalam urusan perniagaan... - Hantarkan saya di sekolah.

Kenapa awak mahu pergi ke sekolah?

Saya tertinggal sesuatu.

Sesuatu yang penting?

Saya perlukannya untuk ujian esok.

Begitu.

Pergi ke pintu pagar belakang.

Kenapa?

Dari sana lebih cepat. Ia jalan pintas.

Baiklah.

- Jangan tunggu saya. - Awak hanya pergi sebentar.

Saya mungkin ambil sedikit masa jika perlu mencarinya.

Saya akan tunggu. Ambil apa yang awak perlukan.

Saya boleh uruskan sendiri. Pulanglah ke rumah.

Kenapa awak cepat marah hari ini?

Sebab inilah ayah gelar saya sebagai anak manja ibu.

Baiklah.

Hubungi saya jika awak terlewat. Saya akan datang menjemput.

Saya takkan terlewat. Pergilah.

Baiklah, saya faham. Saya akan pergi.

Joon Seok.

Joon Seok. Tunggu. Dengar sini.

Joon Seok.

Maaf.

Kenapa semua orang berminat dengan kes Seah itu?

Saya tidak tahu.

Dia di sana ketika pelajar beri keterangan?

Jangan sebutkan. Dia hampir bergaduh dengan ibu bapa.

Betulkah?

Ambil cap jari dari barang ini.

Apa?

Anak saya tidak mengikat tali kasut ini.

Saya dengar awak jumpa kasut anak saya di atas bumbung.

Ya.

Awak masih ingat cara ikatan tali kasut?

Tali kasut?

Ya. Apabila kami menerima kasut itu,

tali kasutnya diikat dengan reben.

Seperti cara biasa kebanyakan orang ikat tali kasut.

Saya bertanya sama ada ia diikat seperti itu...

ketika awak menemuinya.

Saya terlalu terkejut untuk ingat dengan betul,

tapi saya fikir awak betul.

Awak tidak mengikat mereka, bukan?

Kenapa saya mahu buat begitu? Saya takkan menyentuh bukti.

Tapi, kenapa awak bertanya tentang itu?

Anak saya tidak mengikat kasutnya seperti ini.

Saya memeriksa semua kasutnya di rumah.

Tiada satu kasut pun yang terikat seperti ini.

Hanya ini yang terikat secara berbeza.

Tiada bukti yang orang lain telah mengikatnya.

Sebab itulah...

saya mahu awak cari cap jari.

Hari itu mungkin hari yang istimewa.

- Istimewa? - Awak tahu,

kadang kala awak bersihkan meja sebelum belajar untuk peperiksaan.

Anak lelaki awak mungkin ikat tali kasut secara berbeza...

- untuk menyegarkan... - Anak saya...

Tolonglah.

Dia tidak mahu membunuh dirinya sendiri.

Seseorang buat ia kelihatan seperti dia bunuh diri.

Orang memang biasa mengusik tali kasut orang lain.

- Bagaimana... - Diam!

Saya faham maksud awak, tapi...

Awak akan kata yang saya tidak rasional?

Menghantar kasut ini untuk mencari cap jari...

bukan sesuatu yang sukar.

Isteri saya percaya seseorang cederakan Seon Ho...

dan buat ia nampak seperti dia bunuh diri.

Sebagai seorang ibu, dia akan meragui segala-galanya.

Tapi, saya fikir, agak melampau...

untuk mengesyaki ia sebagai jenayah hanya berdasarkan kasut.

Saya sedar.

Itu juga yang akan dikatakan oleh pihak polis.

Awak juga fikirkan perkara sama seperti isteri awak?

Apa maksud awak?

Tali kasut fabrik dan juga kasut, tidak mengekalkan cap jari.

Awak takkan dapat apa-apa,

walaupun awak hantar ia ke makmal.

Lagi pula, walaupun keajaiban buat kami jumpa sebahagian cap jari,

jika suspek itu bukan penjenayah,

kami perlu bandingkan bahagian cap jari...

dengan semua orang di Korea.

Itu akan mengambil masa yang sangat lama.

Hanya pelajar...

Tidak.

Jika itu terlalu banyak...

Awak tidak boleh bandingkannya dengan cap jari pelajar...

dari dalam video?

Kami tiada fail cap jari untuk orang bawah umur.

Kami perlukan kebenaran dari ibu bapa mereka.

Awak fikir mereka akan benarkan kami ambil cap jari anak-anak mereka?

Lagi pula, mereka semua ada alibi.

Jika begitu, apa...

yang boleh pihak polis lakukan?

Jika awak sentiasa kata, tidak boleh buat pelbagai perkara,

siapa yang akan siasat tentang keadaan yang Seon Ho lalui?

Jika awak syak ia sebagai jenayah tanpa bukti,

- orang yang difitnah... - Orang yang sebenarnya difitnah...

ialah anak saya!

Orang yang awak mesti melindungi adalah mangsa, bukan penyerang.

Bukan penyerang, tapi mangsa!

Kami bukannya mahu melindungi penyerang!

Detektif Kim!

Saya faham perasaan awak,

tapi cap jari takkan membantu.

(Polis Kangho yang jujur dan kuat, komuniti yang selamat dan bahagia)

(Polis Kangho yang jujur dan kuat, komuniti yang selamat dan bahagia)

Kenapa dia buat kekecohan seperti itu?

Tidak guna. Dia juga tinggalkan ini.

- Hei. - Apa?

Awak...

akan ikat tali kasut secara berbeza sebelum membunuh diri?

Mungkin juga, jika saya mahu bersedia secara mental.

Kenapa budak yang bersedia secara mental tidak tinggalkan nota?

- Ia tidak konsisten. - Remaja cenderung menjadi impulsif.

Periksa kamera dan cari aktiviti Seon Ho,

- dari akademi hingga ke sekolah. - Kenapa dengan awak?

Bagaimana dengan Ki Deuk Cheol?

Maaf.

Hei.

Helo.

Saya Choi Ji Kyung.

Saya terdengar perbualan awak dengan detektif.

Saya terasa mahu tahu.

Ingin tahu?

Ya. Kasut Si Patriotik Lee Han Yeol, telah mengubah dunia.

Nampaknya awak juga telah beli sepasang.

Ia kes buli di sekolah?

Jika awak rasa dianiaya, saya boleh membantu.

Saya tidak percayakan wartawan yang jumpa saya kerana mahu tahu.

Saya tidak menulis hanya kerana rasa curiga.

Saya akan hubungi jika saya perlukan bantuan awak.

More Malay subtitles for Beautiful World

Komentáře

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left