De første 200 linjer.
BERDASARKAN KISAH BENAR
Kita mulakan malam ini dengan Taufan Katrina yang boleh menjadi antara…
NEW ORLEANS KATEGORI 5
...ribut terdahsyat pernah membadai Amerika.
Satu ribut taufan sedang menuju ke Pantai Teluk.
Kita sedang melihat ribut taufan Kategori 5, Taufan Katrina.
Taufan Katrina kini ialah taufan Kategori 5.
Sekarang, penduduk digesa meninggalkan bandar.
Taufan Katrina telah bertukar menjadi taufan Kategori 5.
Taufan ini sangat berbahaya
kepada masyarakat Pantai Teluk.
Ini baru permulaan.
Bandar New Orleans …
…esok pada waktu ini, semua mangsa
mungkin sudah kehilangan rumah mereka.
...kebanyakan New Orleans ditenggelami air.
Taufan Katrina...
Taufan Katrina...
Inilah taufan yang telah lama digeruni.
11 SEPTEMBER 2005
TIGA BELAS HARI SELEPAS TAUFAN KATRINA
TUHAN, BANTULAH KAMI
HANYA STAF PERUBATAN DIBENARKAN MASUK
DILARANG MASUK
Biar betul. Jim, kami di dalam gereja kecil.
Sarah, awak perlu lihat ini sekarang. Laluan tingkat dua.
Jadi, Dr. Baltz,
selepas Taufan Katrina, 45 mayat ditemui
di Pusat Perubatan Memorial.
Empat puluh lima.
Ya.
Lima hari selepas taufan. Keadaan yang paling dahsyat.
Tapi 45 orang mati di hospital awak.
Awak cakap seolah-olah ia disengajakan. Awak buat...
Adakah ia disengajakan, doktor?
Tolonglah. Awak perlu faham situasinya.
Apa kata ceritakan kepada kami dari mula, doktor?
Saya difahamkan ada dua hospital di bangunan itu?
Ya, benar. Dua hospital.
Ada Hospital Memorial, tempat saya bekerja, dan LifeCare,
yang merupakan perkhidmatan penjagaan jangka panjang di aras tujuh.
Ia ada staf dan pesakit sendiri.
Tapi sebelum taufan,
kami terima 1,200 orang lagi.
Kami sentiasa jadikan hospital kami tempat berlindung semasa taufan.
Itu bukan pelik.
Jadi, semua perkara ini tak pelik…
bagaimana semua pesakit itu mati dalam masa lima hari?
Doktor, bagaimana 45 orang itu mati?
Meranduk air
Meranduk air, anak-anak
Meranduk air
Meranduk air, anak-anak
Meranduk air
Tuhan akan goncang sungai ini
Manusia masuk ke dalam sungai
Manusia masuk ke dalam sungai, Tuhan
Manusia masuk ke dalam sungai
Masuk ke dalam sungai untuk berdoa
Meranduk air
Meranduk air, anak-anak
BERDASARKAN BUKU OLEH SHERI FINK
Meranduk air
Tuhan akan goncang sungai ini
Tuhan akan goncang sungai ini
HARI PERTAMA
Pengawal Kebangsaan... Kini mereka mengatakan yang Taufan Katrina
telah meningkat menjadi taufan Kategori 5.
29 OGOS 2005 12:20 PAGI
ENAM JAM SEBELUM MENDARAT
Beritahu saja apa mereka perlu buat
dan tunjukkan mereka arah yang betul.
- Saya pasti mereka akan beri kerjasama. - Peraturan perlu dipatuhi.
Peraturan perlu dipatuhi.
Ewing, ini bukan kali pertama hospital ini jadi tempat perlindungan.
Awak sendiri tahu.
Ini bilik kecemasan. Ini bukan zoo haiwan jinak.
Tolonglah. Mereka ini anggota masyarakat kita.
- Kita perlu lakukan ini. - Bagus.
- Ya. - Kita boleh jaga mereka,
dan jaga haiwan peliharaan di aras bawah tanah sewajarnya...
- Baiklah... - ...seperti peraturan tetapkan.
TAUFAN KATRINA
Pantai Teluk, sekarang ia sangat hangat.
Lebih kurang 29 hingga 30 darjah Celsius di beberapa kawasan.
Okey? Kita perlu jaga mereka.
Kita perlu jaga mereka. Itulah misi kita.
- Haiwan-haiwan ini, ia bukan... - Mesyuarat staf dalam sejam.
Anna.
Anna.
Horace, ada sesiapa ditugaskan untuk mereka ini?
Semua orang okey.
Sudah banyak kali saya lakukan ini.
Berteduh di sini seperti berteduh di lapangan terbang kerana salji.
Awak tak perlu berada di sini. Kami ada ramai staf.
Tak, saya perlu jaga beberapa pesakit yang telah dibedah.
Vince boleh jaga rumah. Saya mahu berada di sini.
- Saya lebih mahu berada di sini. - Baiklah.
Susan cakap ada mesyuarat staf kanan sejam lagi, okey?
- Okey. Terima kasih. - Okey.
Selamat pagi, semua.
Selamat pagi.
