De første 200 linjer.
Dini, apa-apa pun, kamu mesti bantu saya cari tempat baru.
Para jiran saya dah mula menyusahkan.
Mereka kata saya balik pagi kerana saya seorang pelacur.
Adakah kamu seorang pelacur? -Tak juga jika betul.
Tapi saya bukan pelacur, kan? -Mungkin lebih mudah jadi pelacur.
Sekali guna, dah ada duit. -Tak semudah itu juga.
Perlu bersolek, tak termasuk jika pelanggan kasar atau terlalu besar.
Kamu mesti pilihlah. -Tak boleh.
Macam mana nak tahu jika terlalu besar atau kasar sebelum terjadi?
Periksa dulu sebelum meniduri mereka.
Jika belum berdiri, macam mana nak tahu ia terlalu besar?
Saya tentu tahu. Kalau kamu tak tahu kerana kamu perawan.
Tunggu dulu, ada kereta.
Kamu tak guna pembesar suara telefon, ya?
Nanti kamu kena marah. -Ya, sudah.
Kredit telefon tak apa-apa? -Saya tak peduli. Saya takut.
Kamu sedang bertugas dengan siapa? -Encik Chondro tetapi tadi...
...dia pergi pejabat, masih tak balik lagi.
Jalan ini dah nak ditutup. Sebab itu kereta jarang lalu.
Memang tak lama lagi tak ada yang akan menjalankan pondok tol.
Teruklah di negara macam ini, semua nak digantikan...
...dengan mesin. Pengangguran akan bertambah.
Sebab itu kita mesti cepat buka kedai baju kita.
Saya tak akan rindu pekerjaan ini. Tak payah nak jumpa orang pelik.
Macam lelaki dalam kereta buruk yang dah seminggu...
...ulang-alik asyik lihat saya. -Bukankah kita dah cakap pasal ni?
Mungkin dia asyik ulang-alik kerana...
...dia balik rumah, pergi pejabat setiap hari.
Dini, malam tadi dia boleh bolak-balik dua, tiga kali.
Bukankah pelik? Lepas itu, dia tengok saya macam nak makan saya.
Kamu ni macam baru bekerja di sini saja.
Saya dah beritahu, kan? Jangan tengok muka orang yang lalu.
Tengok tangannya saja. -Justeru itu,...
...tangannya kotor, kukunya hitam.
Mungkin dia penggali kubur. -Apa kena kamu ni?
Senanglah untuk kamu, kamu tak bersendirian.
Kamu bertugas bersama siapa? -Saya ada Abang Wahyu...
...yang asyik melirik saya.
Sudah tiga hari dia asyik hantar saya balik ke rumah.
Wahyu itu memang suka barang terpakai atau macam mana?
Hei, boleh tak kamu tukar muzik tu?
Ia begitu kuno ia menyeramkan.
Tak boleh. Mod FM rosak. Saya hanya boleh dengar mod AM.
Matilah saya. -Kenapa?
Kereta buruk itu datang balik.
Helo?
Maya?
Helo?
Maya? -Dia masih tak pergi juga.
Aduh! Dia buat apa tu? -Saya tak tahu.
Dia asyik tengok saya. -Saya akan telefon pihak polis.
Akhirnya dia pergi. Terima kasih, Encik!
Jantung saya hampir terhenti.
Dini, ternyata kereta tua itu belum pergi juga!
Dan orang itu sedang jalan ke sini! Apa saya mesti buat?
Dini? -Okey, kamu bertenang. Bertenang.
Saya telefon pejabat. -Dini?
Tuan, tolong kirim pegawai sekarang ke pintu Bukit Selatan 1.
Ada kakitangan yang sedang diganggu, Tuan. Cepat!
Dini! -Okey, kamu bertenang.
Sekarang kamu kunci pintu, tutup tingkap!
Cuba tengok ada apa di situ! -Apa maksud kamu?
Besi, batu, apa-apa saja yang kamu boleh guna sebagai senjata.
Tak ada apa-apa di sini, Dini!
Pengawal keselamatan dalam perjalanan ke sini!
Bukankah nama cik Rahayu? -Bukan! Nama saya Maya!
Bukankah ada tulisannya di situ?
Itu nama asal? -Ya.
Hei! Jangan nak buat hal! Kamu akan pergi atau tak?
Bukankah cik dari Kampung Harjosari in Mandiraja?
Kamu nak apa?
Nama ayah cik Ki Donowongso?
Maya?
Dia dah pergi. Dia dah pergi.
Jika tak ada pengawal di situ, kamu pergi saja dari situ.
Kamu tinggalkan pondok tol tu! -Ya.
Tuan, cepatlah pergi bela kakitangan!
Dini, dia datang balik bawa senjata!
Senjata apa?
Maya?
Dini! -Maya?
Maya! -Dini, tolong!
Maya! Maya!
Tuan, tolong! Tolong!
Tolong saya! Tolong saya! Tolong!
Hei!
Lepaskan senjata!
Kami...
...cuma...
...tak mahu hal yang keluarga kamu tinggalkan di kampung kami.
Tolong musnahkannya.
Perempuan Tanah Jahanam.
Puan, ada beberapa barang baru ni. -Bukan sekarang.
Ya, baiklah. Jika begitu, ansuran minggu ini saja dulu.
Belum boleh bayar. -Macam mana pula belum boleh?
Ada ramai pelanggan ni, Puan.
Sebab itulah, bukannya tak boleh bayar tetapi saya sedang sibuk.
