De første 200 linjer.
UNDER THE QUEEN'S UMBRELLA
EPISOD 1
- Di mana budak tak guna itu? - Sebenarnya…
Tunggu apa lagi?
Siapa awak nak buat begini?
Saya?
Saya orang yang mampu jadi gila
dan mampu buat kerja gila.
Maksud saya,
membunuh awak adalah perkara paling mudah untuk saya.
- Tak sempat ucap selamat tinggal pun. - Bonda dah ucapkan.
Cho-wol bukan gundik. Dia peneman saya.
Kamu hanya meniduri dia.
Lupakan dia.
Lupakan?
Ayahanda ada lebih sepuluh isteri.
Kenapa anakanda seorang pun tak boleh?
Kalau nak, jadilah raja.
Tuanku Bonda Ratu.
Putera dan Puteri Mahkota mohon menghadap.
Yakah?
Suruh mereka masuk.
Bagaimana kesihatan nenda semalaman?
Moyanganda,
moyanganda apa khabar?
Semoga moyanganda dipanjangkan umur.
Mari sini, cicinda.
Aduhai.
Rasanya semua hajat moyanganda dah tercapai.
Kalau tutup mata sekarang pun,
nenda tak menyesal.
Nenda,
semoga nenda dipanjangkan umur.
Tanpa batu asas, tak mungkin tiang dan batu besar berdiri.
Ayahanda hanya akan kukuh
kalau ada nenda sebagai asasnya.
Ya. Baiklah, Putera Mahkota.
Adakah mamanda sekalian nekad membiarkan rakyat kebuluran?
Tuanku,
ini untuk menghalang wabak merebak.
Sebab itulah beta tidak menutup rumah sakit.
Tapi sampai sekarang, rumah sakit dibenci sehingga dibakar.
Jika rakyat miskin dikawal dan dihalang daripada diselamatkan,
mereka pasti akan menderita kebuluran.
Di sinilah pentingnya kuasa.
Kita tak perlu ambil risiko jangkitan dan tunjuk belas kasihan, Tuanku.
Sekalipun beta tak dapat menghalang kematian akibat penyakit,
beta takkan biarkan rakyat jelata mati kebuluran.
Rakyat Tuanku yang belum dijangkiti lebih ramai.
Perjuangan juga perlukan pengorbanan.
Betul, Tuanku.
Kalau Tuanku benarkan bantuan masuk ke rumah sakit,
seluruh bandar akan berada dalam bahaya.
Patik dengar tanda-tanda penyakit semakin berkurang selepas 14 hari.
Ia boleh diubati.
Kita hanya perlu kuarantin pegawai yang masuk ke Seochon.
Sesiapa saja yang berjangkit tak patut keluar walau setapak pun.
Wabak ini bermula di Seochon,
maka ia harus berakhir di sana.
Beta juga akan berakhir di Seochon.
Tuanku.
Kadangkala perlu ada ketegasan dalam menguruskan hal ehwal negara.
Kalau ketegasan yang mamanda minta,
beta akan berikan.
Dengar sini sekalian!
Pilih kawasan berdekatan rumah sakit dan dirikan khemah sementara.
Tetapi jarakkan diri daripada pesakit
dan hanya edarkan makanan. Lagi satu, kukuhkan sempadan
dan kawal pergerakan
orang yang dikuarantin.
- Ya, Tuanku. - Ya, Tuanku.
Macam mana? Mereka semua dah ke Jonghak?
Putera Ilyeong masih tak bangun walau berkali-kali dikejutkan.
Putera Seongnam pula hilang entah ke mana.
Saya agihkan tugas kepada kamu sebab saya tak boleh kawal semuanya.
Itu pun kamu tak boleh buat?
Badan saya bukan ada sepuluh.
Setiap hari ada saja masalah!
- Maaf. - Maaf.
Pergi cepat. Di mana Putera Seongnam?
Ke mana dia pergi?
INSTITUSI PENDIDIKAN UNTUK PUTERA DAN KERABAT DIRAJA
Aduhai…
Sida-sida Kim.
Nak datang seawal mana lagi baru dapat duduk di barisan depan?
Saya datang ke sini dari awal pagi dalam keadaan mengantuk, tapi…
Saya tidur berdiri di sini dari semalam pun hasilnya tetap sama.
Aduhai.
GUUNMONG
Alamak!
Putera Gyeseong.
Kenapa beratur sendiri? Kenapa tak suruh orang bawahan?
Buat apa nak susahkan mereka? Jangan risaukan saya.
Bersedia saja untuk lari.
Jaga-jaga!
Masuk!
Cepat!
Itu tempat saya.
Nasib baik.
PUTERA UISEONG
GUNDIK JUNIOR PERTAMA HWANG
Bagaimana guru-guru kamu?
