The Trapped 13: How We Survived The Thai Cave

The Trapped 13: How We Survived The Thai Cave

13 หมูป่า: เรื่องเล่าจากในถ้ำ

Download Malay undertekster

Udgivelsesinfo

The Trapped 13 How We Survived the Thai Cave 2022 THAI WEB-DL NF
En kommentar af ShasyaLala
Netflix Retail.

Tags

web-dl
web
Udgivet den: 2022-10-05
Downloads: 23
Hørehæmmede: No

Forhåndsvisning af Malay undertekster

De første 200 linjer.

Masa semakin suntuk untuk menyelamatkan

ahli pasukan bola sepak yang hilang di Thailand.

Mereka yang berusia dalam 11 ke 16 tahun, dijangka telah terkorban…

SEBUAH DOKUMENTARI NETFLIX

…selepas didapati hilang bersama jurulatih mereka, 24 tahun.

Tak perlu rasa tertekan dengan temu bual hari ini.

Nasib sedozen pemain bola sepak muda

dan jurulatih mereka di Thailand ini menarik perhatian orang di seluruh dunia.

Awak tak perlu jawab soalan yang awak tak nak jawab.

Tiada jawapan yang betul atau salah.

Ini percubaan penyelamatan antarabangsa terbesar yang pernah dijalankan.

Seluruh dunia menghulurkan bantuan.

Yang paling penting buat kami ialah kesejahteraan awak.

- Kita boleh berhenti bila-bila masa. - Okey.

Seluruh dunia menyaksikan drama ini mengungkai.

Terperangkap di dalam gua yang banjir di Thailand selama 17 hari.

Mungkin dunia luar tak tahu

perasaan kami semasa di sana.

Mungkin kebenarannya tak seperti yang orang jangkakan.

CHIANG RAI, THAILAND UTARA

Titan, jangan ke tengah jalan. Hati-hati.

Kami berkumpul pada hari itu untuk bermain bola sepak.

Hei!

- Anjing itu akan menggigit. - Ayuh!

Banyaknya anjing!

23 JUN 2018

Orang seterusnya, cepat!

Saya Eakapol Jantawong. Panggil saya Eak.

JURULATIH EAK

Cuma ada satu lompatan, okey?

Pertama sekali, sebagai jurulatih, kita perlu memimpin.

Kedua, kita perlu ada disiplin.

Baru boleh jadi jurulatih.

Tengok ahli pasukan kamu juga.

Kita juga perlu ada keghairahan.

Tengok posisi ahli pasukan kamu, okey?

Hanya dua hantaran, okey? Jangan lebih daripada tiga sentuhan.

Okey. Maju ke depan. Dom, masuk. Titan.

- Boleh ke depan? - Ayuh.

Kebanyakan budak sekolah di sini

sertai geng skuter, minum arak dan merokok.

Pasukan bola sepak ini ditubuhkan untuk menjauhkan mereka daripada dadah.

Ikut dia.

Kebanyakan mereka datang daripada keluarga yang miskin.

Masuk.

Saya nak jadi pemain bola sepak profesional

dan sertai pasukan kebangsaan.

Awasi lawan kamu. Hei, pertahanan. Seseorang kawal dia.

Saya suka Man-U.

Manchester United.

Man-U.

Jurulatih Eak pastikan kami gigih.

Kami kuat berlatih.

Hantar kembali ke sini, Mix.

Saya latih mereka dengan keras supaya mereka layak ke akademi bola sepak.

Supaya mereka layak terima biasiswa untuk belajar secara percuma.

Sudah, berhenti rehat.

Saya berumur 24 tahun ketika itu.

Di luar padang, saya macam abang mereka.

Mari.

Walaupun kami bukan keluarga, kami macam adik-beradik.

Pasukan terbaik Utara melawan pasukan terbaik Selatan!

Skor? 2-0.

Kami merancang untuk ke gua selepas latihan.

Budak bandar pergi ke pusat beli-belah pada hujung minggu. Namun, budak kampung

meneroka gunung dan hutan di sekeliling mereka.

Pengembaraan paling mengujakan ialah di Gua Tham Luang.

Saya dah banyak kali ke gua itu.

Selepas habis latihan, kami makan.

Saya beli sepuluh cucuk sate khinzir dan satu kilogram nasi himpit.

Saya tak boleh habiskan, jadi saya buang nasi himpit.

Makan nasi himpit itu. Makanlah.

Hei.

Kami dah habis makan. Mari pergi.

- Ayuh. - Mari pergi.

Selepas habis makan…

- Mari pergi. - Ayuh.

…kami berbasikal ke Tham Luang.

- Hati-hati. - Cepatlah.

- Tunggu saya. - Saya nak ikut juga. Ayuh.

Saya juga nak ikut. Tunggu.

Apa?

Ikut saya. Mari.

Hujan tak turun langsung pada hari itu. Matahari terik dan cuaca panas.

Ayuh!

Ada antara mereka yang teruja

sebab itu kali pertama mereka masuk ke dalam gua.

- Ayuh! - Cepat!

Mereka mengayuh basikal dengan laju dan berlumba!

Macam biasa, saya sentiasa ketinggalan.

Letihnya.

Titan ahli pasukan paling muda.

Dia sentiasa diusik oleh ahli pasukan yang lain.

Saya diusik setiap hari.

Setiap hari.

Kekuatan Titan?

Saya rasa dia tiada kekuatan.

Saya dan Titan sangat rapat. Kami macam adik-beradik.

Dalam perjalanan, kami melewati ladang oren di kedua-dua belah jalan.

