De første 200 linjer.
Okey. Giliran saya. Saya ada satu teka-teki.
Bagus, tapi boleh berikan soalan yang lebih mencabar kali ini?
Okey. Cuba jawab soalan ini.
Pusat Hiburan Keluarga LITWAK
Saya nampak dengan mata kecil saya,
sesuatu yang berwarna kuning,
berbentuk bulat dan makan titik.
Biar betul, Ralph.
Ya, betul. Awak tentu tak dapat teka.
Ketara sekali jawapannya Pac-Man.
Tidak, itu tak...
Kenapa ia ketara?
Apa lagi benda di seluruh arked ini yang berwarna kuning, bulat dan makan titik?
Saya tahu dua benda.
Cik Pac-Man dan Baby Pac-Man.
Itu dia! Saya terima permohonan maaf awak.
Ya, betul kata awak. Tapi adakah jawapannya Pac-Man?
Ya, betul tekaan awak.
Saya dah agak. Baiklah, cuba teka ini,
awak rasa Zangief menjalani rawatan pembuangan bulu?
Tak mungkin. Lihat dia. Dia sangat berbulu seperti yeti.
Entahlah.
Jika dia hanya ada bulu di dadanya, saya mungkin setuju,
tapi lihat bulu di depan kakinya,
yang menjulur keluar dari kasutnya.
Itu tak tumbuh sendiri, Ralph. Dia yang bela.
Betul kata awak, budak.
Seluruh badannya yang lain sangat licin.
Itu maksud saya.
Saya sangat kagum!
Mari kita pergi minum rutbir.
Tunjukkan bakat awak, budak.
Bagus. Baiklah.
Saya pun boleh buat.
-Menjijikkan. -Terima kasih.
Hei, awak nak curi masuk ke Tron?
Bukankah permainan itu ada virus?
Tidak. Saya pasti ia dah dibaiki.
Saya nak pecahkan rekod kelajuan saya!
Hei, tunggu saya!
BAHAYA KAWASAN JANGKITAN KELUAR!
Ralph.
Ya?
Saya rasa mereka belum lagi membaiki permainan ini.
Ya.
Tolong!
Hei, Tron!
Tronny!
Tronny!
Tolong!
Awak sedar tak kita terdiri daripada satu siri sifar dan satu,
terapung-apung di alam semesta seperti habuk?
Awak tak tertanya-tanya tentang kewujudan kita,
jika hidup ada maksud yang lebih mendalam?
Kenapa saya nak tanya begitu jika hidup saya sudah sempurna?
Ya, secara teori, ia bukanlah hebat sangat.
Saya cuma orang jahat dalam permainan video lama yang membinasakan bangunan.
Ya, selama 27 tahun, saya tiada seorang kawan pun.
Tapi sekarang, saya ada rakan karib,
yang juga budak paling hebat di seluruh arked.
Terima kasih, kawan.
Lihat ini.
Gol!
Mari kita pergi lihat matahari terbit.
Maksud awak, tiada satu perkara pun,
tentang hidup awak yang awak akan ubah?
Cuba awak fikirkan. Kita berdua boleh berseronok sepanjang malam.
Litwak muncul, kita pergi kerja, kita penuhi jam kerja kita.
Kemudian arked tutup dan kita buat semua itu semula.
Satu perkara yang saya mungkin akan ubah dalam senario itu
ialah kita tak perlu pergi kerja.
Selain daripada itu, saya tak akan ubah apa-apa.
Hei, di mana matahari terbit kita?
Baiklah, kita cucukkan palam.
Itu amaran pencucukan palam.
Dah lama Litwak tak pasang permainan baru.
Mari kita lihat apa itu!
Ya!
Tumpang lalu. Ada kecemasan kecil.
Hai, Felix, Calhoun, apa yang sedang dipasang?
Sonic rasa ia mesin pinbal baru.
Apa pendapat awak, sayang?
Saya rasa itu tentu mesin ukuran tekanan darah.
Kanak-kanak suka benda seperti itu.
Moga-moga ia permainan lumba.
Moga-moga ia permainan lumba.
"Whiffee"? Atau, "Wifey"?
Sama ada ia bola wiffle atau permainan perkahwinan diatur.
Sebenarnya, sebutan yang betul ialah, "Wi-Fi," Ralph.
Ya, itu yang saya kata.
Wi-Fi bermaksud Internet,
iaitu sebuah komuniti dalam talian yang membolehkan manusia membeli-belah,
bermain permainan dan bersosial.
Seronok!
Tidak seronok.
Papan tanda itu tertulis "Wi-Fi."
Tapi ia patut tertulis "Mati-Fi."