Guru ilmu hisab tak berapa bagus.
Kalau begitu, bonda akan tukar.
PUTERA SIMSO GUNDIK JUNIOR PERTAMA KO
PUTERA YEONGMIN GUNDIK SENIOR KEDUA KIM
Hari yang sesuai untuk belajar.
PUTERA NAMHYEON GUNDIK SENIOR KEEMPAT MOON
Putera Bogeom,
hari ini istimewa sebab Tuanku Raja dan Bonda Ratu akan ke Jonghak.
Kamu tak gementar?
Buat saja macam biasa.
PUTERA HODONG GUNDIK JUNIOR KEEMPAT OK
Tuanku,
kami dah cari dia di merata tempat, tapi tak jumpa.
Sudahlah hari ini penting.
Kenapa mesti hari ini?
Tuanku, kita kena cepat.
Semua putera raja harus tiba di Jonghak dalam masa 30 minit.
Bangun.
- Cepat bangun! - Anakanda mahu tidur sikit lagi.
Bangun!
Dah bangun?
- Buang tahi mata. Sedia untuk lari. - Kenapa?
Kenapa? Kita kena sampai sebelum Tuanku Raja dan Bonda Ratu.
- Kalau tak, apa akan jadi? - Habislah anakanda. Bonda pun sama.
Terima kasih.
Kenapa belakang sangat?
Maafkan saya.
- Putera Hodong. - Helo, Putera Muan.
Ibu yang terlalu mengongkong.
Putera Bogeom,
cubalah berjalan sekali-sekala.
Ini makanan kamu.
Makanan itu ubat.
Mari.
Putera Simso.
Lebih bijak kalau makan dua biji. Kunyah dan telan sekali gus.
Kalau mata awak elok, cuba tengok buku Putera Uiseong.
Apa? Kenapa?
Buku itu nampak macam…
berbeza.
JUJASEOJEOLYO
Betullah.
Rasanya itu Jujaseojeolyo.
Apa itu?
Himpunan teks-teks Confucius oleh Guru Toegye!
Jujaseojeolyo hanya boleh difahami selepas membaca Daehak dan Noneo.
Maksudnya, dia dah baca kedua-duanya.
Aduhai.
Jonghak pun tak ada buku itu. Dari mana dia dapat?
Ini kali pertama Tuanku ke sini, bukan? Selepas Tuanku naik takhta.
Ya, betul.
Tapi kenapa tak pernah datang sebelum ini?
Putera Mahkota belajar di Sigangwon.
Manalah Tuanku ada masa nak ke sini.
Ketibaan Tuanku Raja!
Putera Seongnam.
Aduhai, dia belum tiba.
INSTITUSI PENDIDIKAN EKSKLUSIF UNTUK PUTERA MAHKOTA
Sila terjemahkan dan jelaskan maksudnya.
Adakala kita mampu buat dengan baik, adakala kita tak mampu berbuat apa-apa.
Apabila raja gunakan hartanya sesuka hati sehingga negara berdepan krisis,
tak ada siapa yang mampu menghalangnya walaupun selepas mereka berusaha.
Sejak zaman silam, lelaki bijak yang tahu membezakan baik buruk
akan berjaga-jaga untuk minum air mengalir walaupun air itu tidak bertuan.
Jadi hari ini,
kita akan belajar tentang tanggungjawab seorang lelaki yang bijak.
Apakah tanggungjawab seorang lelaki yang bijak?
Jika kepimpinan negara diserahkan kepada orang sembarangan,
negara akan berdepan musibah dahsyat.
TONG, CEMERLANG
Beta akan lontarkan satu soalan unik
kepada putera-putera beta.
Bing, perkataan untuk "ais"…
BING, AIS
…menjadi su, yang bermaksud "air".
Cuba kamu jelaskan.
HWA, API
Teringat perkataan hwan, iaitu "kembali".
HWAN, KEMBALI
Ais itu juga air.
Apabila kembali kepada asalnya, ia akan menjadi air.
Anakanda teringat chun, iaitu "musim bunga".
CHUN, MUSIM BUNGA
Menurut turutan alam semula jadi, ais akan mencair
dan tumbuhan meresap air.
Jika bunga bertahan dan berkembang pada musim bunga,
ais akan menjadi air.
Jawapan saya
ialah yi yang bermaksud "pindah".
YI, PINDAH
Kenapa anakanda fikir begitu?
Kalau ais dipindahkan dari Sungai Han,
kita boleh dapatkan air di bawahnya.
Kalau ais yang beku dipindahkan ke tempat menyimpan ais,
ia boleh digunakan apabila tiba musim panas.
Putera Bogeom berikan jawapan yang berguna.
Beta mahu putera-putera beta bukan hanya belajar pelajaran harian,
tapi juga berfikir
No comments yet. Be the first to leave one.