Bridgerton

Bridgerton

Download Malay undertekster

Sæson 1

Udgivelsesinfo

Bridgerton S01 NF WEB-DL Complete
En kommentar af ShasyaLala
Netflix Retail.

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Udgivet den: 2022-03-25
Downloads: 32
Hørehæmmede: No

Forhåndsvisning af Malay undertekster

De første 200 linjer.

SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX

- Selamat pagi. - Helo.

Medan Grosvenor, 1813.

Wahai pembaca budiman, masanya telah tiba untuk bertaruh

bagi musim sosial yang bakal bermula.

Perhatikan keluarga Baron Featherington.

Tiga anak dara dipaksa menyertai pencarian jodoh

seperti babi betina oleh ibu mereka…

Ketat lagi.

yang jelek dan canggung.

- Ketat lagi! - Bolehkah dia bernafas?

Ibu boleh kecilkan pinggang bak kerengga ketika sebaya Prudence.

Begitu juga kakak kamu.

Ada kemungkinan yang jauh lebih baik berlaku

dalam keluarga balu Viscountess Bridgerton.

Sebuah keluarga yang sangat mengagumkan,

terkenal dengan anak-anak lelaki yang kacak sempurna

dan anak-anak perempuan yang rupawan.

Panasnya.

Kakak nak merungut seharian?

Jangan harap kakak pakai baju ini sepanjang hari.

Saya nampak macam puteri. Betul tak?

Kamu nak tahu pendapat kakak?

- Sebelah kiri kamu! - Gregory!

Daphne masih belum siap?

Dia mula bersiap sejak malam tadi.

Sejak lahir lagi.

Biar saya naik dan panggil dia.

Colin, nanti. Abang pergi.

Dia lebih suka saya.

- Dia kata? - Semua orang.

Daphne!

Cepatlah sedikit!

Abang rasa dia dengar?

Sememangnya sempurna!

Janganlah.

Cepatlah, nanti lambat.

Dah pegang kain saya?

Tepilah!

Kamu ada nampak dia?

Kalau nak jadi Lord Bridgerton, dia mesti berkelakuan macam Lord Bridgerton.

Di mana dia?

Saya tak tahu.

- Abang datang! - Dah tentulah, adik.

- Abang takkan terlepas hari penting ini. - Kamu cuma akan lewat.

Silakan?

Hari ini ialah hari yang paling penting

dan bagi sesetengah orang, ia menakutkan kerana hari ini ialah hari

anak-anak dara London yang nak berkahwin akan mengadap

Duli Yang Maha Mulia Baginda Ratu.

Semoga Tuhan mengasihani mereka.

Cik Prudence Featherington,

Cik Philippa Featherington

dan Cik Penelope Featherington,

ketiga-tiganya diiringi ibu mereka, Yang Berbahagia Lady Featherington.

Pilihan Ratu saja yang diambil kira hari ini.

Satu jelingan kemurkaan…

dan nilai seseorang gadis akan tersendam ke takuk paling bawah.

Cik Daphne Bridgerton

yang diiringi oleh ibunya,

Yang Berbahagia Balu Viscountess Bridgerton.

Sempurna, sayang.

Betulkah semua ini?

Terus senyum, sayang.

Mereka memerhatikan kamu lebih daripada sebelumnya.

Namun seperti yang kita tahu, semakin terang gemerlapan si gadis ,

semakin pantas kilauannya pudar.

Kata orang, "Antara semua perempuan yang masih hidup atau telah mati,

penulis perempuan yang paling digeruni."

AKHBAR MASYARAKAT

Andai ungkapan itu benar,

maka penulis ini mahu menunjukkan taringnya.

Nama saya Lady Whistledown.

Anda tak kenal saya dan yakinlah, anda takkan kenal saya.

Namun ketahuilah, pembaca budiman,

saya sememangnya kenal anda.

Kakak memang berseri-seri.

Dahlah. Kakak cuma tersengih dan melaram macam orang lain.

Tak sama macam mereka.

Saya patut jumpa Penelope.

Penyampaian dia hanya…

Apa kata Baginda?

Sempurna atau apa-apa seumpamanya.

Kakak pun tak sangka Baginda puji kakak antara semua 200 gadis yang hadir.

Ya, ia satu penghormatan.

Sekarang, 200 orang gadis berkongsi musuh yang sama.

- Semoga berjaya, kakak. - Eloise!

Apa? Betullah.

Kejayaan kakak mendapatkan jodoh mempengaruhi prospek kamu.

Kita semua tetap perlu mencari cinta.

Sesuci bahtera cinta yang pernah dikongsi ibu dan ayah,

kalau bernasib baik.

Kakak cuma berharap dapat teruskan tradisi hebat itu.

Gaun-gaun dah sampai.

Gaun ini agak mempesonakan.

Mary Edgecombe pakai warna ini musim lalu.

Dia dapat tiga lamaran esoknya, satu daripada earl.

Mary Edgecombe, kini Countess Fulton,

hanya terperuk di kotej sepanjang tahun lepas, jauh dari suaminya.

Hidup dia sengsara. Semuanya tertulis di sini.

