Udgivelsesinfo

미스함무라비 Miss Hammurabi-E09 180619 HDTV H264-NEXT-VIU
미스함무라비 Miss Hammurabi-E10 180625 HDTV H264-NEXT-VIU
En kommentar af Nasrull07

Tags

HDTV
hdtv
HD
Udgivet den: 2018-10-09
Downloads: 62
Hørehæmmede: No

Forhåndsvisning af Malay undertekster

De første 200 linjer.

Hakim Im.

Ya?

Tentang semalam...

Terima kasih.

Maaf?

Oh, saya minta maaf.

Saya harap saya tidak buat awak rasa tidak selesa.

Tidaklah. Terima kasih pada awak...

Saya minta maaf. Saya perlu bertemu Ketua Hakim Han.

Masuklah.

- Hei. - Tuan.

Saya mahu buat cadangan.

Ia masih nampak menarik.

- Maaf? - Awak tahu apa yang saya katakan.

Itu boleh dianggap gangguan seksual,

gangguan seksual di tempat kerja.

Benarkah?

Saya minta maaf, Hakim Jung.

Tidak, saya hanya bergurau. Awak tidak perlu minta maaf.

Seorang jurutrengkas mahkamah berani memuji punggung hakim.

Saya minta maaf.

Tidak, dengar. Bukan itu maksud saya.

Ia adalah gangguan seksual.

Jika awak beritahu HR,

mereka akan putuskan sama ada mahu perbaharui kontrak saya atau tidak.

- Orang yang bertanggungjawab... - Bukan itu maksud saya!

Saya sukakannya.

Ia pujian, jadi ia bukan gangguan seksual.

Awak sukakan apa?

- Maaf? - Apa yang awak sukakan?

Mendapat pujian...

dari seorang perempuan yang cantik.

Saya tidak memuji punggung hakim.

Saya hanya kata tentang lelaki comel ini.

Jadi ia bukan gangguan seksual di tempat kerja, bukan?

Saya pergi dulu.

Sebentar,

awak kata lelaki itu bukan ayah awak.

Maaf?

Adakah dia sebenarnya teman lelaki awak?

Adakah awak bercinta dengan lelaki tua itu?

Apa yang dia katakan?

Itukah sebab dia berhenti melawat pejabat kami?

Oh Tuhan, perempuan aneh itu.

Dia ada teman lelaki.

Kenapa dia memikat saya sekarang?

Saya tahu yang vintaj adalah gaya sekarang.

Tapi bagaimana dia boleh bercinta dengan lelaki tua itu?

Ya, saya ada punggung yang menarik.

Apa yang awak mahu lakukan dengan itu?

Saya takkan tunjukkannya kepada awak lagi.

Awak takkan melihat punggung saya lagi.

Saya akan melindunginya begini mulai sekarang.

Adakah sesuatu berlaku pada awak dan Hakim Jung?

Sudah tentu tidak. Adakah awak ke sini untuk berehat?

Ya.

Ia bising di sana sekarang.

Datanglah ke meja saya. Saya akan buatkan awak teh.

- Tapi benarkah semuanya okey? - Ya, mari pergi.

- Tiada apa yang berlaku, bukan? - Mari pergi sahaja.

Cik Lee.

Apa pendapat awak tentang Hakim Jung?

- Bagaimana dengan dia? - Tiada apa yang penting,

tapi awak pandai memahami orang.

Awak bertemu ramai orang di mahkamah.

Dia anak lelaki dari keluarga kaya.

Dia membesar tanpa apa-apa kebimbangan.

Awak betul.

Awak boleh kata begitu tentang Hakim Jung.

Bagaimanapun,

lelaki seperti dia...

boleh jadi tidak bertimbang rasa dan bersikap tidak peduli.

Tapi tidakkah awak fikir lelaki bersikap agak tidak peduli?

Bukan Hakim Jung sahaja.

Kenapa awak terus bertanya tentang Hakim Jung?

Tiada apa.

Saya hanya kata yang kebanyakan lelaki seperti dia.

Siapa lagi yang bersikap tidak peduli?

Ia tentang kawan saya yang bekerja di sebuah syarikat.

Dia letih dengan rakan sejawatnya yang bersikap tidak peduli.

- Benarkah? - Ya.

Tiba-tiba dia bertemu ibunya semalam.

Apa yang dia fikirkan?

- Benarkah? - Ya.

- Kami tidak serapat itu... - Cik Lee.

- Ya? - Adakah awak nampak Hakim Park?

Ya, Ketua Hakim Han.

Apa yang awak lakukan di sini?

Saya hanya berbual dengannya.

Masuk ke sini sebentar.

Okey.

Saya akan kembali.

Ini yang saya mahu beritahu pada awak.

Bila saya semak laporan kes,

awak bertanggungjawab dalam banyak kes....

berbanding Hakim Im.

Ia kerana hakim yang bekerja sebelum awak berhenti...

- pada pertengahan tahun lepas. - Betul.

Jika begini, kes awak akan ditunda ke beberapa bulan.

