Legally Blonde

Legally Blonde

Download Malay undertekster

Udgivelsesinfo

Legally Blonde 2001 1080p BluRay DTS x264-SbR
En kommentar af ShasyaLala
HBO Retail.

Tags

bluray
x264
1080
ts
Udgivet den: 2022-09-30
Downloads: 85
Hørehæmmede: No

Forhåndsvisning af Malay undertekster

De første 200 linjer.

Delta Nu Laluan Persendirian

Elle Woods Presiden

- Hai. - Hai.

Nah.

Terima kasih.

Awak semua dah tandatangan?

Hai.

- Dah tandatangan kad ini? - Sudah.

Dan lima, empat...

- Awak semua, tandatangan. - Ya.

- Bagus. - Ya.

Ratu Majlis Kepulangan

Nah.

- Tentu Elle akan suka. - Terima kasih.

Ayuh.

Kawan-kawan, tandatangan.

Terima kasih.

Itu dia.

- Okey. - Terima kasih.

Saya suka restoran itu.

Saya dengar Madonna sakit bersalin di sana.

Alamak. Saya perlu pergi membeli-belah.

Okey, kita jumpa malam ini.

Okey. Jumpa nanti.

Bruiser, apa ini?

Semoga berjaya untuk malam ini. Elle dan Warner selamanya.

Comelnya.

Aduhai. Awak berdua sangat baik.

Tapi saya tak yakin dia akan buat malam ini.

Hei, dia baru keluar makan dengan neneknya.

Tentulah dia dah dapat cincin.

Kalau tak, untuk apa neneknya datang ke sini dari Newport?

Berlian enam karat tak boleh dipos pakai Fed Ex saja.

Awak yakinkah?

Saya rasa macam tak percaya awak akan bertunang.

Alamak.

Awak berdua mesti tolong saya pilih baju yang sesuai.

Mari.

Saya rasa awak patut pilih merah. Merah melambangkan keyakinan.

Saya tak faham kenapa awak tak nak pilih warna utama awak.

Dia akan melamar.

Saya tak bolehlah nampak macam keluar janji temu biasa.

Inilah janji temu dan malam yang saya akan ingat selamanya.

Saya nak nampak istimewa.

Macam pengantin.

Tapi tak nak nampak terdesak sangat.

Saya memang suka perempuan rambut perang dungu...

berbelanja dengan kad kredit ayahnya.

Dia selalu teruja bila saya...

Awak dah tengok baju ini? Baru sampai semalam.

Ini kain rayon berkelikatan rendah?

Ya. Sudah tentu.

Dengan jahitan separuh gelung pada hem?

Sudah tentulah. Gaun ini unik.

Mustahil buat jahitan separuh gelung pada kain rayon berkelikatan rendah.

Benangnya akan tertarik nanti.

Gaun ini bukannya baru.

Saya pernah nampak dalam Vogue bulan Jun tahun lepas.

Jadi kalau awak nak saya beli dengan harga asal...

awak salah orang.

Kawan-kawan, ini dia.

Beberapa jam lagi...

saya akan jadi bakal isteri En. Warner Huntington III.

Helo.

- Awak nampak sangat cantik. - Awak juga tampan.

Mari kita pergi.

Tentu awak rasa pelik memiliki mata yang sempurna.

Awak sangat luar biasa. Elle, terima kasih.

- Ucap selamat untuk kita. - Untuk kita.

- Elle. - Ya?

Salah satu sebab saya nak ke sini malam ini...

adalah untuk bincang masa depan kita.

Saya terbuka untuk perbincangan itu.

Bagus.

Kebelakangan ini kita banyak habiskan masa bersama, bukan?

- Ya. - Berbeza bila saya ke Harvard nanti.

Fakulti Undang-undang adalah dunia yang berbeza...

dan saya perlu serius.

Tentulah.

Keluarga saya letak harapan tinggi kepada saya.

- Saya tahu. - Saya pun letak harapan tinggi.

Saya mahu bertanding untuk senator satu hari nanti.

Saya sokong sepenuhnya. Awak tahu, bukan?

Sudah tentu.

Tapi kalau saya nak jadi senator...

pada usia 30 tahun...

saya perlu berhenti main-main.

Warner, saya setuju sepenuhnya.

Sebab itulah saya rasa dah tiba masa untuk kita.

- Elle, beruang Pooh . - Ya?

- Saya sudi. - Kita patut putus.

Apa?

Saya dah fikir masak-masak dan itulah tindakan yang terbaik.

Awak nak putus dengan saya?

Saya ingatkan awak nak melamar.

Melamar?

Elle, kalau saya nak jadi senator...

saya perlu berkahwin dengan seorang Jackie...

bukan Marilyn.

