Prvních 200 řádků.
facebook 1OO m a l a y
Subtitle by 100Malay
Selama berabad tahun...
...manusia dan dukun hidup berdampingan dengan aman.
Sehingga munculnya dukun Mordred.
Dia berhasrat untuk menentang manusia.
Dia menyerang benteng pertahanan yang terakhir...
Camelot.
Uther, saya tak rasa kita boleh menang pertempuran ini.
Saya kenal Mordred. Dia menerima penyerahan diri.
Pegang mahkota ini.
Jaga baik-baik.
Minum darah mereka!
Serang!
Jangan kita lupa bahawa sebelum muncul Mordred...
...dukun-dukun tinggal di kalangan kita dengan harmoni.
Hubungan kita dengan mereka sentiasa aman.
Itu sebelum mereka merasai kuasa...
...dan menghasilkan makhluk perang.
Tapi itu hanya Mordred, bukan ahli puaknya.
Jadi kenapa kita menyembelih mereka, Vortigern?
Bukankah putera pernah berbaik dengan dukun?
Bukankah dia pernah belajar bersama Mordred?
Apa yang kau maksudkan?
Aku dihantar oleh ayah aku untuk belajar bersama dengan dia.
Sebagai tanda diplomasi.
Kami hanya ingin mengingatkan pada Tuanku...
bahawa si dukun, Merlin...
...yang memberikan pedang hebat kepada kamu.
Mula!
Di manakah kita tanpa Merlin dan puaknya yang menolong dia?
Di mana mereka sekarang?
Kenapa mereka tidak menunjukkan diri mereka?
Kamu tahu di mana mereka, Raja Mercia.
Mereka menyelamatkan diri mereka! - Cukup!
Lepaskan!
Tidak akan ada pembunuhan lagi.
Tidak akan ada lagi hukuman. Jelas?
Sekarang, tinggalkan aku.
Keamanan?
Untuk sementara.
Sudahkah tiba masanya untuk kami...
...menyelamatkan awak dari yang lain?
Awak saja yang boleh tolong saya.
Saya datang untuk budak ini, bukan awak.
Kalau begitu, awak perlu bertarung dengan saya.
Adik saya tak seperti selalu hari ini.
Jagalah dia.
Jumpa awak esok.
Mereka semua sudah bersedia?
Ya.
Kamu yakin, tuanku?
Dengar sini. Awak perlu dengar cakap saya.
Apa yang berlaku?
Saya nak, awak dan budak itu jauhi dari saya.
Saya akan cuba menyusul secepat mungkin.
Saya takut, Uther.
Saya ada pedang. Cepat.
Bagaimana awak tahu tempat ini, sayang?
Beritahu saya, ke mana kita nak pergi.
Kenapa awak tak jawab?
Beritahu saya, apa yang kita buat di sini.
Sayang, tolong jelaskan.
Beritahu saya, dan saya akan diam.
Jangan risau.
Lepaskan talinya.
Raja Vortigern!
Bergerak!
Hei!
Mari sini!
Mari!
Lari!
Beri laluan untuk raja.
Suruh mereka buat kerja semula.
Baik.
Sarjan! Suruh mereka jaga adab!
Kamu masih kacak, tuanku.
Kenapa paras air itu menurun?
Kenapa baru sekarang pedang itu muncul?
Aku belum bersedia, menara itu belum selesai.
Apabila kuasa kamu bertambah...
...kuasa yang akan menentang kamu juga bertambah.
Keseimbangan adalah hukum alam yang mesti dipatuhi.
Waris raja itu akan muncul.
Ia tak dapat dielakkan.
Kita sudah buat perjanjian.
Apabila darah orang yang aku sayang, tumpah di perairan ini...
...keinginan aku mesti dipenuhi.
Itu tidak dinafikan lagi, tuanku.
Kami sentiasa memegang perjanjian kita.
Tapi kamu yang menghilangkan budak dan juga pedang itu.
Memang pengorbanan aku belum cukup?
Tidakkah kamu merasakan kuasa kamu meningkat?
Dengan setiap kota yang ditawan...
dengan aras yang ditambah pada menara kamu...
apabila ia berbumbungkan dengan perak dari Gaul...
...kamu akan memiliki apa yang kamu inginkan.
Cari budak itu.
Bunuh dia.
Dan pedang itu akan menjadi milik kamu.
Sekiranya kamu ingin bantuan lagi...
