De første 200 linjer.
Helo.
Sayang, saya dah sampai Barcelona.
Lebih kurang pukul dua tadi, sebab penerbangan lewat sikit.
Ya, tempat ini cantik. Sebaik saja sampai saya teruja...
...melihat tempat ini kerana ia begitu menakjubkan.
Ya. Okey, sayang. Betul? Awak dah rindu saya?
Saya rindu awak juga.
Nanti saya telefon awak, okey. Jaga diri baik-baik.
Jangan nakal, jangan gatal, okey.
Selamat tinggal.
Ini tempatnya?
Saya tak tahu berbahasa Inggeris.
Okey. Ini tempatnya? -Ya, ya.
Oh, ya.
Okey, terima kasih.
Hei! Helo! Hei!
Telefon saya di dalam kereta!
Helo. Helo! Boleh saya masuk?
Terima kasih.
Akhirnya saya sampai juga.
Helo, hai. Saya Fatiha. Saya ada buat...
...tempahan untuk pangsapuri ini.
Saya minta maaf, cik. Pangsapuri ini sudah...
...diambil orang. -Apa? Saya dah bayar duit...
...tempahan. -Awak patut tiba pagi tadi.
Awak datang lambat sangat. Sekarang saya dah sewakan...
...pangsapuri ini kepada orang lain.
Saya betul-betul minta maaf. -Bagaimana awak boleh buat begini?
Boleh tolong periksa lagi? -Saya minta maaf.
Tolong periksa saja. -Saya minta maaf.
Bagaimana awak boleh buat begini? Tolong periksa sekali lagi.
Saya masuk dulu. -Helo! Tunggu, tunggu.
Buka pintu ini. Awak tipu saya, penipu!
Kenapa saya cakap Melayu dengan lelaki itu?
Buka pintu ini!
Saya nak tinggal di mana?
Saya boleh tertekan kalau begini.
Di mana saya nak tidur malam ini?
Awak orang Malaysia? -Tak nampak seperti rupa...
...orang Malaysia? -Okey. Assalamualaikum.
Waalaikumusalam. -Awak baru sampai?
Awak baru lepas menangis? Ada orang kacau awak...
...di tengah malam begini? Mungkin saya boleh.....
Suka hati saya sama ada nak rasa sedih atau tidak.
Di mana-mana pun memang ada jantan Melayu yang gatal, kan?
Tegur pun salah? Okey.
Awak! Awak!
Awak, awak!
Oh, Tuhan. Saya lupa kenalkan diri saya.
Nama saya Fatiha. Saya dari Damansara.
Saya baru saja sampai sini. Awak pelajar di sini atau...
...bekerja di sini?
Kenapa awak pandang saya begitu? -Sekejap. Tadi awak tuduh saya...
...nak goda awak, kan? Jadi sekarang ini apa?
Awak nak goda saya pula? Maaf, saya tak layan sangat...
...perempuan begini. -Awak, tunggu dulu.
Okey, begini ceritanya. Saya ada tempah pangsapuri...
...di sini tapi apabila saya terlambat sampai tadi,...
...pemiliknya tak izinkan saya masuk ke pangsapuri itu.
Sekarang ini saya tak tahu nak tinggal di mana.
Awak boleh tolong saya tak? -Okey. Jadi apa kena mengena...
...dengan saya? Apa kena mengena dengan...
...orang Barcelona ini?
Takkan awak tak kasihankan saya?
Dia marah orang sesuka hati saja. Dia ini gila agaknya?
Tidak, saya bukan marah. Saya cuma nak minta tolong...
...carikan bilik atau rumah untuk saya tidur malam ini.
Tolonglah. -Awak ingat saya ini apa?
Ejen hartanah? Saya ada banyak kerja lain.
Saya lapar. Saya nak masak. Perut saya dah lapar, tahu tak?
Awak dah lama tinggal di sini. Pasti awak tahu di mana saya...
...boleh tidur malam ini. Takkan saya nak tidur tepi jalan?
