De første 200 linjer.
LEBUH RAYA MILKY SHIN-SHIGARAKI, SHIN-KAMEYAMA
Nanti dulu.
Maaf, saya tak faham.
Awak sedang cerita tentang tiga hari sebelum kejadian itu?
- Ya, dari tadi saya cerita. - Maaf. Baiklah.
Awak rasa saya cakap tentang apa?
Tapi saya cuma nak tanya…
Adakah cerita awak akan jelaskan kenapa Makina jadi begini?
Ya…
- Okey, mula sekali lagi. - Aduhai!
Nanti dulu. Tunggu sekejap.
Ini laporan tiga hari sebelum tren dilarikan?
- Ya! Berapa kali nak cakap… - Memang tak logik, tapi…
Baiklah. Cuma…
Satu per satu!
Maaf, mula dari awal.
- Aduhai! Lagi? - Dari awal?
TIGA HARI LALU, BALAI POLIS NEO MACHIDA 12 JAM SELEPAS CHIHARU DAN MAKINA DITAHAN
Hei, Makina, ini bukan tempat kita.
Jangan pandang mereka.
- Tengoklah mereka. Nampak jahat. - Jangan pandanglah.
Dunia kita berbeza.
Takutnya. Mereka nak cari gaduh?
Jangan pandanglah.
Okey, terima kasih menunggu.
Kamu berada di sini bermakna kamu ditahan di sekitar kawasan ini.
Saya akan sebut nama dan punca kamu ditahan.
Sila beritahu jika ada kesilapan.
- Max MacCallister? - Ya.
- Kurt Cramer? - Ya.
Ditahan kerana memiliki gula haram?
- Ya. - Ya.
- Iwao Kanata? - Saya.
Daidoji Akane?
Ya.
- Memandu laju? - Ya.
- Kujo Chiharu. - Ya.
- Kurusu Makina. - Ya.
Memandu laju, menghalang polis dan meletupkan kereta peronda.
- Ya. - Ya.
Biar betul?
- Letup kereta peronda? - Saya ada dengar.
Dahsyat betul.
Okey, sila lihat cetakan yang ada di depan kamu.
Ia merangkumi butiran program yang kamu akan sertai.
- Max, baca baris pertama. - Apa?
"Program Khidmat Masyarakat. Jabatan Polis Ginkyo,
dalam bidang kuasa Bintang Bersatu Barnadia…"
"Penyelesaian hukuman
tertakluk kepada penilaian pegawai penyelia."
Baik, terima kasih.
Kamu semua dah faham programnya?
- Tak faham. - Kami kena kerja di sini?
- Tak suka bahasa undang-undang. - Satu per satu!
- Macam mana nak selesaikannya? - Senyap.
Sebenarnya, penjara dah penuh,
jadi kami perlu jalani hukuman melalui khidmat masyarakat?
Ya, begitulah.
- Cakap sajalah. - Awak boleh faham?
- Senyap. - Meja saya bergoyang.
Ada soalan?
- Ada. - Ya, Cik Kujo.
Berapa lama kena buat khidmat masyarakat?
Kira-kira seminggu.
- Lamanya! - Saya ingatkan lima jam saja!
- Seminggu? - Diam, semua. Senyap.
- Ada soalan lain? - Ada.
Apa dia?
Apa kami kena buat dalam "khidmat masyarakat" ini?
Saya kata… Okey, soalan itu bagus.
STESEN SHIN-KISARAGI
Ini Tren Ekspres Galaksi, dikenali sebagai Milky Subway.
Nama rasminya, AM24.
Dibuat oleh Industri Titan pada tahun 72 dalam kalendar Bumi,
kini diuruskan oleh Syarikat Kereta Api Chubu.
Macam kamu nampak, ia sangat kotor setelah bertahun-tahun digunakan.
Jadi, tugas kamu hari ini ialah membersihkan gerabak.
"Bersihkan Milky Subway." Inilah khidmat masyarakat kamu.
- Tak sangka betul. - Menyusahkan.
Cukup!
Saya akan sebut nombor gerabak untuk setiap pasukan.
Kurt dan Max, gerabak tiga dan empat.
Kanata dan Akane, gerabak lima dan enam.
Kamu berdua, gerabak tujuh dan lapan.
Gerabak satu dan dua ada pod kecemasan dan peralatan ketepatan,
jadi orang lain yang akan uruskannya.
Pergilah buat kerja.
- Saya tak nak buat. - Macam kembali ke sekolah.
Kamu nak ke mana?
- Berak. - Kencing.
Ini buruh kanak-kanak.
- Baiklah. Mari kita mula. - Ya.
Kita mula dari… Sekejap.
Adakah itu Chronos CP?
Saya tak percaya!
Apa yang hebat sangat?
Titan pernah buat panel kawalan serba guna,
tapi sistem pertahanannya sangat teruk,
jadi keberkesanan kosnya…
- Ini pula apa? - Ya?
- Oh, itu OTAM. - OTAM?