Itu gurauan saja.
Tapi Internet tak patut diambil ringan.
Ia sesuatu yang baru dan berbeza, jadi kita harus takut padanya.
Jadi tolong jangan masuk dan pergi buat kerja.
Arked dah nak buka.
Biasalah. Akhirnya ada mesin baru dipasang
dan kita tak dibenarkan masuk.
Tak adil langsung.
Tentu seronok jika ia permainan lumba baru.
Permainan awak ada masalah?
Tidak.
Saya dah capai semua tahap bonus. Saya tahu semua jalan pintas.
Saya nak sangat ada trek baru.
Trek baru? Awak dah ada tiga pilihan.
Ya, saya tahu, tapi awak tak pernah nak sesuatu yang baru
berlaku di permainan awak?
Tidak.
Yakah? Kita tak perlu bersetuju.
Saya tak nak tak bersetuju.
Tidak. Ini cuma cara sopan untuk kata kita tak perlu bergaduh tentangnya.
Kita bergaduh? Saya tak nak bergaduh.
Bertenang. Tak perlu kecoh.
Pergi kerja. Saya akan jumpa awak malam nanti.
Baiklah.
Dia nak trek baru, saya akan berikan dia trek baru.
Jom, Nafisa! Mari kita main Sugar Rush!
PILIH PEMAIN
Pilih Vanellope, Swati. Dia ada kuasa paling hebat.
Ya, glic itu. Saya suka dia.
Para pemandu, hidupkan enjin.
MULA
Awak akan kalah hari ini, Puteri.
Ya, walaupun saya memang seorang puteri, Taffyta,
lebih baik jika awak anggap saya sebagai Vanellope biasa,
iaitu pelumba yang akan tewaskan awak.
Tiga, dua, satu, pergi!
Maaf, tumpang lalu.
Satu, dua, tiga bebola gula-gula tepat pada masanya.
Ya, saya suka apabila dia mengalami glic.
Maaf. Saya tertidur tadi.
Seronoknya. Saya akan menang.
Vanellope mendahului dengan jauh. Tiada sesiapa dapat kejar dia.
Dia tentu akan suka.
Tepat pada masanya.
TAMAT
Apa?
"Mencari sesuatu yang baru
"dan berbeza?
"Maka ikut jalan ini."
Ralph, nakal betul awak.
Saya rasa saya ada masa untuk menyimpang.
Lihat, saya rasa saya berjaya mencapai jalan baru.
Saya tak pernah lihat jalan itu.
JALAN BERBATU
Hebat betul!
Terima kasih, Ralph!
Sama-sama!
Kembali ke jalan perlumbaan, Swati.
Awak akan kalah.
Tak boleh. Seolah-olah ia memandu sendiri.
PAYA COKLAT PANAS
Kenapa dengan benda ini?
Apa?
Tidak!
Budak!
Tidak!
Budak!
Maaf, budak, awak okey?
Aduhai.
Itu trek yang hebat!
Terima kasih, Ralph!
Sama-sama!
Saya jalankan tugas saya sebagai wira awak dengan serius.
Tunggu dulu.
Awak buang air dengan serius di mana?
Vanellope, naik ke sini.
Kita ada masalah.
En. Litwak, pelumba Vanellope tak berfungsi
dan mungkin saya pusing stereng terlalu kuat.
Maafkan saya.
Tak apa, Swati. Saya rasa senang saja nak pasang balik.
-Apa awak buat? -Tiada apa-apa.
Jangan kacau dia. Dia cuma nak buat permainan ini lebih menarik.
Ya, boleh awak bertenang, Taffyta? Litwak akan baikinya.
Baiklah, pasang balik...
Okey. Masih tiada masalah.
Dia akan pesan alat ganti baru.
Saya nak pesan alat ganti baru,
tapi syarikat yang hasilkan Sugar Rush sudah lama gulung tikar.
-Saya boleh cari di Internet. -Idea yang bagus.
Saya juga.
Semoga berjaya, itu seperti mencari jarum di...
Saya dah jumpa! Di ebay!
Yakah? Biar betul.
Lihat? Kanak-kanak itu dah uruskan.
Mereka akan beli stereng lain dari eboy.
Biar betul. Berapa harganya?
Itu lebih daripada keuntungan permainan ini dalam setahun.
Pengutip barangan terpakai akan datang hari Jumaat ini
dan dah tiba masanya untuk jual sisa bahagian Sugar Rush.
Dia nak ke mana?
Litwak nak mencabut palam permainan ini.
-Keluar dari sini! Pergi, cepat, lari! -Pergi, lari!
No comments yet. Be the first to leave one.