Di sini tiada hotel langsung. Saya dah cari tadi. Tolonglah.
Itu bukan masalah saya, tahu tak?
Okey, begini.
Boleh tak kalau saya nak tidur di rumah awak?
Bukan. Maksud saya untuk sehari dua saja.
Saya janji takkan buat apa-apa. Saya bukan orang seperti itu.
Kita satu Malaysia, kan? -Hei, hei, tak boleh.
Satu Malaysia, dua Malaysia, lapan Malaysia sekalipun,...
...memang tak boleh. Saya tinggal dengan kawan saya.
Kawan saya itu lelaki. Awak seorang perempuan.
Kalau kita tinggal bersama, itu dipanggil bersekedudukan.
Bahaya. Tak boleh. Itu haram, tahu tak?
Takkan awak tak kasihankan saya? Awak tahu tak? Ini kali pertama...
...saya di Barcelona ini. Saya tak tahu nak ke mana lagi.
Telefon saya hilang pula. Awak, tolonglah saya. Awak!
Awak, tolonglah saya. Saya tak tahu nak ke mana lagi.
Telefon saya hilang pula. Awak!
Saya dah tak tahu nak pergi ke mana lagi.
Tolong.
Awak! Awak! Awak!
Terima kasih kerana menolong saya. Saya dah agak awak orang yang...
...baik. Dari rupa awak saja, saya tahu awak orang yang baik.
Takkan awak nak biarkan saya tidur seorang diri di sini, kan?
Terima kasih, awak. -Tak payah nak bodek saya.
Siapa nama awak? -Kamal.
Awak kerja di sini, belajar atau bagaimana?
Saya belajar di sini. -Awak belajar di sini?
Universiti Barcelona? -Ya.
Saya pun belajar di sana, tapi baru nak daftar esok.
Boleh awak temankan saya esok? Lagipun saya tak tahu jalan...
...di sini. Boleh? Tolong.
Okey, terima kasih.
Perempuan mana pula yang awak bawa balik ini?
Awak kutip dia di mana? Awak datang sini nak belajar...
...atau nak buat maksiat? Saya tak mahu bersubahat...
...dalam hal seperti ini. Berdosa, tahu tak?
Hei, awak fikir saya nak sangat bawa dia balik?
Habis itu? Kenapa awak bawa dia balik?
Nama dia Fatiha, okey. Dia budak Malaysia.
Saya tak tahu kalau dia kena tipu atau apa-apa,...
...tapi saya kasihan melihatnya. Daripada dia terbiar di luar sana.
Awak pun tahu keadaan di luar sana.
Ada perompak, perogol. Lebih baik saya bawa dia balik.
Sekarang ini sampai bila awak nak biarkan dia tinggal di sini?
Saya tak selesa ada perempuan dalam rumah ini.
Saya takut kalau pencegah maksiat datang nanti.
Apa awak ini? Awak fikir saya selesa?
Tengok dalam masa dua tiga hari. Saya suruh dia cari rumah lain.
Saya kasihan pula melihat budak perempuan ini.
Kalau dengan perempuan, saya rasa seram sejuk.
Awak.
Cik Fatiha. Lupa. Lelaki yang pendek tadi itu...
...kawan saya. Dia rakan serumah saya. Nama dia Azraf.
Kami satu kursus. Hanya kami berdua saja tinggal...
...di rumah ini.
Kenapa dia pandang saya semacam?
Tidak, awak jangan rasa seperti itu. Dia memang begitu.
Ibu bapa dia pun rasa dia pelik sampai sekarang.
Tunggu sekejap, ya.
Alhamdulillah.
Apa ini? -Awak tak kenal?
Ini namanya bantal dan selimut. Kalau tak silap saya,...
...di Malaysia pun dipanggil bantal dan selimut juga.
Tiada bezanya di Barcelona. Ini tetap bantal dan selimut.
Belum ditukar lagi. Ini untuk awak.