Jadi,

bolehkah kita tukar orang yang bertanggungjawab...

untuk beberapa kes supaya bilangannya munasabah?

Jika orang mengadu, saya yang akan merana.

Saya akan uruskan lebih banyak kes setiap minggu.

Bagaimana awak boleh begitu yakin?

Awak sudah bekerja lewat setiap malam.

Tapi saya pantas dalam tugas saya, tuan.

Dan jika awak menukar ketua hakim, Hakim Im takkan gembira.

Dia tidak boleh buat keputusan. Dia patut mengikut arahan saya.

Berhenti melawan.

Dan semak semula fail ini dengan berhati-hati.

Ia kes awak yang seterusnya. Itu sahaja.

Ya, tuan.

Kenapa dengan wajah murung itu? Mari minum, okey?

Adakah Peguam Hwang Mal Dong tidak baik dengan orang di mahkamah?

Ketua Hakim Han Se Sang dikenali dengan panas barannya.

Peguam Hwang adalah kawan rapatnya.

Mereka pergi ke institut yang sama dan bekerja pada masa yang sama.

Percayakan saya.

Hwang Mal Dong ibarat abang bagi hakim itu.

Mendengar nama Hwang Mal Dong...

Oh Tuhan, ia buat saya marah.

Bukankah awak rapat dengan Peguam Hwang?

Tidak mungkin. Kami ada hubungan yang teruk.

- "Hubungan yang teruk"? - Di institut latihan,

dia buli saya kerana tua.

Bila kami bekerja bersama,

dia buat saya kelihatan dungu di depan para ketua hakim.

Dan kemudian, bila kami menjadi teman sebilik,

kami langsung tidak bertegur sapa.

Bila broker ada sesuatu jenis hubungan,

mereka beritahu semua orang yang mereka ada hubungan yang rapat.

Betul, mesti mereka ada banyak hubungan yang baik.

Mereka tidak fikirkan musuh mereka yang berdekatan.

Oh Tuhan, Hwang Mal Dong.

Oh Tuhan, saya hilang selera.

Kes ini tidak jelas dan rumit. Ia terpulang kepada hakim.

Sebab itu peguam penting.

Adakah awak sudah membaca kes Hwang Mal Dong?

Kontrak itu ditulis dengan jelas, jadi kesimpulannya sudah ketara.

Kenapa mereka perlukan peguam?

Oh Tuhan, saya bencikan dia.

Maafkan saya? 30,000 dolar?

Kenapa ia sangat mahal?

Saya dengar peguam dibayar sedikit sekarang.

Janganlah begitu.

Adakah beg yang dijual di jalanan...

berharga sama dengan beg berjenama mewah?

Ini eksklusif.

Peguam sedang menghadapi waktu sukar sekarang.

Ramai di antara mereka bersusah payah...

untuk menjana 3,000 dolar sebulan.

Ada orang yang lebih bersusah payah.

Alihkan.

- Nikmatilah. - Terima kasih.

Ini bagus.

Americano sempurna selepas makan jjajangmyeon.

Ini saya punya.

Ini dia, tuan.

Terima kasih, Hakim Park.

Helo.

Saya sering bertemu awak kebelakangan ini.

Adakah awak sakit perut lagi? Adakah ia kerana tertekan?

Ia kedua-duanya. Oh Tuhan.

- Saya mahu dua kotak. - Okey.

Orang muda sekarang biadab dan kurang ajar.

Orang akan memanggil awak keldai tua jika awak kata perkara begitu.

Tuan, apa yang awak kata?

"Keldai tua"?

Di rumah,

isteri saya yang menakutkan membebel pada saya...

dan anak perempuan saya membuli saya.

Di tempat kerja, rakan sejawat yang keras kepala...

dan biadab membuli saya.

Ia buat saya marah dan perut saya sakit,

jadi saya beri pandangan.

Bagaimana awak boleh panggil saya keldai tua?

Yang Arif.

Ini penindasan korporat.

Bagaimana rupa pangsapuri dilihat penting.

Cat murah tidak boleh digunakan.

Peguam plaintif. Kes ini berkenaan bekas kosmetik.

Ia bukan tentang pangsapuri.

Benarkah? Saya minta maaf.

Cari sekarang.

Saya rasa pengurus saya buat silap.

Yang Arif.

Ini adalah satu lagi tindakan penindasan syarikat kosmetik.

Bekas kosmetik yang dibuat oleh plaintif...

tiada tanda kerosakan yang cukup untuk membatalkan kontrak.

Adakah saya tidak tidur dengan baik? Leher saya sakit.

Yang Arif,

awak akan lihat dalam bukti yang saya telah hantar.

Beberapa penutup bekas...

yang dibuat oleh plaintif telah rosak.

Bukankah penutup itu okey selagi ia boleh dibuka dan ditutup?

Penampilan juga penting untuk produk kosmetik.

Bagi barangan yang cacat,

kerosakan telah diperbetulkan.

Adakah maksud awak...

Kommentarer

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left