Udgivelsesinfo

Saani Kaayidham 2022 1080p AMZN WebRip DD5 1 H 264
En kommentar af ShasyaLala
Amazon Retail.

Tags

webrip
web
BRip
1080
Udgivet den: 2022-12-06
Downloads: 23
Hørehæmmede: No

Forhåndsvisning af Malay undertekster

De første 200 linjer.

PROLOG PARADESAPATTINAM, 1989

Saya tak tahu apa!

Tolong jangan sakiti saya!

Saya tak tahu.

Tolong lepaskan saya.

Usah buat begini, Ponni.

Jangan buat begini, Ponni.

Ponni! Tidak...

Saya bersumpah atas anak saya, saya tidak tahu apa-apa.

Tolong jangan buat begini, Ponni.

Hei.

Saya dapatkan daripadanya.

Awak tak tikam dia pun.

Satu tikaman lagi dan dia akan mati.

Kita perlu membakarnya.

Di mana tin itu?

Ada di dalam van.

Jangan bunuh dia. Kita mesti bakar dia hidup-hidup.

Beri saya mancis itu.

Cepat.

- Awak nak ke mana? - Nak ambil beg.

Mani berada di Uthukottai...

Dan Anbu...

Cepatlah. Mari kita pergi.

Cepat!

TANAH DAN WARGANYA

Berapa lama kita nak duduk sini tengok antara satu sama lain?

Katakan sesuatu.

Lihat, awak perlu sama ada cakaplah...

atau bergaduh.

Perumal, berikan bahagian saya daripada harta pusaka.

- Kalau tidak... - Pusaka apa?

Ayah beri saya semua hartanya dalam wasiat. Awak tahu, bukan?

Abang, tak kisahlah apa yang ayah tulis.

Saya harapkan awak selesaikan isu ini.

Tunggu, sabar.

- Selesaikan perkara ini secara baik. - Saya tidak sabar lagi!

Awak fikir awak boleh buat ayah mabuk dan ambil pusaka saya?

Ya, buatlah apapun. Baliklah.

Saya akan kerat-kerat awak dan anak awak,

dan potong ibu jarinya untuk cap jari.

Buatlah apapun. Berambus.

- Sembang apa ini? - Awak dengar apa yang dia kata?

Pakcik, bila kali terakhir tandas dibersihkan?

Busuk melangit. Suruhlah seseorang untuk membersihkannya.

Awak akan jumpa dua ahli politik di dalam. Suruh mereka bersihkannya.

Dia sentiasa datang ke rumah saya dan bertelingkah tentang harta.

Orang tua itu lebih tahu, dan tinggalkan saya semua hartanya.

Bertandinglah, abang.

Kita boleh menang dengan undi orang kita.

Darjat kita naik hanya jika kita ambil langkah berani.

Tetapi orang kita tak ramai.

Oh, politik?

Abang, cakap saja awak akan bertanding...

Saya akan kumpulkan orang.

Wajah awak akan menarik orang ramai.

Kita pasti boleh menang.

Tak perlu ini semua. Lupakan saja.

- Sebut sahaja, abang. - Hei!

Nanti awak boleh bersihkan masyarakat, pergi cuci tandas sekarang.

Saya akan hantar seseorang, abang.

Apa yang awak cakapkan ini?

Awak tak nak bersihkan?

Jika awak tak nak bersihkan, Ahli Majlis boleh buat.

Jaga mulut awak. Hormatlah sedikit pada usianya.

Oh, awak rasa terhina?

Maari, biarkan saja.

Awak menjegil pada saya?

Dengar cakap saya. Angkat guni sahaja.

Kau bajingan!

Pandang saya.

Saya bercakap benar. Ayah waras semasa dia menulis wasiatnya.

Ambilkan pisau. Saya nak tikam dia.

Saya berhutang kelililng pinggang, dan saya tak dapat uruskannya.

Dia ingat boleh ambil semua.

Ayah tak mabuk macam yang awak tuduh.

Ayah waras semasa menulis wasiatnya.

Pergi jahanamlah.

Abang, suruh dia beri bahagianku.

Saya tidak akan memberinya satu sen pun.

- Saya akan bunuh awak. - Giri, bertenang.

Pergi kerja.

- Giri, usah... - Dengar dulu.

Abang, jika bukan kerana awak, saya dah kerat-kerat dia.

Berambus.

Awak cuba menipu pusaka saya.

Awak dan anak awak akan mati di tangan saya.

Lihat cara dia bercakap bahkan di hadapan awak.

Ya, memang saya cakap. Memang patutpun.

Apa yang berlaku di sana?

Awak tak nak berikan saya bahagian saya? Tak guna.

Fikir saya akan takut dengan awak, sial?

- Awak ingat saya takut? - Maari, sudahlah.

Maari gaduh dengan Anbu! Cepatlah.

Bertenang, Maari!