Jangan kata itu akhbar skandal. Eloise…

Kali ini berbeza. Akhbar ini senaraikan subjek guna nama penuh.

- Biar saya tengok! - Tunggu.

- Lady Whistledown. - Lady Whistledown?

- Namanya. - Kita kenal dia?

Lady Whistledown tentu nama pena dia.

Apa dia tulis, sayang?

Dia benci kita dinamakan mengikut urutan abjad.

- Ibu dan ayah rasa ia teratur. - Dia rasa ia "basi".

Ia diedarkan percuma di seluruh bandar.

Percuma? Penulis jenis apa yang…

Paling tidak, ada yang betul.

Dia gambarkan Daphne bak bulan dipagar bintang.

Dia gelar kamu "berlian yang terbaik".

Bagus sekali!

Saya tak hairan pun

kalau Whistledown ini sebenarnya ialah Violet Bridgerton sendiri.

Penulis ini bercerita tentang keluarga viscountess

dengan penuh puji-pujian.

Tapi itulah kebenarannya, Lady Featherington.

Daphne bak bulan dipagar bintang dan lebih cepat dia dilamar,

lebih baik untuk gadis-gadis lain.

Termasuklah yang diserang histeria ketika mengadap Ratu.

Siapkannya sebelum tetamu kita tiba.

Penelope, simpan buku itu sekarang.

Ia akan mengelirukan kamu.

Jadi,

ceritalah tentang sepupu awak. Dia di sini sepanjang musim?

Dia sepupu jauh suami saya

tanpa saudara perempuan lain untuk taja debut dia,

Lord Featherington minta saya tumpangkan dia di sini.

Awak memang terkenal kerana murah hati.

Betul. Itulah yang sepatutnya ditulis,

bukannya sebarkan saya cuma ada tiga gadis untuk dikahwinkan tahun ini.

- Dia tak tahu apa-apa. - Melainkan ibu nak urus tiga orang saja.

Saya boleh tarik diri musim ini.

Penelope agak gementar.

Ini musim pertama dia.

Saya tak gementar, ibu.

Dia cuma dua ston lebih berat daripada sepatutnya.

Susah nak sembunyikan cela di wajahnya.

Arsenik dan plumbum mungkin membantu.

Kalau tangguh setahun lagi macam Lady Bridgerton buat untuk Eloise,

- saya akan belajar lebih tekun. - Tak boleh, Penelope.

Awak mungkin patut dengar cakap dia, puan.

Menggiring empat anak dara

sepanjang musim tanpa henti pada masa yang sama…

Bayangkan persaingannya?

Apalah sangat persaingan daripada sepupu ini?

Dia membesar di ladang dengan hantaran empat angka

dan rupa dia pula…

Baiklah. Mari berdoa yang Cik Thompson lebih elok rupa

daripada haiwan terbiar yang dia ternak seumur hidupnya di desa.

Sepupu Lord Featherington dah sampai.

Baiklah, jangan lupa untuk jaga kelakuan…

dan bermurah hati.

Dia tanggungjawab kita.

Dia cantik.

Salam, Lady Featherington.

Betapa indahnya pemandangan ini!

Takziah saya ucapkan atas pemergian ayah kamu.

- Baiknya hati awak. - Baiknya saya?

Kamu benci dia.

Gembira dapat berjumpa, Lady Danbury.

Kata-kata yang jarang saya dengar.

Marilah.

Maaflah kerana keadaan agak tak terurus.

Saya tuan rumah majlis malam ini.

Ya.

Saya berjaya merahsiakan kepulangan kamu.

Tapi apabila ibu-ibu tak beradab itu tahu ada calon suami berpangkat duke

akan hadir ke majlis malam ini,

saya tak mampu rahsiakannya lagi.

Itulah yang saya nak bincangkan.

Saya balik untuk selesaikan urusan ayah saya.

Saya mungkin tiada masa untuk bersosial.

Sungguhpun saya hargai keikhlasan jemputan awak, Lady Danbury,

tolong terima kesalan saya.

Kesalan kamu tak diterima.

- Saya tunjuk muka… - Baik.

Kamu boleh tinggalkan botol arak itu di rumah.

Tak senonoh betul.

Orang dengar nanti, sayang.

Suatu hari nanti, saya akan rampas jam itu dan pecahkannya.

Ia milik ayah saya.

Kalau ia hilang, saya pasti sedih.

Jadi, awak patut tahu perasaan saya…

setiap kali awak pergi.

Teman saya hari ini.

Tak boleh.

Saya mesti teman adik saya di majlis Danbury malam ini.

Daphne, ya?

Macam mana suasana majlis-majlis gah ini yang mesti dihadiri adik awak?

Awak pasti bencikannya.

Setiap anak gadis bangsawan akan melaram dengan gaun mewah,

ditemani para ibu yang mengerikan

dan para bapa yang cuma akan terima lamaran paling menguntungkan.

Dah tentulah tanpa ayah, tanggungjawab itu harus dipikul oleh saya.

Ia tanggungjawab yang besar.

Seseorang mesti lindungi dia daripada lelaki keji,

More Malay subtitles for Bridgerton

Kommentarer

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left