Awak nak putus dengan saya sebab rambut saya terlalu perang?

Tak. Bukan itu saja sebabnya.

Habis, apa? Payudara saya terlalu besar?

Elle, tiada masalah soal itu.

Jadi bila awak cakap awak akan sentiasa cintakan saya...

awak cuma main-main?

Elle, saya memang cintakan awak.

Tapi saya tak boleh kahwin dengan awak.

Awak tak tahu apa tekanan yang saya hadapi.

Dalam keluarga saya, ada lima generasi senator.

Abang saya tiga pelajar terbaik Fakulti Undang-undang Yale.

Dia baru bertunang dengan wanita daripada keluarga Vanderbilt.

Salad itu tak sedap.

Sayang.

Beruang Pooh ?

Saya tiada pilihan, sayang.

Okey, ambillah kereta. Saya nak pergi bayar makanan.

Saya tak jadi nak makan salad.

Biarlah saya hantar awak balik.

Tak payah.

Elle, percayalah. Saya pun tak sangka begini jadinya.

Tapi saya rasa ini yang terbaik.

Terbaik apanya kalau kita tak dapat bersama?

Saya perlu utamakan masa depan saya...

dan jangkaan keluarga terhadap saya.

Jadi awak nak putus...

sebab awak takut keluarga awak tak suka saya?

Semua orang sukakan saya.

Orang Pantai Timur lain sikit.

Saya bukan daripada keluarga Vanderbilt...

jadi tiba-tiba saya miskin?

Saya membesar di Bel Air, Warner.

Seberang rumah Aaron Spelling.

Saya rasa ramai orang akan setuju kedudukan saya lebih baik...

daripada keluarga Vanderbilt.

Saya dah kata. Saya perlukan orang yang serius.

Tapi saya serius cintakan awak.

Itu tak cukupkah?

Beruang Pooh , masuklah dalam kereta.

Tak nak.

Rosaklah kasut awak nanti.

Okey.

Selamat pagi, Amy.

Elle, ini saya, Amy.

Saya ada masalah guna penggaris bibir saya.

- Sayang, awak tak tahukah? - Tahu apa?

Dahsyat. Dia tinggalkan Elle.

Kenapa saya?

Sebab awak takkan ingat apa-apa selepas malam ini.

Awak silap.

Saya akan ingat, tak kira apa pun.

Saya takkan kehilangan awak lagi.

Awak tak boleh.

Awak dah jadi sebahagian daripada saya.

Saya cintakan awak.

Penipu.

Sayang, awak perlu keluar.

Dah seminggu.

- Jadi? - Minum ini.

Apa yang selalu buat kita rasa lebih gembira...

walau apa pun terjadi?

Merias Kuku Tangan Dan Kaki

Dia makan lapan keping sandwic keju gril.

Dia sumbat semuanya dalam mulut.

Sedih betul.

Kami semua fikir dia orang pertama yang akan kahwin...

tapi sekarang dia jadi begitu pula.

Betul.

Dah seminggu dia tak pakai perapi rambut.

Mungkin dia nak buat gaya rambut kusut.

Kukunya dah terkopek-kopek.

Macam orang tinggal dalam treler.

Dia takkan dapat balik kekasihnya dengan kuku begitu.

Betul.

Oh, Tuhan.

- Awak tahu siapa ini? - Tak.

- Ini abang Warner. - Siapa?

Pelajar Fakulti Undang-undang Yale, Putnam Bowes Huntington III...

dan tunangnya Layne Walker Vanderbilt...

pelajar tahun satu Fakulti Undang-undang Yale.

Perempuan macam inilah yang Warner nak kahwini.

Ini yang saya perlu buat untuk jadi serius.

Buat apa? Nampak cacat?

Bukan.

Jadi pelajar undang-undang.

Elle.

Fakulti Undang-undang?

Universiti itu sangat terkenal, ayah.

Sayang, kamu naib johan pertandingan...

di Ratu Hawaiian Tropics.

Kenapa kamu nak buang semua itu?

Hanya dengan pergi ke Harvard saya boleh dapat balik kekasih saya.

Sayang, kamu tak perlu belajar di Fakulti Undang-undang.

Fakulti Undang-undang untuk orang...

yang membosankan, hodoh dan serius.

Intan payung, kamu jauh lebih baik daripada itu.

- Fakulti Undang-undang Harvard? - Betul.

- Tapi itu tiga universiti terbaik. - Saya dapat GPA 4.0.

Ya, tapi kursus awak adalah perdagangan fesyen.

Harvard takkan kagum kalau awak cemerlang...

dalam Sejarah Polka Dot.

Kommentarer

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left