Blackfish

Blackfish

Download Malay undertekster

Udgivelsesinfo

Blackfish 2013 LIMITED DOCU BRRip XviD AC3-RARBG
En kommentar af ShasyaLala
Netflix Retail.

Tags

brrip
XviD
AC3
Udgivet den: 2022-05-02
Downloads: 30
Hørehæmmede: No

Forhåndsvisning af Malay undertekster

De første 200 linjer.

24 Februari 2010

Balai Bomba Daerah Orange.

6600 Sea Harbor Drive.

Stadium SeaWorld.

Okey.

Ada seorang pelatih di dalam air

bersama seekor ikan paus kami…

dan dia tak sepatutnya bersama ikan paus itu.

Baik. Kami akan hantar anggota ke sana.

Okey. Gunakan pagar nombor tiga ke Stadium Shamu.

Pagar nombor tiga.

Pejabat Syerif Daerah Orange.

Kami mahu melaporkan tentang

kematian seseorang di SeaWorld.

Seekor ikan paus telah membaham salah seorang pelatih.

Seekor ikan paus membaham salah seorang pelatih?

Betul.

IKLAN SEAWORLD

Adakah anda percaya?

Ibu bapa saya mula-mula membawa saya ke taman SeaWorld

ketika saya kecil.

Sejak itu, saya jatuh cinta dengannya.

Tempat itu amat bermakna bagi saya kerana

itu saja yang saya mahukan.

Saya masih ingat ketika berumur tujuh atau lapan tahun

menonton National Geographic Specials

atau Mutual of Omaha Specials

berkenaan ikan paus dan dolfin.

Sebagai seorang budak kecil, saya kagum dengannya.

Saya tak pernah pergi ke SeaWorld.

Saya hanya melawat Zoo Bronx di New York.

Saya membesar di tepi tasik. Kami membawa kuda berenang.

Saya membesar tepi laut.

Saya berasal dari kawasan tanah pamah di Kansas.

Saya dari Virginia.

Berpindah ke selatan,

bekerja di taman tema di Orlando pada umur 17 tahun

dan pernah menyaksikan pertunjukan malam di Stadium Shamu.

Muzik yang dimainkan ketika itu emosional dan popular.

Saya terdorong untuk melakukan kerja itu.

Apabila saya nampak pelatih bekerja…

saya terfikir, "Itulah yang nak saya buat."

Salah seorang pelatih berkata,

"Apa awak buat? Awak patut jadi pelatih."

Saya tak pandai melatih haiwan.

Saya tak pernah melatih haiwan.

Apakah persediaan anda jika bertembung

dengan Orcinus orca seberat 3,630 kilogram?

Saya fikir kita perlu ijazah sarjana

dalam biologi marin untuk jadi pelatih.

Pelatih mesti memiliki latihan dan pengalaman bertahun-tahun

untuk memenuhi syarat ketat yang diperlukan

untuk berinteraksi dengan Shamu di dalam air.

Rupa-rupanya personaliti

dan kebolehan berenang lebih penting.

Saya hadir temu duga dan terus dapat kerja itu.

Saya rasa sangat teruja.

Saya rasa begitu teruja.

Saya benar-benar mahu bekerja di sana.

Saya tak sabar untuk berenang dengan haiwan.

Saya benar-benar bangga jadi pelatih SeaWorld.

Bagi saya, ia kerja yang paling menakjubkan.

Pada hari pertama, saya tak tahu apa yang bakal berlaku.

Saya disuruh memakai baju selam dan masuk ke dalam air.

Hai, ibu!

Saya berasa sangat takut.

Mula-mula, saya pakai baju selam terbalik

sebab saya dibesarkan di sebuah ladang di Virginia.

- Hai, ayah! - Perkara pertama yang saya fikir

dan ingat pada masa itu ialah dolfin lebih besar

daripada sangkaan kita

apabila kita berenang dengannya.

Saya saksikan Pertunjukan Singa Laut dan Memerang

dan lelaki bernama Mike Morocco

tampil memakai gaun memegang watak Dorky,

iaitu personaliti kedua Dorothy.

Dia bersama seekor singa laut, singa laut yang penakut, bukan?

Dia berjalan sambil membawa bakul,

dan saya berkata, "Saya takkan sekali-kali buat begitu."

Namun, dua bulan kemudian…

Hai, saya Dorky!

Berjalan di atas pentas dengan seekor singa laut.

Saya gembira dan sungguh teruja.

Melihat ikan paus pembunuh…

amat mengagumkan.

Saya begitu kagum dengannya.

Saiz dan kecantikan haiwan itu

amat mengejutkan.

Berada berhampiran ikan paus pembunuh

amat memberi inspirasi dan hebat.

Kali pertama melihatnya,

saya berasa terkejut melihat saiznya.

Matlamat kami adalah untuk melatih ikan paus pembunuh.

Ya!

Saya tak tahu ia akan berlaku,

saya tak menjangkakannya.

Pada satu hari, mereka kata, "Awak dah sedia."

Awak boleh melakukannya.

"Berdiri di atas ikan paus itu."

"Kemudian, terjun dari belakangnya."

"Ikan paus itu akan berenang di bawah dan menjulang awak."

"Kemudian awak akan naik ikan paus itu mengelilingi kolam."