- Berani awak sentuh dia? - Berambus, anjing.

Kenapa awak pegang kolarnya?

Saya tak buat apa-apa. Dia celupar tanpa sebab.

Dia tidak salah.

Saya dah perhati awak minggu ini.

Awak cuma anjing yang bekerja untuk kami.

Awak datang ke tempat kami, nak lawan kami dalam pilihanraya...

dan awak nak dia diam saja tentangnya?

Kandaswamy, berhenti melepak dengan dia atau saya akan buang awak.

Keluar! Campak dia keluar.

Ayuh.

- Orang tua... - Balik rumah.

Jika awak datang balik untuk mencari kerja...

Kita patut bakar dia, bos.

- Mari kita cincang dia di sini juga. - Tenang, Vasu.

Dengar cakap saya, Maari. Mari kita pergi.

Mentang-mentang isteri kerja polis, awak menyombong, ya?

Saya akan belasah awak.

Anbu, jangan...

Awak panggil saya dengan nama saya saja?

Biarkan saja, Anbu.

Jangan awak berani bercakap tentang keluarga saya.

Tuan Polis Wanita!

Sombong betul bagi orang yang biarkan isteri berkeliaran.

Dia pun akan saya ajar.

Ayuh, mari kita pergi.

Anbu, isterinya polis?

Ya, Pakcik. Awak takutkah?

Dia baik dan lembut.

- Mari kita buat sup daripadanya. - Ayuh, Vasu.

Kenapa hanya rambut di kepala awak hitam, Sangaiah?

Ketika saya masih kecil, ibu saya minyak hanya kepala saya.

Jadi, hanya rambut saya yang hitam.

Ibupun buat begitu pada saya setiap hari. Tapi dia tak pernah letak di rambutnya.

Jadi rambut ibu saya coklat. Rambut saya hitam, seperti bapa saya.

Awak suka ibu atau bapa awak?

Saya suka ayah saya.

Saya suka ibu saya.

Saya suka wanita sebelah rumah.

Saya suka anak kambing mereka.

Saya suka Sudalai.

Siapa Sudalai?

Kawan saya.

Saya akan bawa dia esok.

Saya juga suka bayi kecil sebelah rumah.

Jangan beritahu saya berikan awak ini.

- Saya jumpa awak esok. - Okey.

Selamat tinggal!

Jangan ikut sembarangan orang.

Ayuh.

Ibu, kenapa ibu tak suka Sangaiah?

Diam dan ikut saja.

Beritahu saya, ibu.

Jangan cakap macam orang dewasa.

Beritahu saya, ibu.

Macam manalah mereka tahan layan awak di sekolah.

Apa yang berlaku? Kelihatan seperti suami awak mabuk?

Dia terhoyong-hayang.

Hati-hati, nak!

Dia hampir tidak boleh berjalan.

Okey, kak. Saya tengok dia.

Ayah...

Ayah, lebam apa pada mata ayah itu?

Tiada apa-apa. Pergi.

Ibu...

Ayah mabuk lagi dan terlanggar sesuatu.

Baik, letak beg awak dan cuci muka.

Apa yang berlaku?

Apa berlaku kepada awak?

Sekali lagi?

Berlaku pergaduhan kecil di kilang.

Berlaku pertengkaran semasa membincangkan pilihanraya.

Saya hilang sabar, dan kehilangan pekerjaan saya juga.

Awak kehilangan pekerjaan?

Inilah sebabnya saya beritahu awak untuk menjauhi politik.

Kita kena tukar pondok jadi rumah konkrit.

Anak kita membesar dengan pantas.

Kita perlu simpan sedikit wang untuknya.

Saya takut.

Tapi awak balik pun mabuk setiap hari.

Dia akan berhenti menghormati awak.

Lihat, dia sudah mengejek awak.

Baiklah, lupakan saja.

Yang dah lepas itu biarlah.

Esok pergi minta maaf dan dapatkan kerja awak kembali.

Janganlah bergaduh atau bertengkar.

Buat hal sendiri sahaja.

Apa yang awak fikirkan?

Polis wanita dah arahkan saya.

Bolehkah saya bantah?

Kenapa cakap begini?

Berapa lama awak sudah fikir begini?

Kenapa tidak?

Semua orang panggil saya Encik Polis Wanita.

Biar saya jelaskan.

Sebaik sahaja syif saya tamat, saya tanggalkan lencana saya.

Ini hanyalah pekerjaan.

Ia membayar bil kita. Itu sahaja.

Jika awak pulang mabuk setiap hari, siapa yang akan menyara keluarga?

Esok pergi kerja. Lupakan apa yang berlaku.

Minta maaf dan dapatkan pekerjaan awak kembali.

Pergi cuci muka. Saya akan siapkan nasi.

Rasanya itu saja.

Sangaiah, jom minum selepas selesai penghantaran?

Tiada benda lain nak buat?

Kommentarer

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left