De første 200 linjer.
Sebelum ini dalam Reacher…
Ada wanita bunuh diri dalam tren sama dengan Ketua Turus
bagi calon presiden?
CIA mula culik orang sebab itu?
Itu berita besar.
Saya tak tahu di Ben di mana, tapi saya kenal gadis bersama dia.
- Ya. Nama sebenarnya Mary Ellen Daniels. - Ada alamat?
Pelakunya bukan amatur.
Dah jumpa kereta wanita itu.
Tahu kenapa dia tinggalkan kereta
untuk naik tren?
Ini pas kerja.
Nama, Anna Merrick. Alamat kerja dan pelepasan tahap lapan?
Kita ada destinasi seterusnya.
Apa Anna buat di sini?
Putra dan tenteranya dilatih
- oleh pakar Pasukan Delta Amerika. - John Sampson.
Pemacu itu ada bukti mengaitkan Sampson dengan semua ini.
Saya tak pernah menyeksa atau membunuh orang awam.
- Ketua Turus awak pula? - Kenapa dengan dia?
Kenapa awak dalam tren bersama Anna Merrick semasa dia mati?
Maaf, John.
- Nolan! - Tidak!
En. Cahill tunjukkan sebarang tanda tekanan?
Tidak.
Ada apa-apa yang membebankan dia? Masalah cinta atau kewangan?
Tiada setahu saya.
Dia ada tinggalkan nota? Mesej, mungkin e-mel?
Detektif, saya hargai ketelitian awak.
Tapi dia tak tinggal apa-apa.
Dia tak tunjuk tanda amaran dan sekarang…
Maaf, saya cuma cuba meratapi kehilangan kawan saya.
Faham. Jika saya ada soalan lagi, saya akan hubungi pejabat awak.
Terima kasih.
Bagaimana nak hubungi awak, En. Reacher?
Tak boleh.
Pejabat saya boleh hantar pertanyaan awak kepada dia.
Baiklah. Itu dah cukup. Takziah.
Meja depan baru telefon. Kru berita dah tiba.
Tuan kena pindah ke tempat lain.
Bukan rahsia pun saya menginap di hotel ini.
Atau Nolan bekerja untuk saya.
Rakaman awak di tempat kejadian bunuh diri tak bagus untuk…
Tolonglah, Springfield.
Kami berkhidmat bersama selama 11 tahun
dan saya takkan tinggalkan dia di tempat letak kereta itu!
John, tiada apa lagi awak boleh buat untuk dia sekarang.
Pihak media nak kenyataan.
Nolan sendiri pasti akan cakap
awak tak stabil untuk beri kenyataan sekarang.
Ini sama seperti latihan tentera awak.
Kadangkala awak perlu undur dan susun semula langkah.
Saya perlu bir.
Baru pukul sembilan pagi.
Saya tahu bar pagi.
HOLE LOTTA LOVE BAGEL & KOPI
- Terima kasih. - Terima kasih.
Saya tak tahu awak suka pemanis apa, jadi saya beli
gula, Splenda dan Sweet 'n Low.
Gula, terima kasih.
Lain kali, gula sajalah.
Dengar apa saya baru jumpa.
Tahun lepas, Kongres meluluskan pelan pengurangan defisit bipartisan.
Potongan kecil
untuk kurangkan hutang negara yang besar.
Hanya paparan untuk yakinkan rakyat
yang ahli politik buat kerja.
- Fokus. - Maaf.
Antara langkahnya, seluruh kerajaan tinggalkan
fasiliti simpanan dokumen yang mahal.
Gudang besar yang simpan rekod berpuluh tahun.
Dengan yuran sewa dan penyelenggaraan, kosnya sangat tinggi.
Ikut undang-undang baharu, dokumen lebih 10 tahun perlu didigitalkan,
dimuat naik ke pelayan selamat dan salinan kertas dimusnahkan.
Ini mesti tempat mereka buat semua itu.
Teka atau yakin?
Kerajaan bukan jenis yang umumkan
alamat depoh pemusnahan dokumen rahsia,
tapi saya dah banyak kaji bangunan milik Persekutuan
untuk tahu cerobong asap itu ialah sistem pengudaraan
untuk insinerator gred komersial.
Apabila kerajaan nak hilangkan benda penting, mereka bakar.
Sebab itu tiada sesiapa nampak laporan asal Suruhanjaya Warren.
Kenapa tak cincang saja?
Tak pernah tengok Argo? Mereka boleh tampal semula.
Kita kena masuk dan tengok apa yang Anna ada akses.
Serta curi.
Hei, kita belum tahu itu.
Saya bukan nak buruk-burukkan kakak awak,
tapi dia bekerja di bangunan berkeselamatan tertinggi
dan keluar dengan pemacu yang semua cari.
Apa lagi dia buat?
PAS LETAK KERETA PEKERJA
Kebanyakan kereta di sini ada pas letak kereta yang sama macam Anna.
Mungkin untuk letak di sana. Jika pas mereka sama macam Anna,
mungkin pas kerja mereka juga sama.
Awak dah jumpa jalan masuk.
Jika kita cuba curi pas kerja orang, kita boleh ditangkap.
Kini kita diburu.