Tak berada di pejabat awak, seperti doktor lain?
Kita sepasukan, bukan?
Ia seperti berkhemah.
Kita boleh buat unggun api. Saya benci apabila suhu penyaman udara direndahkan.
Apa itu?
Pembuka tin.
Itu saja yang awak bawa? Sedikit biskut, ikan tuna dan pembuka tin.
Paling teruk pun, paling lama kita akan berada di sini selama tiga hari.
Taufan pertama di hospital?
Ya, betul.
Kenapa? Ada masalah?
Tak, cuma...
Baguslah awak optimistik. Itu saja.
Semoga kita tak perlu ketahui
sama ada ia terlalu banyak atau terlalu sikit.
Ya.
Baiklah.
Saya mahu melawat pesakit. Jumpa nanti.
Ya. Bagus. Mari pergi.
Semua, teruskan berjalan. Teruskan bergerak.
- Ya, puan. - Faham. Ya.
Ayuh, semua. Masuk. Kita mahu panaskan badan, bukan?
Semua dengar?
Ya.
Okey. Jadi, pertama, bagi yang tak kenal saya, saya Susan Mulderick,
dan saya komander kecemasan untuk taufan ini.
Saya tahu kamu semua fikir tentang banyak perkara,
kamu risau tentang keluarga dan orang tersayang.
Kita semua begitu.
Walau apa pun yang berlaku di luar atau di dalam,
hospital ini masih beroperasi.
Sehingga keadaan reda, kita akan beroperasi mengikut protokol khas.
- Mana ahli unit saya? - Di sini.
Kamu semua ada walkie-talkie?
- Semua? - Ya, puan.
- Ya. - Okey.
Ambil perhatian, ahli-ahli unit ini bertanggungjawab terhadap unit pesakit,
dan sekiranya ada kecemasan di unit itu, patuhi arahan mereka.
Semua arahan di seluruh hospital mesti diberi oleh Rene atau saya.
- Atau saya. - Atau Richard.
Maaf.
Richard... Richard pengganti sementara Ruben, yang sedang bercuti.
- Bu! - Dengar.
Sepatutnya kamu malu mengutuk presiden staf kamu begitu.
Yang sedang bercuti.
Ada soalan?
Orang tanya tentang penyaman udara.
Beritahu mereka kita rendahkan suhu kerana sebab tertentu.
Kalau bekalan elektrik bandar putus,
penjana sandaran kita tak mampu menampung penyaman udara,
dan suhu di sini akan jadi panas dengan sangat cepat.
Jadi, selagi sejuk, mereka tahu semuanya okey.
Ada soalan?
Ya. Susan, kita sudah bercakap dengan seseorang daripada LifeCare?
Saya tahu mereka ada aras sendiri tapi kita di dalam bangunan sama.
Mereka patut ada pelan kecemasan sendiri dan mereka...
mereka banyak duit, jadi jika perlu,
kita mungkin akan minta bantuan mereka.
Ada apa-apa lagi?
Okey. Saya sudah lama bersama Memorial
- untuk tahu yang kebanyakan... - Baptist.
Saya sudah cukup lama berada di hospital ini untuk tahu yang kebanyakan taufan ini,
kesannya taklah teruk.
Tapi kesannya jadi lebih teruk jika tiada persediaan untuk kecemasan.
Jadi kita buat saja perkara sepatutnya.
Itu saja. Mari bekerja!
Baiklah. Bagus. Terima kasih.
Ini situasi suram untuk bandar New Orleans.
Awak datang dari LifeCare, Chalmette?
- Ya. - Diane Robichaux.
- Gina Isbell. - Awak bawa berapa pesakit?
- 19. - Oh Tuhan.
Ya. Awak tahulah, korporat. Mereka fikir Chalmette akan terjejas teruk.
Mereka lebih mahu pindahkan pesakit ke sini, LifeCare, Baptist.
Ia "Memorial."
Awak panggil hospital ini "Baptist," awak seperti orang lama.
Koperasi datang dan pergi.
Mereka boleh panggilnya sesuka hati. Bagi saya, ia tetap Baptist.
Semua orang dapat biasakan diri?
- Ya. Saya bawa pasukan terbaik saya. - Bagus.
Ada seorang pesakit saya mahu perhatikan. Emmett Everett. Paraplegik, diabetis.
Dia sudah dipindahkan ke katil lebih besar tapi dia mungkin perlu penjagaan istimewa.
- Okey. Beritahu kami apa saja awak perlu. - Okey. Terima kasih, sayang.
Ia kini raksasa. Kategori 5, angin 257 km sejam…
Selamat pagi, Angela.
Selamat pagi, Diane.
Wilda.
- Wilda. - Mm-hmm.
Apa khabar ibu awak?
Mak, jawab pertanyaan Diane.
Agak baik.
- Ya? Awak baik? - Saya okey.
Baiklah.
Suhunya sudah menurun.
Petanda yang baik. Dia melawan jangkitan itu.
Awak akan berada di sini bersama ibu awak semasa taufan?
- Ya. - Ya?
Saya rasa di dapur ada makanan. Ambil saja kalau awak perlu apa-apa.
No comments yet. Be the first to leave one.