TAMAN HUTAN KHUN NAM NANG NON

Mari minta izin semangat hutan.

- Ayuh, mari pergi ke sana. - Ayuh.

- Cepat. - Mari pergi.

BAHAYA! GUA DIBANJIRI AIR DARI JULAI - NOVEMBER

DILARANG MASUK! JANGAN MELEPASI TITIK INI!

Apabila sampai di gua itu, ada papan tanda yang bertulis, "Dilarang masuk."

Menurut papan tanda, gua dibanjiri air dari Julai sehingga November.

Kami masuk ke dalam gua itu pada 23 Jun.

Ketika itu, bukan musim hujan lagi.

Kami minta izin daripada semangat Nang Non untuk memasuki gua.

Nang Non ialah semangat hutan ini.

Kalau kami biadab atau tak minta izin semangat hutan,

perkara buruk boleh menimpa kami.

Ada sejarah di sebalik semangat Nang Non.

Dulu dia seorang puteri.

Ada seorang pekerja kandang kuda jatuh cinta akan puteri itu.

Jadi, mereka lari bersama-sama.

Askar mengejar mereka.

Pekerja kandang kuda itu pergi cari makanan untuk puteri…

tapi dia dibunuh askar-askar itu.

Puteri itu menunggu, tapi dia tak kembali.

Jadi, dia bunuh diri dengan sanggul.

Sebab itu banjaran gunung ini nampak macam puteri yang sedang tidur.

- Mari letakkan basikal. - Mari masuk gua.

- Cepatlah. - Ayuh.

Patutlah…

Budak-budak itu teruja apabila kami sampai di jalan masuk ke gua.

"Biar betul? Tak sangka sebesar ini!"

Kebanyakan daripada kami tinggalkan barang kami di sana, beg, kasut, semuanya.

Ayuh.

Kami tak bawa makanan atau snek.

Kami bawa lampu suluh setiap seorang dan masuk ke dalam gua.

Saya suruh Tee ketuai kami supaya saya boleh jadi orang terakhir.

Tee ialah orang kanan saya.

Saya lebih selesa dengan Tee di samping saya.

Sebab dia mampu menjaga budak-budak lain.

Mari masuk.

Saya pernah memasuki gua ini.

- Ayuh. - Tunggu.

Saya yakin saya dapat mengetuai mereka.

Kami cuma nak luangkan masa sejam di dalam gua itu.

Sebab saya ada kelas tuisyen selepas itu.

Kami banyak bergurau senda.

Kami saling mengusik.

Kami kerap mengusik Tee sebab dia ada teman wanita.

Dia suka bergambar dan berpegangan tangan dengan teman wanita dia.

Ayuh.

Mereka saling mengusik sepanjang perjalanan.

Saya gembira melihat mereka begitu.

- Ada tempat untuk bersembunyi di depan? - Ya.

JALAN MASUK

Apabila kami sampai di simpang tiga,

kami tak boleh ke kanan sebab kami cuma boleh

berjalan beberapa meter.

SIMPANG TIGA

Jadi, kami perlu ke kiri untuk teruskan perjalanan.

Saya berasa takut semasa kami sampai di simpang tiga itu.

Ia macam anak sungai.

Saya takut air akan naik dan kami tak boleh keluar.

Air sentiasa ada di dalam gua tanpa mengira musim.

Anak sungai itu tak pernah kering.

Saya beritahu mereka yang banyak air sedang masuk.

Mungkin kami patut patah balik.

Kami suruh dia patah balik kalau dia nak patah balik.

"Awak pengecut? Pengecut!"

Saya nak semua orang buat keputusan.

Mereka boleh patah balik kalau mereka nak.

Cantik betul di depan, tapi kita perlu berjalan jauh.

Kami mengundi untuk tengok siapa yang nak tinggal atau patah balik.

- Mari pergi sekarang. - Saya juga nak pergi.

Semua orang cakap, "Ayuh. Mari teruskan."

Jauh di sudut hati, saya nak patah balik. Saya nak keluar dari gua itu.

- Hati-hati. - Mari teruskan.

Kami tinggalkan beg dan tanggalkan kasut

sebab kami tak nak barang kami basah.

Kami cuma bawa lampu suluh. Itu saja. Kemudian, kami teruskan.

Hei, tunggu saya.

Dah dua tahun saya bekerja di Gua Tham Luang.

Setiap petang, saya akan ke sana untuk tengok kalau masih ada orang di dalam gua.

RENJER TAMAN

Biasanya, hujan turun pada bulan Julai. Ketika itu baru bulan Jun!

Entah dari mana datangnya hujan.

Dari depan…

JALAN MASUK

…Gua Tham Luang adalah sepanjang 10.316 kilometer.

Jadi, apabila musim hujan bermula,

air akan mengalir turun dari gunung dan membanjiri gua.

Air memasuki gua melalui lubang dari semua arah.

Saya kira ada 11 buah basikal.

Pada mulanya, saya sangka mereka semua orang dewasa.

Kalau kita masuk ke dalam gua tanpa pengetahuan renjer taman,

kita boleh terperangkap sepanjang malam tanpa ada sesiapa tahu.

Kami masuk semakin jauh ke dalam…

SATU JAM DI DALAM GUA

…sebab gua itu sangat cantik.

Seolah-olah ada aura yang menarik kami ke dalam.

Saya nak bawa budak-budak itu alami suasana gua yang indah.

Saya cuma nak tunjukkan perkara baru kepada mereka.

Gua itu sangat cantik.

Kebuk itu berkilauan.

The Trapped 13: How We Survived The Thai Cave subtitles in other languages

Kommentarer

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left