Kita tak boleh ada rekod!
Kita kena masuk. Tak boleh guna pas Anna.
Jika nama wanita mati muncul di pagar itu,
habislah kita.
- Oh, Tuhan! Butakah? - Saya minta maaf sangat.
Nah.
- Nah. Saya minta maaf sangat. - Oh, Tuhan. Aduhai.
Oh, Tuhan.
Ini barang awak. Maaf.
Tak apa. Saya boleh buat.
Maaf saya marah tadi. Ini baju baharu.
Biar saya bayar kos dobi. Saya berkeras.
Tak apa. Aduhai.
- Dua Natty Boh. - Terima kasih.
Untuk Nolan Cahill.
Sial betul.
Saya jumpa dia hari pertama latihan Delta.
Dia buat kami semua takut.
Sangat garang.
Sebab itu dia jadi Ketua Turus?
Ketua Turus yang tak boleh digertak sesiapa?
Itu memang tak ternilai.
Saya tahu dia tak kisah bekerja untuk orang
yang dia perintah dulu.
Sebab dia tiada ego.
Semuanya demi misi.
Dia bentuk saya ikut imej dia. Kami semua.
Jika betul begitu, apa yang buat awak terjun bangunan?
Apa?
Awak kata awak dibentuk ikut imej dia.
Maknanya awak ada sifat atau moral yang sama.
Jadi, dengan maklumat yang sama, situasi sama, keadaan sama,
reaksi awak mungkin sama. Dia tahu sesuatu yang awak tak tahu.
Jadi, apa yang boleh buat awak terjun bangunan?
Saya tak tahu.
Bukan itu yang sumber awak beritahu.
Kami tak seksa atau bunuh orang awam.
Tapi ada orang diseksa dan dibunuh.
Selepas kami pergi.
Apa sebenarnya kamu buat di Indonesia?
Saya tahu awak tak kenal Anna Merrick.
Mungkin wanita itu dah tiada guna bagi awak.
Tapi anaknya masih hilang.
Umur 20 tahun dan mungkin bersama pembunuh psikopat.
Cuma kebenaran boleh bantu.
Cik. Scotch.
Perbualan yang perlu scotch…
Adalah perbualan yang tak patut berlaku.
Tapi jika awak rasa saya boleh bantu, saya akan beritahu apa saya tahu.
Walaupun awak tak dibenarkan cakap?
Dengar, saya akan cuba sedaya upaya tanpa melanggar sumpah saya.
Dewar's okey?
Boleh, terima kasih.
Skuadron kami dihantar ke Indonesia dengan sepasukan saintis.
Tentang penggunaan tumbuhan hutan hujan untuk cari penawar
bagi jenis malaria baharu yang kebal antibiotik,
atau entahlah… Tak ingat.
Jika kerajaan arah awak ke Asia dengan sekumpulan saintis,
awak turuti saja.
Kami ditugaskan lindungi saintis itu.
Serta dapatkan kerjasama
kerajaan tempatan sepanjang berada di sana.
Cahill urus bahagian operasi itu.
Sebagai balasan atas layanan Indonesia,
AS bersetuju melatih pasukan khas tentera mereka,
dipimpin oleh Jeneral Reza Putra.
Saya urus bahagian operasi itu.
Saya ajar semuanya termasuk latihan senjata dan taktik gerila.
Bila nak cerita pembunuhan penentang politik itu?
Sebaik saja kami balik ke AS…
Putra memburu orang.
Sesiapa yang menentang pengaruhnya yang semakin kuat.
Dalam proses itu, dia hapuskan seluruh kampung.
Orang awam, kanak-kanak, warga emas.
Orang baik yang tak bersalah. Dia bunuh semua.
Tiba-tiba dia bukan lagi sekadar jeneral yang kami latih di hutan.
Dia penjenayah perang.
Melakukan perbuatan yang tak terungkap.
Saddam Hussein, Noriega.
Kita pernah berkawan dengan Osama bin Laden waktu dia lawan Rusia.
Bukan kali pertama Amerika terkena.
Tapi kalau hubungan saya dengan Putra terbongkar,
semua yang saya dan pasukan saya usahakan
sejak beberapa tahun ini akan musnah.
Sumber awak itu sedang mencari rekod curi yang kaitkan saya dengan raksasa itu.
Dia fikir awak raksasa itu.
Jadi, cakaplah dia tuduh salah orang
sebab saya tiada kaitan dengan kekejaman Putra.
Malah, kerajaan AS hantar satu pasukan ke sana
untuk uruskan Putra sebaik saja mereka dapat tahu.
Tapi sesuatu buat Cahill ikut Anna Merrick
naik tren itu dan sesuatu buat dia terjun bangunan.
Saya akan cari pemacu itu dan siasat.
Saya harap begitulah.
Setelah jumpa, buat perkara yang betul…
Pulangkan kepada saya.
Awak beria-ia mahu pemacu itu walaupun tak tahu isinya.
Awak pun sama.
Awak sampai hantar askar upahan berpakaian taktikal buru saya.
Tindakan saya tak salah.
CIA sebaliknya. Mungkin awak tekan mereka.
No comments yet. Be the first to leave one.