Bagus!

Teruskan dan bawa ia ke tepi.

Mereka suruh saya buat, dan saya berjaya melakukannya.

Wah, saya baru saja menunggang ikan paus pembunuh.

Ya!

Apabila kita melihat ke dalam matanya, kita tahu ia memiliki perasaan.

Ia memandang kita semula.

Kita menjalin hubungan yang sangat peribadi dengan haiwan kita.

Terdapat perasaan yang menakjubkan

apabila bekerja dengan haiwan.

Kami sepasukan.

Kami bina hubungan itu bersama.

Kami berdua faham matlamatnya dan kami saling menolong.

Saya dah bersama ikan paus ini sejak berumur 18 tahun

dan saya melihat ia melahirkan keempat-empat ekor anaknya.

Kami membesar bersama-sama, bukan?

Itulah kegembiraan yang saya dapat.

Hubungan itu istimewa sekali.

Saya perlu tahu… adakah awak gementar?

Saya takut.

- Tidak. - Cantik rambut awak, Jeff.

Anda nampak apa-apa?

Ramalan masa depan Jeff Ventre.

Jeff Ventre akan pergi ke sana dan menyerlah.

- Anda akan perasan… - Dawn.

- Itu Dawn. - Wah.

Dia akan jadi penyelia saya suatu hari nanti.

Itu dia.

Saya kenal Dawn ketika dia baru bekerja.

Dia rakan sekerja yang hebat

dan dia menjadi antara pelatih terbaik di SeaWorld.

Perkenalkan Dawn Brancheau.

Dawn pelatih senior di Stadium Shamu ini.

Dawn boleh dianggap sebagai sahabat saya di kehidupan lalu.

Kerja ini sukar, bukan?

Ya, banyak pergerakan fizikal yang mesti dibuat.

Awak boleh lihat bahawa kami bekerja di dalam air,

menahan nafas dan melakukan aksi yang bertenaga tinggi bersama haiwan.

Haiwan itu juga mengeluarkan banyak tenaga,

tetapi kami bekerjasama dan sambil itu berseronok.

Dia cantik, berambut perang, cergas dan peramah.

Semua orang menyukai Dawn.

Saya ikhlas mengatakan perkara ini.

Melihat pertunjukan awak semalam, awak sangat hebat.

- Terima kasih. - Betul.

Dia menjiwai tugasnya sebagai pelatih di SeaWorld.

Pengalamannya begitu luas sehingga saya sedar

tragedi yang menimpanya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

24 FEBRUARI 2010

JABATAN SYERIF DAERAH ORANGE KES NOMBOR 10-16715

Saya Detektif Revere dari Pejabat Syerif Daerah Orange.

Hari ini 24 Februari 2010.

Masanya ialah 4:16 petang.

Saya kini bersama Thomas George Tobin.

- Betulkah? - Betul.

Awak nampak darah atau seumpamanya di dalam air?

Kulit kepalanya telah… tersiat

dan saya tak nampak darah…

- Okey. - Ketika itu kami tahu

jantungnya sudah berhenti berdenyut.

Apabila mayatnya berjaya ditarik, bagaimana ikan paus melepaskan…

Ia tak lepaskan.

- Ia tidak lepaskan… - Lengannya?

- Lengannya. - Ditelannya.

Ia menelan lengan itu?

- Jadi, lengan itu tiada… - Betul.

PENTADBIRAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHA)

MENYAMAN SEAWORLD OF FLORIDA

OSHA yang mewakili kerajaan persekutuan,

mencadangkan aktiviti renang dengan ikan paus pembunuh

adalah sangat berbahaya dan kita tak dapat menduga

apa yang akan berlaku apabila kita memasuki habitatnya di dalam air.

Itulah pokok hujah kes OSHA.

Jauhi haiwan itu dan kita akan selamat.

Kes itu akan memberi kesan kepada seluruh industri.

Ia menjadi topik hangat berita kebangsaan.

Pertunjukan ikan paus SeaWorld tidak akan sama lagi.

Taman tema itu sedang mempertahankan hujahnya

untuk benarkan pelatih berada di dalam air,

sesuatu yang dianggap sangat berbahaya oleh OSHA.

Haiwan ini liar dan sukar diduga

kerana kita tak tahu bahasanya.

Kita tak faham bahasa ikan paus, harimau

dan juga monyet.

Berlaku perbalahan antara dua pihak hari ini

apabila peguam OSHA menuduh SeaWorld hanya membuat perubahan

selepas kematian Dawn Brancheau membuat orang awam marah.

OSHA tidak mahu pelatih masuk semula ke dalam air

tanpa sekatan fizikal di antara mereka dengan ikan paus.

Mendekatkan diri dengan haiwan pemangsa ini amatlah berbahaya.

Mereka tidak akan masuk ke dalam air

dan menunggang ikan paus itu.

Kalau anda dikurung di dalam tab mandi selama 25 tahun, anda mungkin

akan berasa jengkel, mudah marah dan sedikit psikotik.

Kejadian yang menimpa Dawn Brancheau tidak berlaku begitu saja.

Kejadian itu tidak aneh.

Kita perlu melihat 20 tahun yang lalu untuk memahaminya.

TIGA PULUH SEMBILAN TAHUN YANG LALU

Kommentarer

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left