...kamu tahu apa yang mesti dikorbankan.
Terserempak dengan orang Viking pagi tadi.
Mereka suruh saya memberikan ini pada awak.
...dan dengan ikhlasnya mereka meminta maaf.
Semoga cepat sembuh.
Ini bukan tanggungjawab awak, Arthur.
Jangan nak mengarut.
Awak semua sudah menjaga saya lebih lama berbanding...
...saya menjaga awak.
Saya rasa berhutang budi pada awak semua.
Apa yang kelakar?
Saya cuma nak tahu...
...bagaimana awak dapat duit dari orang Viking.
Saya minta dari mereka.
Buka pintu! - Hei.
Buka, ini titah raja!
Buka.
Ya, encik?
Ada pembelot datang ke sini. Kami perlu memeriksa di seluruh rumah.
Sabar, budak baru, sebelum kau mengeruhkan keadaan.
Apa kau kata?
Aku nak potong tangan kau.
Sarjan!
Apa yang aku sudah beritahu pasal tempat ini?
Dia sentuh saya, tuan.
Kau sepatutnya berasa bertuah.
Kebanyakan orang perlu menanggung akibat itu.
Sekarang bawa pasukan kau dan keluar!
Jack.
Apa yang dia nak sebenarnya?
Pihak pemberontak kembali menyerang.
Menyerang kapal diraja di hulu sungai.
Ada sesiapa yang kau tak kenal dalam rumah ini?
Aku tak pasti, Jack. Orang selalu datang dan pergi.
Tapi kami tak campur urusan di sana.
Baiklah.
Lambat laun, mereka akan tertangkap juga.
Khabar angin pasal waris raja ini tak bagus untuk semua.
Boleh aku periksa?
Dia cedera.
Terkena anak panah ketika melarikan diri.
Apa yang terjadi pada orang yang menyerang kapal raja di hulu sungai?
Kau tahu apa yang akan berlaku.
Dan ia tak berlaku dengan cepat.
Apa yang akan berlaku pada orang yang sembunyikannya?
Mereka akan dilayan sama seperti orang yang mereka sembunyikan.
Jadi, begitu?
Aku tak pasti kedatangan kau dialu-alukan di sini.
Kau berada di tempat yang selamat, tak perlu risau.
Ke bilik belakang, sekarang.
Kenapa ini, Jack? Apa kaitannya dengan kami?
Kau tahu siapa lelaki ini?
Kalau dilihat, aku memang tak kenal.
Goosefat Bill.
Aku tahu siapa dia. Itu nama panggilan dia.
Sebab dia selalu terlepas dari penjara yang kau kurung.
Dia ditemui di kawasan ini...
...dan ia kelihatan tak baik bagi kau.
Apa yang berlaku?
Di mana?
Ada sesuatu pada kau, Arthur. Nama kau selalu disebut.
Siapa yang sebut?
Kawan kepada tukang jahit mak aku.
Aku Sarjan Askar Hitam, bodoh. Siapa lagi?
Sekarang, ceritakan pada aku tentang seorang gadis bernama Lucy.
Orang Viking memanggilnya Greybeard.
Ada lambang yang diconteng di dinding itu.
Kau penulis buku?
Beritahu aku, secara terperinci.
Kami berunding secara baik dengan beberapa orang Viking.
Jangan dekat!
Ceritakan dari awal. Paling awal.
Aku terjaga.
Kemudian?
Aku pakai baju.
Aku turun ke bawah, aku nampak gadis-gadis.
Lucy hilang.
Di mana Lucy?
Dia gadis yang baik. - Sangat baik.
Dia bekerja di sini. - Kemudian?
Kemudian, aku dan kawan-kawan...
...ada sedikit urusan.
Urusan kemas rumah.
Semuanya berjalan lancar?
Itu harta rampasan dari kapal.
Kemudian? - Kemudian kami dengar...
George menghadapi masalah malam tadi.
Baiklah, jumpa aku di depan.
George yang mana? Raja George? George yang pemarah?
George Si Naga? Cakap jelas sikit, Arthur.
George yang mana? - George kawan kami.
George dari Cina, Kung-Fu George.
George? - Art.
Kami dengar dia ada masalah dengan...
Orang Viking.
Mereka semua tak berlatih.
Aku ingatkan kau sudah peringatkan mereka.
Sudah cakap.
Tapi mereka tak mahir cakap bahasa Inggeris.
No comments yet. Be the first to leave one.