Bean

Bean

Download Malay undertekster

Udgivelsesinfo

Mr Bean 1997 720p BRrip x264 YIFY
En kommentar af ShasyaLala
Amazon Retail.

Tags

brrip
x264
720p
720
Udgivet den: 2021-12-03
Downloads: 69
Hørehæmmede: No

Forhåndsvisning af Malay undertekster

De første 200 linjer.

GALERI NASIONAL DIRAJA LONDON

Saya rasa kita boleh pecat saja dia.

Sudah tentu, kita perlu beri dia notis tiga bulan.

Mengarutlah. Biar saya yang uruskan.

Saya akan cakap dengan pengerusi dan desak dia pecat En. Bean serta-merta.

Berbalik kepada agenda kita.

Galeri Grierson California

baru-baru ini menerima sumbangan peribadi sebanyak 50 juta dolar

untuk pembelian potret Whistler's Mother

dari Musée d'Orsay di Paris.

Ia merupakan pembelian paling bersejarah

oleh sebuah galeri Amerika pada abad ini.

GALERI SENI GRIERSON LOS ANGELES

Mudah saja.

Lukisan terhebat pernah dihasilkan seorang artis Amerika

akhirnya akan kembali ke Amerika.

Mulai sekarang, Whistler's Mother akan tinggal di sini, di Los Angeles,

tempat ia patut berada.

Bila kita boleh bertemu potret itu?

Pembukaan tirai sekitar dua minggu lagi dan anda semua dijemput hadir.

Mereka minta kita hantar seorang sarjana yang hebat dan tersohor

untuk mempengerusikan majlis itu dan tinggal di sana beberapa bulan

untuk sampaikan kuliah dan seminar.

Dr. Rosenblum, Dr. Cutler,

awak berdua sangat layak untuk penghormatan yang hebat ini.

- Tuan pengerusi dah tiba, tuan. - Bagus. Silakan beliau masuk.

Panggil En. Bean juga ke sini, ya?

- Kami baru saja mahu pecat dia. - Bagus.

Ya, En. Bean ialah staf paling teruk dalam sejarah galeri ini.

Selamat petang, tuan.

Sila duduk.

Sebelum kita berbincang tentang agenda utama hari ini,

saya ingin membincangkan tentang En. Bean.

En. Bean dah bekerja dengan kita bertahun-tahun lamanya.

Dan akan terus bekerja kelak.

Saya ambil pemuda hebat ini bekerja semasa saya dalam jawatan awak, Charles,

dan saya akan letak jawatan jika awak mengapa-apakannya.

Dia seorang yang bagus.

Betul itu. Setuju.

Kalau begitu, kita teruskan perbincangan.

Galeri Grierson California

perlukan wakil dari galeri kita yang hebat ini.

Mereka mencari seorang sarjana terulung.

Oleh itu, saya putuskan untuk cadangkan tempat itu

dan sabatikal selama tiga bulan bersama dengan jawatan itu

kepada kakitangan yang hebat,

En. Bean.

Semua bersetuju?

Ya!

Bagus. Diluluskan.

Kehilangan kita ialah keberuntungan Amerika.

David, ada surat dari Galeri Nasional Diraja.

Mereka syorkan seseorang bernama Bean untuk mewakili mereka.

Bean?

Saya tak pernah dengar namanya.

Surat ini ditandatangani oleh Dr. Rosenblum dan Dr. Cutler.

- Amat mengagumkan. - Mereka menyatakan,

"Dia ialah lelaki hebat yang menjadikan bakat kita seperti kuman."

Rosenblum dan Cutler kata begitu?

Awak minta orang terhebat England. Saya yakin dialah orangnya.

Bunyinya seperti itulah.

Sebelum kita sahkan,

Bernice rasa kita patut dapatkan lebih perhatian daripada media

jika kita dapatkan seseorang dari industri hiburan.

Saya yakin yang kita boleh dapatkan Jon Bon Jovi.

Jon Bon Jovi?

- Untuk pembukaan tirai Whistler's Mother? - Ya.

Saya tiada masalah dengan Jon Bon Jovi.

Dia ada dua gaya rambut yang hebat dalam tempoh sepuluh tahun ini,

yang merupakan satu kejayaan yang agak bagus.

Namun setahu saya,

En. Jovi tak tahu-menahu langsung tentang impresionisme abad ke-19.

Dia tak sebut langsung dalam mana-mana lagu terbarunya.

- Tapi David... - Ini bukannya video rock.

Ini ialah karya seni yang hebat dan serius

dan Dr. Bean akan tingkatkan penghormatan dan martabat majlis ini.

- Betul, kita pilih Bean. - George...

Tiada bantahan. David kurator kita.

Ini ialah tugas David. Ia keputusannya, tanggungjawabnya

dan nyawanya.

- Awak mahu dia tinggal di mana? - Saya ada idea yang menarik.

Di sini?

Di rumah kita selama dua bulan?

David, tiba-tiba tiada hotel di Los Angeles?

Tak perlu teruja sangat. Saya hanya terfikir

dia orang terhebat di Galeri Nasional Diraja England.

Saya fikir kehadirannya akan mengujakan,

belajar daripadanya, berbual dengannya dan...

Adakah kita tahu apa-apa mengenai kawan baik baru kita?

Tak, tapi mereka mesti dah maklumkan

jika dia pembunuh bersiri yang terkenal.

Adakah awak rasa bertuah?