Saya kena tidur di sini? -Tidak, bukan di sini.
Jangan buat hal tidur di meja ini. Awak kena tidur di depan sana.
Awak, hei. Sini. Awak jangan buat pasal.
Jangan nak buat pasal. Saya dah janji dengan ibu bapa...
...saya yang saya tak akan tidur dengan mana-mana perempuan pun...
...selagi saya belum menikah. Jadi dalam kepala awak itu,...
...jangan pernah terfikir untuk cuba tidur dengan saya.
Tidak. Jangan nak goda saya. Saya ini kuat iman, tahu tak?
Apa awak ini? Bila saya cakap yang saya nak...
...tidur dengan awak? Saya ini tetamu. Saya yang...
...tidur di dalam bilik. Awak yang kena tidur di luar.
Wah, sedapnya. Ini rumah saya dan itu bilik saya.
Jangan buat sesuka hati, okey. Lagi satu saya nak beritahu.
Awak bukan tetamu. Awak hanya menumpang saja.
Jadi pergi tidur di sana. -Masalahnya saya ini perempuan.
Sepatutnya awak kena jaga saya. Saya ini seorang perempuan.
Bagaimana kalau apa-apa terjadi pada saya?
Sudah baik saya izinkan awak tidur di rumah ini, tahu tak?
Awak ini dah kenapa? Terpekik-pekik, terjerit-jerit.
Awak fikir ini stadium bola? Apa kata jiran-jiran nanti...
...kalau mereka dengar kita bising-bising seperti ini?
Bagaimana kalau Neymar, Suarez atau Messi lalu nanti?
Apa saya nak jawab?
Betul cakap dia tadi. -Entah!
Takkan dia nak tidur di ruang tamu itu?
Betul. -Perempuan nak tidur...
...terbongkang di situ? Tidur di dalam bilik lebih elok.
Tengok! Kawan awak ini lebih pandai daripada awak.
Awak tak berapa pandai.
Terima kasih, awak. -Sama-sama.
Selamat malam. -Selamat malam.
Awak ini kalau tentang perempuan memang A, kan?
Kenapa tak berikan dia bilik awak saja? Kenapa bilik saya?
Sedap betul kamu berdua tidur di dalam bilik. Melampau.
Sabar, Kamal. -Oh, sedap betul.
Tak terfikir, Kamal. -Sedap. Dua-dua tidur di bilik.
Ya, bagus.
Sabar, sabar, sabar, sabar.
Kalau dibiarkan begini, naik lemak perempuan ini.
Awak makan bersepah-sepah.
Hei. -Ya.
Anak dara awak dah bangun belum?
Siapa?
Itu. Dia anak dara. Takkan saya pula anak dara. Itu.
Hei, anak dara. Awak tak nak bangun, ya?
Hei, dah pukul berapa ini?
Selamat pagi. Terima kasih, Barcelona.
Saya pergi dulu. Saya dah lambat. Nanti dipukul guru disiplin pula.
Saya pergi dulu. -Bangun.
Saya dah bangun ini.
Awak tak ada kelas pagi ini? -Kelas saya petang.
Maknanya awak ada masa pagi ini?
Kenapa? -Awak, boleh tak teman saya...
...mendaftar di universiti? Saya belum mendaftar lagi.
Tolonglah. Boleh tak? -Banyak cantik muka awak.
Awak ingat saya pemandu pelancong? Saya ada banyak lagi buku yang...
...harus dibaca. Nak belajar. Pergi sendiri, bukan susah pun.
Habis itu siapa nak temankan saya? Awak, tolonglah.
Awak tahu, kan? Saya baru saja sampai sini.
Saya tak tahu pun jalan-jalan di sini.
Lagipun awak senior saya. Saya ini junior awak.
Senior kena tolong junior. Itu peraturannya. Tolong, ya.
Lagipun saya kena beli telefon. Saya kena telefon ibu bapa saya.
No comments yet. Be the first to leave one.