Dia Pengurus Animatronik Pengangkutan Angkasa Lepas.
Dia sepatutnya bercakap guna AI,
tapi mungkin dia tak popular, jadi mereka tak guna dia.
Begitu…
Dia boleh bercakap?
- Mungkin tak. Dia dah rosak. - Helo? Jawablah.
- Hei, Chi. Tengok ini. - Apa dia?
Tengok simbol ini.
- Apa? Ia boleh bertukar jadi robot? - Ya.
Semua kenderaan yang ada Chronos CP boleh bertukar jadi robot,
- tapi tak pasti… - Terima kasih guna…
Wah!
Aduhai, terkejutlah.
Apa mereka buat di sana?
Maaf, bos.
- Bos? - Ada darah.
- Tren yang kita kena bersihkan ini… - Ya?
Awak pernah dengar cerita pelik tentangnya?
Tak.
Orang kata, ada sekumpulan banduan
kena bersihkan tren melalui khidmat masyarakat,
sama macam kita sekarang.
- Jadi? - Mereka mula membunuh satu sama lain.
Macam-macam perkara pelik mula berlaku.
Biar betul.
Orang kata, tren itu disumpah atau lebih kurang begitulah.
Begitu…
- Menakutkan juga. - Menakutkan, bukan?
Hei, OTAM.
OTAM, bagaimana cuaca hari ini?
Hari-hari ini, cuaca cerah di Shin-Shin-Kisaragi, Ginkyo…
Hei, OTAM.
- OTAM, bertenang. - Jangan ganggu dia.
- Comellah! - Tak comel langsung.
Habislah tren ini kalau keadaan OTAM seteruk itu.
Kenapa pula?
Komputer utamanya dah rosak,
maknanya tren ini tak selamat untuk beroperasi.
Begitu rupanya.
Saya tahu mereka adakala gunakannya tanpa pemeriksaan keselamatan lengkap.
- Yakah? - Mengesahkan pemeriksaan keselamatan.
- Semua naik. - Menakutkan. Apa?
- Apa? - Apa?
Itu bunyi apa?
Apa?
Tidak!
Asami!
Asami!
Tren! Tren itu…
Ia tiba-tiba bergerak!
Tahanan… Bukan tahanan. Banduan!
Banduan di dalam!
Mereka dah pergi tanpa penyelia!
Saya tak tahu mereka ke mana!
- Awak punca saya terlibat. - Apa?
Kita ditahan kerana memandu laju, tapi awak yang memandu.
Ya, tapi saya laju sebab muzik awak…
Awak memecut apabila polis datang dan awak tembak robot mereka.
- Saya panik. - Awak tak boleh buat begitu!
Dari awal lagi, saya tak nak memandu.
Awak yang suruh, maknanya ini salah awak.
Nak saya ambil bertih jagung?
EMPAT HARI LALU, DUA JAM SELEPAS CHIHARU DAN MAKINA DITAHAN
Maaf buat kamu menunggu.
Lama pula nak periksa latar belakang kamu.
Makina, awak daripada keluarga yang baik, bukan?
Keluarga saya tiada kaitan dalam hal ini.
Betul juga.
Ini bukan kali pertama kamu ke balai polis, betul?
Ya, betul.
Saya jumpa gambar kamu dalam data kami.
Ini semasa kamu darjah lima, betul?
- Teringat waktu dulu. - Kenapa kita ditahan?
- Rasanya sebab awak tumbuk Ken. - Oh, Izu Ken?
Adakah Ken mangsa lelaki dalam kes ini?
Ya. Bekas kekasih Chiharu. Dia lelaki tak guna.
- Yakah? - Dia taklah teruk sangat.
Dia buat Chiharu tunggu enam jam. Dia abaikan Chiharu.
- Memang tak guna. - Nampak? Tak guna.
Bukanlah. Dia kata dia demam selesema.
- Jadi, saya tumbuk muka dia. - Itu salah.
- Awak selalu guna kekerasan. - Pertahankan diri awak!
Sudah, cukuplah.
Ini pula? Isu yang sama?
JABATAN POLIS GINKYO - REKOD PENAHANAN
- Makina hampir bunuh senior. - Saya cuma pertahankan diri!
- Lima pelajar dibawa ke hospital. - Lembik.
Kasihan mereka, mereka cuma nak pikat saya.
Mereka bukan nak pikat awak. Awak dalam bahaya sebenar.
Betul, rekod mereka agak teruk.
Nampak? Saya betul.
- Saya pun belasah mereka. - Itu salah.
Kenapa awak kasar sangat? Menakutkanlah.
Siapa nak jaga awak kalau bukan saya?
Ingat ketika Furukawa rosakkan PIKOPO awak? Awak tak marah dia!
Dia dah minta maaf selepas itu.
Tapi dia tak bayar…
Apa ini?
Kami beri pin ini di sekolah. Mungkin kamu berdua perlukannya.
No comments yet. Be the first to leave one.