David, kita ada ungkapan di negara ini,

- "Langkah mayat saya dahulu." - Ali.

Saya nak tekankannya sekarang.

Ini ialah peluang sekali seumur hidup

dan juga pengalaman hebat untuk anak-anak kita.

- Jangan mengarut. - Tolonglah, ia pasti hebat!

Katakan ada carta

mengenai orang terpintar yang kamu pernah jumpa dalam hidup kamu.

Tempat pertama ialah Dr. Bean.

Kevin, kamu tahu soalan kamu yang Ayah tak dapat jawab?

Seperti, "Apakah itu peranti intrauterin?"

Ayah rasa lebih seperti, "Apakah makna kehidupan?"

- Saya tak pernah tanya soalan itu. - Tak kisahlah.

Apa yang Ayah maksudkan, Dr. Bean seorang yang menakjubkan.

Entah-entah dia itu comel orangnya.

Mungkin orang ini seorang penyangak. Orang Inggeris semuanya buruk.

Saya lihat Putera Charles dan menangis.

Rupanya mungkin seperti punggung Meat Loaf.

Itu pun kalau kita bertuah.

Jennifer, tiada orang suruh kamu kahwin dengan dia.

Saya tak tahu kenapa kita adakan perbincangan

jika Ayah dah buat keputusan.

- Budak yang perseptif. - Kenapa dengan punggung Meat Loaf?

Ia pasti akan jadi pengalaman yang hebat!

Dr. Bean ialah seorang genius yang paling tinggi pangkatnya.

Selamat petang.

Tuan, awak sebenarnya di kelas pertama.

Selamat petang.

Selamat petang, tuan. Boleh saya simpankan kot tuan?

Terima kasih.

Bagus. Poster ringkas, baik dan besar.

Ini saiz sebenar. Hanya 9.99 dolar.

- Spencer? - Ya, tuan.

Tuala mandi.

Mencuba nasib pula awak, Walter.

Ia akan laku.

- Ini Whistler's Sister. - Awak bergurau.

Tak, tuan. Kami ada pelbagai barang untuk setiap ahli keluarga.

Biskut Whistler's Mother, cip coklat,

Mug bir Whistler's Father,

dan ini barang comel untuk adik lelaki yang lebih muda,

- wisel Whistler. - Ya.

- Tiup saja belakang dia. Cubalah. - Ya, saya...

Mak, saya rasa tak sihat.

Saya rasa nak muntah.

- Di sini, encik. - Perhatian,

Selamat datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.

Jangan tinggalkan bagasi atau barang lain tanpa pengawasan.

Hei!

Bila-bila saja dia akan tiba. Seperti cari orang gaya Brad Pitt pula.

Polis!

Tangkap dia sekarang! Bergerak!

Polis! Cepat! Awas, beri laluan semua!

Mengejar 415. Lelaki dengan pistol menuju masuk ke zon 10, terminal 2.

Suruh pegawai ke sini sekarang!

Beri laluan! Beri laluan!

Ke tepi! Ke tepi!

Polis! Awas!

Puan! Awas! Ke tepi!

Itu dia!

Ke tepi! Polis!

Semua meniarap di lantai sekarang!

- Bukan awak, sayang. - Betul.

Keluarkan senjata awak, pegang hujungnya dengan dua jari saja.

Perlahan-lahan letakkannya di atas lantai dan undur tiga tapak.

- Apa ini? - Saya tak tahu. Pelik.

En. Bean, awak ada ambil apa-apa ubat?

Setahu saya, tak.

Awak memang perlukannya.

- Jadi, Doktor... - Bean.

Ya, Dr. Bean. Awak sampai akhirnya.

Penerbangan okey?

Ini Kevin.

Ini pula Jennifer. Dia sangat teruja untuk jumpa awak.

Isteri saya, Alison.

David, boleh saya bercakap dengan awak di dapur?

Baiklah. Kami nak...

Saya tahu pertama kali berjumpa dia, nampak pelik sedikit.

David, ada makhluk Marikh

yang dibuang dari sana kerana rupanya pelik,

yang kurang pelik daripada dia.

Dia ada kualiti yang asli,

- tetapi setiap kali... - Dia kena keluar hari ini.

Wah, sungguh menakjubkan!

Hebatnya! Awak boleh buat begini?

Tak, tapi saya boleh buat ini.

Hebatnya! Macam mana awak buat?

Magik.

- Jadi awak akan beritahu dia? - Ya.

- Hari ini? - Ya, hari ini.

- Hari ini hari yang sesuai. - Bagus.

Permulaan yang luar daripada kebiasaan.

Saya tak pernah jangka orang berkaliber seperti tuan akan normal.

Sejujurnya, saya tak pernah baca apa-apa yang tuan tulis.

Apa sebenarnya jawatan Dr. di galeri itu?

Saya duduk di sudut

dan menatap lukisan.

Hebatnya!

Kalaulah ramai sarjana yang buat begitu, hanya duduk dan tengok.

Bukan berceramah, menulis dan berhujah.

Hanya duduk dan tengok lukisan itu sendiri.

Itu sangat hebat. Betul.

Ya.

- Selamat pagi, Elmer. - Selamat pagi, tuan.

Dr. Bean?

Boleh tandatangan di sini, tuan?

Terima kasih. Selamat datang ke Grierson, Dr. Bean.

Selamat datang ke dunia saya.

More Malay subtitles for Bean

Kommentarer

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left