Puan, tolonglah. Hanya perlu ambil saja.
Nak baju dalam?
Saya sepatutnya periksa dulu sama ada pasar ini bagus...
...untuk berniaga atau tak. -Sudahlah tu.
Kita terikut nafsu, tahu tak? Disebabkan bayarannya murah.
Mari kita jual dalam talian saja. -Barang tiruan macam ni?
Sebab itu kita jual dalam talian. Jadi, orang tak boleh nak periksa.
Saya pun tak nak pakai benda macam ini.
Lebih baik pakai beg plastik atau guni beras.
Ya, Dini. Saya sangat menyesal mengajak kamu berniaga.
Apatah lagi dengan duit simpanan kamu habis.
Apa benda ni? Kamu ada paksa saya?
Bukankah saya juga yang nak buat perniagaan ini?
Dini, rasanya saya nak pergi selama seminggu.
Ke mana?
Ke mana?
Siapa mereka ni? -Disebabkan kejadian...
...hari itu, saya telah menggeledah barang mak cik saya.
Kemudian saya jumpa foto ini. Rasanya, mereka ibu bapa saya.
Rasanya? -Bukankah saya tak pernah lihat...
...macam mana muka mereka? Saya sangat kecil pada masa itu.
Jadi, saya tak ingat. -Ki Donowongso, Nyai Shinta.
Rahayu, age 5. -Rahayu?
Jadi, lelaki itu betul?
Dulu mak cik saya sempat panggil saya Rahayu.
Tapi ditukar menjadi Maya, saya tak tahu sebabnya.
Kemudian? -Cuba tengok sekali lagi.
Kamu pendek semasa kecil dulu?
Rumah? -Rumah yang sangat besar.
Penyelesaian masalah kita adalah rumah keluarga saya.
Tetapi kita tak tahu kampung itu sebenarnya di mana.
Saya ingat kata-kata lelaki itu.
Kampung Harjosari, Mandiraja. Saya dah cari dan dah jumpa.
Inilah penyelesaian supaya kita boleh memulakan kehidupan baru.
Saya ikut. -Tidak.
Hei, Maya. Kamu rakan saya.
Tak mungkin saya akan biarkan kamu pergi sana seorang diri.
Lagi pun, jika kamu rupa-rupanya kaya, saya tak nak...
...ditinggalkan seorang diri. -Jadi, siapa yang akan menjaga...
...kiosk kita? -Tak ada sesiapa beli pun.
Hei! Tak boleh merokok di sini! -Kenapa kamu ke sini?
Ini tandas perempuan. -Diamlah! Pergi keluar!
Keluar! -Ya, saya tahu.
Oh, maaf. Kenapa dengan kamu, Maya?
Tak ada apa-apa, saya hanya perlu antiseptik.
Patutlah kerana saya tahu tarikh berapa kamu datang kotor.
Baiklah, kamu tunggu sini. Saya akan pergi cari disinfektan.
Dini?
Dini?
Dini?
Belum balik, Cik? -Belum, Puan.
Dini?
Dini?
Dini?
Orang memang semakin malas saja.
Mereka mematikan lampu dan mengunci pintu.
Farmasi pun dah tutup. Jadi, tidak ada ubat.
Marilah.
Semoga perjalanan anda menyenangkan.
Kamu baca apa? -Perancangan perniagaan.
Perniagaan apa? -Apa-apa perniagaan.
Supaya boleh dapat gambaran jika kita nak berniaga lagi.
Lagi pun, jika saya tak membaca,...
...saya akan asyik buang air kecil.
Matikan lampu itu. Ia mengganggu orang belakang.
Dasar orang kampung.
Berapa lama lagi ni? -Tadi pemandu kata 6 jam lagi.
Itu, kan? Saya nak buang air kecil lagi.
Selimut, Cik? -Encik tak pakai?
Saya tak sejuk. Kamu tidurlah.
Nanti saya akan kejutkan bila dah sampai kampung ibu bapa kamu.
Saya tak terganggu dengan kamu mahu pun rakan kamu.
Ada kalanya saya batuk...
...supaya para penunggu di sini tak mengganggu penumpang lain.
Penunggu? -Ya.
Ada beberapa roh penunggu di dalam bas ini...
...yang tidak tahu ke tujuan mereka perlu pergi.
Tolong jangan berfikir saya ini gila.
Saya seorang pensyarah.
Pensyarah mengajar apa, Encik?
Kesusasteraan Rusia.
Saya tahu ia tak berguna di sini.
Tapi saya sangat suka bahasa Rusia.
Saya juga suka bahasa-bahasa lain.
Encik faham bahasa Jawa?
Bahasa Jawa?
Bahasa orang lain pun saya faham,...
...takkan saya tak menguasai bahasa sendiri?
Encik tahu tak...
...apa yang ditulis di sini?
Ini bahasa Jawa kuno.
Ini beberapa mantera supaya orang yang memegang ini...
...tak boleh diganggu oleh para roh.
Jadi, ini azimat? -Ya, ini azimat.
Tapi yang membuat ini seorang yang jahat.
Dari mana kamu mendapat ini?
Dari Internet.
Apa yang kamu fikir?
Tak fikir apa-apa.
Fikir tentang ibu bapa kamu?
Kamu memang tak tahu langsung tentang mereka?
Mak cik saya telah membesarkan saya dan...
...dia jenis orang yang tak banyak bercakap.
No comments yet. Be the first to leave one.